Henti Provokasi Isu Komik Pemuda Ppbm Beritahu Akar Umbi Dap




Pemuda PPBM tampil mempertahankan larangan pengedaran komik “Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama” ke sekolah oleh Menteri Pendidikan Maszlee Malik, mengatakan serangan segelintir pemimpin akar umbi DAP terhadap menteri kerajaan itu sebagai biadap.
Ketua Penerangannya, Ulya Aqamah Husamudin berkata tindakan Maszlee menahan penyebaran komik kontroversi itu tindakan tepat.
“Pertamanya, komik itu tidak mengikuti saluran yang betul oleh Kementerian Pendidikan untuk tujuan penyebaran. Kedua, isi kandungannya bermasalah dan tidak sesuai disebarkan kepada sekolah-sekolah,” katanya kepada FMT.
Ulya berkata komik tersebut juga berbaur propaganda dari China yang mengagungkan negara tersebut, melakar persepsi tidak tepat mengenai masyarakat Melayu-Islam, dan tidak menjaga sensitiviti antara kaum.
Beliau juga mengingatkan penulis dan penerbit komik itu akan dipanggil pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.
“Buku itu juga telah menyalahgunakan gambar Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebagai tujuan promosi,” katanya.
Laman Malaysiakini melaporkan seramai 43 pemimpin akar umbi DAP, termasuk beberapa Adun parti itu, membantah larangan pengedaran komik itu ke sekolah.
Kenyataan tersebut ditandatangani lima Adun iaitu Phoong Jin Zhe (Adun Luyang), Chiong Yoke Kong (Adun Tanah Rata), Chow Yu Hui (Adun Tras), Lee Chin Chen (Adun Bilut) dan Leong Yu Man (Adun Triang).
Pemuda PPBM hari ini secara rasmi mendesak pemimpin akar umbi DAP menghentikan provokasi.
“Pimpinan DAP menafikan penglibatan rasmi parti dalam isu buku ini, sekarang akar umbi keluarkan kenyataan biadap apabila kementerian menjalankan tugas mengikut lunas undang-undang,” katanya.
Pemuda PPBM juga meminta DAP mendisiplinkan ahli-ahlinya yang menyerang menteri Pakatan Harapan.
“Disiplinkan mereka yang dikatakan ahli dan pimpinan akar umbi yang menyerang menteri-menteri sendiri,” katanya.
Dalam pada itu, Pemuda PPBM akan membuat laporan polis bagi mendesak siasatan terhadap penulis dan penerbit komik itu.
“Tiada tempat untuk kebiadapan dan sikap pentingkan diri yang akan terus menganggu gugat keharmonian Pakatan Harapan dan rakyat Malaysia umumnya,” kata Ulya.
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/10/19/henti-provokasi-isu-komik-pemuda-ppbm-beritahu-akar-umbi-dap/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maszlee Dilantik Ph Atau Umno Bidas Akar Umbi Dap

Maszlee Dilantik Ph Atau Umno Bidas Akar Umbi Dap

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 611 hits
Seramai 43 pemimpin akar umbi termasuk beberapa Adun DAP membantah pengumuman Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik untuk pengedaran komik Inisiatif Jalur dan Laluan daripada memasuki sekolah Dalam satu kenyataan bersama mereka juga mempersoa...
Isu Komik Dap Tidak Pernah Bercakap Benar

Isu Komik Dap Tidak Pernah Bercakap Benar

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 878 hits
DAP tidak ada kaitan Bukan hadiah rasmi kepada Presiden China Tapi komik propaganda itu ada Kata Pengantar dari Lim Guan Eng yang menggunakan jawatan Menteri Kewangan Malaysia serta gelaran Setiausaha Agung DAP Ada juga Kata Pengantar dari ...
Pemuda Ppbm Selangor Gesa Pemimpin Dap Diberi Peringatan

Pemuda Ppbm Selangor Gesa Pemimpin Dap Diberi Peringatan

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 378 hits
Pemuda PPBM Selangor menggesa Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Ronnie Liu diberi kata dua berikutan kenyataannya yang disifatkan cuba memecah belah Pakatan Harapan Ketuanya Adhif Syan Abdullah berkata tindakan Liu membuat kenyataan mem...
Umno Bukan Parti Milik Golongan Elit Tertentu Wajib Dengar Suara Akar Umbi

Umno Bukan Parti Milik Golongan Elit Tertentu Wajib Dengar Suara Akar Umbi

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 423 hits
Selama 73 tahun parti UMNO melakarkan sejarah perjuangan dalam mendaulatkan ugama Islam dan bangsa Melayu Kekuatan dan kejayaan UMNO adalah kerana keikhlasan pemimpin dalam perjuangan dan kepekaan mereka dalam mendengar suara akar umbi sert...
Tular Isu Komik Propaganda Politik Pm Nafi Hadiahkan Komik Yang Sama Kepada Presiden China

Tular Isu Komik Propaganda Politik Pm Nafi Hadiahkan Komik Yang Sama Kepada Presiden China

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 592 hits
Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataannya hari ini menjelaskan bahawa mereka akan mengambil keterangan pihak yang terbabit berkaitan dengan pengedaran komik propaganda yang didakwa diedarkan ke Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dan S...
Isu Graduan Um Biadab Petanda Campur Tangan Dap

Isu Graduan Um Biadab Petanda Campur Tangan Dap

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 391 hits
Oleh Nurul Atikah Mohd Rosli20 10 2019Rakyat makin sangsi dengan keupayaan Maszlee kawal timbalannyaBANGI 21 Safar 1441H Ahad Tiada tindakan yang diambil ke atas graduan biadab yang bertindak mencetuskan provokasi pada Istiadat Konvokesyen ...
Biadab Lakonan Pemuda Bersatu Serang Dap

Biadab Lakonan Pemuda Bersatu Serang Dap

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 400 hits
Gaduh PH Biadab DAP perlu disiplinkan ahli Penerangan Pemuda BersatuKetua Penerangan Pemuda Bersatu Ulya Aqamah Husamudin membidas kenyataan akar umbi DAP yang mengherdik menteri pendidikan mengenai isu komik Inisiatif Jalur dan Laluan dan ...
Isu Ltte Dua Pemimpin Dap Di Tangkap

Isu Ltte Dua Pemimpin Dap Di Tangkap

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 644 hits
Dua Pemimpin DAP Di Tangkap berhubung isu LTTE di mana sorang dari melaka dan sorang dari seremban Polis menahan exco Melaka G Saminathan dan anggota Dewan Undangan Negeri Seremban Jaya P Gunasekaran atas dakwaan mempunyai hubungan dengan H...
Pm Beritahu Kabinet Serah Pada Polis Siasat Isu Ltte Sumber

Pm Beritahu Kabinet Serah Pada Polis Siasat Isu Ltte Sumber

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 398 hits
Kabinet pada mesyuarat mingguannya Jumaat lepas telah membincangkan penahanan dua Adun DAP kerana dikatakan terlibat dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam kata sumber Sumber berkata menteri kabinet khususnya dari DAP meny...
Sarawakian Ngo Need To Clear Health Confusion Of Malaysians Associating Palm Oil With High Cholesterol

Huawei Pura 80 Series Lands In Malaysia With Next Gen Camera Capabilities And Iconic Style

Himpunan Turun Anwar Sekadar Hiburan

Realme 14 5g Peranti Permainan Mantap Bawah Rm1300

Fc Barcelona Sign Marcus Rashford On Loan From Man Utd With Option To Buy

Pengalaman 2 Tahun Bersama Chatgpt Kenapa Saya Pilih Plus Untuk 2025

Why Dr M Was Right About Anwar

Where Is Pamela Ling Dap Mp Calls For Answers In Dewan Rakyat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


10 Point Daripada Khairul Aming Mesti Tahu Jika Anda Seorang Seller Content Creator

Filem Paraxnormal

Samosa Paratha Inti Berempah Kulit Rangup Rasa Memikat

Bukan Guru Biasa Bila Rasa Kagum Jadi Cemburu

20 Contoh Menu Snek Sihat Sangat Mudah Disediakan

Himpunan Turun Anwar Jadual Masa Lokasi Jalan Tutup 26 Julai