Kesan Lebam Cedera Makin Ketara Ibu Dakwa Anak Autisme Didera Di Pusat Terapi


Naluri seorang ibu yang tidak sedap hati setiap kali melihat keadaan anak lelakinya berstatus autisme pulang dari pusat terapi di Skudai di sini ternyata berasas selepas mengetahui anak istimewanya itu menjadi mangsa dera.

Suri rumah, Nik Huzaiwati Husin, 33, berkata, dia pada mulanya tidak mengesyaki perkara tersebut kerana sudah lama menghantar anak sulungnya, Tuan Muhammad Uwais Abrisam, 6, yang didiagnosis mild autism untuk mendapatkan rawatan di pusat terbabit sejak November 2019.
Dia yang tinggal di Pulai Sri Perdana berkata, apabila kesan lebam dan cedera semakin ketara sejak awal tahun ini, keluarganya mula merasa ada sesuatu yang tidak kena berlaku kepada anaknya yang lebih mesra dipanggil Abrisam.
“Apabila bertanya mengapa ada kesan seperti itu, guru di sana memberitahu disebabkan aktiviti di pusat berkenaan. Mulanya saya percaya tapi apabila bermula Januari tahun ini, kesan kecederaan sudah mula teruk sehingga nampak kesan penampar di pipi kiri kanan muka.
“Masa tu kami sudah mula syak Abrisam didera sebab jelas nampak kesan tapak tangan dan penjelasan yang diberikan kesemuanya tidak masuk akal. Ahli terapi berkenan cakap muka Abrisam kena palang ‘monkey bar’ tetapi kesan cedera tidak seperti kena besi.

“Masa itu saya sudah tidak sedap hati. Kami tanya hampir semua ahli terapi di situ tetapi semua beri penjelasan yang kononnya anak saya tidak mahu bergerak dari palang besi itu. Hati saya berat sangat hendak terima alasan mereka”, katanya ketika dihubungi pada Jumaat.
Setiap kali berlaku kecederaan terhadap anaknya, ibu kepada dua anak itu akan meminta penjelasan, namun pada 7 Julai lalu terdapat lebam dan kecederaan baharu pada tubuh Abrisam sekali gus membuatkannya hilang sabar.
Dia dan suami kemudian membawa anaknya itu ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini pada keesokkan hari sebelum doktor sahkan kecederaan Abrisam serius akibat dera dan bukan kerana aktiviti seperti dimaklumkan.
“Selepas itu saya membuat laporan di Balai Polis Kangkar Pulai pada hari sama. Saya bawa kes anak ini mengikut prosedur. Polis minta kami bawa anak dan rujuk ke pakar kanak-kanak di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru pada 24 Julai lalu.

“Laporan perubatan juga sudah keluar, anak saya disahkan didera (Alleged Physical Abuse by Therapy),” katanya dan melahirkan rasa kecewa dengan pusat terapi berbayar itu.
Nik Huzaiwati berkata, anaknya kelihatan sangat takut selepas tamat kelas terapi pada 7 Julai lalu dan kini mengalami trauma, hampir setiap malam akan berjaga dari jam 1 pagi hingga 4.30 pagi.
“Keadaan Abrisam sangat resah. Kadang dia monyok, dia sedih, apabila saya pujuk, barulah dia tidur. Tapi Abrisam ini bukan budak autisme yang jenis menangis kuat-kuat. Abrisam lebih kepada simpan kesedihan dalam diri, nanti ada masa tiba-tiba air mata bergenang.
“Anak ini anak istimewa. Walaupun dia tidak beritahu dia sakit tapi dia ada perasaan,” katanya yang sudah bertemu dengan Ketua Ahli Terapi dan pihak pengurusan pusat terapi terbabit.
Jelas Nik Huzaiwati, Ketua Ahli Terapi mengatakan peralatan yang digunakan memang tidak akan membahayakan kanak-kanak.
“Mereka juga mengakui kaedah dan cara kerja yang dibuat ahli terapi salah. Mereka melihat kecederaan pada Abrisam, besi tidak akan hasilkan kecederaan seperti kesan penampar pada wajah anak,” katanya.
Kredit: Sinar Harian
.

Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik

Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang
The post “Kesan Lebam & Cedera Makin Ketara” Ibu Dakwa Anak Autisme Didera Di Pusat Terapi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kesan-lebam-cedera-makin-ketara-ibu-dakwa-anak-autisme-didera-di-pusat-terapi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terjebak Sindiket Penipuan Ibu Dakwa Anak Dikurung Dipukul Di Laos

Terjebak Sindiket Penipuan Ibu Dakwa Anak Dikurung Dipukul Di Laos

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 160 hits
Sembilan lelaki warga Malaysia kini dipercayai menjadi pegawai khidmat pelanggan sindiket penipuan dalam talian di Laos KUALA LUMPUR Terpedaya dengan tawaran pekerjaan di luar negara yang menjanjikan gaji lumayan sekumpulan rakyat Malaysia ...
Jarang Tersorot Ini Potret Queennara Anak Liza Natalia Cantik Bak Kembaran Sang Ibu

Jarang Tersorot Ini Potret Queennara Anak Liza Natalia Cantik Bak Kembaran Sang Ibu

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 256 hits
Kehidupan pribadi penyanyi dangdut Liza Natalia memang tak pernah terekspos Kakak Ipar Ashanty ini diketahui memiliki putri yang cantik dan mempesona Sosok gadis cantik bernama Queennara Latiza Brillians ini jarang tampil di layar kaca Siap...
Ibu Ini Kongsi Tip Cepat Turunkan Suhu Badan Anak Demam Mudah Satu Bahan Je

Ibu Ini Kongsi Tip Cepat Turunkan Suhu Badan Anak Demam Mudah Satu Bahan Je

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 257 hits
Musim Influenza ni ramai anak anak dapat demam tinggi Paracetamol ada masanya kurang jalan Melalui perkongsian Puan Noraliza Alwi petua ini yang diamalkannya setiap kali anak demam sejak dari dulu sehingga anak anak dah besar Saya nak share...
Bibir Merah Menyala Secantik Ibu Anak Ke 4 Mua Bellaz Pilih Nama Aisywara

Bibir Merah Menyala Secantik Ibu Anak Ke 4 Mua Bellaz Pilih Nama Aisywara

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 242 hits
Adik dan abang berkongsi tarikh lahir sama Rezeki 29 Julai Itu kegembiraan dan rasa syukur yang diluahkan oleh Nur Nabila Zulyadaini atau lebih dikenali sebagai MUA Bellaz yang selamat melahirkan anak keempatnya hari ini Kebetulan pula tari...
Ibu Buka Pintu Bilik Sambil Panggil Adik Berkali Kali Patutlah Tak Bersahut Rupanya Anak Dah Tiada

Ibu Buka Pintu Bilik Sambil Panggil Adik Berkali Kali Patutlah Tak Bersahut Rupanya Anak Dah Tiada

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 453 hits
BERKALI kali dipanggil si ibu namun tiada sebarang sahutan diterima daripada anaknya Begitulah apa yang dapat dilihat menerusi video yang menunjukkan seorang wanita menangis ketika membuka pintu bilik arw4h anaknya yang kini tidak sudah tid...
Ayah Ayah Rajin Hantar Ambil Anak Sekolah Ibu Ibu Siap Desak Tadika Pecat Guru Cantik Ini

Ayah Ayah Rajin Hantar Ambil Anak Sekolah Ibu Ibu Siap Desak Tadika Pecat Guru Cantik Ini

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 287 hits
Lumrah manusia sukakan sesuatu yang cantik dan sejuk mata memandang Namun ada segelintir orang yang tidak suka akan kecantikan malah iri hati dengan kecantikan seseorang Seorang guru t dika di China terpaksa menerima h kikat bahawa ada pih ...
Ini Bilik 2 Anak Lelaki Dekorasi Ibu Ini Jimatkan Ruang Dalam Bilik Kecil

Ini Bilik 2 Anak Lelaki Dekorasi Ibu Ini Jimatkan Ruang Dalam Bilik Kecil

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 208 hits
Ruang bilik yang kecil memerlukan susun atur yang baik supaya keadaan bilik tidak menjadi semakin sempit selepas perabot dimasukkan Ianya memerlukan perancangan dalam susun atur dan juga jenis perabot yang akan digunakan Namun bilik yang se...
Tak Boleh Peluk Anak Macam Orang Lain Perit Tak Boleh Jadi Ibu Normal Elyana Kongsi Kisah Besarkan Anak Kanser Tahap 4

Tak Boleh Peluk Anak Macam Orang Lain Perit Tak Boleh Jadi Ibu Normal Elyana Kongsi Kisah Besarkan Anak Kanser Tahap 4

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 221 hits
Perjalanannya cukup struggle sejak belas tahun lalu namun semangat juangnya itu membuktikan kanser bukanlah penamat hidup selagi belum sampai masanya Kisahnya jarang dikongsi namun kali ini dia sudi berkongsi perjalanan menjadi ibu dan pesa...
Anak Disahkan Selective Mustism Bapa Ini Kongsi Rawatan Terapi Pakar Untuk Anaknya

Anak Disahkan Selective Mustism Bapa Ini Kongsi Rawatan Terapi Pakar Untuk Anaknya

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 219 hits
Anak yang telah di diagnosis mempunyai masalah Selective Mutism oleh pakar pastinya membuatkan ibu bapa rasa susah hati Jangan panik atau terlalu risau memikirkan masa depan anak anda kerana masih belum terlewat untuk mendapatkan rawatan un...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game