Pegang Iqra Seawal Umur 2 Tahun Ibu Ini Dedah Cara Jadikan Anak Pandai Mengaji


Untuk ajar anak mengaji al Quran mungkin agak sedikit ‘tricky’, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan anak pertama dalam keluarga. Namun, jika tahu langkah dan kaedah yang tepat, ia boleh dilakukan tanpa sebarang masalah yang besar.
Ini perkongsian Puan Nooraishah Abdul Wahab berkenaan bagaimana dia mendidik anak pertama mereka belajar mengaji di rumah!
Hafiz Zulfiqar, cahaya mata pertama Nooraishah dan Hafiz Zulkarnain

Pasangan ibu bapa muda, Nooraishah dan suaminya, Encik Hafiz Zulkarnain Muhammad telah dikurniakan cahaya mata pertama yang diberi nama Hafiz Zulfiqar.
Kini Hafiz Zulfiqar telah pun menginjak usia 5 tahun.
Menurut Puan Nooraishah, anak sulungnya ini merupakan seorang kanak-kanak yang agak sensitif, manja dan cermat, tetapi agak aktif dan suka bercakap.
Selain itu, anaknya ini juga agak senang untuk dijaga sejak daripada kecil kerana anaknya bukan jenis yang kuat meragam.
Namun menjadi kebiasaan bagi seorang kanak-kanak, ada kalanya Hafiz Zulfiqar akan meragam juga lebih-lebih lagi jika dia tidak mendapat sesuatu yang dimahukannya.
Pegang Iqra’ seawal usia 2 tahun
Nooraishah telah membiasakan anaknya itu dengan buku-buku mengaji sejak umur anaknya 2 tahun.
Menurut ibu ini, sebagai permulaan dia memperkenalkan buku Iqra’ sebagai buku pertama kepada Hafiz Zulfiqar.
Apabila anaknya itu sudah berusia 4 tahun, barulah dia mendidik anak belajar mengaji dengan lebih serius.
Hal ini bertitik-tolak selepas menyedari anaknya itu seorang yang mudah untuk menghafal ayat-ayat al-Quran.
Tambahan pula, Nooraishah dan suami telah merancang untuk mula menghantar anaknya ke tadika semasa usia 5 tahun.
Jadi, adalah lebih baik jika anaknya itu tahu asas mengaji al Quran bermula daripada rumah.
Menariknya, ada kala Hafiz Zulfiqar akan meminta sendiri untuk belajar mengaji dan kadang-kadang perlu juga disuruh mengaji, tetapi tidaklah sampai tahap memaksa dan masih boleh dipujuk.

Ini 6 kaedah yang digunakan untuk didik Hafiz Zulfiqar belajar mengaji
Buat pembaca yang masih tidak pasti cara yang sesuai untuk mendidik anak mengaji al Quran, mungkin anda boleh pertimbangkan kaedah yang Nooraishah amalkan ini.
#1. Guna teknik memuji anak terlebih dahulu
Kanak-kanak akan lebih bermotivasi melakukan sesuatu perkara jika ibu bapa kerap memuji mereka.
Ini juga langkah penting yang dilakukan oleh Nooraishah ketika mengajar anaknya mengaji al Quran.
Menurutnya,
“Saya selalu sebut bahawa Zulfiqar anak yang pandai. Walaupun hanya satu huruf yang dia kenal, saya akan memujinya dengan berkata seperti ‘Good boy’, ‘Betul’, atau ‘Pandai’. Saya boleh melihat mukanya menjadi seronok untuk mengenal huruf-huruf baharu.”
#2. Teknik pujuk anak
Ada harinya Hafiz Zulfiqar malas untuk belajar mengaji. Jadi, ibu ini akan memujuk dengan berkata seperti, “Kalau tidak baca Iqra’ hari ini, nanti lambat alih ke muka surat yang baharu.”
Selain itu, ibunya juga akan memberikan mainan sebagai hadiah atau galakan untuk cepat belajar buku Iqra’ yang baharu.
#3. Guna teknik lagu atau nyanyian
Untuk mengelakkan anak menjadi cepat bosan ketika mengaji al Quran, Nooraishah juga mengajar anaknya mengaji dengan kaedah menyanyi atau berlagu.
Selain itu, jika anak tersalah baca, ibu bapa tidak perlu memarahi anak.
Sebaliknya, tukarkan kesalahan yang dilakukan itu kepada satu bentuk bahan jenaka agar anak tidak menjadi stres ketika mengaji.
#4. Terangkan kebaikan mengaji kepada anak
Ketika mengaji, boleh cuba menerangkan sedikit kebaikan mengaji al Quran kepada anak seperti mendapat pahala dan boleh masuk syurga.
Ceritakan segala kebaikan yang akan kita dapat jika mengaji supaya anak berasa bahawa mengaji itu sebagai sesuatu yang menyeronokkan.
#5. Sama-sama mengaji selepas solat Maghrib
Untuk memupuk tabiat mengaji dalam diri anak, ibu bapa juga boleh mengajak anak untuk sama-sama mengaji selepas solat Maghrib.
Menurut Nooraishah,
“Saya akan sentiasa ingatkan anak bahawa waktu Maghrib hampir tiba. Saya minta anak untuk mandi siap-siap dan bersedia untuk solat dan mengaji. Secara tidak langsung anak akan sentiasa bersedia.”
#6. Tetapkan had masa mengaji
Bagi kanak-kanak yang berusia sekitar 4 atau 5 tahun, tetapkan had masa mengaji antara 5 hingga 10 minit sahaja.
Ini kerana, jika waktu mengaji terlalu lama, anak akan mudah menjadi bosan dan cepat stres.
Selain itu, sediakan juga sudut khas untuk anak belajar mengaji dan sebagai tempat untuk anak menyimpan buku-buku Iqra’.
Apabila selesai waktu mengaji, anak akan menyimpan kembali buku Iqra’ di tempat yang telah disediakan.
Semakin minat untuk belajar
Satu perkara yang Nooraishah sedar apabila mengajar mengaji ialah anaknya itu semakin suka untuk belajar.
Hafiz Zulfiqar juga semakin cepat dan mudah mengenal huruf. Jika anaknya terjumpa huruf jawi di mana-mana, dia akan menyebutnya satu persatu.
Selain itu, dia melihat anaknya semakin mudah menghafal dan menjadi kanak-kanak yang lebih fokus dalam melakukan sesuatu perkara.
Pastikan anak belajar mengaji sebelum suami balik kerja
Bagi Nooraishah, mengajar anaknya untuk belajar mengaji bukanlah satu perkara yang sukar kerana dia sendiri merupakan seorang suri rumah yang menjalankan bisnes secara dalam talian sahaja.
Dia mempunyai lebih banyak masa dan ruang untuk mengajar anaknya mengaji al Quran.
Namun, dia akan pastikan bahawa Hafiz Zulfiqar mengaji sebelum suaminya pulang ke rumah daripada kerja.
“Saya akan pastikan anak mengaji sebelum suami balik kerja untuk mengelakkan dia hilang fokus ketika mengaji. Ini kerana dia terlalu obses dengan babahnya sendiri dan banyak menghabiskan masa dengan babahnya,” katanya mengakhiri perbualan.
Kredit: Hello Doktor

Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik

Jom belajar rahsia ajar anak jadi jutawan di SINI

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Pegang Iqra’ Seawal Umur 2 Tahun” Ibu Ini Dedah Cara Jadikan Anak Pandai Mengaji appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/pegang-iqra-seawal-umur-2-tahun-ibu-ini-dedah-cara-jadikan-anak-pandai-mengaji/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usia 2 Tahun Dah Sukses Toilet Training 3 Hari Saja Anak Dah Pandai Masuk Tandas Sendiri

Usia 2 Tahun Dah Sukses Toilet Training 3 Hari Saja Anak Dah Pandai Masuk Tandas Sendiri

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 229 hits
Melatih toilet training anak memang mendebarkan Perlu persiapkan mental dan fizikal lebih lebih lagi bila anak tidak dapat mengawal untuk buang air kecil Idea Penulis Keibubapaan Wan Nur Syakira yang berjaya melatih hanya dua minggu anaknya...
Video Memang Pintar Ini Anak Ramai Puji Pandai Ibu Dia Didik Anak

Video Memang Pintar Ini Anak Ramai Puji Pandai Ibu Dia Didik Anak

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 342 hits
Umum mengetahui bahawa pada umur kanak kanak yang masih kecil itulah harus diajar tentang apa yang harus diketahui oleh kanak kanak pada umur yang masih kecil itu Bak kata pepatah iaitu melentur buluh biarlah dari rebungnya lagi Maksud yang...
Ibu Ini Kongsi Tip Cepat Turunkan Suhu Badan Anak Demam Mudah Satu Bahan Je

Ibu Ini Kongsi Tip Cepat Turunkan Suhu Badan Anak Demam Mudah Satu Bahan Je

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 257 hits
Musim Influenza ni ramai anak anak dapat demam tinggi Paracetamol ada masanya kurang jalan Melalui perkongsian Puan Noraliza Alwi petua ini yang diamalkannya setiap kali anak demam sejak dari dulu sehingga anak anak dah besar Saya nak share...
Ini Bilik 2 Anak Lelaki Dekorasi Ibu Ini Jimatkan Ruang Dalam Bilik Kecil

Ini Bilik 2 Anak Lelaki Dekorasi Ibu Ini Jimatkan Ruang Dalam Bilik Kecil

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 209 hits
Ruang bilik yang kecil memerlukan susun atur yang baik supaya keadaan bilik tidak menjadi semakin sempit selepas perabot dimasukkan Ianya memerlukan perancangan dalam susun atur dan juga jenis perabot yang akan digunakan Namun bilik yang se...
Risau Anak Menangis Ibu Beri Hadiah Nota Comel Pada Penumpang Flight

Risau Anak Menangis Ibu Beri Hadiah Nota Comel Pada Penumpang Flight

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 224 hits
Pertama kali nak bawa bayi menaiki kapal terbang bukan sesuatu yang mudah Pengalaman baharu ni kadang kadang buat si manja jadi cemas dan mulalah meragam Sesetengah bayi akan menangis tanpa henti kerana persekitaran yang mereka tak biasa Ar...
Masak Bungkus Ibu Ni Gigih Buat Makanan Kedai Baru Anak Makan

Masak Bungkus Ibu Ni Gigih Buat Makanan Kedai Baru Anak Makan

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 226 hits
Memang pening juga kalau anak tak mahu makan Puaslah kita buat macam macam cara untuk pastikan anak nak makan tapi gagal Bila diajak makan ada saja alasan Mulut ditutup rapat kepala digeleng laju Sampai buntu dibuatnya Artikel Menarik Seset...
Jarang Tersorot Ini Potret Queennara Anak Liza Natalia Cantik Bak Kembaran Sang Ibu

Jarang Tersorot Ini Potret Queennara Anak Liza Natalia Cantik Bak Kembaran Sang Ibu

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 257 hits
Kehidupan pribadi penyanyi dangdut Liza Natalia memang tak pernah terekspos Kakak Ipar Ashanty ini diketahui memiliki putri yang cantik dan mempesona Sosok gadis cantik bernama Queennara Latiza Brillians ini jarang tampil di layar kaca Siap...
Kesan Lebam Cedera Makin Ketara Ibu Dakwa Anak Autisme Didera Di Pusat Terapi

Kesan Lebam Cedera Makin Ketara Ibu Dakwa Anak Autisme Didera Di Pusat Terapi

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 179 hits
Naluri seorang ibu yang tidak sedap hati setiap kali melihat keadaan anak lelakinya berstatus autisme pulang dari pusat terapi di Skudai di sini ternyata berasas selepas mengetahui anak istimewanya itu menjadi mangsa dera Suri rumah Nik Huz...
Ayah Ayah Rajin Hantar Ambil Anak Sekolah Ibu Ibu Siap Desak Tadika Pecat Guru Cantik Ini

Ayah Ayah Rajin Hantar Ambil Anak Sekolah Ibu Ibu Siap Desak Tadika Pecat Guru Cantik Ini

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 287 hits
Lumrah manusia sukakan sesuatu yang cantik dan sejuk mata memandang Namun ada segelintir orang yang tidak suka akan kecantikan malah iri hati dengan kecantikan seseorang Seorang guru t dika di China terpaksa menerima h kikat bahawa ada pih ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut