Mageran Langkah Ke Belakang Negara Ketika Ini Lebih Memerlukan Kerajaan Baharu Yang Berani Buka Parlimen


 
Apa masalah kita di negara ini sekarang?
Jika boleh dihurai-pendekkan, antara masalah pokok negara kita sekarang ialah kegagalan PN sebagai kerajaan dan ketidakmampuan Mahiaddin Md Yasin selaku Perdana Menteri dalam mengurus negara, memerangi penularan Covid19, membina ekonomi, mengawal dan memberi keyakinan serta kesejahteraan kepada rakyat.
Asasnya, selain Mahiaddin itu sendiri tiada kemampuan dan tidak berkeupayaan mentadbir negara, kerajaan PN yang dibinanya pula bukanlah kerajaan yang diundi atau dipilih rakyat untuk menjadi kerajaan.
Dengan yang demikian, rakyat sama sekali tidak mengiktiraf serta sukar menerima kepimpinannya.
Lebih buruk lagi, Mahiaddin turut memiliki ego yang tinggi, tidak ramah, tidak mesra serta mempunyai gaya komunukasi yang lemah dengan rakyat sehingga merasakan, oleh kerana beliau adalah Perdana Menteri, muncul melalui perutusan khas semata-mata sudah memadai.
Bellau nampaknya gagal menyedari, sebagai Perdana Menteri, apalagi ketika krisis Covid19 melanda ketika ini, beliau adalah umpama jenderal perang yang perlu selalu tampil secara terbuk dengan penuh keyakinan dan kewibawaan bagi memberi harapan, keyakinan dan semangat kepada rakyat.
Tetapi, dengan asyik muncul dalam perutusan khas dan tiada soal jawab dengan wartawan, bagaimana wibawa seorang jenderal perang boleh dinilai?


Kerajaan PN dan kedudukan Mahiaddin menjadi bertambah buruk lagi berikutan terdesaknya beliau mahu melindungi jawatannya lalu mencadangkan darurat yang bersekali dengannya Parlimen turut digantung sama.
Oleh kerana titah Agong yang membenarkan Parlimen dibuka pun tidak dipedulikan, maka tanggapan umum beliau adalah seorang yang penakut dan tambah mengukuhkan lagi kepercayaan bahawa darurat itu memang semata-mata untuk melindungi jawatannya saja.
Secara umumnya, rakyat hanya mahu sebuah kerajaan yang berjaya dan Perdana Menteri yang berwibawa serta berani untuk mentadbir negara ini, bukan kerajaan gagal serta ketua yang penakut.
Malangnya, semua ciri-ciri berjaya itu tiada pada PN dan Mahiaddin.
Jika Mahiaddin seorang yang berjiwa besar dan mengutamakan negara, tambah lagi kegagalannya sudah merebak dan diperkatakan di seluruh dunia, langkah awalnya sebelum ini ialah berundur dan meletakkan jawatan.
Cuba terus mempertahankan jawatan di ketika rakyat kian menolak dan mempertikaikannya, ia hanya akan memburukkan lagi keadaan.
Tidak guna kerajaan atau Perdana Menteri bermusuh dengan rakyat, tidak pernah pun, kalau tidak sekarang, lambat laun pemimpin yang bermusuh dengan rakyat, pasti akan kecuncang juga akhirnya.
Dalam hal ini, jika kerajaan dan Perdana Menteri yang gagal tidak diterima rakyat dan pelaksanaan darurat juga tidak diterima, malah memburukkan lagi nasib PN, sudah tentulah mencadangkan pemerintahan ala Mageran jauh lebih tidak diterima lagi.
Mencadangkan kerajaan ala Mageran adalah langkah ke belakang dalam menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi negara ketika ini.
Kalau darurat boleh menyebabkan Parlimen digantung, kerajaan ala Mageran lebih memungkinkan Parlimen digantung bagi tempoh yang lebih lama lagi.
Maknanya, kalau kerajaan darurat dilihat sebagai kerajaan penakut kerana menggantung Parlimen, orang yang mencadangkan kerajaan ala Mageran yang memungkinkan Parlimen digantung lebih lama serta mencadangkan pula dirinya sebagai ketua, tentulah jauh lebih penakut lagi sifatnya.
Dalam menangani kemelut atau krisis sekarang ini sehingga Agong sendiri terpaksa mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua parti bagi meminta pandangan, ini adalah gambaran yang tidak boleh disangkal lagi bahawa PN dan Mahiaddin telah gagal secara total.
Penyelesaian yang terbaik tidak lain ialah Agong mesti melantik kerajaan dan Perdana Menteri baharu yang memiliki ciri-ciri antaranya – berani membuka Parlimen, ada wibawa sebagai jenderal perang yang berani sepenuh masa, tidak takut bersemuka dengan media dan sesiapa saja demi memberi keyakinan kepada rakyat serta sentiasa ada stamina dan idea ke arah pembaharuan.
Untuk itu, tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa PH dengan disokong oleh BN adalah gandingan terbaik untuk mengendali dan memulihkan negara, sekurang-kurangnya buat sementara sehingga PRU15 perlu diadakan sebagai jalan penyelesaian mutlak untuk memilih kerajaan apabila Covid19 sudah reda nanti.
Lagi pun oleh kerana memang PH yang diundi rakyat pada PRU14 lalu untuk menjadi kerajaan, cuma oleh kerana berlaku sedikit perpecahan akibat kerakusan, ketamakan dan pengkhianatan, mengembalikan semula hak tersebut sambil bergabung dengan BN bagi tujuan mengukuhkan kestabilan, ia adalah suatu langkah ke arah kebaikan untuk negara.
Yang penting, gabungan PH dan BN yang disokong dengan majoriti keyakinan tersebut, itulah cerminan kestabilan yang merupakan resipi utama ke arah kejayaan bagi memulihkan kegagalan yang ditinggalkan PN.


 (ShahbudinHusin 11/06/2021)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/mageran-langkah-ke-belakang-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buka Segera Parlimen Dan Kerajaan Yang Stabil

Buka Segera Parlimen Dan Kerajaan Yang Stabil

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 233 hits
NORMAN RADUANBerdasarkan kenyataan media saya cuba memahami ke Bawah Duli Tuanku dan Raja2 Melayu mahukan Parlimen dibuka semula dgn kadar segera Seri Paduka Baginda juga mahukan kerajaan yg lebih stabil Kerajaan yg stabil bagi pandangan sa...
Pelan Pemulihan Mahiaddin Sudah Tidak Relevan Kerajaan Baharu Lebih Diperlukan

Pelan Pemulihan Mahiaddin Sudah Tidak Relevan Kerajaan Baharu Lebih Diperlukan

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 184 hits
Setakat semalam 13 Jun 2021 kes Covid19 di negara kita sudah mencecah angka 657 508 dan jumlah kematian pula seramai 3 908 orang Semalam juga angka kematian dicatatkan ialah 64 orang manakala jumlah kes sebanyak 5 304 Dengan mengambil kira ...
Benarkah Menukar Kerajaan Ketika Covid19 Dan Darurat Lebih Membawa Kesusahan Kepada Rakyat

Benarkah Menukar Kerajaan Ketika Covid19 Dan Darurat Lebih Membawa Kesusahan Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 226 hits
Banyak pihak ternampak tidak setuju pertukaran kerajaan dilakukan ketika pandemik Covid19 sedang melanda negara sepertimana sekarang ini Berikutan itu meskipun UMNO yang ketika ini menunjangi sokongan terhadap kerajaan PN dan dalam masa yan...
Daripada Buat Mageran Elok Buka Sahaja Parlimen Syed Ibrahim

Daripada Buat Mageran Elok Buka Sahaja Parlimen Syed Ibrahim

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 284 hits
Rakyat tidak boleh diperdaya dengan penerusan darurat dan tawaran pemerintahan akan diperbaiki secara mewujudkan Mageran atau Majlis Pemulihan Nasional Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh berkata sama ada Mageran atau MPN keadaan ter...
Agong Yakin Langkah Kerajaan Tadbir Negara Tangani Covid 19 Bersatu

Agong Yakin Langkah Kerajaan Tadbir Negara Tangani Covid 19 Bersatu

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 265 hits
Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM HAMZAH ZAINUDDIN PUTRAJAYA Parti Pribumi Bersatu Malaysia menjunjung kasih keprihatinan dan keyakinan Yang di Pertuan Agong terhadap langkah langkah yang diambil kerajaan dalam mentadbir negara terutamanya dalam m...
Mahu Bentuk Kerajaan Lebih Mudah Dengan 101 Kerusi Ph Kata Saifuddin

Mahu Bentuk Kerajaan Lebih Mudah Dengan 101 Kerusi Ph Kata Saifuddin

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 185 hits
June 10 2021Setiausaha PH Saifuddin Nasution Ismail berkata ada dua blok terbesar dalam lanskap politik semasa iaitu PH dan seterunya Barisan Nasional PETALING JAYA Pakatan Harapan dijangka mempunyai kekuatan untuk memudahkan pembentukan ke...
Kempen Kerajaan Pintu Belakang Kerajaan Gagal Kerajaan Kleptokrat

Kempen Kerajaan Pintu Belakang Kerajaan Gagal Kerajaan Kleptokrat

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 229 hits
Mula mula golongan anti kerajaan melancarkan kempen Kerajaan Pintu Belakang Apabila kempen itu gagal mereka tukar kepada kempen Kerajaan Gagal Nampaknya kempen itu pun telah gagal Jadi sekarang golongan anti kerajaan nak melancarkan kempen ...
Kesatuan Eropah Syorkan 27 Negara Buka Sempadan Kepada Usa

Kesatuan Eropah Syorkan 27 Negara Buka Sempadan Kepada Usa

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 217 hits
Kesatuan Eropah Syorkan 27 Negara Buka Sempadan Kepada USA Mengikut informasi awal anggota EU bersetuju untuk menambahkan Amerika Syarikat ke dalam senarai negara di mana mereka secara beransur ansur harus menghapus sekatan perjalanan tidak...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Tekanan Darah Turun Naik Bekas Pm Ismail Sabri Masih Lagi Perlukan Pemantauan Rapi Di Hospital

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9