Prn Melaka Bersatu Pas Sepatutnya Syukur Keputusan Umno Setuju Berikan Empat Kerusi


 

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PAS sepatutnya bersyukur dengan keputusan UMNO bersetuju mengagihkan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk ditandingi dua parti Melayu berkenaan pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka kelak.
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, beliau dimaklumkan dalam satu perbincangan awal di antara UMNO, PAS dan BERSATU, kedua-dua parti Melayu yang membentuk koalisi Perikatan Nasional (PN) itu difahamkan tidak bersetuju dengan cadangan UMNO untuk menyerahkan hanya empat kerusi DUN kepada mereka.
Jelas bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu lagi, Bersatu dan Pas tidak boleh menyalahkan UMNO sekiranya parti itu terpaksa memutuskan untuk bertanding secara solo kerana tawaran agihan kerusi yang dikemukakan adalah adil dan bertimbang rasa.
Bersatu dan Pas sepatutnya bersyukur dengan kesediaan UMNO menyerahkan empat kerusi DUN kepada mereka sebagai syarat bekerjasama menghadapi PRN Melaka.
BERSATU dan PAS sepatutnya bersyukur dengan kesediaan UMNO menyerahkan empat kerusi DUN kepada mereka sebagai syarat bekerjasama menghadapi PRN Melaka.
"Sebelum ini, saya difahamkan UMNO bersedia untuk menyerahkan dua kerusi DUN kepada BERSATU dan dua kerusi DUN kepada PAS, tetapi BERSATU tolak kerana mereka mahu mendapatkan tambahan kerusi pilihan raya.
"Memandangkan kekuatan kedua-dua parti berkenaan(PAS dan BERSATU) lemah dengan BERSATU hampir tiada kekuatan akar umbi bagi menghadapi PRN Melaka, BERSATU dan PAS sepatutnya bersyukur kerana UMNO masih sanggup memberikan empat kerusi DUN kepada mereka bagi mengelak pertembungan tiga penjuru.L

"Kedua-dua parti itu juga perlu menerima hakikat sebarang kerjasama PRN Melaka harus memastikan UMNO menjadi ketua kerajaan negeri itu semula," katanya kepada Sinar Premium pada Jumaat.
Nazri Aziz sudah sain SD sokong Ismail Sabri
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengulangi pendirian parti itu untuk tidak akan bekerjasama dengan Bersatu bagi menghadapi PRN Melaka yang dijadualkan pada 20 November hadapan.
Ahmad Zahid turut melaungkan keyakinan BN mampu menang pada PRN Melaka berdasarkan 'permasalahan’ di ‘pihak sebelah sana' ketika ini.
Pengerusi PN yang juga Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya tidak boleh menunggu terlalu lama ‘rakan di sebelah sana’ untuk membuat keputusan sama ada sedia bekerjasama atau tidak, semata-mata bagi mengelak pertembungan pada PRN Melaka.
PRN Melaka mungkin menyaksikan UMNO bakal bertanding secara solo susulan Bersatu membayangkan kesediaan bertanding di kesemua 28 kerusi DUN.
PRN Melaka mungkin menyaksikan UMNO bakal bertanding secara solo susulan Bersatu membayangkan kesediaan bertanding di kesemua 28 kerusi DUN.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 November manakala penamaan calon pada 8 November dan undi awal, 16 November.
Mengulas lanjut, Mohamed Nazri mengakui Bersatu dan Pas tidak boleh menyalahkan UMNO sekiranya parti itu bertegas untuk bertanding secara solo pada PRN Melaka.
Jelas beliau, hal ini kerana di Melaka, UMNO masih merupakan parti Melayu yang paling kuat serta menerima sokongan akar umbi yang kukuh berbanding dua parti berkenaan.
"Bersatu merupakan parti yang tiada kekuatan akar umbi serta dianggap paling lemah, manakala Pas pula tidak menang satu kerusi pun pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
"Justeru, sekiranya Bersatu dan Pas masih enggan bersetuju menerima 4 kerusi DUN ditawarkan, UMNO tiada pilihan lain selain bergerak solo," katanya.
Di sebalik situasi terkini membabitkan hubungan UMNO dengan Pas dan Bersatu, Mohamed Nazri masih berharap ketiga-tiga parti itu mencapai kata sepakat bagi menghadapi PRN Melaka.
"Di sebalik permasalahan berlaku, saya masih mengharapkan persefahaman antara tiga parti yang tercapai di peringkat Pusat akan dapat diteruskan ke peringkat negeri.
"Hal ini kerana tanpa kerjasama parti-parti Melayu ini bagi mengelakkan pertembungan tiga atau lebih penjuru, usaha untuk mengekalkan kerajaan di Melaka pastinya berdepan cabaran besar," katanya.
Sementara itu, sumber UMNO memaklumkan kepada Sinar Premium bahawa Pas menuntut lima kerusi DUN, manakala Bersatu meminta lapan kerusi DUN sebagai syarat kerjasama dengan UMNO bagi menghadapi PRN Melaka.
Pada PRU14, UMNO hanya memenangi 13 kerusi DUN Melaka, Bersatu yang ketika itu bersama Pakatan Harapan (PH) menang dua kerusi DUN, manakala Pas gagal merebut sebarang kerusi DUN. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/10/prn-melaka-bersatu-dan-pas-sepatutnya.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Melaka Pas Tak Letak Calon Di Kerusi Umno Bersatu

Prn Melaka Pas Tak Letak Calon Di Kerusi Umno Bersatu

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 171 hits
AGENDA DAILY Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man PAS beri jaminan parti itu tidak akan meletakkan calon di kerusi yang bakal ditandingi UMNO dan BERSATU pada Pilihan Raya Negeri Melaka Timbalan Presidennya Datuk Seri Tuan...
Pas Tak Kacau Kerusi Umno Bersatu Pada Prn Melaka Kata Tuan Ibrahim

Pas Tak Kacau Kerusi Umno Bersatu Pada Prn Melaka Kata Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 213 hits
Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS akan menyokong mana mana calon sama ada Umno mahupun Bersatu berdasarkan penyandang di kerusi berkenaan jika pemuafakatan gagal dicapai dalam kalangan dua parti sekutu itu PETALING JAYA PAS tidak akan melet...
Prn Melaka Pas Bersatu Tak Setuju Hanya Diberi 4 Kerusi Kata Nazri

Prn Melaka Pas Bersatu Tak Setuju Hanya Diberi 4 Kerusi Kata Nazri

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 225 hits
October 23 2021 11 24 PMNazri Aziz berkata PAS dan Bersatu perlu menerima hakikat sebarang kerjasama untuk PRN Melaka harus memastikan Umno menjadi ketua kerajaan negeri itu semula PETALING JAYA Ahli Parlimen Padang Rengas Mohamed Nazri Azi...
Prn Melaka Kerjasama Pas Umno Tunggu Keputusan Ahad Ini Kamarudin

Prn Melaka Kerjasama Pas Umno Tunggu Keputusan Ahad Ini Kamarudin

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 200 hits
Shuhada Abdul KadirPas Negeri Melaka menzahirkan ucapan terima kasih atas tawaran yang diberikan UMNO itu Gambar fail MELAKA Susulan keputusan Majis Kerja Tertinggi UMNO untuk memperkukuhkan Muafakat Nasional bersama Pas dalam menghadapi Pi...
Prn Melaka Keputusan Kerjasama Umno Pas Perkukuh Mn

Prn Melaka Keputusan Kerjasama Umno Pas Perkukuh Mn

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 194 hits
bharian comOleh Oktober 29 2021 7 19pmAb Rauf pada sidang media di Kampung Pulau Melaka Foto NSTP Syafeeq AhmadMASJID TANAH Keputusan UMNO untuk menjalinkan kerjasama dengan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka bulan depan dijangk...
Prn Melaka Pas Akan Bincangkan Keputusan Umno Mahu Jalin Kerjasama Politik Ahad Ini

Prn Melaka Pas Akan Bincangkan Keputusan Umno Mahu Jalin Kerjasama Politik Ahad Ini

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 294 hits
MELAKA PAS akan membincangkan mengenai keputusan UMNO untuk menjalinkan kerjasama politik dalam Pilihan Raya Negeri Melaka pada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat Ahad ini Pesuruhjaya PAS Melaka Datuk Kamarudin Sidek berkata setakat ini pihak...
Selepas Zahid Tegaskan Tiada Kerjasama Umno Bersatu Muhyiddin Umum Pn Bertanding Di Semua 28 Kerusi Prn Melaka

Selepas Zahid Tegaskan Tiada Kerjasama Umno Bersatu Muhyiddin Umum Pn Bertanding Di Semua 28 Kerusi Prn Melaka

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 215 hits
Oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin GAMBAR Abd Razak Aid PERIKATAN Nasional berkemungkinan besar akan bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri Melaka yang akan diadakan bulan depan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddi...
Ph Boleh Tutup Buku Di Melaka Jika Umno Pas Bersatu Bersama Pn Mn Mampu Menang Dengan Selesa 21 Kerusi Dun

Ph Boleh Tutup Buku Di Melaka Jika Umno Pas Bersatu Bersama Pn Mn Mampu Menang Dengan Selesa 21 Kerusi Dun

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 281 hits
ismaweb net4 hours agoBANGI 17 Rabiulawal 1443H Ahad Pakatan Harapan diyakini akan tutup buku di Melaka sekiranya UMNO mahu bersama PAS dan Bersatu pada Pilihan Raya Negeri nanti kata Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali Beliau berkata Timbala...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Ultimate Guide To Ghibli Park

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Pengasas Pbrs Joseph Kurup Meninggal Dunia



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Tips For Achieving Your Saving Goals

Gunung Ruang Meletus Ini Senarai Penerbangan Mas Airasia Yang Dibatalkan

The Spark Of Innovation

Lirik Lagu Hidupku Sebelum Mati Kunto Aji

Doa 12 Pintu Pembuka Pintu Rezeki Segala Kebaikan

Daun Kelor Mujarab Untuk Diebetes Fahami 15 Khasiatnya