Lebih 460 Ditemukan Maut Di Hospital Bersalin El Fasher Sudan Pbb


Lebih 460 Ditemukan Maut Di Hospital Bersalin El Fasher, Sudan – PBB
NEW YORK, 30 Okt (Bernama) — Lebih 460 pesakit dan waris mereka ditemukan maut di sebuah hospital bersalin di El Fasher, Sudan, ketika laporan mengenai kekejaman berterusan terhadap orang awam, lapor Xinhua.
Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) memaklumkan bahawa analisis terhadap imej satelit mengesahkan bukti baharu berlakunya pembunuhan di El Fasher, ibu negeri wilayah Darfur Utara dalam tempoh 48 jam selepas bandar itu diambil alih oleh Rapid Support Forces (RSF) pada Ahad.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan sebanyak 185 serangan terhadap kemudahan kesihatan di Sudan, mengakibatkan 1,204 kematian dan 416 kecederaan membabitkan petugas kesihatan dan pesakit sejak konflik bermula pada April 2023, tidak termasuk serangan terbaharu.
Tahun ini sahaja, 966 orang dilaporkan maut dalam 49 serangan.
Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) pula memaklumkan lebih 36,000 penduduk melarikan diri dari El Fasher antara Ahad dan Selasa.
Menurut IOM, sumber tempatan melaporkan ramai penduduk masih terperangkap di bandar itu akibat keadaan keselamatan yang tidak menentu dan kekurangan pengangkutan untuk melarikan diri.
OCHA berkata bantuan kecemasan kini sedang diselaraskan bersama agensi kemanusiaan di Tawila, kira-kira 40 kilometer dari El Fasher bagi menampung keluarga yang dipindahkan ke kawasan penempatan sesak dan kekurangan tempat perlindungan, sanitasi serta bekalan asas.
Setiausaha Agung PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyelarasan Bantuan Kecemasan, Tom Fletcher pada Rabu meluluskan peruntukan tambahan sebanyak US$20 juta daripada Central Emergency Response Fund (CERF) bagi mempertingkat bantuan kecemasan di Tawila dan kawasan lain di wilayah Darfur serta Kordofan.
Jumlah itu adalah tambahan kepada US$27 juta yang telah diperuntukkan daripada dana sama bagi 2025.
Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) pula menyatakan rasa terkilan susulan lima sukarelawan Bulan Sabit Merah Sudan terbunuh dan tiga lagi hilang ketika mengagihkan makanan di kawasan Bara, Kordofan Utara pada Selasa.
Sejak konflik bermula pada April 2023, seramai 21 kakitangan dan sukarelawan Bulan Sabit Merah telah terbunuh.
OCHA menegaskan bahawa orang awam, pekerja kemanusiaan dan petugas perubatan mesti dilindungi pada setiap masa, sambil menggesa semua pihak segera menghentikan pertempuran, menjamin laluan selamat kepada orang awam dan pekerja bantuan, serta memastikan akses kemanusiaan berterusan ke semua kawasan terjejas.
Sumber: Bernama
The post Lebih 460 Ditemukan Maut Di Hospital Bersalin El Fasher, Sudan – PBB appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/30/lebih-460-ditemukan-maut-di-hospital-bersalin-el-fasher-sudan-pbb/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pendaki Ditemukan Maut Selepas Dua Hari Hilang Polis Tahan Dua Malim Gunung

Pendaki Ditemukan Maut Selepas Dua Hari Hilang Polis Tahan Dua Malim Gunung

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 191 hits
Muhammad Zulsyamini Sufian SuriIPOH Polis menahan dua Malim Gunung Perhutanan susulan insiden lelaki ditemukan meninggal dunia ketika melakukan aktiviti mendaki di Gunung Liang di Muallim Tanjong Malim semalam Timbalan Ketua Polis Perak Dep...
Pendaki Hilang Di Gunung Liang Dua Hari Lepas Ditemukan Maut

Pendaki Hilang Di Gunung Liang Dua Hari Lepas Ditemukan Maut

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 292 hits
Pendaki Hilang Di Gunung Liang Dua Hari Lepas Ditemukan Maut IPOH 16 Okt Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti mendaki di Gunung Liang di Tanjong Malim sejak dua hari lepas ditemukan maut petang tadi Pemangku Penol...
Lelaki Ini Sempat Telefon Nenek Sebelum Maut Dipatuk King Cobra

Lelaki Ini Sempat Telefon Nenek Sebelum Maut Dipatuk King Cobra

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 198 hits
KOSMOPekerja penyelamat menangkap ular tedung selar di kediaman mangsa KhaosodBANGKOK Seorang lelaki di Bang Sao Thong wilayah Samut Prakan maut akibat dipatuk ular tedung selar selepas membuat panggilan telefon terakhir kepada neneknya lap...
104 Maut Dalam Serangan Terbaru Israel Di Gaza

104 Maut Dalam Serangan Terbaru Israel Di Gaza

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 161 hits
Buletin TV3 nbsp Foto fail AFPGAZA CITY Sekurang kurangnya 104 penduduk Palestin terbunuh termasuk 46 kanak kanak dalam siri serangan udara terbaharu Israel di seluruh semenanjung Gaza sejak malam tadi menurut kenyataan Kementerian Kesihata...
Wanita Ditemui Maut Di Parkir Pusat Beli Belah

Wanita Ditemui Maut Di Parkir Pusat Beli Belah

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 163 hits
Wanita Ditemui Maut Di Parkir Pusat Beli Belah KUCHING 30 Okt Seorang wanita tempatan berusia lingkungan 20 an ditemui maut di dalam sebuah kereta yang diletakkan di kawasan parkir sebuah pusat beli belah di sini semalam Ketua Polis Daerah ...
Lelaki Maut Ditetak Adik Ipar

Lelaki Maut Ditetak Adik Ipar

papar berkaitan - pada 1/11/2025 - jumlah : 157 hits
Lelaki Maut Ditetak Adik Ipar JERLUN 31 Okt Seorang lelaki maut dipercayai ditetak hingga menyebabkan kepalanya terpisah daripada badan akibat terputus pada bahagian leher dalam kejadian di Kampung Pida 3 dekat sini malam ini Dalam kejadian...
Pemandu Ambulans Maut Gara Gara Anjing Melintas Mengejut

Pemandu Ambulans Maut Gara Gara Anjing Melintas Mengejut

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 187 hits
NOR AINNA HAMZAHSeorang pemandu ambulans maut apabila terbabit dalam nahas tiga buah kenderaan gara gara anjing di kilometer 43 7 jalan Seremban Tampin berhampiran Taman Salam Nadiah di sini pagi tadi IHSAN POLISREMBAU Seorang pemandu ambul...
Israel Dilanda Wabak Maut Catat 8 Kematian Setakat Ini

Israel Dilanda Wabak Maut Catat 8 Kematian Setakat Ini

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 178 hits
Israel Dilanda Wabak Maut Catat 8 Kematian Setakat Ini Wabak demam campak semakin menular di Israel dengan angka kematian terkini dicatatkan seramai lapan orang The Jerusalem Post melaporkan kesemua kematian itu melibatkan kanak kanak yang ...
Kanak Kanak Lelaki Empat Tahun Maut Dilanggar Mpv

Kanak Kanak Lelaki Empat Tahun Maut Dilanggar Mpv

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 176 hits
Kanak Kanak Lelaki Empat Tahun Maut Dilanggar MPV KUANTAN 28 Okt Seorang kanak kanak lelaki empat tahun maut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan ketika berbasikal berhampiran surau di Perumahan Rakyat Pak Mahat di sini semal...
Pengalaman Guna Medical Card

Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan

Ltat Kembali Strategik Pengurangan Pendedahan Dalam Affin

Albert Teams Up With Dr M To Expose Mastermind Behind Sabah Scandal

Pgdm Participates In Segi University S Sosure Media 2025 Campaign With The Theme Be So Sure Be So Safe

Siapa Bagi Kebenaran Pembinaan Tol Di Genting Ipk Tv 24 11 2025

How Licenselounge24 De Helps Small Businesses Choose The Right Windows Setup


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ucapan Hari Lahir Buat Kak Long Tersayang Yang Ke 48 Tahun

Delicious Beef Tagine Recipe Bbc Good Food

Jbl Grip Grab Go Portable Bluetooth Speaker

Domino S Pizza Mempersembahkan Sentuhan Baharu Cita Rasa Klasik Itali

Anugerah Superbrands Malaysia 2025 Malam Gala Untuk Jenama Cemerlang Di Malaysia

Baru Tahu Pisang Hanya Berbuah Sekali Ini Ceritanya