Kerajaan Baharu Akan Gagal Tanpa Gencatan Politik Kata Penganalisis


 
Nicholas Chung -June 10, 2021 Saintis politik, Wong Chin Huat berkata, keputusan penting perlu dibuat melalui Parlimen yang diperkasakan. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Mana-mana kerajaan baharu yang dibentuk untuk mengambil alih pengurusan pandemik akan gagal tanpa gencatan politik bagi memastikan kestabilan, kata seorang penganalisis.
Saintis politik, Wong Chin Huat mempersoalkan kelangsungan kerajaan perpaduan sementara kerana adalah lebih baik parti politik yang saling bercakaran mencapai penyelesaian biarpun di bawah kepimpinan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
“Saya tidak fikir menteri akan menyerahkan kuasa tanpa mensabotaj kerajaan seterusnya. Lebih baik beri mereka gaji tetapi mengecilkan bidang kuasa dengan meletakkan mereka di bawah kawalan Parlimen.
“Tanpa sebarang perjanjian gencatan, kerajaan baharu juga akan diserang dan tersungkur dengan cepat,” katanya kepada FMT.
Wong Chin Huat.Ditanya sama ada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin harus meletak jawatan dan digantikan susulan dakwaan kegagalan kerajaan pimpinannya mengurus pandemik Covid-19, Wong berpendapat perkara lebih penting ialah peranan Parlimen diperkukuhkan.
“Ia bergantung kepada sebagus mana perdana menteri seterusnya dan sejauh mana beliau mampu bertahan. Jika ia adalah pertandingan perdana menteri mana yang berkhidmat paling singkat, saya lebih suka Muhyiddin kekal, tetapi keputusan penting perlu dibuat melalui Parlimen yang diperkasakan.
“Saya tidak percaya penyelesaian untuk politik Malaysia ialah seorang lagi ‘superman’, tidak kira yang berumur sembilan puluhan, lapan puluhan, tujuh puluhan atau orang muda.
“Beri saya struktur, baru kita boleh bincang penyelesaiannya.”
Beliau mengulas cadangan bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim yang mahu veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah dilantik sebagai perdana menteri sementara sehingga pandemik reda dan pilihan raya umum boleh diadakan.
Awang Azman Pawi.Cadangan itu menyusul pertemuan Yang di-Pertuan Agong dengan pemimpin Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu semalam.
Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dijangka menemui pemimpin parti lain dalam beberapa hari ini sebelum mesyuarat khas Majlis Raja-raja yang dijadualkan Rabu depan bagi membincangkan usaha membendung penularan wabak Covid-19.
Seorang lagi penganalisis Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, Parlimen perlu bersidang semula supaya isu mendesak seperti program vaksin dan pemulihan ekonomi boleh dibincangkan.
Azmi Hassan.Mengenai persoalan sama ada Malaysia memerlukan perdana menteri sementara atau baharu, katanya: “Terpulang kepada Agong untuk mempertimbangkan pelbagai aspek sebelum membuat keputusan”.
Bekas pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia Azmi Hassan berkata, negara kekurangan individu seperti Perdana Menteri Itali, Mario Draghi, yang mampu meraih sokongan daripada kedua-dua pihak.
“Saya tidak fikir Ku Li (Tengku Razaleigh) boleh meraih 100% sokongan daripada partinya sendiri. Begitulah perpecahan dalam situasi politik kita sekarang.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/kerajaan-baharu-akan-gagal-tanpa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kita Dah Lapor Kerajaan Gagal Sekarang Serah Pada Agong Kata Guan Eng

Kita Dah Lapor Kerajaan Gagal Sekarang Serah Pada Agong Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 366 hits
freemalaysiatoday com June 9 2021 5 45 PMSetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata rakyat berharap pada Sultan Abdullah kerana wakil mereka tidak dapat bersidang di Parlimen ekoran darurat PETALING JAYA Yang di Pertuan Agong sudah dimaklumk...
Memang Ada Dengar Dengar Gerakan Khianat Tubuh Kerajaan Baharu Kata Shahrir Samad

Memang Ada Dengar Dengar Gerakan Khianat Tubuh Kerajaan Baharu Kata Shahrir Samad

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 201 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Veteran Umno Shahrir Samad mengakui wujud gerakan khianat untuk menumbangkan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri Memang ada dengar dengar sudah ada gerakan mengumpul Akuan Bersumpah dari Ahli Parlimen untuk t...
Kerajaan Perikatan Nasional Gagal Dalam Menangani Pandemi Covid 19 Dengan Berkesan Kata Anwar Ibrahim

Kerajaan Perikatan Nasional Gagal Dalam Menangani Pandemi Covid 19 Dengan Berkesan Kata Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 266 hits
utusan com myBiar tauke besar beli sendiri vaksin AnwarPETALING JAYA Kerajaan digesa segera memberi kelonggaran kepada syarikat syarikat berkemampuan dari segi kewangan membeli vaksin dan mengedarkan dalam kalangan ahli keluarga dan pekerja...
Pas Bidas Pas Kerajaan Gagal Kawal 23 Tauke Minyak Masak

Pas Bidas Pas Kerajaan Gagal Kawal 23 Tauke Minyak Masak

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 365 hits
Makin panas nampaknya Pas bidas pas sendiri Fuhhh Ini bukan main main Bukan kami edit Ni bukti https www malaysiakini com news 361721Terbidas diri sendiri ker bro Jadi kerajaan itu pedih bro Jadi pembangkang senang Melalut jer kerja Throwba...
Tak Bincang Isu Kerajaan Baru Dengan Agong Kata Anwar

Tak Bincang Isu Kerajaan Baru Dengan Agong Kata Anwar

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 253 hits
Faiz ZainudinKUALA LUMPUR Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata isu pembentukan kerajaan baru tidak dibincangkan ketika beliau menghadap Yang di Pertuan Agong di Istana Negara hari ini Presiden PKR itu berkata beliau merayu Sultan Abdulla...
Dap Mungkin Keluar Ph Jika Umno Masuk Kata Penganalisis

Dap Mungkin Keluar Ph Jika Umno Masuk Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 261 hits
Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Salawati Mat Basir tidak menolak kemungkinan DAP akan keluar daripada Pakatan Harapan sekiranya UMNO menyertai kerjasama politik bersama gabungan itu Perkara itu tidak mustah...
Kerajaan Gagal Bank Negara S International Reserves Rise To Us 110 9bil

Kerajaan Gagal Bank Negara S International Reserves Rise To Us 110 9bil

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 193 hits
Bank Negara Malaysia s international reserves stood at US 110 9 billion as of May 31 up from US 110 6 billion on May 12 BNM said the reserves position is sufficient to finance 8 4 months of retained imports and is 1 1 times the total of sho...
Panas Cuepacs Tempelak Jpa Kenapa Nak Ambil Duit Orang Mati Kata Kerajaan Melayu Isle

Panas Cuepacs Tempelak Jpa Kenapa Nak Ambil Duit Orang Mati Kata Kerajaan Melayu Isle

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 315 hits
June 8 2021 Tindakan kerajaan memotong sebahagian elaun kakitangan awam untuk disumbangkan kepada Akaun Amanah Bencana sekali pun mereka meninggal dunia pada tempoh tertentu bulan depan mengejutkan CUEPACS Menurut pekeliling JPA yang diliha...
Zahid Perlu Buat Pengorbanan Besar Demi Umno Kata Penganalisis

Zahid Perlu Buat Pengorbanan Besar Demi Umno Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 336 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi patut mempertimbangkan untuk membuat pengorbanan besar demi parti itu dan memberi laluan kepada pemimpin lain kata seorang penganalisis politik Bekas profesor politik Mustafa Ishak...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt