Majlis Perasmian Festival Gendang Sarawak 2025 Sultan Pahang Prihatin Berkenan Tinjau Keadaan Peserta Terjatuh




KUCHING: Keperibadian Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang berjiwa rakyat terserlah pada Majlis Perasmian Festival Gendang Sarawak 2025 (FGS 2025), malam ini, apabila baginda berkenan meninjau keadaan seorang peserta pertandingan yang terjatuh selepas selesai membuat persembahan.
Insiden itu berlaku ketika pertandingan akhir Gendang Melayu Sarawak kategori bermukun berkumpulan sedang berlangsung di Tebingan Kuching, membabitkan dua pasukan - Kumpulan Cenderawasih dari Miri dan Warisan Gemilang dari Mukah.
Seorang daripada penopeng (tukang tandak) kumpulan Cenderawasih dilihat terjatuh sebaik saja selesai beraksi di pentas, menyebabkan majlis terhenti kira-kira dua minit bagi memberi ruang pasukan perubatan memberikan rawatan awal.
Al-Sultan Abdullah yang berangkat ke majlis itu kemudian meninjau sendiri keadaan peserta terbabit, sekali gus menzahirkan keprihatinan baginda terhadap keselamatan peserta dan kelancaran acara.
Selepas keadaan kembali terkawal, pertandingan diteruskan dengan persembahan kumpulan dari Mukah yang disambut tepukan gemuruh penonton.
Terdahulu, keberangkatan tiba baginda bersama Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, kira-kira jam 8 malam diiringi Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg; dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Edisi ke-12 festival itu menjadi platform sinergi antara Kerajaan Persekutuan dengan negeri dalam menyemarakkan pelancongan berasaskan budaya agar terus dilestarikan serta dapat dinikmati semua lapisan masyarakat, selain menyokong pelaksanaan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).
Festival anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Kerajaan Sarawak itu berlangsung dari 30 Oktober hingga esok sempena Kuching Waterfront Festival – Sarawak Regatta 2025.
Bertema 'Nilai Warisan Irama Tradisi', FGS 2025 menampilkan kesenian tradisional Gendang Melayu Sarawak sebagai pengisian utama yang mencerminkan keunikan warisan tempatan serta peranan komuniti seni dalam melestarikan tradisi.
Ketua Pengarah JKKN, Mohd Amran Mohd Haris, dalam ucapannya berkata MOTAC melalui JKKN telah meluluskan pemberian dana bawah Jawatankuasa Pemberian Bantuan Kerajaan (JPBK) 2025 kepada lapan persatuan seni budaya di Sarawak membabitkan peruntukan berjumlah RM1.2 juta.
Selain itu, beliau berkata, MOTAC turut mengambil inisiatif bawah Pelan Pemulihan Pelancongan MOTAC melalui pemberian Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) 2025 kepada 15 persatuan di Sarawak dengan jumlah keseluruhan RM710,000.
"GSSK MOTAC merupakan geran sokongan yang disediakan untuk membantu menampung sebahagian kos penganjuran program serta aktiviti berkaitan seni, budaya dan warisan.
"Untuk tahun ini, MOTAC memperuntukkan RM50 juta bagi GSSK berbanding RM30 juta tahun lalu, selaras inisiatif kerajaan bawah Belanjawan 2025 untuk menyemarakkan aktiviti seni dan budaya ke arah menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026," katanya.
Antara pengisian utama FGS 2025 ialah Seminar Kearifan Tempatan 'Survival Gendang Melayu Sarawak', Pertandingan Gendang Melayu Sarawak, Pertandingan Bakat Kenyalang FGS 2025 serta Majlis Perasmian FGS 2025. #BeritaHarian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/11/majlis-perasmian-festival-gendang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Pahang Berkenan Kurnia Darjah Kebesaran Pingat Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke 66 Baginda

Sultan Pahang Berkenan Kurnia Darjah Kebesaran Pingat Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke 66 Baginda

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 178 hits
KUANTAN Hakim Utama Mahkamah Tinggi Kuantan Datuk Mohd Radzi Harun antara tujuh tokoh dikurniakan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang di Istiadat Pengurniaan Darjah Darjah Kebesaran dan Pingat Pingat Pahang Sempena Memuliakan Ulang Tahun Ha...
Majlis Tertinggi Alumni Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah Kecewa Pemimpin Umno Dilantik Lembaga Pengarah

Majlis Tertinggi Alumni Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah Kecewa Pemimpin Umno Dilantik Lembaga Pengarah

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 252 hits
KUANTAN Majlis Tertinggi Alumni Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah kecewa terhadap pelantikan seorang pemimpin akar umbi UMNO Pahang sebagai anggota lembaga pengarah pusat penga jian tinggi itu Mendakwa dibuat berdasarkan kepenti...
Kl Park Festival 2025

Kl Park Festival 2025

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 261 hits
Wah Tengoklah macam macam ada di Taman Tasik Titiwangsa 17 hingga 26 Oktober ni Rugi kalau tak datang Pakat bawa satu kampung tau meriahkan suasana kat sini Tarikh 17 26 Oktober 2025 Lokasi Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur Masa 9 pagi 11...
Festival Tari Rakyat Antarabangsa Ke 11 Aswara 2025 Tari 25 Kembali Meriahkan Dunia Seni Dan Perpaduan Asean

Festival Tari Rakyat Antarabangsa Ke 11 Aswara 2025 Tari 25 Kembali Meriahkan Dunia Seni Dan Perpaduan Asean

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 253 hits
Festival Tari Rakyat Antarabangsa ke 11 ASWARA 2025 TARI 25 Kembali Meriahkan Dunia Seni dan Perpaduan ASEAN Assalamualaikum semua Selepas beberapa tahun dinantikan akhirnya Festival Tari Rakyat Antarabangsa ke 11 diumumkan bakal kembali da...
Hormati Proses Sedang Berjalan Dan Biar Kebenaran Didedahkan Sultan Pahang Mahu Fam Bangkit Demi Bola Sepak Negara

Hormati Proses Sedang Berjalan Dan Biar Kebenaran Didedahkan Sultan Pahang Mahu Fam Bangkit Demi Bola Sepak Negara

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 212 hits
KUALA LUMPUR Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan supaya semua pihak memberi ruang kepada proses siasatan dan keputusan berhubung isu hukuman Persekutuan Bolasepak Antarangsa yang dikena...
Muncul Kelompok 10 Terbaik Wakil Pahang Harumkan Nama Negara Kejohanan Korea Ulsan World Cup Traditional Archery 2025

Muncul Kelompok 10 Terbaik Wakil Pahang Harumkan Nama Negara Kejohanan Korea Ulsan World Cup Traditional Archery 2025

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 172 hits
TEMERLOH Nama Pahang sekali lagi harum di pentas antarabangsa apabila pemanah tradisional negara Mohd Zahrul Shafiq Zahar 39 berjaya menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik dunia pada Kejohanan Korea Ulsan World Cup Traditional Archery 2...
Kerajaan Pahang Memperuntukkan Sebanyak Rm10 Juta Bagi Persediaan Untuk Menghadapi Monsun Timur Laut 2025 2026

Kerajaan Pahang Memperuntukkan Sebanyak Rm10 Juta Bagi Persediaan Untuk Menghadapi Monsun Timur Laut 2025 2026

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 313 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi persediaan menghadapi Monsun Timur Laut 2025 2026 termasuk penghantaran awal bantuan ke 167 pangkalan hadapan di seluruh negeri itu Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail...
Sultan Pahang Tengku Ampuan Pahang Ucap Tahniah Kelahiran Bayi Kembar 3 Tajaan Taff

Sultan Pahang Tengku Ampuan Pahang Ucap Tahniah Kelahiran Bayi Kembar 3 Tajaan Taff

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 167 hits
Kelahiran tiga bayi perempuan itu bawa sinar baharu buat Mohd Fikry Amri Abd Halim dan Sabrina Hakiem Zaini yang kehilangan anak pertama tahun lalu Mohd Fikry Amri Abd Halim dan isterinya Sabrina Hakiem Zaini kini kembali tersenyum dengan k...
Jumaat Rezeki Makan Laksa Sarawak Penutupan Perkemahan Ubf Perdana 2025

Jumaat Rezeki Makan Laksa Sarawak Penutupan Perkemahan Ubf Perdana 2025

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 266 hits
Penuh perhatian ketika pembukaan rasmi Program Perkemahan UBF Perdana 2025 SK Penagatan Keningau Sabah Jumaat 07 11 2025 hari penutupan Program Perkhemahan UBF Perdana peringkat SK Penagatan Keningau Sabah Majlis penutupan dilakukan oleh Pe...
Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Aktiviti Program Kenangan Perjuangan Kaseh Tanah Air Bonda Pertiwi Dan Ambang 2026 Ppim 14 12 2025

Nasi Goreng Tomyam Padu Wangi Resipi Pedas Yang Buat Terus Lapar

Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Qualcomm Umum Dua Cip Baharu Untuk Peranti Mampu Milik

Beli Rak Letak Pokok Bertingkat Online

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Penonjolan Di Media Sosial

Wefluence Marketplace Ugc Berbasis Performa

Get The Best Experience While Playing Hoki22 Login Online Slots

Mtv Tamat Operasi Selepas 40 Tahun Berakhir Satu Era

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Kenapa Perempuan Selalu Overthinking