Prn Melaka Bn Berpeluang Tingkat Jumlah Kerusi


 Oleh MOHAMAD ATHIR ISMAIL
ISHAM JALILSHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) dilihat tidak mempunyai peluang untuk menguasai Melaka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) jika diadakan, ekoran pakatan tersebut didakwa gagal menunaikan janji selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.
Justeru, Barisan Nasional (BN) diyakini mempunyai peluang yang lebih baik berbanding PH serta Perikatan Nasional (PN) yang dilihat terdiri daripada ramai pelompat parti dan didkawa tidak disukai pengundi.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil yang menjangkakan jika pilihan raya diadakan, BN berupaya meningkatkan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan membentuk kerajaan negeri baharu.
“Bagi BN pula, jika dilihat selama berdekad-dekad BN terbukti berjaya mentadbir negara dengan baik untuk kestabilan politik dan ekonomi serta memulihkan negara dari krisis. 
“Sebab itu saya lihat jika pilihanraya negeri diadakan di Melaka, pada hemat saya BN boleh menang sekurang-kurangnya 17 ke 21 daripada 28 kerusi DUN dan membentuk semula kerajaan negeri,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Terdahulu, akhbar melaporkan Speaker DUN Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh memaklumkan DUN negeri itu bubar selepas mendapat persetujuan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.
Justeru, pembubaran itu bakal menyaksikan pemilih di Melaka bakal turun mengundi dalam pilihan raya yang akan diadakan dalam tempoh 60 hari.
Walau bagaimanapun, bekas pegawai khas kepada Perdana Menteri ke-6 itu bersetuju dengan gambaran Presiden UMNO yang  juga Presiden BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengenai keperluan perisytiharan darurat di negeri berkenaan susulan ke Covid-19 di sana masih belum reda.
Menurutnya, penangguhan pilihan raya boleh dilakukan sehingga wabak pandemik itu reda seperti dibuat di Sarawak yang sepatutnya melaksanakan PRN pada Ogos lalu.
“Melaka mempunyai lebih kurang 500,000 pengundi yang tinggal di luar negeri itu. Jika pilihan raya diadakan, kemungkinan besar pengundi-pengundi luar ini akan menghadapi kesukaran untuk mengundi atau merentas negeri.
“Oleh itu pilihan raya mungkin tidak sesuai dilakukan pada masa ini. Kita tidak mahu apa yang berlaku selepas PRN di Sabah dahulu berlaku pula di Melaka dan berjangkit ke negeri-negeri lain di Semenanjung.
“Minggu lepas kadar jangkitan Covid-19 (Rt/Ro) di Melaka adalah tertinggi di negara ini berbanding negeri-negeri lain. Kadar jangkitan Melaka juga melebihi 1 iaitu 1.01, dan jauh lebih tinggi daripada purata kebangsaan iaitu 0.89,” jelasnya.
Oleh yang demikian, beliau tidak melihat PRN sebagai satu platform untuk mempercepatkan kadar vaksinasi di Melaka kerana ia merupakan dua perkara berbeza. Pemberian vaksin perlu dipercepatkan tidak kira samada pilihanraya diadakan atau tidak.
Untuk makluman, kadar vaksinasi penduduk dewasa di Melaka dilaporkan baru mencapai kira-kira 65 peratus.- UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/prn-melaka-bn-berpeluang-tingkat-jumlah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Politik Melaka Pas Kesal Pembubaran Dun Sedia Hadapi Prn Hadi Awang Berapa Kerusi Pas Ada Di Melaka

Politik Melaka Pas Kesal Pembubaran Dun Sedia Hadapi Prn Hadi Awang Berapa Kerusi Pas Ada Di Melaka

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 180 hits
MELAKA Pas melahirkan kekesalan atas pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka secara luar jangka dalam tempoh pemulihan pandemik COVID 19 Menurut Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagaimanapun parti itu bersedia menghadapi sebarang ke...
Gagal Jadi Pm Anwar Berpeluang Jadi Km Melaka Jika Bertanding Prn

Gagal Jadi Pm Anwar Berpeluang Jadi Km Melaka Jika Bertanding Prn

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 151 hits
agendaily com7 10 2021Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gagal menjadi Perdana Menteri berulang kali kini dilihat berpeluang cerah menjadi Ketua Menteri Melaka yang baharu sekiranya Pilihan Raya Negeri diada...
Catatan Awal Tentang Prn Melaka

Catatan Awal Tentang Prn Melaka

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 125 hits
BOLEHKAH Ketua Menteri yang telah hilang majoriti menasihatkan Yang di Pertua Negeri untuk membubarkan DUN Ini isu Perlembagaan yang perlu diteliti 2 Kes Melaka ini tidak boleh disamakan dengan tindakan Yang di Pertua Negeri Sabah membubark...
Pemuda Umno Gesa Darurat Diisytiharkan Di Melaka Elak Prn Ketika Pandemik

Pemuda Umno Gesa Darurat Diisytiharkan Di Melaka Elak Prn Ketika Pandemik

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 259 hits
gerakmalaysia comby KUALA LUMPUR Okt 6 Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berharap Timbalan Yang di Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah akan memberi perkenan mengisytiharkan darurat di Melaka untuk mengelakkan pilihan raya negeri d...
Prn Melaka Najib Kata No Way Kerjasama Dengan Bersatu

Prn Melaka Najib Kata No Way Kerjasama Dengan Bersatu

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 314 hits
October 6 2021 Pilihan Raya Negeri Melaka akan menjadi PRN yang pertama menyaksikan Umno bertanding menentang Bersatu sejak Langkah Sheraton yang menyaksikan kedua dua parti itu bergabung untuk menjatuhkan Pakatan Harapan tahun lalu Preside...
Prn Melaka Pm Bimbang Penularan Covid 19 Berulang

Prn Melaka Pm Bimbang Penularan Covid 19 Berulang

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 316 hits
AGENDA DAILY Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan kebimbangan berhubung risiko penularan Covid 19 sekiranya Pilihan Raya Negeri Melaka diadakan dalam masa terdekat Ismail S...
Prn Melaka Boleh Atau Tidak

Prn Melaka Boleh Atau Tidak

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 132 hits
Dr Musa Mohd Nordin7 Oct 2021Ada beberapa indikator kesihatan awam yang asas yang harus dipenuhi sebelum kerajaan membenarkan piliharaya diMelaka Kesemua data kesihatan awam ini mesti dinilai secara integratif supaya memberi petunjuk yang h...
Prn Melaka Hishamuddin Akan Dapatkan Pandangan Pakar

Prn Melaka Hishamuddin Akan Dapatkan Pandangan Pakar

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 191 hits
AGENDA DAILY Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata pihaknya akan dapatkan pandangan pakar tentang kesan sekiranya Pilihan Raya Negeri Melaka diadakan Menurut...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Berebut Kasih

Reaching Out

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq

How Much Longer For Mou On Allocations For Opposition Mps Says Syed Saddiq

Calon Pn Kuala Kubu Baru Ceo Syarikat Tutup



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Legoland Malaysia Resort Empowers Teachers And Students To Conquer The Legoland School Challenge 2024

Prk Kkb Pertandingan Parti Atau Pertandingan Kaum

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Piza Potato Gnocchi Di The Spot By Chinoz Tiada Tandingan