Umno Perlu Dedah Keputusan Rasmi Mesyuarat Mkt Kata Pemimpin Bersatu


 

February 22, 2021 Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) meminta agar UMNO mendedahkan keputusan rasmi mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu yang diadakan pada Jumaat.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’aman berkata, perkara berkenaan penting untuk mereka merancang kempen sama ada secara bersama atau berasingan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
“Sebenarnya adalah lebih baik jika tidak ada pertembungan tiga penjuru jika UMNO bersama Perikatan Nasional (PN) yang menggunakan formula seperti di Sabah.
“Barisan Nasional (BN) bersama PN kita tidak bertembung. Jadi kita boleh buat kempen bersama dan menang besar,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Pada Jumaat, media melaporkan UMNO telah membuat keputusan untuk memanggil mesyuarat MKT bagi memutuskan sama ada mereka akan meneruskan kerjasama politik dengan Bersatu dan PN atau sebaliknya pada pilihan raya akan datang.
Memetik sumber media kemudiannya melaporkan pucuk pimpinan UMNO memutuskan untuk berpisah daripada Bersatu dan gabungan PN pada pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun Jabatan Komunikasi Strategik (JKS) Penerangan UMNO pada Ahad menafikan dakwaan yang mengatakan parti itu tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dan gabungan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Selain itu, terdapat juga laporan media bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi didakwa menggunakan kuasa vetonya selaku Presiden UMNO untuk menghalang Barisan Nasional (BN) daripada bergabung dengan PN.
Muhammad Faiz berkata, sekiranya laporan media itu benar, prinsip musyawarah berdasarkan suara majoriti secara demokrasi seolah-olah dinafikan.
“Itu sebenarnya asas kepada mana-mana parti politik. Majoriti itu asas. Jadi kalau disebabkan hanya seorang yang tidak mahu maka dikatakan orang itu ada kuasa veto jadi sebenarnya rakyat boleh menilai jenis kepimpinan UMNO di bawah Zahid Hamidi.
“Sedangkan majoriti pemimpin mereka di peringkat atas mahukan kerjasama demi perpaduan Melayu dan masyarakat,” katanya.
Menurutnya, jika benar UMNO mengambil keputusan berdasarkan seorang individu yang menggunakan kuasa vetonya sebagai presiden, adalah malang nasib majoriti akar umbi dan pemimpin parti itu yang lebih rasional dan sayangkan perpaduan ummah serta kelangsungan kerajaan yang telah dibina bersama.
“Kerana seolah-olah segala keputusan dicatur oleh pihak yang minoriti dalam parti.
“Sudah tiba masanya orang Melayu Islam khususnya kaum pribumi tidak kira Muslim atau tidak, kita semua berfikir di luar skop parti,” katanya. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/umno-perlu-dedah-keputusan-rasmi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Mpt Bersatu Desak Umno Umum Keputusan Mesyuarat Shahril Bidas Serangan Secara Terbuka

Ahli Mpt Bersatu Desak Umno Umum Keputusan Mesyuarat Shahril Bidas Serangan Secara Terbuka

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 295 hits
Ketua Penerangan Umno Shahril Sufian Hamdan membidas kenyataan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Muhammad Faiz Na aman yang menggesa parti itu mendedahkan keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi minggu lalu Jelasnya Umno berhak m...
Umno Gagal Lagi Membuat Keputusan Berpisah Dengan Bersatu

Umno Gagal Lagi Membuat Keputusan Berpisah Dengan Bersatu

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 279 hits
BENTONG Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bersidang pada Jumaat disifatkan memperoleh hasil keputusan yang tidak begitu dramatik Sumber memberitahu Sinar Harian bahawa semua MKT bagaimanapun tidak akan mengulas perkara tersebut dal...
Gempar Ada Pemimpin Bersatu Nak Haramkan Umno

Gempar Ada Pemimpin Bersatu Nak Haramkan Umno

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 228 hits
February 11 2021 Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan terdapat usaha untuk mengharamkan UMNO Ia susulan kenyataan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Dr Muhammad Faiz Na aman yang m...
Umno Nafi Laporan Mkt Tolak Kerjasama Bersatu Pn

Umno Nafi Laporan Mkt Tolak Kerjasama Bersatu Pn

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 269 hits
UMNO menafikan laporan keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi parti itu menolak kerjasama antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Perikatan Nasional pada pillihan raya umum akan datang Jabatan Komunikasi Strategik Penerangan UMNO berk...
Apakah Pemimpin Umno Perak Menolak Penyatuan Melayu Soal Bersatu

Apakah Pemimpin Umno Perak Menolak Penyatuan Melayu Soal Bersatu

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 222 hits
February 15 2021 Assalamualaikum WBTSaya terpanggil untuk respon atas kenyataan akhbar Menteri Besar Perak yang bertajuk Umno Perak tak kompromi Jelas disini pengambilalihan pentadbiran negeri berdasarkan motif politik tertentu setelah berk...
Sinar Pm Keputusan Di Tangan Mkt Umno

Sinar Pm Keputusan Di Tangan Mkt Umno

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 276 hits
SINAR PM Keputusan di Tangan MKT UMNO SINAR PM 19 FEBRUARI 2021 1 Keputusan di Tangan MKT UMNO 2 Malaysia bakal terima 5G hujung tahun ini 3 Isu fitnah Puad sedia berdepan Muhyiddin di mahkamah 4 Kes rasuah Guan Eng isteri disebut semula 28...
Pemimpin Umno Belasah Ketua Pemuda Bersatu Beramai Ramai

Pemimpin Umno Belasah Ketua Pemuda Bersatu Beramai Ramai

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 276 hits
Kalangan pemimpin Umno menyelar Ketua Pemuda PPBM Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal susulan kenyataannya mendakwa Umno bukan lagi kuasa besar dalam politik negara Wan Ahmad Fayhsal yang juga timbalan menteri belia dan sukan dilaporkan berka...
Kecoh Pemimpin Pas Pro Umno Dan Pro Bersatu Makin Teruk Bertembung

Kecoh Pemimpin Pas Pro Umno Dan Pro Bersatu Makin Teruk Bertembung

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 314 hits
February 27 2021 Perpecahan dalam PAS di antara kelompok pro PPBM dan pro Umno semakin melebar sejak parti Islam itu menyertai gabungan kerajaan setahun lalu kata dua sumber terdekat dengan kelompok berkenaan Satu kelompok dikatakan menyoko...
Annuar Gesa Pemimpin Bersatu Henti Tuduh Akaun Rahsia Umno

Annuar Gesa Pemimpin Bersatu Henti Tuduh Akaun Rahsia Umno

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 246 hits
Bekas setiausaha agung Barisan Nasional Annuar Musa meluahkan rasa kecewa dengan dakwaan pemimpin Bersatu bahawa Umno mempunyai akaun bank rahsia yang tidak diaudit untuk menerima sumbangan politik Akaun sulit Umno Pemimpin Bersatu atau par...
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Nasi Briyani Adabi

Free Sample Libresse Knowyourv


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Perry Feat Zee Avi Romantisa Chord

Melihat Gunung Kinabalu Dari Daradaat View

Kejadian Ikut Hukum Alam

Pengambilan Jawatan Ppj Februari 2025

Waktu Solat Bandar Baharu Kulim Kedah 03 02 2025