Pembahagian Kerusi Pas Di Prn Melaka Diketahui Seminggu Lagi


 
Pesuruhjaya PAS Melaka Kamarudin Sidek berkata menerusi perbincangan itu, setiap parti dijangka mengemukakan calon masing-masing dan keputusan akan dibuat secara bersama bagi memilih calon terbaik untuk bertanding di setiap kerusi. (Gambar PAS Melaka)MELAKA: Pembahagian kerusi melibatkan PAS bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Melaka dijangka diketahui selewat-lewatnya dalam tempoh seminggu lagi selepas perbincangan antara parti itu dengan Umno dan Bersatu.
Pesuruhjaya PAS Melaka Kamarudin Sidek berkata perbincangan yang akan diuruskan oleh Jawatankuasa Teknikal PAS Pusat itu bertujuan mengelak berlaku pertembungan lebih daripada dua penjuru sekali gus merugikan semua parti komponen yang bernaung di bawah Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN).
“PAS berada dalam MN dan PN yang terdapat juga Umno dan Bersatu… hubungan kerjasama antara parti komponen terlibat masih terjalin. Jadi isu pembahagian kerusi bagi PRN Melaka perlu membabitkan semua parti terlibat.
“Kita akui terdapat laluan sukar dan mudah di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) namun misi utama kita ialah pertandingan dua penjuru di setiap kerusi bagi memudahkan laluan kita untuk menghadapi Pakatan Harapan (PH),” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Kamarudin berkata menerusi perbincangan itu, setiap parti dijangka mengemukakan calon masing-masing dan keputusan akan dibuat secara bersama bagi memilih calon terbaik untuk bertanding di setiap kerusi.
Beliau berkata sekiranya perbincangan menemui jalan buntu, PAS tidak teragak-agak untuk bergerak sendiri dan meletakkan calon di kerusi yang turut ditandingi Umno dan Bersatu meskipun terpaksa berdepan saingan tiga penjuru.
Kamarudin, yang merupakan calon PAS bagi kerusi Duyong pada PRU14 dan tewas kepada Damian Baba Yoe dari DAP, berkata beliau sedia kembali bertanding di kawasan itu pada PRN kali ini jika dipersetujui Umno dan Bersatu.
PAS Melaka bertanding di 24 daripada 28 kerusi DUN Melaka pada PRU14 lepas.
Menyentuh persediaan PAS bagi menghadapi PRN Melaka, beliau berkata jentera parti itu telah bersiap siaga dalam semua aspek dan semua bilik gerakan telah dibuka.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh hari ini mengumumkan 20 Nov sebagai tarikh pengundian bagi PRN Melaka manakala 8 Nov bagi penamaan calon dan undi awal 16 Nov.
Pada 4 Okt lepas, SPR menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran DUN Melaka penggal ke-14 daripada Speaker Datuk Seri Ab Rauf Yusoh setelah kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) hilang majoriti. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/10/pembahagian-kerusi-pas-di-prn-melaka.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mus

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Politik Melaka Pas Kesal Pembubaran Dun Sedia Hadapi Prn Hadi Awang Berapa Kerusi Pas Ada Di Melaka

Politik Melaka Pas Kesal Pembubaran Dun Sedia Hadapi Prn Hadi Awang Berapa Kerusi Pas Ada Di Melaka

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 234 hits
MELAKA Pas melahirkan kekesalan atas pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka secara luar jangka dalam tempoh pemulihan pandemik COVID 19 Menurut Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagaimanapun parti itu bersedia menghadapi sebarang ke...
Prn Melaka Pn Tanding Semua Kerusi Apa Pendirian Pas Soal Puad

Prn Melaka Pn Tanding Semua Kerusi Apa Pendirian Pas Soal Puad

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 332 hits
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi berkata Bersatu kali ini sudah tentu banyak bergantung kepada jentera PAS yang lebih lama bertapak di Melaka PETALING JAYA Seorang pemimpin Umno mempersoalkan pendirian PAS selepas Perikatan Na...
Pas Tak Kacau Kerusi Umno Bersatu Pada Prn Melaka Kata Tuan Ibrahim

Pas Tak Kacau Kerusi Umno Bersatu Pada Prn Melaka Kata Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 304 hits
Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS akan menyokong mana mana calon sama ada Umno mahupun Bersatu berdasarkan penyandang di kerusi berkenaan jika pemuafakatan gagal dicapai dalam kalangan dua parti sekutu itu PETALING JAYA PAS tidak akan melet...
Prn Melaka Pas Bersatu Tak Setuju Hanya Diberi 4 Kerusi Kata Nazri

Prn Melaka Pas Bersatu Tak Setuju Hanya Diberi 4 Kerusi Kata Nazri

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 336 hits
October 23 2021 11 24 PMNazri Aziz berkata PAS dan Bersatu perlu menerima hakikat sebarang kerjasama untuk PRN Melaka harus memastikan Umno menjadi ketua kerajaan negeri itu semula PETALING JAYA Ahli Parlimen Padang Rengas Mohamed Nazri Azi...
Prn Melaka Bersatu Pas Sepatutnya Syukur Keputusan Umno Setuju Berikan Empat Kerusi

Prn Melaka Bersatu Pas Sepatutnya Syukur Keputusan Umno Setuju Berikan Empat Kerusi

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 312 hits
SHAH ALAM Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan PAS sepatutnya bersyukur dengan keputusan UMNO bersetuju mengagihkan empat kerusi Dewan Undangan Negeri untuk ditandingi dua parti Melayu berkenaan pada pilihan raya negeri Melaka kelak Ahli Parl...
Prn Melaka Pas Tak Letak Calon Di Kerusi Umno Bersatu

Prn Melaka Pas Tak Letak Calon Di Kerusi Umno Bersatu

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 262 hits
AGENDA DAILY Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man PAS beri jaminan parti itu tidak akan meletakkan calon di kerusi yang bakal ditandingi UMNO dan BERSATU pada Pilihan Raya Negeri Melaka Timbalan Presidennya Datuk Seri Tuan...
Pernah Ke Pas Menang Kerusi Di Melaka

Pernah Ke Pas Menang Kerusi Di Melaka

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 264 hits
BOB KELANANGSekadar nak tanya pendek jer pernah ke PAS menang kerusi di Melaka dalam mana mana Pilihan Raya Negeri PAS ader kerusi Parlimen Melaka ker Err takkan PAS nak bertanding kot kali ini lawan BERSATU dan UMNO ATAUNak merangka strate...
Prn Melaka Bn Berpeluang Tingkat Jumlah Kerusi

Prn Melaka Bn Berpeluang Tingkat Jumlah Kerusi

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 261 hits
Oleh MOHAMAD ATHIR ISMAIL ISHAM JALILSHAH ALAM Pakatan Harapan dilihat tidak mempunyai peluang untuk menguasai Melaka dalam Pilihan Raya Negeri jika diadakan ekoran pakatan tersebut didakwa gagal menunaikan janji selepas Pilihan Raya Umum K...
Prn Melaka Pas Optimis Mn Dan Pn Sempat Bincang Penyatuan Sebelum Penamaan Calon

Prn Melaka Pas Optimis Mn Dan Pn Sempat Bincang Penyatuan Sebelum Penamaan Calon

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 288 hits
MELAKA PAS optimis Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional akan menuju penyatuan menjelang Pilihan Raya Negeri Melaka walaupun masa semakin suntuk menjelang tarikh penamaan calon 8 November depan Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsu...
Resipi Ikan Siakap Stim Sedap Macam Kedai Siam Langsung Tak Hanyir

Pemilihan Pkr 2025 Nurul Izzah Mendahului 3000 Undi

Tak Ramai Boleh Saingi Pengorbanan Rafizi Izzah Jawab Anwar

Kenderaan Ev Semakin Popular Masa Depan Pemanduan Lebih Hijau Dan Pintar

Nak Tahu Bila Boleh Berhenti Ambil Carbimazole

Jangan Jadi Content Creator Jijik Takde Otak

Pengantin Bawah Umur Suami 16 Tahun Isteri Muda Setahun

Had Usia Persaraan 65 Tahun Kesuma Teliti Cadangan Isu Panas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rasa Nak Ulas Isu Tengah Viral Tapi

Tenang Tapi Tewas

Sate Pada Waktu Pagi

Rafizi Keabsahan Pkr Di Mata Rakyat Melangkaui Anwar

Pm Anwar Mohon Maaf Kurang Luang Masa Dengan Parti Sejak Bergelar Perdana Menteri

Sabah Activist Pans Bung S Claim Of Minimal Development Under Local Parties