Tempoh 72 Jam Pertama Selepas Strok Adalah Kritikal Bagi Pemulihan Dan Menyelamatkan Nyawa


Tempoh 72 Jam Pertama Selepas Strok Adalah Kritikal Bagi Pemulihan Dan Menyelamatkan Nyawa Apabila mendapat serangan strok, setiap saat adalah bernilai. Hampir 1.9 juta neuron hilang bagi setiap minit selepas seseorang itu diserang strok. Strok kekal sebagai punca kedua kematian, dengan lebih 12.2 juta kes baru yang dilaporkan pada tahun 2019 di seluruh dunia. Di Malaysia, angka yang dicatatkan turut membimbangkan, dengan 47,911 kes strok baru dan hampir 20,000 kematian telah direkodkan pada tahun yang sama.

Dr Aaron Lai Kuo Huo, Pakar Perubatan Kecemasan, dan Dr Mohamad Imran Bin Idris, Pakar Neurologi dari Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway menerangkan bahawa tempoh 72 jam pertama selepas strok adalah waktu kritikal bagi rawatan pemulihan. Mereka menegaskan tentang kepentingan intervensi pantas, pemantauan yang teliti dan pendekatan multidisiplin untuk meningkatkan keberhasilan rawatan dan mengurangkan kecacatan untuk jangka masa panjang.

Setiap Minit Adalah Berharga Selepas Strok
Ketika kempen kesedaran awam banyak menumpukan tentang cara-cara mengenal pasti gejala strok melalui akronim B.E. F.A.S.T. , ramai yang terleka bahawa apa yang berlaku selepas pesakit tiba di hospital turut sama pentingnya. “Tempoh 72 jam pertama boleh menentukan sama ada pesakit itu bakal pulih sepenuhnya atau mengalami kecacatan untuk jangka masa panjang,” kata Dr Aaron. “Apabila strok menyerang pesakit, otak mereka kurang mendapat oksigen dan sel-sel otak akan mulai rosak. Intervensi pantas seperti ubat cair darah atau trombektomi mampu menyelamatkan nyawa dan memelihara fungsi otak, tetapi intervensi ini mesti dilakukan dengan kadar segera.”
Kajian menunjukkan bahawa pesakit yang menerima terapi trombolitik dalam tempoh 4.5 jam mulai dari awal gejala strok mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk pemulihan fungsi. “Waktu keemasan” ini dapat meningkatkan kebarangkalian untuk pulih sepenuhnya secara ketara.

Kepentingan Tempoh 72 Jam Pertama
Sekumpulan tenaga pakar merangkumi pelabagai bidang akan memastikan rawatan segera dan berkesan diberikan kepada pesakit strok sebaik sahaja mereka tiba di hospital. Tempoh 72 jam pertama atau sering dirujuk sebagai “jendela waktu penting” boleh menentukan seseorang itu hidup atau mati, atau pulih sepenuhnya atau cacat selamanya.
“Dalam tempoh 72 jam ini, kami memfokuskan kepada pencegahan komplikasi seperti strok sekunder atau pembengkakan otak,” terang Dr Mohamad Imran. “Selepas menjalankan rawatan seperti trombolisis atau trombektomi, kami akan memantau rapi, serta membuat imbasan otak berulang kali dalam tempoh 24 jam pertama bagi memeriksa sekiranya berlaku pendarahan atau terdapat komplikasi lain.”
Dalam tempoh masa ini juga, faktor kesihatan utama seperti tekanan darah, kandungan gula dalam darah dan penghidratan akan distabilkan kerana faktor-faktor ini berperanan penting dalam mengurangkan kerosakan pada sel-sel otak. Pemulihan awal juga adalah mustahak. “Lebih cepat kita dapat memulakan terapi, biasanya dalam tempoh 48 hingga 72 jam, maka peluang pesakit untuk mendapatkan semula keupayaan mobiliti dan ketidakbergantungan adalah lebih tinggi,” tambah Dr Mohamad Imran.
Kepentingan menangani strok dengan segera dapat dibuktikan melalui pengalaman pesakit yang berjaya mendapatkan rawatan dan penjagaan dengan pantas. Dr Aaron mengimbau pengalaman beliau sewaktu merawat seorang lelaki muda dalam lingkungan lewat 20-an yang menghidap strok selepas bersenam di gimnasium. “Pesakit tiba di hospital dalam tempoh sejam selepas mengalami kelemahan anggota sebelah kiri badan dan percakapannya tidak jelas seperti biasa. Mujurlah dia mengecam gejala strok dengan cepat dan bertindak pantas. Kemudian, kami memberikan rawatan ubat cair darah dalam tempoh 40 minit dari pengesanan awal gejala tersebut. Pesakit kembali pulih sepenuhnya dalam masa beberapa hari dan discaj dari wad tanpa mengalami sebarang komplikasi yang berpanjangan,” kongsi beliau.

Salah Tanggapan tentang Strok 
Antara salah tanggapan yang berbahaya adalah “strok mini”, atau serangan iskemik sementara (TIA), adalah tidak serius. Dr Mohamad Imran menegaskan pesakit untuk tidak terpedaya dengan ilusi ‘rasa selamat’ ini. “Saya cuba untuk tidak menggunakan istilah ‘strok mini’ kerana ia meremehkan tahap keparahan strok. Walaupun hanya mengalami TIA, risiko untuk diserang strok sepenuhnya adalah sangat tinggi, terutama sekali dalam tempoh 48 jam yang pertama. Oleh itu, adalah penting untuk merawat sebarang gejala strok dengan segera,” tekan beliau.
Dr Aaron juga menegaskan tentang risiko yang bersangkut paut dengan serangan iskemik sementara (TIA). “Pesakit yang mengalami TIA perlu mendapatkan bantuan perubatan dengan segera, walaupun selepas gejala hilang. Kebiasaannya, satu daripada lima pesakit yang diserang TIA akan mengalami strok dalam tempoh 90 hari, dan separuh daripadanya berlaku dalam 48 jam pertama.”
Peningkatan Strok dalam Kalangan Golongan Muda
Di Malaysia, golongan muda semakin terdedah untuk menghidap strok. Ia berpunca daripada amalan gaya hidup tidak sihat seperti diet tidak seimbang, obesiti, tabiat merokok dan kurang aktiviti fizikal. Kajian menunjukkan peningkatan sebanyak 53.3 peratus dan 50.4 peratus kes strok dalam kalangan lelaki dan wanita dalam julat umur 35 hingga 39 tahun. “Kita dapat melihat peningkatan sindrom metabolik pada orang muda dan faktor tersebut menjadi penyumbang utama kepada berlakunya strok,” kata Dr Aaron Lai. Beliau mengatakan bahawa pesakit yang lebih muda sering terlepas pandang untuk mengecam gejala awal strok atau melengah-lengahkan urusan untuk mendapatkan rawatan, menyebabkan kesan strok yang dialami lebih buruk.

 
Pendekatan Holistik dan Multidisiplin bagi Pemulihan Strok
Penjagaan strok yang berkesan tidak hanya terbatas kepada intervensi kecemasan segera sahaja. Pendekatan yang komprehensif dan multidisiplin adalah kunci kepada pemulihan pesakit. Pasukan yang merangkumi pakar neurologi, ahli fisioterapi, terapi pekerjaan dan terapi pertuturan berganding bahu untuk membantu pesakit sepanjang proses pemulihan.
“Proses pemulihan lebih awal dapat memberi manfaat yang besar kepada pesakit strok. Memulakan terapi sebaik sahaja pesakit stabil mampu memaksimumkan peluang mereka untuk hidup seperti sedia kala, sama ada berupaya untuk kembali berjalan, menelan atau bercakap,” kata Dr Mohamad Imran.
Penglibatan keluarga juga memainkan peranan yang penting. Pemandiri strok yang mendapat sokongan penuh daripada insan tersayang cenderung untuk pulih dengan lebih baik. Dr Mohamad Imran turut berkongsi, “Keluarga pesakit strok sentiasa dibimbing mengenai cara untuk membantu pesakit mendapat semula kekuatan, menguruskan ubat-ubatan dan mengatasi cabaran emosi yang dialami mereka sewaktu pemulihan selepas strok yang boleh melambatkan proses pemulihan mereka.”
Tempoh 72 jam pertama selepas mendapat serangan strok adalah sangat penting sebagai penentu kelangsungan hidup pesakit. Seiring dengan kelaziman kes strok di Malaysia dan seluruh dunia yang semakin meningkat, kesedaran tentang gejala awal dan kepentingan penjagaan selepas strok adalah lebih kritikal berbanding tahun-tahun sebelum ini. Dr Mohamad Imran menyimpulkan, “Ini bukan sekadar menyelamatkan nyawa semata-mata, tetapi untuk memastikan kualiti hidup pesakit kekal terpelihara.”
The post Tempoh 72 Jam Pertama Selepas Strok Adalah Kritikal Bagi Pemulihan Dan Menyelamatkan Nyawa appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/28/tempoh-72-jam-pertama-selepas-strok-adalah-kritikal-bagi-pemulihan-dan-menyelamatkan-nyawa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelantan Terkurung 3 Jam Dalam Kereta Budak 4 Tahun Maut Akibat Strok Haba

Kelantan Terkurung 3 Jam Dalam Kereta Budak 4 Tahun Maut Akibat Strok Haba

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 177 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang kanak kanak perempuan berusia empat tahun ditemukan meninggal dunia setelah terkurung selama tiga jam di dalam kereta di Tanah Putih Gua Musang semalam Ketua Polis Gua Musang Sik Choon Foo berkata pihaknya...
Kebakaran Hutan Di Salak Tinggi Berjaya Dipadamkan Selepas 13 Jam

Kebakaran Hutan Di Salak Tinggi Berjaya Dipadamkan Selepas 13 Jam

papar berkaitan - pada 1/11/2025 - jumlah : 129 hits
Kebakaran Hutan Di Salak Tinggi Berjaya Dipadamkan Selepas 13 Jam PUTRAJAYA 1 November Kebakaran hutan di Salak Tinggi Sepang yang berlaku semalam berjaya dipadamkan awal pagi ini selepas hampir 13 jam operasi dijalankan Ketua Zon 5 Jabatan...
Penduduk Gaza Kembali Ke Masjid Tunai Solat Jumaat Pertama Selepas Gencatan Senjata

Penduduk Gaza Kembali Ke Masjid Tunai Solat Jumaat Pertama Selepas Gencatan Senjata

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 167 hits
Penduduk Gaza Kembali Ke Masjid Tunai Solat Jumaat Pertama Selepas Gencatan Senjata GAZA Ribuan penduduk gaza kembali menjejakkan semula kaki di masjid masjid bagi menunaikan solat Jumaat pertama selepas gencatan meskipun struktur konkrit i...
Suami Menyusul Pergi Selepas Empat Hari Isteri Meninggal

Suami Menyusul Pergi Selepas Empat Hari Isteri Meninggal

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 209 hits
Suami Menyusul Pergi Selepas Empat Hari Isteri Meninggal Nahas yang berlaku di Machang Kelantan pada 19 Oktober lalu kembali menjadi sorotan apabila suami kepada mangsa wanita yang maut dalam kejadian itu turut meninggal dunia pagi tadi Lap...
Doa Anak Jadi Nyata Ibu Ayah Bersatu Semula Selepas Empat Tahun

Doa Anak Jadi Nyata Ibu Ayah Bersatu Semula Selepas Empat Tahun

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 186 hits
KUALA LUMPUR Kisah keluarga ini pernah menyentuh hati ramai apabila seorang anak kecil pada tahun 2021 menzahirkan satu permintaan luar biasa sempena hari lahirnya bukan mainan atau kek tetapi harapan agar ibu dan ayahnya kembali bersama Em...
Selangor Kemarau Kemenangan Di Acl2 Selepas Tewas 2 0 Kepada Persib Bandung

Selangor Kemarau Kemenangan Di Acl2 Selepas Tewas 2 0 Kepada Persib Bandung

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 161 hits
Selangor Kemarau Kemenangan Di ACL2 Selepas Tewas 2 0 Kepada Persib Bandung KUALA LUMPUR 23 Okt Selangor FC terus kemarau kemenangan dalam kempen Liga Juara Juara Asia 2 2025 26 selepas tewas 0 2 kepada wakil Indonesia Persib Bandung di Sta...
Jangan Panik Ini Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum Semasa Selepas Banjir

Jangan Panik Ini Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum Semasa Selepas Banjir

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 186 hits
Jangan Panik Ini Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum Semasa Selepas Banjir Setiap kali musim hujan kebimbangan tentang banjir mula menghantui ramai penduduk Terutamanya yang tinggal di kawasan rendah atau berhampiran sungai Walaupun huj...
Gaza Selepas Gencatan Senjata Antara Harapan Dan Kehancuran

Gaza Selepas Gencatan Senjata Antara Harapan Dan Kehancuran

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 308 hits
AssalamualaikumGaza Selepas Gencatan Senjata Antara Harapan dan Kehancuran Di sebuah tanah sempit bernama Gaza setiap hela nafas adalah perjuangan antara hidup dan mati Selepas berbulan bulan dihujani bom dan kehilangan segalanya gencatan s...
Juruterbang Cedera Selepas Cermin Kokpit Dihentam Objek Misteri

Juruterbang Cedera Selepas Cermin Kokpit Dihentam Objek Misteri

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 167 hits
Juruterbang Cedera Selepas Cermin Kokpit Dihentam Objek Misteri Seorang juruterbang penerbangan United Airlines dilapor cedera dan terpaksa melakukan pendaratan kecemasan selepas sebuah objek misteri menghentam cermin kokpit pesawat Boeing ...
Pengalaman Guna Medical Card

Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan

Ltat Kembali Strategik Pengurangan Pendedahan Dalam Affin

Pgdm Participates In Segi University S Sosure Media 2025 Campaign With The Theme Be So Sure Be So Safe

Albert Teams Up With Dr M To Expose Mastermind Behind Sabah Scandal

Siapa Bagi Kebenaran Pembinaan Tol Di Genting Ipk Tv 24 11 2025

Cara Mengelak Sihir Melalui Makanan Dan Minuman Amalan Dan Doa Pendinding Diri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kl East Mall Meraikan Ulang Tahun Ke 5 Penuh Aktiviti Menarik

Satu Hari Sebelum Hari Terakhir Di Kota Madinah

Ucapan Hari Lahir Buat Kak Long Tersayang Yang Ke 48 Tahun

Delicious Beef Tagine Recipe Bbc Good Food

Jbl Grip Grab Go Portable Bluetooth Speaker

Domino S Pizza Mempersembahkan Sentuhan Baharu Cita Rasa Klasik Itali