Nanjing Niushoushan Cultural Park


CATATAN TRIP KE CHINA - WILAYAH YUNNAN & JIANGSU | 10 - 14 APRIL 2025
Sambungan catatan terdahulu —> Nanjing | Yuhuatai Scenic Area dan Li Ji Muslim Restaurant 

Sebelum ke tempat pelancongan seterusnya, kawan non-Muslim bertanya - adakah kami yang beragama Islam boleh mengunjungi tempat ibadat penganut Buddha? Jawapan saya, boleh tetapi hanya di bahagian luar bangunan

Kalau ikutkan pendirian saya, sebolehnya saya mengelak diri mengunjungi kawasan tempat ibadat bukan Islam (walau sekadar berfoto kenangan di luar bangunan) kerana ia tempat yang mensyirikkan Allah Tuhan Yang Satu. Pun begitu, atas dasar menjaga keharmonian dan ianya dibolehkan dengan syarat tertentu - maka saya bersetuju dengan cadangan mereka untuk ke tempat ibadat penganut Buddha

Jemput baca hukum berkaitan, di laman web —> muftiperlis

*
Kenderaan kami bergerak menuju ke Jiangning District, di bahagian selatan Nanjing City. Terasa jauh perjalanan ke sini, sempatlah saya melelapkan mata. Sebaik tiba, barulah saya tahu tempat kami pergi ini bukan sekadar sebuah bangunan rumah ibadat - saya sangka kami akan ke sebuah tokong besar tetapi rupa-rupanya kami ke sebuah taman yang sangat luas

Nanjing Niushoushan Cultural Park merupakan sebuah taman dengan pelbagai tarikan bertemakan Buddha (Buddhist park). Untuk makluman - semua info saya ketahui hanya setelah selesai kunjungan ke sini, masa pergi memang tak tahu apa memandangkan rata-rata info hanya dalam aksara Cina

Tempat parkirnya luas dan agak jauh dari bangunan utama yang menempatkan kaunter tiket, tandas, kafe dan restoran. Awal-awal lagi dah kena berjalan kaki jauh. Mujurlah udara ketika ini sejuk nyaman

Tiket masuk - 160 yuan. Tak terasa mahal sebab bukan kita yang bayar 😄
Dah beli tiket, kena mendaki anak tangga dan jalan kaki jauh jugalah untuk ke pintu masuk taman. Ramai pengunjung ketika ini, tapi sebab perlu berjalan ikut laluan pagar besi yang banyak lorong ni jadi tidaklah bersesak

Eh, lepas tu beratur panjang untuk naik bas pula sebab tempatnya jauh lagi. Naik bas ni berbayar ya, entah berapa harganya saya tak buat catatan

Turun dari bas, kami ke tempat permulaan untuk ke kawasan tarikan yang ada di sini. Terdapat beberapa kedai jualan makanan dan minuman di sini

Langkah kaki diteruskan. Pengalaman pertama saya naik eskalator yang terletak di kawasan terbuka begini. Ingatkan satu eskalator je, rupa-rupanya lepas tu banyak lagi tangga perlu di daki dan eskalator yang perlu dilalui 😂
Tujuan utama pengunjung ke sini - nak naik ke puncak gunung yang menempatkan pagoda (foto di atas) dan Usnisa Palace

Panjat tangga lagi 😅
Entah berapa kali naik eskalator, saya tak buat kiraan

Cantik pemandangan alam di sini

Mendaki tangga terakhir untuk tiba di puncak

Pagoda yang terletak di puncak gunung. Dari jauh tadi kedengaran bunyi loceng sembahyang dan kelihatan para sami keluar masuk pagoda

Sementara menunggu kawan beragama Buddha masuk ke dalam bangunan pagoda ini, kami berjalan-jalan memerhati kawasan sekitar dan menikmati pemandangan di sini

Pokok berwarna keemasan dengan ikatan berwarna merah di sudut dataran

Tarikan utama di sini - Usnisa Palace (Foding Palace).
Menikmati pemandangan dari puncak gunung

Deretan bangunan tinggi menjadi latar pemandangan di bawah sana

Ketika kami sedang menikmati pemandangan sekitar, tiba-tiba angin bertiup kencang. Sangat kuat sehingga saya nak melangkah pun terasa berat. Topi Encik Suami turut diterbangkan angin, tapi syukurlah sempat dicapai semula. Mula-mula rasa takut bila berhadapan dengan situasi begini, tetapi kemudian jadi seronok pula bermain dengan angin 😀
Boleh saksikan bagaimana kuatnya angin di sini dalam video ringkas di hujung entri

Seterusnya kami berlima masuk ke Usnisa Palace. Tempat ini dibahagikan kepada beberapa bahagian - kami masuk bahagian bangunan yang menempatkan bahan pameran (tidak kelihatan dalam foto di atas). Bahagian dengan bentuk bumbung separa bulat (foto di atas) pula, saya tak masuk sebab nampaknya macam tempat ibadat mereka sama seperti pagoda tadi

Dari luar, Usnisa Palace nampak tak begitu tinggi tetapi rupa-rupanya ia mempunyai enam aras bawah tanah. Pergerakan dari satu aras ke satu aras dengan menaiki eskalator. Di dalamnya penuh dengan patung Buddha pelbagai saiz di dinding, sesuailah dengan tempat ini yang bertemakan taman Buddha - tapi saya tak tahu info ini lebih awal, saya sangka bangunan pagoda tadi sahaja yang berkaitan dengan Buddha. Masa ni saya rasa tak selesa tapi tetaplah terus berjalan sehingga ke pintu keluar bangunan

Selesai mengunjungi tempat pameran tadi, kami terus berpatah balik - tidak ke tempat tarikan lain yang ada di taman ini. Macam mana pergi tadi, gitulah baliknya ya - turun anak tangga, eskalator dan naik bas kembali ke tempat permulaan

Kami menghabiskan masa di sini kira-kira tiga jam. Fuh…dia punya penat, masuk kenderaan je boleh terus lelap mata 😄

Video berdurasi 42 saat - suasana di Niushoushan Cultural Park









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2025/12/nanjing-niushoushan-cultural-park.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Sebab Kenapa Korang Wajib Singgah Gunung Reng Eco Park Di Jeli Kelantan

5 Sebab Kenapa Korang Wajib Singgah Gunung Reng Eco Park Di Jeli Kelantan

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 158 hits
Gunung Reng yang terletak di kampung Gunong Jeli Kelantan kini dikenali dengan Gunung Reng Eco Park Tidak pasti sejak bila ianya dinaik taraf tetapi menurut sumber video yang dikongsikan di menunjukkan papan tanda Gunung Reng Eco Park mula ...
Msekin Wonderland Water Theme Park

Msekin Wonderland Water Theme Park

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 111 hits
Upload gambar di sini bagi mengelakkan ianya hilang di mamah virus
Kembali Ke Nanjing Dengan Tren Cr C3602

Kembali Ke Nanjing Dengan Tren Cr C3602

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 130 hits
CATATAN TRIP KE CHINA WILAYAH YUNNAN JIANGSU 10 14 APRIL 2025Sambungan catatan terdahulu Hari Isnin bersamaan 14 April 2025 hari terakhir kami berada di negara China Penerbangan kami ke Singapura dijadualkan pada pukul 1 25 pagi hari Selasa...
Nanjing Yuhuatai Scenic Area Dan Li Ji Muslim Restaurant

Nanjing Yuhuatai Scenic Area Dan Li Ji Muslim Restaurant

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 124 hits
CATATAN TRIP KE CHINA WILAYAH YUNNAN JIANGSU 10 14 APRIL 2025Sambungan catatan terdahulu Kumpulan kami seramai lima orang bergerak dari Nanjing South Railway Station menuju ke lokasi tarikan pelancongan yang terletak di Yuhuatai District Na...
Sarawak Premier Begins Official Visit To Nanjing

Sarawak Premier Begins Official Visit To Nanjing

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 80 hits
KUCHING Sarawak Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg arrived in Nanjing China on Wednesday to begin an official visit that will see him witness the signing of a framework agreement and memorandum of understanding involving Petroleum Saraw...
Cross Country Contenders 5 Custom Bmws We D Ride Coast To Coast

Unnecessary Fury Over Sunway Square Mall S Pet Friendly Policy Only Gives Muslims A Bad Name

Najwa Latif Feat Akwa Arifin Tiga Chord

Majlis Pernikahan Erra Fazira Dan Mr E

Ejen Hartanah Dedah Tanah Belakang Rembayung Dijual Dengan Harga Rm1 9 Juta Boleh Untung Jika Buat Bisnes Parkir

Bagaimana Huawei Melindungi Anda Di Jaringan Wi Fi Publik

If Uec Can T Be Recognised To Preserve Bm S Dignity Then Why Every Single Course At Uitm Is Taught In English

Apabila Moraliti Bertemu Undang Undang Perlembagaan Harus Diutamakan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Bantuan Mangsa Banjir Ke Indonesia Dari Luar Dikenakan Cukai

Keh Keh Keh Bila Mahathir Memberikan Pakuan Terakhir Kepada Bersatu Maka Berpecahlah

Utamakan Bahasa Melayu Penguasaan Bahasa Lain Digalakkan Pm Anwar

Lagu Jamilah

Usop Nasi Kerabu Sarap

Beg Kalis Air Terbaik Untuk Simpan Dokumen Penting Ketika Banjir