Kecoh Pemimpin Pas Pro Umno Dan Pro Bersatu Makin Teruk Bertembung


 


February 27, 2021 Perpecahan dalam PAS di antara kelompok pro-PPBM dan pro-Umno semakin melebar sejak parti Islam itu menyertai gabungan kerajaan setahun lalu, kata dua sumber terdekat dengan kelompok berkenaan.
Satu kelompok dikatakan menyokong gabungan Perikatan Nasional (PN), manakala yang satu lagi mahu kerjasama Muafakat Nasional (MN) diperkukuhkan.
Salah seorang sumber memberitahu FMT bahawa keretakan semakin melebar susulan sokongan yang diberikan kepada PPBM dan juga tindakan sebahagian pemimpin PAS yang tidak mengendahkan beberapa pemimpin Umno.
“Satu kelompok lagi kekal menyokong Umno.
“Seolah-olah PAS kini mempunyai dua pemimpin. Seorang agresif, manakala seorang lagi yang menyokong Umno memilih untuk berdiam diri,” jelasnya.
PAS yang merupakan salah satu parti dalam gabungan PN turut menjalin kerjasama dengan Umno di bawah MN.
Kelompok pro-PPBM berharap kes mahkamah melibatkan pemimpin Umno yang didakwa terbabit dengan skandal rasuah dipercepatkan sebelum pilihan raya umum ke 15 bagi merealisasikan keinginan untuk melihat pemimpin Umno yang terbabit diketepikan daripada arena politik.
“Ada gerakan yang menggesa pilihan raya diadakan menjelang September, atau selepas kes membabitkan pemimpin Umno selesai, “ tambah beliau.
Sumber itu turut memberitahu, susulan perpecahan yang berlaku, Umno dan PAS belum mencapai kesepakatan berhubung isu pembahagian kerusi yang akan ditandingi pada pilihan raya akan datang.
Sebelum ini dilaporkan bahawa perebutan kerusi dijangka berlaku dalam gabungan MN dengan keadaan tegang di sekurang-kurangnya empat negeri, iaitu Terengganu, Johor, Perak dan Selangor.
Dilaporkan Umno mahu meletakkan calon di semua kerusi di Terengganu.
FMT sebelum ini memetik sumber yang menghadiri mesyuarat Umno di Janda Baik minggu lalu berkata, antara yang disepakati ialah untuk tidak menjalin kerjasama dengan PPBM dan menolak jawatan timbalan menteri jika ditawarkan.
Bagaimanapun tiada sebarang keputusan dibuat mengenai kerjasama dengan PAS dalam MN.
Namun sumber dalaman PAS berkata, pemimpin parti yang rapat dengan PPBM tidak mahu Umno menikmati monopoli yang dimiliki parti itu sebelum ini.
Pada PRU 14, PAS menang 18 kerusi Parlimen, dengan majoritinya di Kelantan dan Terengganu.
Satu lagi sumber memberitahu FMT bahawa kelompok yang menyokong Umno telah diingatkan supaya tidak mencetuskan keretakan dalam parti.
“Sebaik kes di mahkamah selesai, pemimpin PAS yang rapat dengan PPBM akan kembali bersama kami dan menyokong Muafakat Nasional. Kami dimaklumkan begitu,” kata beliau.
Namun katanya, ketegangan itu mula dirasai apabila semakin ramai anggota akar umbi mengetahui mengenai keretakan yang berlaku dalam kepimpinan PAS.
Kali terakhir PAS berdepan perpecahan ialah ketika pemimpinnya berbelah bahagi untuk menyokong Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.
Ini menyaksikan sebahagian pemimpin PAS keluar parti untuk membentuk Amanah dan menyertai Pakatan Harapan (PH), gabungan yang menggantikan PR. 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/kecoh-pemimpin-pas-pro-umno-dan-pro.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panas Pemimpin Umno Gesa Zahid Letak Jawatan Elak Dibuli Bersatu Dan Pas

Panas Pemimpin Umno Gesa Zahid Letak Jawatan Elak Dibuli Bersatu Dan Pas

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 312 hits
February 22 2021 Kegagalan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menguruskan parti dan persepsi dengan kes kes mahkamahnya menyebabkan UMNO mudah dibuli oleh saingan politiknya Parti Pribumi Bersatu Malaysia Pas atau lain lain Ketua UMNO Bahagian P...
Khabar Angin Masih Khabar Angin Tapi Makin Ramai Pemimpin Pas Nafi

Khabar Angin Masih Khabar Angin Tapi Makin Ramai Pemimpin Pas Nafi

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 346 hits
N Faizal Ghazali Lagi pemimpin kanan PAS tampil menafikan wujud gerakan untuk menjatuhkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang setelah dakwaan itu mula bermain di media sosial sejak minggu lalu Walaupun masih tiada bukti konkrit dikemukakan buat m...
Gantikan Pemimpin Korup Umno Prospek Bersatu Pun Pudar Kadir

Gantikan Pemimpin Korup Umno Prospek Bersatu Pun Pudar Kadir

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 413 hits
malaysiakini comDiterbitkan 22 Feb 2021 10 27 amBekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu A Kadir Jasin berkata apa yang diperlukan oleh Umno ketika ini ialah menyingkirkan pemimpin mereka yang korup dan bermasalah Selepas itu katanya Um...
Alhamdulillah Sejak Dua Menjak Pemimpin Umno Kalau Berhujah Mengalahkan Pemimpin Pas Sebelum Jadi Kerajaan

Alhamdulillah Sejak Dua Menjak Pemimpin Umno Kalau Berhujah Mengalahkan Pemimpin Pas Sebelum Jadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 303 hits
PAS berjaya tarbiah UMNO melalui Muafakat Nasional sepertimana PAS berjaya tarbiah DAP melalui Pakatan Rakyat Dulu Guan Eng MACAM khalifah omar sekarang dah jadi Abu jahal Ketika pemimpin umno berhujah dengan selitan peringatan ugama sejak ...
Kalau Ada Dalam Umno Asabiyah Seperti Pemimpin Pas Lihatlah Asyraf Wajdi

Kalau Ada Dalam Umno Asabiyah Seperti Pemimpin Pas Lihatlah Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 314 hits
February 25 2021 ITU SEBAB MASA AKU TULIS PASAL MAT HASSAN AKU KUTUK ASYRAF WAJDI Kalau ada dalam UMNO Ashabiyah dan Kebodohan seperti pemimpin PAS Lihatlah Asyraf Wajdi masa aku menulis pasal Mat Hassan aku dah sebut Apakah orang berlatar ...
Pemimpin Umno Belasah Ketua Pemuda Bersatu Beramai Ramai

Pemimpin Umno Belasah Ketua Pemuda Bersatu Beramai Ramai

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 299 hits
Kalangan pemimpin Umno menyelar Ketua Pemuda PPBM Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal susulan kenyataannya mendakwa Umno bukan lagi kuasa besar dalam politik negara Wan Ahmad Fayhsal yang juga timbalan menteri belia dan sukan dilaporkan berka...
Umno Perlu Dedah Keputusan Rasmi Mesyuarat Mkt Kata Pemimpin Bersatu

Umno Perlu Dedah Keputusan Rasmi Mesyuarat Mkt Kata Pemimpin Bersatu

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 275 hits
February 22 2021 Parti Pribumi Bersatu Malaysia meminta agar UMNO mendedahkan keputusan rasmi mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi parti itu yang diadakan pada Jumaat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Muhammad Faiz Na aman berkata perka...
Pas Sukar Jadi Pendamai Umno Bersatu

Pas Sukar Jadi Pendamai Umno Bersatu

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 269 hits
Pas yang mempunyai 18 kerusi Parlimen dijangka sukar menjalankan peranan sebagai gam bagi merapatkan kembali hubungan tegang antara Umno dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia sekali gus merealisasikan pembentukan koalisi perdana parti Melayu P...
Belanja Dania Suami Makan Nasi Daun Pisang Bananabro Melaka

Apa Bakal Terjadi Jika Kita Kembali Ke Zaman Nokia 3310

Cat S Eye Or Commonly Known As Mata Kucing Fruit

Razer Tingkatkan Pengalaman Seru Untuk Pemain Marvel Rivals

18 Tahun Cuba Buka Akaun Bank Pertama Tahu Diharamkan Dari Semua Bank Di M Sia Sejak 9 Tahun

15 Jenama Sabun Basuh Baju Baby

Wanita Bersama 7 Lelaki Belasah Pemuda Hingga Longlai Sudah Ditahan Polis

Pensyarah Palsu Identiti Jalin Hubungan Dengan 10 Penuntut


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kos Perbelanjaan Bulanan Bayi Meningkat Ibu Bapa Mula Ikat Perut

Memanah Ni Sukan Sunnah Harapan Hakim Izmi Jadi Pemanah Negara

Jualan Hari Gaji April Realme Dengan Diskaun Sehingga 50

Rocky S Bru I M Still Standing

Kathleen Zellner The Tenacious Lawyer Fighting For Justice

Make A Difference Donate Clothing In San Leandro