Pemimpin Umno Belasah Ketua Pemuda Bersatu Beramai Ramai




Kalangan pemimpin Umno menyelar Ketua Pemuda PPBM Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal susulan kenyataannya mendakwa Umno bukan lagi kuasa besar dalam politik negara

Wan Ahmad Fayhsal, yang juga timbalan menteri belia dan sukan, dilaporkan berkata senario politik semasa menuntut Umno bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).
“Sekiranya tidak bekerjasama, kita semua rugi dan berkemungkinan kalah nanti. PPBM masih mengharapkan Umno bersama PN supaya pertembungan tiga penjuru dapat dielakkan,” beliau dipetik berkata oleh Utusan Malaysia.
Beberapa pemimpin Umno menempelak kenyatan Wan Ahmad Fayhsal itu, antaranya Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz, yang mengingatkan beliau supaya tidak cepat lupa rekod Umno.
“Wan Fayhsal harus ingat Umno-Barisan Nasional memenangi tujuh pilihan raya kecil (PRK) yang ditandingi (termasuk) dua daripadanya menentang calon PPBM,” katanya kepada FMT.
“Kami meletakkan calon Cina di Tanjung Piai, kerusi majoriti Melayu, sementara mereka (PPBM) meletakkan calon Melayu dan mereka masih kalah dengan lebih 15,000 undi,” kata beliau.
Pada PRK 2019 itu, Wee Jeck Seng dari MCA mendapat 25,466 undi, lebih dari separuh daripada saingan terdekatnya Karmaine Sardini daripada PPBM, yang mendapat 10,380 undi.
Nazri berkata, dalam PRK Semenyih, PPBM juga dikalahkan Umno.
Dalam kedua-dua pilihan raya berkenaan, PPBM masih parti komponen Pakatan Harapan yang menerajui negara ketika itu.
Nazri berkata pandangan Wan Ahmad Fayhsal mengenai kekuatan Umno tidak perlu diendahkan.
“Pendapat siapa yang harus kita beri perhatian lebih? Rakyat atau Wan Fayhsal? Siapa yang lebih memahami?” tanya Nazri.
Nazri berkata, pada beberapa PRK lalu, rakyat membuktikan Umno tetap relevan.
“Lihatlah fakta. Kami menewaskan PPBM, DAP, PKR, dan Warisan,” kata beliau.
Bekas perdana menteri, Najib Razak, memberi reaksi sinis, dengan bertanya Wan Ahmad Fayhsal kerusi mana yang akan ditandinginya pada pilihan raya umum akan datang.
“Rasanya dia pasti menang di mana-mana juga sebab lawannya akan susah untuk lawan kuasa cetak duit dan kuasa surat sokongan,” katanya di Facebook.
Beliau merujuk kepada cadangan Wan Ahmad Fayhsal sebelum ini, mahukan Bank Negara untuk mencetak lebih wang tunai untuk membantu rakyat yang terkesan akibat Covid-19.
Wan Ahmad Fayhsal juga dikaitkan dengan isu menawarkan surat sokongan kepada ahli PPBM semasa berkempen pada pemilihan parti tahun lalu.
Sementara itu, Ketua Puteri Zahida Zarik Khan turut menolak kenyataan Wan Fayhsal itu dengan menegaskan parti itu tidak mudah dilemahkan walaupun diserang berulang kali.
“Kamu boleh tanya pada rakyat dan lebih 3 juta ahli Umno, adakah parti ini sudah tidak relevan?
“Kamu kata zaman Umno sudah berakhir. Ironinya, boss kamu dahulu Tun Mahathir mengaku ‘masih sayang Umno’.
“Jadi zaman siapa yang sudah berakhir?” kata beliau.
Mahathir adalah pengasas PPBM namun keluar parti itu dan baru-baru ini dilaporkan berkata beliau sedia kembali kepada parti itu, tertakluk kepada beberapa syarat

Sumber: FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2021/02/pemimpin-umno-belasah-ketua-pemuda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panas Pemimpin Umno Dedah Menteri Dari Bersatu Cuba Campur Tangan Pemilihan Ketua Kampung

Panas Pemimpin Umno Dedah Menteri Dari Bersatu Cuba Campur Tangan Pemilihan Ketua Kampung

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 258 hits
March 2 2021 Veteran Umno Shahrir Ab Samad membidas Ketua Pemuda Bersatu Johor Muhammad Shamsuddin Paijan yang tidak berpuas hati berkenaan pelantikan ketua kampung yang dikatakan banyak dipilih dalam kalangan orang Umno sahaja Shahrir memb...
Umno Perlu Dedah Keputusan Rasmi Mesyuarat Mkt Kata Pemimpin Bersatu

Umno Perlu Dedah Keputusan Rasmi Mesyuarat Mkt Kata Pemimpin Bersatu

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 249 hits
February 22 2021 Parti Pribumi Bersatu Malaysia meminta agar UMNO mendedahkan keputusan rasmi mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi parti itu yang diadakan pada Jumaat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Muhammad Faiz Na aman berkata perka...
Kecoh Pemimpin Pas Pro Umno Dan Pro Bersatu Makin Teruk Bertembung

Kecoh Pemimpin Pas Pro Umno Dan Pro Bersatu Makin Teruk Bertembung

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 299 hits
February 27 2021 Perpecahan dalam PAS di antara kelompok pro PPBM dan pro Umno semakin melebar sejak parti Islam itu menyertai gabungan kerajaan setahun lalu kata dua sumber terdekat dengan kelompok berkenaan Satu kelompok dikatakan menyoko...
Annuar Gesa Pemimpin Bersatu Henti Tuduh Akaun Rahsia Umno

Annuar Gesa Pemimpin Bersatu Henti Tuduh Akaun Rahsia Umno

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 232 hits
Bekas setiausaha agung Barisan Nasional Annuar Musa meluahkan rasa kecewa dengan dakwaan pemimpin Bersatu bahawa Umno mempunyai akaun bank rahsia yang tidak diaudit untuk menerima sumbangan politik Akaun sulit Umno Pemimpin Bersatu atau par...
Isu Pelantikan Ketua Kampung Bersatu Dan Umno Bergaduh Teruk

Isu Pelantikan Ketua Kampung Bersatu Dan Umno Bergaduh Teruk

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 359 hits
March 2 2021 Ketika hubungan Bersatu dan Umno didakwa bermasalah pimpinan dua parti itu bertelagah lagi Kali ini di Johor dan menyentuh isu kemelut pelantikan ketua kampung Ketua Pemuda Bersatu Johor Muhammad Shamsuddin Paijan berkata ramai...
Bersatu Umno Bertelagah Kemelut Lantik Ketua Kampung Di Johor

Bersatu Umno Bertelagah Kemelut Lantik Ketua Kampung Di Johor

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 284 hits
malaysiakini comDiterbitkan 2 Mar 2021 8 38 amDikemaskini 8 39 amKetika hubungan Bersatu dan Umno didakwa bermasalah pimpinan dua parti itu bertelagah lagi Kali ini di Johor dan menyentuh isu kemelut pelantikan ketua kampung Ketua Pemuda Be...
Gantikan Pemimpin Korup Umno Prospek Bersatu Pun Pudar Kadir

Gantikan Pemimpin Korup Umno Prospek Bersatu Pun Pudar Kadir

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 323 hits
malaysiakini comDiterbitkan 22 Feb 2021 10 27 amBekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu A Kadir Jasin berkata apa yang diperlukan oleh Umno ketika ini ialah menyingkirkan pemimpin mereka yang korup dan bermasalah Selepas itu katanya Um...
Apakah Pemimpin Umno Perak Menolak Penyatuan Melayu Soal Bersatu

Apakah Pemimpin Umno Perak Menolak Penyatuan Melayu Soal Bersatu

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 209 hits
February 15 2021 Assalamualaikum WBTSaya terpanggil untuk respon atas kenyataan akhbar Menteri Besar Perak yang bertajuk Umno Perak tak kompromi Jelas disini pengambilalihan pentadbiran negeri berdasarkan motif politik tertentu setelah berk...
Umno Sabah Juga Selar Ketua Pemuda Ppbm

Umno Sabah Juga Selar Ketua Pemuda Ppbm

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 250 hits
Umno Sabah turut masuk tangan dalam kontroversi dakwaaan Ketua Pemuda PPBM Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bahawa Umno bukan lagi kuasa besar dalam politik negara Ahli Parlimen Kimanis Mohamad Alamin berkata walaupun Wan Fayhsal berhak un...
Flexibility In Business Operations

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Football Online Sports Gambling 1xbet 1xbet Globa

Mesyuarat Mpsm Kulai Bil 3 2024

7 Keistimewaan Hari Arafah Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam

Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun