Pelaburan Emas Bank Muamalat Gold I


Pelaburan emas Bank Muamalat atau dikenali sebagai Muamalat Gold-i merupakan salah satu jenis simpanan emas pelaburan berketulenan 99.99% dalam bentuk akaun simpanan dan juga emas pelaburan fizikal yang telah dilancarkan oleh Bank Muamalat sejak Februari 2016.(Sila rujuk artikel The Star bertarikh 12 April 2016)
Di sini saya mudahkan anda untuk mengetahui beberapa ciri dan kelebihan akaun emas Bank Muamalat dan juga beberapa kekurangan yang mungkin memberi kesan kepada anda sebelum anda mulakan pelaburan emas Bank Muamalat.
Ciri #1 ialah transaksi patuh syariah merupakan perkara pertama yang saya lihat agar transaksi jual beli emas pelaburan tiada melibatkan unsur riba. Setelah diteliti, akaun Muamalat Gold-i telah mendapat pengiktirafan patuh syariah. Alhamdulillah.
Ciri #2 ialah syarikat pengedar emas, jenama dan denominasi emas yang ditawarkan melalui akaun Muamalat Gold-i. Setelah diteliti, Bank Muamalat mendapatkan emas pelaburan daripada syarikat pengedar emas Quantum Metal Sdn. Bhd. yang beralamat di Gelugor, Pulau Pinang.
Ciri #3 ialah jenama yang ditawarkan ialah goldbar Perth Mint dari Australia yang bertaraf LBMA (London Bullion Merchant Association). Oleh itu, transaksi jual beli emas tidak dikenakan cukai GST. Namun, denominasi yang paling kecil ialah goldbar 5 gram.
Ciri #4 ialah kemudahan dan caj buka tabungan emas Bank Muamalat. Akaun simpanan boleh dibuka serendah hanya RM10 sahaja.
Namun, sebelum anda buat keputusan untuk memulakan pembelian emas pelaburan yang pertama di Bank Muamalat samada dengan buka akaun Bank Muamalat Gold-i atau membeli emas pelaburan fizikal Bank Muamalat Gold-i, saya mahu anda tahu beberapa perkara yang mungkin menjadi masalah kepada anda.
Perkara-perkara yang saya nyatakan di bawah ini adalah berdasarkan dokumen “Soalan-soalan Lazim MUAMALAT Emas akaun Gold-i dan Gold-i (Fizikal).
Anda boleh dapatkan dokumen itu di sini:-
Soalan-soalan Lazim pelaburan emas MUAMALAT akaun Gold-i Soalan-soalan Lazim pelaburan emas MUAMALAT Emas Gold-i (Fizikal)  
Seperti yang anda semua ketahui, salah satu jenama emas pelaburan yang paling popular dan disukai ramai ialah jenama Public Gold.
Sebagaimana produk akaun emas Gold-i di Bank Muamalat, syarikat emas pelaburan Public Gold juga mempunyai akaun emas pelaburan yang dikenali sebagai akaun GAP (Gold Accumulation Program).
Oleh itu, di sini saya akan bandingkan emas pelaburan akaun Gold-i (MG-i) di Bank Muamalat versus akaun pelaburan emas GAP di Public Gold.
Berdasarkan dokumen no. 1 (Soalan-soalan Lazim MUAMALAT Emas akaun Gold-i), anda akan dapati perkara di soalan dengan NOMBOR berikut:-
No. 1 – Muamalat Emas-i tidak dilindungi oleh PIDM. Kelebihan akaun GAP Public Gold berbanding akaun Muamalat Gold-i: Disebabkan syarikat Public Gold ada kilang menempa emas di Pulau Pinang dan stok emas disimpan di Public Safe, setiap akaun GAP di Public Gold dilindungi insurans sehingga RM10,000.00. Oleh itu, anda boleh berasa terjamin untuk menyimpan dalam akaun GAP sehingga lebih kurang 54 gram (jika harga emas = RM185/g). Selebihnya, anda keluarkan dan simpan sendiri dalam bentuk fizikal
No. 10 – Goldbar paling kecil yang boleh dikeluarkan daripada akaun Muamalat Gold-i ialah 5g dan yang paling besar ialah 100g.

Di Bank Muamalat, anda hanya boleh keluarkan denominasi terkecil goldbar 5 gram manakala baki minima yang perlu ada dalam akaun Muamalat Gold-i ialah 5 gram.
Kelebihan akaun GAP Public Gold berbanding akaun Muamalat Gold-i: Di Public Gold, denominasi terkecil yang boleh anda keluarkan ialah 1g goldbar. Baki minima yang perlu ada untuk akaun kekal aktif ialah 1 gram
 
No. 11 – Pecahan denominasi terkecil hanya kepada 2 titik perpuluhan. Kelebihan akaun GAP Public Gold berbanding akaun Muamalat Gold-i: Manakala akaun GAP di Public Gold membuat pecahan denominasi terkecil sehingga kepada 4 titik perpuluhan
 
No. 12 – Perlu sediakan notis kepada cawangan untuk mengeluarkan emas. Ini merupakan proses birokrasi yang sangat tipikal apabila berurusan dengan pihak bank. Anda boleh bayangkan proses birokrasi menghantar notis kepada bank.
Kelebihan akaun GAP Public Gold berbanding akaun Muamalat Gold-i: Di Public Gold, anda boleh keluarkan emas pada bila-bila masa bermula Isnin hingga Sabtu kecuali Cuti Umum, Sabtu pertama dan ketiga bermula 9 pagi hingga 6 petang. Hari Sabtu dibuka bermula 9 pagi hingga 1 petang sahaja.
Jika anda nak keluarkan emas, anda hanya semak stok di branch dahulu dengan menelefon / sms / whatsapp kepada staf yang bertugas di branch. Jika stok ada, boleh booking dan keluarkan dari akaun GAP dengan caj premium minima.
No. 15 – Perlu ada akaun simpanan atau semasa sebelum boleh beli emas di akaun Gold-i.  
No. 18 – Perlu bawa buku akaun simpanan emas sebelum boleh jual emas di akaun Gold-i. Anda boleh bayangkan keadaan di bank masa anda nak buka akaun. Kena minta cuti, kena naik kereta / bas / teksi / motosikal, kena bayar parking kereta, kena ambil nombor giliran, kena tunggu giliran, kena isi borang buka akaun bank. Yang ini paling mengecewakan… nak jual balik pun kena pergi bank dengan bawa buku simpanan emas dan isi Borang Penebusan.
Kelebihan akaun GAP Public Gold berbanding akaun Muamalat Gold-i: Manakala untuk beli emas di Public Gold, anda tak perlu ada akaun pun tidak mengapa. Anda boleh terus buat bayaran melalui Maybank2u / ATM dan simpan salinan resit. Selepas itu, anda boleh ikuti langkah mudah di bawah:
i. Transfer minima RM100 atau 1g ke akaun Public Gold Sdn. Bhd. (Maybank – 5571-3923-8048 atau 5071-3410-4563) ii. Whatsapp ke http://akaungap.wasap.my atau emel: [email protected] dan cc ke [email protected] salinan gambar RESIT transfer beserta maklumat Nama penuh, IC, emel dan no. telefon
Itu sahaja! Insya Allah emas dengan berat sehingga 4 titik perpuluhan akan ditunjukkan dalam penyata akaun GAP dalam tempoh 24 jam hari bekerja. Sangat mudah tanpa birokrasi.
Jika anda nak jual balik emas dalam akaun GAP, anda tidak perlu pergi ke kedai Public Gold. Apabila harga emas GAP telah meningkat melebihi 15% daripada harga asal pembelian, anda boleh terus Login di web Public Gold, klik MyGAP, klik Buy Back, isikan jumlah gram yang anda mahu jual balik (dengan syarat ada baki minima 1g selepas jual) dan akhir sekali klik Request. Tunggu pengesahan dan duit tunai akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank anda dalam tempoh 48 jam. Itu sahaja! Tiada birokrasi dan tak perlu bersusah payah ambil cuti.
No. 27 – Kadar spread harga emas pelaburan fizikal Muamalat Gold-i melebihi 10% .

Untuk pengetahuan anda, kadar spread yang disyorkan oleh pakar emas seluruh dunia adalah tak melebih 10%. Anda boleh kira sendiri jika tak percaya.
Formula Susutnilai atau Spread (%) = [(Harga Jualan – Harga Belian)/ Harga Jualan] X 100 

Muamalat Gold-i Fizikal: Harga bank jual = RM184.02/g; Harga bank beli balik = RM165.13. Spread = 10.26%.

Public Gold akaun GAP: Harga kedai jual = RM181/g: Harga kedai beli balik = RM165/g. Spread = 8.84%.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No. 32 – Ada yuran penukaran untuk keluarkan emas fizikal dari akaun Gold-i. Contoh pengiraan untuk keluarkan denominasi 5g emas fizikal daripada akaun Gold-i: – Harga emas fizikal LME (6/4/18) = RM184.02/g – Perbezaan (%) antara harga emas fizikal berbanding akaun Gold-i = (RM184.02-RM177.79) X 100 / RM184.02 = 3.39% Maka, Yuran Penukaran = RM184.02/g X 5g X 0.0339 = RM31.19
(Sila maklumkan kepada saya dengan reply di bawah jika cara pengiraan saya ada kesilapan sebab inilah yang saya faham berdasarkan dokumen Muamalat Gold-i).
Berbanding dengan caj premium pengeluaran emas fizikal 5g daripada akaun GAP Public Gold hanyalah RM10 sahaja (Semenanjung) atau RM15 sahaja (Sabah & Sarawak).
   
Akhir sekali, kelebihan akaun simpanan GAP di Public Gold yang paling hebat jika dibandingkan dengan akaun Gold-i Bank Muamalat malah jika dibandingkan dengan mana-mana akaun pelaburan emas yang terdapat di Malaysia ialah anda boleh dapatkan duit tunai segera dengan memajakkan secara Ar-Rahnu emas di dalam akaun GAP tanpa perlu keluarkan emas tersebut!
Minima berat emas yang perlu ada untuk proses pajak Ar-Rahnu dalam akaun GAP ialah 5 gram. Nilai marhun akan berdasarkan nilai harian segram emas GAP. Manakala nilai pinjaman ialah 70% daripada nilai marhun. Kadar upah simpan hanya 1% untuk tempoh 6 bulan.
Sebenarnya ada banyak lagi yang saya nak tunjuk… tapi blog ini akan menjadi terlalu panjang dan mungkin anda berasa berat nak membaca sampai habis.
Saya dah tunjukkan kepada anda perbezaan antara produk pelaburan emas Bank Muamalat vs Public Gold. Sekarang terserah kepada anda untuk buat keputusan.
Jika anda nak mula membeli, menyimpan dan membuat pelaburan emas di Public Gold, anda boleh terus whatsapp saya di http://akaungap.wasap.my/ sebab saya perlu tunjukkan kepada anda cara yang betul dan menjimatkan sebelum anda membeli emas di Public Gold.
Jika tersilap cara, kemungkinan anda akan terbeli emas pelaburan yang mahal atau emas pelaburan dengan kadar spread yang tinggi.
Sekian dan terima kasih.
Semoga bermanfaat.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.pelaburanemas.org/pelaburan-emas-bank-muamalat-gold-i/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pentingnya Pelaburan Emas Perak Dinar Dan Dirham

Pentingnya Pelaburan Emas Perak Dinar Dan Dirham

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 302 hits
Mengapa pentingnya pelaburan emas perak dinar dan dirham Sejak akhir akhir ini semua negara besar di dunia menambah simpanan emas masing masing Sebagai contoh China telah melipatgandakan pembelian stok emas mereka kepada 60 26 juta ounces a...
Pelaburan Emas Berapa Banyak Nak Melabur Emas

Pelaburan Emas Berapa Banyak Nak Melabur Emas

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 292 hits
Mulakan pelaburan emas Sudah tentu Tetapi Berapa banyak nak melabur emas Terdapat jawapan ringkas untuk soalan ini iaitu sekurang kurangnya 10 daripada portfolio pelaburan anda Itulah yang dicadangkan oleh pakar kewangan dunia Pemilikan ema...
Cara Buka Akaun Pelaburan Emas Patuh Syariah

Cara Buka Akaun Pelaburan Emas Patuh Syariah

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 579 hits
Anda nak buka akaun pelaburan emas patuh syariah tapi tak tahu di mana Adakah anda patut mulakan samada di bank atau syarikat pelaburan emas Bukan mudah nak cari dan buka akaun pelaburan emas patuh syariah sebab jika tersilap langkah boleh ...
Pelaburan Emas Ar Rahnu

Pelaburan Emas Ar Rahnu

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 614 hits
Berminat buat pelaburan emas Ar Rahnu Ada sesiapa yang mengajak anda buat pelaburan emas Bank Rakyat Atau pelaburan emas di Bank Islam Sabarlah dulu bertenang dan jangan tergopoh gapah Anda perlu faham apa yang dimaksudkan dengan Ar Rahnu d...
Jual Beli Emas Pelaburan Patuh Syariah

Jual Beli Emas Pelaburan Patuh Syariah

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 535 hits
Anda mencari cara jual beli emas pelaburan patuh syariah Alhamdulillah anda dah jumpa cara simpanan emas yang murah mudah patuh syariah yang boleh didapati secara online atau offline Sehingga ke hari ini walaupun terdapat banyak jenis dan j...
Tips Pelaburan Emas

Tips Pelaburan Emas

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 359 hits
Nak buat pelaburan emas Memang terdapat banyak persaingan di antara bank bank dan syarikat syarikat malah kedai kedai menjual emas di Malaysia Sampai pening nak pilih yang mana Barang kemas Atau Gold bar atau Jongkong Emas Atau Syiling Dina...
Harga Emas Pelaburan Akaun Gap Terendah Sejak September 2017

Harga Emas Pelaburan Akaun Gap Terendah Sejak September 2017

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 673 hits
Harga emas pelaburan 24K LBMA GAP Public Gold telah turun kepada paras yang terendah sejak 2016 iaitu sehingga RM169 g pada 15 dan 16 Ogos 2018 Harga emas pelaburan 24K LBMA GAP Public Gold telah turun sehingga RM177 g pada 26 Jun 2018 dan ...
Saksi Perbicaraan Najib Kata Pemilik Akaun Bank Bertanggungjawab Semua Transaksi

Saksi Perbicaraan Najib Kata Pemilik Akaun Bank Bertanggungjawab Semua Transaksi

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 218 hits
Foto olehThe Malaysian InsightKUALA LUMPUR Pengurus AmBank cawangan Raja Chulan R Uma Devi berkata semua pemegang akaun bertanggungjawab terhadap sebarang transaksi yang melibatkan akaun mereka lapor nbsp Astro Awani Loading va
Bank Indonesia Sebut Rp 73 28 T Dana Asing Masuk Ri Per April Meningkat Usai Pemilu

Bank Indonesia Sebut Rp 73 28 T Dana Asing Masuk Ri Per April Meningkat Usai Pemilu

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 195 hits
Bank Indonesia mencatat peningkatan aliran modal asing yang masuk Indonesia per April 2019 Secara year to date dari Januari sampai 24 April 2019 aliran modal asing yang masuk ke Indonesia tercatat sebesar Rp 73 28 triliun Modal asing yang m...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Prof As Dakwa Tak Selamat Kunjungi Malaysia Selepas Sebar Propaganda Sokong Zionis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Brauninhas House By Pablo Lanza Arquitetura In Itu Brazil

Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11