Mahu Bentuk Kerajaan Lebih Mudah Dengan 101 Kerusi Ph Kata Saifuddin






FMT Reporters -June 10, 2021Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail, berkata ada dua blok terbesar dalam lanskap politik semasa iaitu PH dan seterunya, Barisan Nasional.PETALING JAYA: Pakatan Harapan dijangka mempunyai kekuatan untuk memudahkan pembentukan kerajaan pada PRU15, berdasarkan bilangan kerusi Parlimen yang dimenangi calon sebenar tiga parti komponen gabungan itu pada pilihan raya lalu.
Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail, dalam wawancaranya dengan Utusan Malaysia hari ini berkata ada dua blok terbesar dalam lanskap politik semasa iaitu PH dan seterunya, Barisan Nasional.
Beberapa watak dalam BN dan PH mutakhir ini didakwa sedang merundingkan suatu kerjasama politik – dakwaan yang dinafikan oleh kedua-dua pihak.
Dalam wawancara Utusan, Saifuddin bercakap mengenai konsep “khemah besar” yang dipersetujui dalam pemukiman PH sebelum Ramadan.
Konsep itu, katanya, menerima hakikat bahawa PH semata-mata berpeluang untuk mengambil alih kerajaan pada PRU15 nanti, namun sedia “menampung elemen di luar” gabungan itu.
“Kedudukan kerusi Parlimen PH yang menang PRU14 (sebelum kes lompat parti), DAP ada 42 kerusi dan Amanah (11). PKR itu asalnya kita menang 48 kerusi tetapi dengan kemasukan Ahli Parlimen Bebas kita ada 50 kerusi.
“Jika kita tidak kira yang masuk kemudian, 48 campur 42, itu sudah 90, campur Amanah sebanyak 11 kerusi itu sudah 101. Ini bermaksud kita hanya kekurangan 11 kerusi untuk mendapat majoriti mudah 112 kerusi,” katanya.
Pada PRU14, Umno dan BN, masih dominan dengan 79 kerusi meskipun tumbang sebagai kerajaan.
“Satu lagi blok terbesar di luar PH ialah Umno dan BN,” kata Saifuddin.
“Jika berlaku keadaan di mana tiada mana-mana gabungan yang mendapat majoriti, resolusi ‘khemah besar’ PH itu menjadi sangat relevan. Kita bersedia untuk berbincang dengan mana-mana pihak di luar daripada kerangka PH.”
Pada PRU14, Bersatu dengan pengerusinya ketika itu, Dr Mahathir Mohamad, menyumbang 13 kerusi kepada PH.
PAS mempunyai 18 kerusi, Gabungan Parti Sarawak 18 kerusi, manakala Warisan 8 kerusi.
Dalam penjelasannya mengenai konsep “khemah besar”, Saifuddin berkata pihak luar yang dimaksudkan bukan sahaja parti tetapi juga individu dan persatuan.
Setakat ini, katanya, “kita belum lagi membuka jalan perundingan secara rasmi.”
“Sudah tentu ketetapan ini datang dengan beberapa prasyarat,” tambahnya.
Prasyarat itu adalah menerima agenda reformasi; menerima perkara yang disepakati dalam Perlembagaan yang menyentuh kedudukan Islam, Raja-Raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan hak Bumiputera Sabah dan Sarawak; Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa lain bebas dipelajari dan dipertuturkan; dan prinsip tata kelola atau praktis tadbir urus baik dalam kerajaan.
Mengenai Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri ke-9, Saifuddin berkata presiden PKR itu merupakan pilihan PH, namun memberi gambaran gabungan itu terbuka kepada apa-apa cadangan rakan luar yang bakal bersama PH dalam “khemah besar” yang disebut itu.
“Jika PH diberi kepercayaan oleh rakyat untuk kembali menjadi kerajaan, maka Anwar kekal sebagai calon Perdana Menteri dari PH.
“Dalam konteks pendekatan khemah besar, itu akan tetap kita sampaikan sebagai keputusan ataupun pendirian PH. Itu (keputusan akhir) sangat bergantung kepada dinamik perbincangan,” katanya.
Saifuddin menyifatkan pandangan Mahathir bahawa tidak mungkin akan ada kerjasama antara Umno dan PH sekiranya Anwar jadi calon perdana menteri sebagai tidak relevan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/mahu-bentuk-kerajaan-lebih-mudah-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih Baik Bentuk Kerajaan Darurat Johari Abdul

Lebih Baik Bentuk Kerajaan Darurat Johari Abdul

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 323 hits
Kelemahan Kerajaan Perikatan Nasional dalam menangani wabak Covid 19 yang dikritik hebat kalangan rakyat sejak kebelakangan ini memerlukan suatu penyelesaian radikal dan segera Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul berkata kerajaan...
Muhyiddin Undur Segera Bentuk Kerajaan Perpaduan Kata Baru Bian

Muhyiddin Undur Segera Bentuk Kerajaan Perpaduan Kata Baru Bian

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 274 hits
Ahli Parlimen Selangau Baru Bian mendesak Muhyiddin Yassin dan Kabinetnya berundur segera dalam usaha mewujudkan kerajaan perpaduan bagi baki penggal Parlimen ini PETALING JAYA Ahli Parlimen Selangau Baru Bian berkata sudah tiba masanya ker...
Wagub Dki Soal Usulan Ptm 25 Persen Lebih Mudah Saat Uji Coba Kapasitas 50 Persen

Wagub Dki Soal Usulan Ptm 25 Persen Lebih Mudah Saat Uji Coba Kapasitas 50 Persen

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 326 hits
Lanjut Riza pihaknya akan melakukan diskusi kembali kepada sejumlah pihak seperti halnya epidemiolog
10 Jenis Makanan Sihat Untuk Kurus Dengan Lebih Mudah

10 Jenis Makanan Sihat Untuk Kurus Dengan Lebih Mudah

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 369 hits
Bila cakap pasal nak kurus cepat ni laju je semua berusaha Google dan cari cara paling mudah Hee Kakak faham sangat sebab kakak pun sama tapi untuk entri kali ni kakak kongsi 30 jenis makanan sihat yang mungkin boleh bantu korang turunkan b...
Dengan Adanya Ciera Kerja Membersihkan Rumah Jadi Lebih Mudah Membunuh 99 9 Bakteria Berbahaya

Dengan Adanya Ciera Kerja Membersihkan Rumah Jadi Lebih Mudah Membunuh 99 9 Bakteria Berbahaya

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 382 hits
Kerja membersih dan mengemas telah menjadi salah satu tugas harian bagi ibu ibu di rumah Namun ianya bukan suatu perkara yang mudah kerana setiap permukaan di rumah kita berbeza dan memerlukan bahan pencuci dan pembersih rumah yang khusus M...
Benarkah Menukar Kerajaan Ketika Covid19 Dan Darurat Lebih Membawa Kesusahan Kepada Rakyat

Benarkah Menukar Kerajaan Ketika Covid19 Dan Darurat Lebih Membawa Kesusahan Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 236 hits
Banyak pihak ternampak tidak setuju pertukaran kerajaan dilakukan ketika pandemik Covid19 sedang melanda negara sepertimana sekarang ini Berikutan itu meskipun UMNO yang ketika ini menunjangi sokongan terhadap kerajaan PN dan dalam masa yan...
Tips Mudah Buat Popia Sayur Super Sedap Dan Lebih Rangup

Tips Mudah Buat Popia Sayur Super Sedap Dan Lebih Rangup

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 504 hits
As Salam Dengan Bismillah Popia Sayur Rangup Dengan Inti Yang Sedap Alhamdulillah Semalam petang saya ada buat Popia sayur untuk minum petang sekeluarga Sejak PKP dan bekerja WFH rutin makan di rumah saya dah berbeza Kami tak ambik lunch se...
Pemimpin Umno Makan Gaji Naik Kereta Rasmi Kerajaan Tapi Mimpi Lain Lain Kata Syed Hamid

Pemimpin Umno Makan Gaji Naik Kereta Rasmi Kerajaan Tapi Mimpi Lain Lain Kata Syed Hamid

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 406 hits
Syed Hamid Albar menyifatkan kerajaan PN unik dan politik Malaysia sekarang kena buat tesis PETALING JAYA Pemimpin Bersatu Syed Hamid Albar berkata Perikatan Nasional tidak dapat menubuhkan Majlis Presiden kerana Umno dan Barisan Nasional t...
Malaysia Perlu Kerajaan Telus Dipercayai Rakyat Untuk Atasi Krisis Covid 19 Kata Johari

Malaysia Perlu Kerajaan Telus Dipercayai Rakyat Untuk Atasi Krisis Covid 19 Kata Johari

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 268 hits
June 15 2021 Bekas menteri kewangan kedua Johari Ghani mencadangkan satu cara keluar daripada kemelut sekarang adalah Yang di Pertuan Agong melantik sebuah kerajaan interim yang mampu meraih kepercayaan rakyat dan majoriti parti politik KUA...
Bagaimana Memulakan Perniagaan Kedai Runcit Sendiri

Perak Deputy Speaker Defends Nga Over Abuse Of Power Claims

Take This Gowingo Check And You May See Your Struggles Literally

Umno Seeks Court Order To Claim Seri Pacific Hotel Land Held In Trust By Dr Mahathir Daim And Two Others

Madani Govt Finally Eyes Empathetic Ptptn Fix

Kedegilan Ibu Hamil Yang Berbahaya Bikin Doktor Stress

Roundel Roundup 7 Custom Bmw Motorcycles To Inspire Your Project

Startup Paling Menarik Yang Diperkenalkan Di Google Cloud Next


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masuk Usia 40 An Ini 6 Perkara Penting Yang Kebanyakan Orang Cari

Buasir Otak Tv Roblox Lawan Alien Dalam Perang Dunia Live

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

7 Destinasi Bajet Mesra Di Kl Bamboo Playhouse Taman Botani Perdana 6 30 Pagi

Muhyiddin Shahidan Sah Hadir Majlis Pembukaan Kapsul Masa 2020 Di Menara Kl