Bintang Pecah Lima Abu Mayat Chin Ping Melukakan Hati Rakyat Ahli Keluarga Pejuang Komunis Kata Lokman Adam


MALAYSIADATELINENovember 27, 2019 8:28 am

Datuk Lokman Noor Adam menyifatkan tindakan segelintir rakyat yang membawa pulang abu mayat Ching Peng dan menukar bendera Jalur Gemilang kepada bintang lima jelas melukakan hati majoriti rakyat negara ini.

Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat itu berkata, dua kejadian yang berlaku itu jelas melukakan hati ahli keluarga yang pernah terkorban atau cedera akibat keganasan komunis di negara ini.

“Sungguhpun kami kecewa dengan tindakan biadap mengiktiraf dan cuba menghidupkan semula ideologi komunis ini, Sekretariat Suara Rakyat tidak akan membazir masa membuat sebarang laporan polis berhubung isu ini.

“Ini adalah disebabkan, sebarang laporan polis yang dibuat keatas manusia yang biadap dan tidak sensitif ini sudah pasti tidak akan diambil sebarang tindakan oleh Jabatan Peguam Negara yang diketuai oleh bekas Peguam Ketua Komunis Malaya, Ching Peng.

“Hanya ada satu cara bagi rakyat menghukum mereka yang membawa masuk abu mayat Ching Peng dan mereka yang menghina bendera negara ini iaitu dengan menolak terlebih dahulu Perdana Menteri dan Kerajaan Pakatan Harapan yang telah memaksa DYMM SPB Yang DiPertuan Agong Sultan Muhammad V untuk melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Lokman yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini konsisten dengan pendirian tidak membenarkan abu mayat Ching Peng, Ketua Komunis Malaya dibawa pulang ke tanahair.

“Ini disahkan sendiri oleh Datuk Aziz Jamman, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan beliau juga menegaskan bahawa pendirian KDN kini kekal sama.

“Membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa balik ke negara ini membawa banyak maksud dan natijah yang sangat buruk dan tragis kepada negara dan rakyat negara ini.

“Ini bukan soal membawa pulang abu mayat seorang lelaki Cina atau seorang bukan Islam. Ini soal membawa masuk abu mayat seorang ketua pengganas yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan lebih dari 10,000 orang rakyat Malaysia berbilang kaum khususnya pejuang-pejuang tanah air kita daripada pihak Polis, Tentera, Ranger dan pelbagai pihak lain termasuk orang awam.
,” ujarnya lagi.

Seperti dilaporkan Malaysiakini, memetik kenyataan kumpulan pengurusan abu mayat Chin Peng dibawa pulang oleh mereka dari Thailand ke Malaysia dua bulan lalu dan ditabur ke laut dan gunung di tanah kelahirannya dan sebahagian lagi di kawasan hutan di banjaran Titiwangsa tanpa sebarang tugu dibuat sebagai mengenang tapa-tapak itu.

Semalam Setiausaha Agung Umno Annuar Musa yang diminta mengulas isu sama berkata, apabila seseorang itu sudah meninggal dunia tidak ada bezanya sama ada dia adalah Chin Peng atau orang lain.

“Chin Peng atau sebagainya serupa saja. Bila dah mati sama saja. Yang kita susah dengan orang hidup.

“Jadi kita tak ada masalah sebab kita tak ada kuasa (authority),” katanya.

Semalam Timbalan Menteri Dalam Negeri, Azis Jamman dilaporkan Harian Metro mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang permohonan membawa pulang abu mayat Chin Peng ke negara ini selepas kerajaan menetapkan keputusan mengenai larangannya sebelum ini.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/bintang-pecah-lima-abu-mayat-chin-ping-melukakan-hati-rakyat-ahli-keluarga-pejuang-komunis-kata-lokman-adam/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/11/bintang-pecah-lima-abu-mayat-chin-ping.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Abu Mayat Pengganas Komunis Ph Tak Peduli Perasaan Anggota Keselamatan Sensitiviti Rakyat

Abu Mayat Pengganas Komunis Ph Tak Peduli Perasaan Anggota Keselamatan Sensitiviti Rakyat

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 429 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas kerajaan Pakatan Harapan yang langsung tidak peduli sensitiviti rakyat termasuk perasaan anggota keselamatan negara dek kerana kelemahan pentadbiran mereka Ini katanya termasuklah isu ...
Abu Mayat Pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng Akhirnya Di Tabur Di Perak

Abu Mayat Pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng Akhirnya Di Tabur Di Perak

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 771 hits
Selepas enam tahun berada di perantauan abu mayat mendiang bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng dilaporkan sudah kembali ke Perak pada 16 September lalu Sebelum ini Chin Peng meninggal dunia pada usia 90 tahun di sebuah hospital di...
Hishammuddin Khianati Rakyat Lagi Kata Lokman Adam

Hishammuddin Khianati Rakyat Lagi Kata Lokman Adam

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 355 hits
Semalam sekumpulan ahli Parlimen BN dipercayai menghadiri mesyuarat di kediaman Azmin disebalik khabar angin mengenai cubaan menghalang usaha memaksa Mahathir Mohamad berundur Pertemuan itu yang dikatakan hanya makan malam oleh satu sumber ...
Sebelum Tuduh Dap Lihat Dulu Apa Kata Mca Tentang Abu Mayat Chin Peng

Sebelum Tuduh Dap Lihat Dulu Apa Kata Mca Tentang Abu Mayat Chin Peng

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 2809 hits
Petikan kenyataan MCA pada tahun 2013 lagi Putrajaya perlu membenarkan abu mayat Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya Chin Peng di bawa masuk ke Malaysia demi menghormati Perjanjian Hatyai kata MCA Naib Presiden parti komponen Barisan Nasi...
Tak Benarkan Abu Chin Peng Pulang Jahil Kata Bekas Ketua Polis

Tak Benarkan Abu Chin Peng Pulang Jahil Kata Bekas Ketua Polis

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 506 hits
RAKYAT Malaysia yang tidak berpuas hati dengan abu mayat Chin Peng diminta membaca perjanjian yang telah ditandatangani oleh tiga pihak Malaysia Thailand dan Parti Komunis Malaya yang kini sudah tidak berfungsi lagi kata bekas ketua polis n...
Sebab Bekas Ketua Polis Negara Pertahankan Abu Mayat Chin Peng

Sebab Bekas Ketua Polis Negara Pertahankan Abu Mayat Chin Peng

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 869 hits
Kita tentu terkejut dengan kenyataan bekas ketua polis negara Abdul Rahim Noor yang mempertahankan tindakan pihak yang membawa balik abu mayat Chin Peng ke Malaysia Kenyataan beliau itu dilaporkan oleh portal pro PH Malaysiakini Abdul Rahim...
Pesara Tentera Cedera Kerana Komunis Tiada Halangan Abu Chin Peng Pulang

Pesara Tentera Cedera Kerana Komunis Tiada Halangan Abu Chin Peng Pulang

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 457 hits
Pesara tentera cedera kerana komunis tiada halangan abu Chin Peng pulang Dikemas kini 10 minit yang lalu Diterbitkan pada 28
Kronologi Misteri Abu Mayat Chin Peng

Kronologi Misteri Abu Mayat Chin Peng

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 792 hits
sebuah portal berita melaporkan abu mayat Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dibawa pulang ke negara ini dua bulan lalu dan ditabur ke laut serta di kawasan banjaran Titiwangsa Tindakan itu mengundang kecaman pelbagai pihak termasu...
Ini Bukti Hanya Orang Melayu Sahaja Yang Benci Abu Mayat Chin Peng Ditabur Di Malaysia

Ini Bukti Hanya Orang Melayu Sahaja Yang Benci Abu Mayat Chin Peng Ditabur Di Malaysia

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 589 hits
Apa sebenarnya yang berlaku Kita perlu kembali kepada fakta sejarah tentang keganasan komunis di Tanah Melayu Masih terdapat saksi saksi hidup yang masih boleh bercerita tentang keganasan komunis terhadap penduduk di Tanah Melayu Mereka buk...
13 Habit Lelaki Yang Boleh Bawa Dia Jauh Ke Depan Dalam Diam Diam

Di Balik Layar Dakwah Yufid

Wanita Berstatus Isteri Disyaki Berkhalwat Dengan Lelaki Bujang

Education Ministry To Announce Form Six Admission Offers Tomorrow

Exploring Astral Projections Journeying Beyond The Physical Realm

Oath Of Office A Testament To Our Founding Fathers Genius

Finding Your Perfect Fit The Best Yoga Mats For Your Practice

Rafizi Ramli Protes Pemilihan Pkr Ini Yang Berlaku Sebenarnya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kakitangan Kerajaan Minima Gaji Bersih Rm500 Boleh Apply Loan Rm5000

Mengidam Rumah Tanah Luas Pempengaruh Anes Ayunie Dapat Hadiah Rumah Rm2 Juta Dari Suami

Cara Mengelak Terlibat Dalam Kemalangan Bagi Penunggang Motosikal

Peran Protein Dan Kalsium Dalam Susu Untuk Tumbuh Kembang Anak

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm