Pelumba Moto3 Dettwiler Dalam Keadaan Stabil Tetapi Kritikal Di Hospital Kl


Pelumba Moto3 DettWiler Dalam Keadaan Stabil Tetapi Kritikal Di Hospital KL
BERLIN, 27 Okt (Bernama-dpa) — Pelumba Moto3 Switzerland, Noah Dettwiler masih berada dalam keadaan kritikal di sebuah hospital di Kuala Lumpur selepas terlibat dalam kemalangan sebelum perlumbaan kelas Moto3 Grand Prix (GP) Malaysia, menurut pasukannya CIP Green Power pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
“Noah telah menjalani beberapa pembedahan dalam beberapa jam terakhir dan semuanya berjalan lancar. Menurut doktor yang merawatnya, keadaannya kini stabil tetapi masih kritikal,” menurut CIP Green Power di Instagram dalam satu kenyataan bersama keluarga dan pengurusannya.
“Kami menghargai kefahaman semua pihak dan memohon agar privasi Noah serta keluarganya dihormati. Terima kasih semua atas sokongan dan ucapan yang luar biasa,” menurut kenyataan itu lagi.
Pelumba berusia 20 tahun itu dilaporkan sedang bergerak perlahan di Litar Sepang akibat kemungkinan masalah teknikal sebelum perlumbaan Ahad bermula, apabila beliau dilanggar dari belakang oleh juara dunia Sepanyol, Jose Antonio Rueda yang menunggang pada kelajuan tinggi, menurut rakaman televisyen.
Kedua-dua pelumba menerima rawatan di lokasi selama 45 minit sebelum dibawa ke hospital dengan helikopter.
Bapa Dettwiler, Andy Dettwiler memberitahu akhbar Switzerland Blick bahawa anaknya mengalami beberapa serangan jantung dan kehilangan banyak darah. Limpa dan paru-parunya turut terjejas selain mengalami fraktur terbuka pada kaki.
Pihak MotoGP dalam hantaran di platform X memaklumkan bahawa Rueda sedar dan responsif, serta disyaki mengalami patah tangan dan lebam pelbagai bahagian badan.
Pasukan Red Bull KTM Ajo yang diwakili Rueda turut mendoakan Dettwiler cepat sembuh pada Ahad, dengan menyatakan: “Kami ingin menyampaikan ucapan terbaik buat Noah, keluarganya dan semua anggota pasukan CIP Green Power. Semoga cepat sembuh, kawan.”
BACA: Moto3: Dettwiler Jalani Pembedahan Susulan Insiden Bersama Rueda
Sumber: BERNAMA
The post Pelumba Moto3 DettWiler Dalam Keadaan Stabil Tetapi Kritikal Di Hospital KL appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/27/pelumba-moto3-dettwiler-dalam-keadaan-stabil-tetapi-kritikal-di-hospital-kl/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Moto3 Dettwiler Jalani Pembedahan Susulan Insiden Bersama Rueda

Moto3 Dettwiler Jalani Pembedahan Susulan Insiden Bersama Rueda

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 211 hits
Moto3 Dettwiler Jalani Pembedahan Susulan Insiden Bersama Rueda SEPANG 26 Okt Pelumba CIP Green Power Noah Dettwiler disahkan bakal menjalani beberapa pembedahan susulan insiden kemalangan bersama juara dunia Moto3 baharu Jose Antonio Rueda...
Lebih 460 Ditemukan Maut Di Hospital Bersalin El Fasher Sudan Pbb

Lebih 460 Ditemukan Maut Di Hospital Bersalin El Fasher Sudan Pbb

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 205 hits
Lebih 460 Ditemukan Maut Di Hospital Bersalin El Fasher Sudan PBB NEW YORK 30 Okt Lebih 460 pesakit dan waris mereka ditemukan maut di sebuah hospital bersalin di El Fasher Sudan ketika laporan mengenai kekejaman berterusan terhadap orang a...
Jerebu Toksik Di New Delhi Capai Tahap Kritikal Cecah 16 Kali Ganda Had Who

Jerebu Toksik Di New Delhi Capai Tahap Kritikal Cecah 16 Kali Ganda Had Who

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 138 hits
Jerebu Toksik Di New Delhi Capai Tahap Kritikal Cecah 16 Kali Ganda Had WHO Ibu kota India New Delhi dilapor telah diselubungi jerebu tebal dan toksik pada Isnin apabila tahap pencemaran udara meningkat melebihi 16 kali ganda had harian mak...
Fireworks Explosion Victim Transferred To Penang Hospital

Fireworks Explosion Victim Transferred To Penang Hospital

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 156 hits
Five others are still being treated at Kulim Hospital after blast at Deepavali celebrations Screenshots from a video recording showing victims of the fireworks explosion in Kulim Kedah being transported to hospital by ambulance PETALING JAY...
Ustaz Mad Kecik Masuk Hospital

Ustaz Mad Kecik Masuk Hospital

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 271 hits
NOOR HAYATI MAMATUSTAZ Mad Kecik atau Muhammad Abdullah semasa menerima rawatan di sebuah hospital malam tadi setelah mengalami masalah kesihatan FB MOHD FAIZUL ABDULLAHHULU TERENGGANU Ustaz Mad Kecik atau nama sebenarnya Muhammad Abdullah ...
Tempoh 72 Jam Pertama Selepas Strok Adalah Kritikal Bagi Pemulihan Dan Menyelamatkan Nyawa

Tempoh 72 Jam Pertama Selepas Strok Adalah Kritikal Bagi Pemulihan Dan Menyelamatkan Nyawa

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 255 hits
Tempoh 72 Jam Pertama Selepas Strok Adalah Kritikal Bagi Pemulihan Dan Menyelamatkan Nyawa Apabila mendapat serangan strok setiap saat adalah bernilai Hampir 1 9 juta neuron hilang bagi setiap minit selepas seseorang itu diserang strok Stro...
China Setuju Percepat Rundingan Code Of Conduct Di Laut China Selatan Langkah Menuju Perkongsian Aman Dan Stabil

China Setuju Percepat Rundingan Code Of Conduct Di Laut China Selatan Langkah Menuju Perkongsian Aman Dan Stabil

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 192 hits
PMX Umum China Setuju Percepatkan Rundingan Code of Conduct Laut China Selatan Pengumuman ini sangat signifikan memandangkan ASEAN dan China telah berusaha lebih dari satu dekad untuk mencapai kesepakatan namun sering terhenti pada pelbagai...
Majlis Perasmian Festival Gendang Sarawak 2025 Sultan Pahang Prihatin Berkenan Tinjau Keadaan Peserta Terjatuh

Majlis Perasmian Festival Gendang Sarawak 2025 Sultan Pahang Prihatin Berkenan Tinjau Keadaan Peserta Terjatuh

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 207 hits
KUCHING Keperibadian Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang berjiwa rakyat terserlah pada Majlis Perasmian Festival Gendang Sarawak 2025 malam ini apabila baginda berkenan meninjau keadaan seorang peserta ...
Erra Fazira Nikah Dengan Ezwan Zain Dalam Majlis Tema Serba Putih

Yufid Kids Ada Untuk Anak Anak Kita Ayo Dukung Tim Yufid Kids

Tiada Prospek Kejayaan Agc Tarik Balik Rayuan Terhadap Pembebasan Rosmah

Irresistible Beef Meatball Recipe No Dairy

Konvokesyen Universiti Malaya Ke 65

Rightist Akmal Slammed For Politicising Uec Casting Unfounded Fear Of Uec A Threat To National Edu Policy

Kehebatan Efootball Mobile Hari Perlawanan 2 Di Fifae World Cup 2025

Aku Bukan Ceplos Beebayar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Yamaha Lc V8 Upgrade Uma Racing Back Pressure Exhaust Air Filter Tuneboss Ecu

Lazada S Christmas Promotion

Writing Love Letters That Feel Honest Not Overwritten Or Fake

Seni Makan Sedap Ketika Kenikmatan Bertemu Kesukaran Buang Air Besar

Pm Thailand Bubarkan Parlimen Pulangkan Kuasa Ke Rakyat Demi Demokrasi Yang Kembali Seimbang

Pengguna Android Dikesan Jadi Sasaran Perisian Hasad Droidlock