Adun Bersatu Umum Protest Dap Dalam Sidang Dun Selangor


Anggota Dewan Undangan Negeri Jeram Mohd Shaid Rosli daripada Bersatu mengumumkan mahu duduk di barisan pembangkang dalam sidang Dewan Selangor akan datang.

Tindakan itu dibuat sebagai protes simbolik kepada Adun Sungai Pelek Ronnie Liu daripada DAP yang mengkritik Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Bersatu.

“Saya sudah buat surat.

“Nanti (saya) bagi tuan speaker untuk minta tuan speaker (duduk sebelah pembangkang) sebagai tanda protes Ronnie Liu,” kata Mohd Shaid kepada Malaysiakini.

Bagaimana pun beliau berkata tindakan itu tidak bermaksud beliau menyertai Umno.

“Tak adalah. Bukan masuk Umno. Duduk sebelah blok pembangkang tanda saya protes,” katanya.

Dewan Selangor akan bersidang semula bermula 1 November. Menteri Besar Amirudin Shaari dijangka membentangkan belanjawan negeri bagi tahun 2020.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Rizam Ismail mengalu-alukan kedatangan Mohd Shaid di blok pembangkang.

“Saya dihubungi oleh YB Mohd Shaid Rosli yang mana beliau bersedia menjadi pembangkang pada sidang dewan nanti kerana sudah tawar hati dan berasa sangat kecewa dengan kenyataan Ronnie Liu dari parti DAP.

“Beliau juga menyatakan bahawa sudah berasa tawar hati untuk bekerjasama dengan parti DAP itu yang kini dilihat semakin bermuka muka dan sudah menunjukkan wajah sebenar parti DAP yang sejak dulu lagi kita kenal bersifat rasis.

“Saya menerima dengan hati terbuka jika benar Mohd Shaid sanggup meninggalkan Pakatan Harapan yang sedang berkuasa demi mempertahankan apa yang beliau rasa benar.

“Ini sangat baik bagi pihak pembangkang menambah ahli untuk proses semak dan imbang dalam pentadbiran kerajaan Selangor,” katanya.


‘Pergolakan lemahkan negeri’

Rizam juga menggesa Pakatan Harapan memfokuskan kepada pentadbiran negeri, bukannya pergolakan parti.

“Apa yang menjadi keutamaan saya hari ini adalah segala kepentingan rakyat negeri Selangor ini haruslah diperjuangkan terutamanya kebajikan rakyat harus sentiasa dijaga.

“Saya yakin dan percaya bahawa jika benar hubungan antara parti parti di dalam Harapan bergolak maka itu adalah perkara yang akan melemahkan pentadbiran negeri sebenarnya.

“Kerana apa? Kerana mereka semua tidak habis habis berpolitik dan langsung tidak menumpukan perhatian kepada urus tadbir kerajaan negeri.”

Dalam satu rencana bertajuk "Mahathir: The paper tiger” (Mahathir: Harimau Kertas) semalam, Liu berkata ketika Harapan sedang mengetengahkan agenda pelbagai kaum, Dr Mahathir sebaliknya mengejar model parti dominan Melayu ala-BN.

Liu memberi contoh tindakan Dr Mahathir menerima bekas pemimpin Umno dalam Bersatu, selain mempersoalkan berhubung ketiadaan tarikh jelas peralihan kuasa perdana menteri.

Malam semalam, Mohd Shaid menyifatkan bahawa kenyataan Liu sebagai "keterlaluan dan sudah melampaui batas" sehingga boleh menjejaskan hubungan dan kerjasama antara parti di dalam PH.

Katanya, kenyataan Liu itu mempersoalkan kredibiliti Dr Mahathir.

Beliau malah menyatakan kesediaannya keluar daripada kerajaan PH di Selangor sekiranya Ronnie Liu tidak menghormati kepimpinan tertinggi PH.

Malaysiakini



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2019/10/adun-bersatu-umum-protest-dap-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adun Bersatu Sedia Tinggalkan Ph Sebagai Protes Dap

Adun Bersatu Sedia Tinggalkan Ph Sebagai Protes Dap

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 560 hits
SHAH ALAM Ahli Dewan Undangan Negeri Jeram Mohd Shaid Rosli bersedia meninggalkan kerajaan Pakatan Harapan Selangor sekiranya Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat DAP Ronnie Liu tidak menghormati kepimpinan tertinggi PH Mohd Shaid berkata tindakan...
Adun Bersatu Mohon Duduk Sebelah Pembangkang Di Dun S Gor

Adun Bersatu Mohon Duduk Sebelah Pembangkang Di Dun S Gor

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 295 hits
Anggota Dewan Undangan Negeri Jeram Mohd Shaid Rosli daripada Bersatu mengumumkan mahu duduk di barisan pembangkang dalam sidang Dewan Selangor akan datang Tindakan itu dibuat sebagai protes simbolik kepada Adun Sungai Pelek Ronnie Liu dari...
Harimau Kertas Tak Bertaring Tendang Keluar Bersatu Dari Ph Dap

Harimau Kertas Tak Bertaring Tendang Keluar Bersatu Dari Ph Dap

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 336 hits
DAP Ugut Dr Mahathir Mana Pergi Suara Pemimpin Melayu Bersatu Posted by SnapShot at 10 24 2019 Setelah berterusan mengkritik Dr Mahathir hari ini AJK Pusat DAP merangkap Setiausaha DAP Ronnie Liu mula memberi amaran untuk menendang keluar B...
Isultte Dua Adun Dap Ditahan Dibawah Sosma

Isultte Dua Adun Dap Ditahan Dibawah Sosma

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 345 hits
Mengejutkan sekali hari ini bila dua ADUN DAP ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan 2012 ADUN DAP pertama adalah YB Gunasekaren Palasamy yang merupakan ADUN N24 Seremban Jaya Beliau juga merupakan Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembila...
Dap Bergolak 8 Adun Keluar Parti Berlaku P Raya Di Perak

Dap Bergolak 8 Adun Keluar Parti Berlaku P Raya Di Perak

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 504 hits
Politik Perak Bergolak Beberapa Adun DAP Keluar PartiPOLITIK Perak kembali bergolak selepas tersebar berita beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri DAP mengambil keputusan keluar parti kerana sudah hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan merek...
Dap Ugut Dr Mahathir Mana Pergi Suara Pemimpin Melayu Bersatu

Dap Ugut Dr Mahathir Mana Pergi Suara Pemimpin Melayu Bersatu

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 516 hits
Setelah berterusan mengkritik Dr Mahathir hari ini AJK Pusat DAP merangkap Setiausaha DAP Ronnie Liu mula memberi amaran untuk menendang keluar Bersatu dari Pakatan Harapan Dengan tajuk Mahathir Harimau Kertas yang memperlekehkan Dr Mahathi...
Kerajaan Ph Tanpa Bersatu Kata Ronnie Liu Merangkap Jawatankuasa Tertinggi Pusat Dap

Kerajaan Ph Tanpa Bersatu Kata Ronnie Liu Merangkap Jawatankuasa Tertinggi Pusat Dap

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 603 hits
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik hari ini mengarahkan agar komik kontroversi garapan Hew Kuan Yau tidak disebarkan di mana mana sekolah negara ini Dalam kenyataan dikeluarkan pagi ini Maszlee berkata Kementerian Pendidikan Malaysia juga ...
At Uec Dialogue Why The Pakatan No Show None From Amanah Only 1 Bersatu Mp Attend The Rest From Dap Pkr

At Uec Dialogue Why The Pakatan No Show None From Amanah Only 1 Bersatu Mp Attend The Rest From Dap Pkr

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 297 hits
KUALA LUMPUR The special task force on Unified Examination Certificate held a closed door dialogue for all Members of Parliament this afternoon None of the opposition elected representatives was at the dialogue when it started at 13 15 Howe...
Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur

Hi Johorean Let S Donate Blood And Give Back


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Pakej Haji Swasta Premium 2025 Bersama Mkm Ticketing Travel Tours

Guru Membuat Kerja Sambilan Merosakkan Institusi Pendidikan Negara

Special Offer Kepada Non Muslim

The Role Of Tankless Water Heaters In Contemporary Home Design

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Despite Us Pullout Pm Anwar Says Malaysia Still All In On Paris Agreement