Pecah Tembelang Pac Kata Kereta Terbang Sudah Di Beri Rm20 Juta Wang Rakyat Duit Kita Pergi Mana
(Mula sekali di sini saya ingin rakamkan terima kasih kepada YB Nurul Izzah Anwar yang telah insist bahawa PAC di kepalai oleh Ahli Parlimen daripada parti pembangkang. Thank you very much. Hasil daripada tindakan berani itu maka Pengerusi PAC YB Datuk Dr Noraini binti Ahmad, Ahli Parlimen Parit Sulong - UMNO - telah mendedahkan apa yang sedang berlaku dengan aliran duit rakyat masuk ke dalam projek kereta terbang ini.)
Tuan-tuan, Menteri kata tidak ada duit rakyat dibelanjakan untuk projek kereta terbang.
Tetapi PAC (Public Accounts Committee di Parlimen) pula kata duit rakyat sebanyak RM20 Juta telah pun diberi kepada projek kereta terbang. Ini beritanya :
PAC said Redzuan did not perform any due diligence on Aerodyne Venturefirm behind 'flying car' project
KUALA LUMPUR, Nov 28
PAC disputing Minister Redzuan's claim no public funds used for “flying car” it also said he announced prematurely
committee chaired by Parit Sulong MP inquiry determined minister announced before notifying Cabinet, relevant agencies
minister promoted as if national project, PAC found actually private initiative
PAC found Miti, MIGHT not referred at all on ‘flying car’,” said report
Redzuan promoting vehicle, Aerodyne Venture (AVSB) — since Feb did not perform any due diligence on the firm
PAC said no assessment of AVSB’s finances, intellectual property rights, expertise, capacity to develop “flying car”
PAC challenged Redzuan statement that :AVSB did not receive single sen from govt and prototype was locally designedPAC insisted public funds were used, there was involvement from MIGHT
Even though Minister stated ‘flying car’ private initiative, did not use govt fundPAC found MIGHT through VentureTech (VTSB) approved RM20m in AVSB Economics Ministry confirmed fund channelled from VTSB to AVSB Nov 1, 2019
minister stated AVSB using local technology PAC found prototype will be constructed in Japan Japan has ecosystem and infra to develop ‘flying car’ said report
PAC advised govt to study a project first before public announcement to avoid negative perception that could turn into criticism from every level of society
complete “flying car” must be available before tabled to Cabinet for approval as this was of public and national interest
advised Redzuan to consult, collaborate with ministries, depts., agencies before making any public announcements on any projectsMinister also told to perform due diligence before embarking on similar projects
PAC called VTSB to monitor RM20m given to AVSB to ensure money spent responsibly on “flying car” project.
My comments :
Tuan-tuan rupanya memang ada udang disebalik batu.
Udang itu kita punya. 20 juta ekor udang kita.
Banyak udang tu.
Rupanya duit rakyat RM20 juta telah "dilaburkan" (invested) oleh kerajaan (menerusi syarikat kepunyaan kerajaan) ke dalam projek ini.
Saya cuma harap duit rakyat RM20 juta yang telah dilabur itu tidak akan 'dilebur' pula.
Bukan saja Menteri kata kereta terbang boleh terbang dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dalam masa satu jam tetapi Menteri kata projek ini tidak melibatkan duit rakyat. Kedua kenyataan ini oleh Menteri adalah tidak benar.
Saya sudah tanya banyak kali dan berkali-kali kalaulah kerajaan tidak terlibat dalam projek ini, kenapa pula Menteri ambil berat sangat pasal kereta terbang ini?
Ok saya setuju 100% dia buat pengumuman, dia bergambar untuk sokong dan promosikan usahawan tempatan boleh lah. Semua Menteri perlu promosikan usahawan dan produk buatan Malaysia.
Tetapi Menteri ini pula nampak sudah "jatuh cinta" sangat dengan projek kereta terbang ini.
Sekarang PAC pula sudah pecahkan tembelang.
PAC said Redzuan did not perform any due diligencePAC disputing Minister Redzuan's claim no public funds usedinquiry determined minister announced before notifying CabinetPAC found Miti, MIGHT not referred at all on ‘flying car’said no assessment AVSB’s finances, intellect prop rights, expertise, capacityPAC challenged Redzuan statementPAC insisted public funds were usedPAC found MIGHT through VentureTech (VTSB) approved RM20m in AVSB
Akhir kata, dia macam ini tuan-tuan.
Macam ini kah kerajaan Malaysia Baru?
Apa beza sangat daripada kerajaan lama?
Tuan-tuan pula dapat apa? Tuan-tuan yang pembayar cukai. Duit RM20 Juta itu duit tuan-tuan, daripada peluh, sakit dan sengsara tuan-tuan yang kena bayar cukai.
Banyak jenis cukai - cukai pendapatan, sales tax, cukai duti impot kereta, cukai tanah, cukai pintu, bayar duit paspot, bayar duit lesen kereta, cukai kepada kastam dan banyak jenis cukai lagi.
Esok lusa sudah bulan Disember. Tuan-tuan kena bayar sewa rumah, bayar bulanan housing loan, bayar bulanan untuk kereta, bayar dan bayar lagi. Kena lah bayar sampai mati. Bukan kah begitu tuan-tuan.
Berapakah belanja bulanan tuan-tuan? RM3,000? RM5,000?
Ini untuk middle class lah.
Kalau tuan-tuan dalam B40 group, lagi susah.
Belanja bulan kurang daripada RM2,000 sebulan kut.
Tuan-tuan kena bayar cukai juga. Mesti kena bayar cukai kepada kerajaan pusat, kerajaan negeri dsbnya.
Lepas itu harga barang pula tinggi. Sabsidi minyak akan dihapuskan. Harga minyak akan naik lagi. (Saya bukan tak setuju sabsidi minyak dihapuskan, saya setuju, tetapi mesti ada compensating factor. Harga kereta kena turun juga. Cukai duti impot kereta kena turun juga.)
Anyway, duit tuan-tuan lah RM20 juta yang sekarang sudah dilabur dalam syarikat kereta terbang itu. Ini PAC yang kata (bukan saya cakap tau, jangan marah saya).
Bayangkan RM20 juta.
Boleh settle housing loan tuan-tuan katakanlah RM500,000.
Boleh settle car loan tuan-tuan katakanlah RM50,000.
Boleh settle credit card tuan-tuan katakanlah RM5,000.
Boleh bayar duit university untuk kesemua anak-anak tuan-tuan (local u atau university overseas).
Tak sampai RM1 Juta pun.
Lepas itu ada duit lebih lagi RM19 Juta.
Tapi tuan-tuan tak dapat apa pun.
You are not rich or connected or powerful.
Tapi ini bukan penghabisan ceritanya.
This is not the end of the story.
Al kisah yang paling penting ialah - ke mana pergi duit RM20 juta?
Kereta terbang masih belum siap.
Menteri kata akan siap, spare part akan sampai, teknoloji akan tiba dsbnya.
Tapi kereta terbang masih tak siap.
PAC kata MIGHT sudah labur RM20 Juta.
Ke mana perginya duit RM20 juta itu?
(Hari itu mereka bawa masuk E-Hang drone tetapi Civil Aviation kata tak ada permit untuk test flight pun. Siapa bayar duit untuk bawa masuk drone Cina jenis E Hang itu? Duit siapa pula diguna itu? Dan berapa banyak duit yang mereka bayar untuk bawa masuk drone E Hang itu? Duit siapa yang dibayar itu? Menteri perlu jawab soalan ini.)
Inilah soalan yang paling besar.
What happened to the RM20 Juta?
Cik Latheefah Koya - your radar should be picking this up now.
Cik Latheefah - ask who paid for that E-Hang drone that was NOT allowed to fly the other day. That would have cost a lot of money. So who paid for it?
Posted by Syed Akbar Ali
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2019/11/pecah-tembelang-pac-kata-kereta-terbang.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+