Pelan Pemulihan Mahiaddin Sudah Tidak Relevan Kerajaan Baharu Lebih Diperlukan


 
Setakat semalam, 13 Jun 2021, kes Covid19 di negara kita sudah mencecah angka 657,508 dan jumlah kematian pula seramai 3,908 orang.
Semalam juga angka kematian dicatatkan ialah 64 orang manakala jumlah kes sebanyak 5,304.
Dengan mengambil kira PKP pertama mula dilaksanakan pada 18 Mac 2020 dan sehingga kini negara kita masih terbelenggu dengan PKP penuh atau total lockdown, bermakna kita telah melalui pelbagai fasa PKP selama kira-kira 15 bulan lamanya.
Berdasarkan fakta bahawa PKP kali ini masih ada dua fasa lagi harus dilalui dan selepas itu mungkin diteruskan pula dengan PKPD, PKPB, PKPP dan entah apa-apa lagi, silap-silap sampai hujung tahun pun kita masih dibelenggu dengan kehidupan terkurung sebegini.
Rakyat terkurung bermakna pencarian rezeki mereka tersekat dengan sendirinya, tetapi Perdana Menteri dan menteri-menteri tetap mengaut habuan gaji lumayan setiap bulan.
Keadaan menjadi lebih buruk lagi kerana program vaksinasi terlihat begitu perlahan di mana hanya kira-kita 10 peratus rakyat sudah menerimanya setakat ini, sedangkan peruntukan yang diminta daripada tabung wang negara cukup besar iaitu sebanyak RM5 bilion.
Semalam juga, Perdana Menteri Mahiaddin Md Yasin mengumumkan kerajaan sedang merangka pelan pemulihan untuk keluar daripada pendemik Covid19 pada suatu jangka waktu yang munasabah yang tidak disebut tarikhnya secara tepat.
Katanya, pelan yang dibuat berdasarkan kepada data, sains dan segala persiapan yang telah dilakukan termasuk dari segi pengurusan Covid19, ekonomi, program vaksinasi dan sebagainya itu akan dibentangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam tempoh seminggu akan datang.
Apa yang menjadi kemusykilan, mengapa hanya setelah lebih setahun berlalu dengan angka kes sudah melebihi 600 ribu dan kematian hampir 4,000, barulah kerajaan mahu merangka pelan pemulihan?
Selama ini Mahiaddin dan kerajaan buat apa?
Makan gaji buta?
Mengapa hanya setelah negara tinggal rangka dan ramai rakyat menjadi rangka, baru terfikir untuk merangka pelan pemulihan?
Tidakkah ini menunjukkan Mahiaddin dan kerajaan PN yang diterajuinya benar-benar telah gagal?
Apakah kerana Agong telah mengambil inisiatif menemui ketua-ketua parti untuk mendapatkan pandangan berkenaan Covid19 dan bakal memuktamadkan kesimpulan dalam mesyuarat khas Raja-Raja Melayu pada 16 Jun ini, maka ia terus merangsang sel-sel otak Mahiaddin bersambung untuk mampu berfikir lebih jauh bagi menangani wabak ini dengan lebih serius?
Apa jenis Perdana Menteri yang kita ada ini?
Tetapi, apa pun yang cuba dilakukan Mahiaddin ketika ini, semuanya sudah terlambat sebenarnya.
Mahiaddin telah gagal dan inisiatif Agong menemui ketua-ketua parti adalah gambaran sahnya kegagalan beliau mentadbir negara ini.
Dengan itu, bukan saja pelan pemulihan yang masih dirangkanya sudah tidak relevan, malah keberadaan beliau sebagai Perdana Menteri juga turut tidak relevan.
Oleh kerana Mahiaddin telah terbukti gagal, kerajaan PN yang dipimpinnya adalah kerajaan gagal, apa juga pelan pemulihan yang cuba dirangkanya, ia hanya akan menuju kegagalan.
Perdana Menteri yang gagal dan kerajaan yang gagal tidak mungkin berupaya menghasilkan apa-apa kejayaan dalam apa-apa pelan atau perancangan sekali pun yang cuba dirangkanya.
Perdana Menteri gagal dan kerajaan gagal memerlukan ia diganti dengan segera.
Itu saja jawapannya. Noktah. 
(ShahbudinHusin 14/06/2021)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/pelan-pemulihan-mahiaddin-sudah-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelan Pemulihan Siap Dalam Dua Hari Dan Tiba2 Setuju Buka Parlimen Pada Oktober Tanda Mahiaddin Sedang Terdesak Giler

Pelan Pemulihan Siap Dalam Dua Hari Dan Tiba2 Setuju Buka Parlimen Pada Oktober Tanda Mahiaddin Sedang Terdesak Giler

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 177 hits
Dalam langkah terdesak gilernya menjelang Majlis Perbincangan Khas Raja Raja Melayu di Istana Negara petang esok Perdana Menteri Mahiaddin Md Yasin petang ini menjanjikan untuk membenarkan Parlimen bersidang pada September atau Oktober depa...
Kerajaan Laksana 4 Fasa Pelan Pemulihan Negara

Kerajaan Laksana 4 Fasa Pelan Pemulihan Negara

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 283 hits
Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bertepatan dalam memastikan kerajaan dapat melaksanakan perancangan yang lebih tersusun mendepani pandemik COVID 19 Pensyarah Pusat Polisi Perdana Fakult...
Mageran Langkah Ke Belakang Negara Ketika Ini Lebih Memerlukan Kerajaan Baharu Yang Berani Buka Parlimen

Mageran Langkah Ke Belakang Negara Ketika Ini Lebih Memerlukan Kerajaan Baharu Yang Berani Buka Parlimen

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 239 hits
Apa masalah kita di negara ini sekarang Jika boleh dihurai pendekkan antara masalah pokok negara kita sekarang ialah kegagalan PN sebagai kerajaan dan ketidakmampuan Mahiaddin Md Yasin selaku Perdana Menteri dalam mengurus negara memerangi ...
Mahu Bentuk Kerajaan Lebih Mudah Dengan 101 Kerusi Ph Kata Saifuddin

Mahu Bentuk Kerajaan Lebih Mudah Dengan 101 Kerusi Ph Kata Saifuddin

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 177 hits
June 10 2021Setiausaha PH Saifuddin Nasution Ismail berkata ada dua blok terbesar dalam lanskap politik semasa iaitu PH dan seterunya Barisan Nasional PETALING JAYA Pakatan Harapan dijangka mempunyai kekuatan untuk memudahkan pembentukan ke...
Tiada Pelan Pemulihan Dijamin 100 Peratus Sempurna

Tiada Pelan Pemulihan Dijamin 100 Peratus Sempurna

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 254 hits
Oleh Objektif Pelan Pemulihan Negara KUALA LUMPUR Tiada pelan pemulihan yang dilaksanakan oleh mana mana kerajaan di dunia dapat menjamin 100 peratus kepastian dan kesempurnaan termasuk di Malaysia Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul ...
Sinar Pm Anwar Layak Dilantik Urus Kerajaan Baharu

Sinar Pm Anwar Layak Dilantik Urus Kerajaan Baharu

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 255 hits
Sinar PM Anwar layak dilantik urus kerajaan baharu SINAR PM 10 JUN 2021 2 UMNO mahu darurat tamat bukan Mageran 3 Hanya bincang isu Covid 19 dengan Agong Pas 4 Tawar i Sinar pada kadar separuh Najib 5 Itali mahu tebus maruah di Euro 2020 Mu...
Gempar Pemimpin Pas Dedah Agenda Pembentukan Kerajaan Baharu

Gempar Pemimpin Pas Dedah Agenda Pembentukan Kerajaan Baharu

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 165 hits
inforakyat netRancangan beberapa pemimpin politik mahu membentuk kerajaan baharu atau kerajaan sementara bagi menggantikan Perikatan Nasional didakwa mempunyai muslihat dan agenda tersembunyi Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor Khairul Faizi Ahm...
Kitkat Bar Baharu Dengan Rasa Coklat Lebih Kaya Tekstur Yang Lebih Mengeliurkan

Kitkat Bar Baharu Dengan Rasa Coklat Lebih Kaya Tekstur Yang Lebih Mengeliurkan

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 529 hits
Setiap orang pasti memiliki coklat kegemaran masing masing Coklat merupakan salah satu makanan yang sangat digemari Bila nak rehat sebentar dapat menikmati coklat kegemaran memang bahagia rasa KITKAT memang terkenal dengan coklat yang enak ...
Kerajaan Baharu Akan Gagal Tanpa Gencatan Politik Kata Penganalisis

Kerajaan Baharu Akan Gagal Tanpa Gencatan Politik Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 224 hits
June 10 2021 Saintis politik Wong Chin Huat berkata keputusan penting perlu dibuat melalui Parlimen yang diperkasakan PETALING JAYA Mana mana kerajaan baharu yang dibentuk untuk mengambil alih pengurusan pandemik akan gagal tanpa gencatan p...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba