Pemuda Ppbm Selangor Gesa Pemimpin Dap Diberi Peringatan



(FMT) – Pemuda PPBM Selangor menggesa Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Ronnie Liu (gambar) diberi kata dua berikutan kenyataannya yang disifatkan cuba memecah belah Pakatan Harapan (PH).
Ketuanya, Adhif Syan Abdullah berkata tindakan Liu membuat kenyataan mempersoalkan kedudukan PPBM dan Dr Mahathir Mohamad menimbulkan persengketaan dalam kalangan ahli serta menghasut menukar pentadbiran yang diwujudkan secara sah.
“Tindakan ini dilakukan walaupun kedua-dua, Anwar Ibrahim dan Wan Azizah Wan Ismail telah meminta supaya desakan ini dihentikan segera dan Dr Mahathir diberi ruang secukupnya untuk mentadbir.
“Jika selepas kenyataan Anwar dan Wan Azizah pun Liu dan rakan-rakannya masih engkar, maka beliau hendaklah diberi kata dua oleh kepimpinan tertinggi PH,” katanya dalam satu kenyataan.
Pemimpin DAP itu dipetik portal berita tempatan mendakwa PH masih boleh membentuk kerajaan tanpa PPBM.
Selain itu, beliau turut mendakwa Mahathir mengejar model Barisan Nasional (BN) yang mempunyai parti dominan Melayu untuk mengawal pakatan itu.
Malah, Liu mempersoalkan pendirian Mahathir yang menerima bekas ahli politik Umno sebagai ahli PPBM selain kegagalan menetapkan tarikh peralihan kuasa kepada Anwar.
Adhif berkata kenyataan Liu bersifat peribadi, terpencil dan datang dari pemahamannya yang dangkal berkenaan kebertanggungjawaban bersama dalam pentadbiran.
Beliau berkata pemimpin itu harus sedar bahawa setiap keputusan yang dibuat oleh PH adalah hasil daripada konsensus bersama empat parti gabungan di bawah Majlis Presiden PH.
“Hal sama juga benar bagi keputusan-keputusan peringkat Kabinet.
“Malah, semua pemimpin parti komponen dalam Majlis Presiden dan juga Kabinet mengakui Dr Mahathir sentiasa mendengar pandangan semua pihak dan melaksanakan keputusan berdasarkan suara majoriti,” katanya.
Adhif berkata jika benar kritikan Liu berkenaan isu-isu yang dibangkitkan, maka ia hendaklah turut dianggap kritikan atau kegagalan kepimpinan DAP.
Beliau berkata kenyataan Ronnie akan dilihat sebagai cuba memprovokasi parti PPBM dan mengisytiharkan perang terhadap ahlinya.
“PPBM Selangor mendapati pendapat Liu dan lain-lain sealiran dengannya seperti yang dikeluarkan oleh Syed Hussin dan Otai Reformis sebelum ini (yang mendesak Mahathir meletakan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar) adalah cubaan menimbulkan kekacauan.
“Liu bukan sahaja tidak membantu, beliau lebih berminat menjadi agen kekacauan membantu pula pembangkang mengisi modal politik mereka,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/10/23/pemuda-ppbm-selangor-gesa-pemimpin-dap-diberi-peringatan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Henti Provokasi Isu Komik Pemuda Ppbm Beritahu Akar Umbi Dap

Henti Provokasi Isu Komik Pemuda Ppbm Beritahu Akar Umbi Dap

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 525 hits
Pemuda PPBM tampil mempertahankan larangan pengedaran komik Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama ke sekolah oleh Menteri Pendidikan Maszlee Malik mengatakan serangan segelintir pemimpin akar umbi DAP terhadap menteri kerajaan it...
Pemuda Ppbm Puas Hati Dap Rujuk Ronnie Liu Ke Jawatankuasa Disiplin

Pemuda Ppbm Puas Hati Dap Rujuk Ronnie Liu Ke Jawatankuasa Disiplin

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 568 hits
Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat DAP Ronnie Liu sebelum ini dilaporkan berkata PH boleh membentuk kerajaan tanpa PPBM KUALA LUMPUR Pemuda PPBM puas hati dengan tindakan DAP merujuk Ahli Jawatankuasa Kerja Pusatnya Ronnie Liu ke jawatankuasa di...
Pemimpin Dap Gesa Polis Segera Bebas Wakil Rakyat

Pemimpin Dap Gesa Polis Segera Bebas Wakil Rakyat

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 285 hits
Pemimpin DAP gesa polis segera bebas wakil rakyat Dikemas kini 31 minit yang lalu Diterbitkan pada 10 Oct 2019 11 30PM
Adun Dap Seri Delima Yb Syerleena Abdul Rashid Gesa Hukuman Lebih Berat Untuk Kes Kemalangan Akibat Mabuk

Adun Dap Seri Delima Yb Syerleena Abdul Rashid Gesa Hukuman Lebih Berat Untuk Kes Kemalangan Akibat Mabuk

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 598 hits
Seorang adun Pulau Pinang menggesa kerajaan meningkatkan hukuman terhadap mereka yang menyebabkan kemalangan akibat memandu ketika mabuk Dalam kenyataan hari ini Adun Seri Delima Syerleena Abdul Rashid berkata undang undang pada masa ini me...
Maszlee Gesa Pimpinan Dap Disiplinkan Ahli

Maszlee Gesa Pimpinan Dap Disiplinkan Ahli

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 306 hits
SEBAGAI Menteri Pendidikan sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa komik propaganda politik tersebut tidak pernah mendapat kelulusan dari Kementerian Pendidikan Malaysia KPM tidak akan membenarkan pengedarannya ke sekolah sekolah di bawah ...
Gesa Siasat Komik Sebar Propaganda Dap Komunis

Gesa Siasat Komik Sebar Propaganda Dap Komunis

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 1494 hits
Komunis direka watak baik terbitan komik bahaya IsmaBANGI Gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia menyiasat serta memberi penjelasan mengenai pengedaran komik mengandungi propaganda parti tamak haloba...
Gesa Siasat 16 Pemimpin India Pertahan Pemberontak Ltte

Gesa Siasat 16 Pemimpin India Pertahan Pemberontak Ltte

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 476 hits
Bila kena bangsa mereka semua mulia dan suci tapi bila muslim ditangkap kerana ISIS boleh pula puji polis sindir Firdaus WongBANGI Pihak polis perlu menyiasat 16 ahli politik Pakatan Harapan yang mengeluarkan kenyataan bersama mengutuk tind...
Adun Bersatu Umum Protest Dap Dalam Sidang Dun Selangor

Adun Bersatu Umum Protest Dap Dalam Sidang Dun Selangor

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 480 hits
Anggota Dewan Undangan Negeri Jeram Mohd Shaid Rosli daripada Bersatu mengumumkan mahu duduk di barisan pembangkang dalam sidang Dewan Selangor akan datang Tindakan itu dibuat sebagai protes simbolik kepada Adun Sungai Pelek Ronnie Liu dari...
Ppbm Syed Saddiq Turn Up Heat On Dap And Hew

Ppbm Syed Saddiq Turn Up Heat On Dap And Hew

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 349 hits
Members of PPBM and DAP have squared off against each other in a controversy over a comic book produced by former DAP firebrand Superman Hew Kuan Yau who came under a personal attack from PPBM Youth leader Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Syed...
Kebakaran Paip Gas 112 Mangsa Cedera 49 Rumah Terjejas

Kejadian Kebakaran Pipeline Gas Di Petaling Usaha Menyelamat Masih Berjalan

When Audio Isn T An Afterthought Why Riders Choose Cicada Systems First

Update Kebakaran Saluran Gas Di Putra Heights

Building An Online Marketing Plan

Pondok Abuya Lakonan Faizal Hussein Vanidah Imran

Konsert Energy Ryan B Dan Banyak Lagi Aktiviti Menarik Dalam Lembah Klang Minggu Ini

Masak Makan Di Pagi Raya Pertama


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Zafrul As Bam President Filling Big Shoes Or A Risky Gamble

What We Know So Far About The Putra Heights Inferno

What Are The Benefits Of Chiku Fruit

Perempuan Melawan Lara

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

Berdentum Gegaran Disangka Pesawat Terhempas Mangsa Kebakaran