Eksklusif Kereta Terbang Nak Tahu Rm20 Juta Untuk Apa Ini Pendedahan Pac


Harits Asyraf Hasnan, Astro Awani Redzuan ketika melihat secara dekat kereta terbang di Subang. -Foto ihsan Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) 
ISU melibatkan dana RM20 juta yang didakwa digunakan untuk projek kereta terbang terus hangat diperkatakan di media sosial.

Beberapa pihak sebelum ini telah memberikan penjelasan berhubung perkara tersebut.

Rujuk artikel di bawah:

Kereta terbang atau dron? Mana satu yang betul?
Pelbagai masalah dalam projek 'kereta terbang' - PAC
Peruntukan RM20 juta 'kereta terbang': Sila audit ... - Aerodyne –– ADVERTISEMENT ––
MIGHT labur RM20 juta kepada Aerodyne bukan untuk projek 'kereta terbang'

Astro AWANI mendapatkan penjelasan Naib Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh untuk memberi penjelasan terperinci berhubung prosiding yang dilaksanakan dalam isu ini.



Soalan: Pertama sekali, mungkin YB boleh jelaskan rumusan sepanjang prosiding berlangsung.

Jawapan: Saya perjelaskan dahulu sedikit sebanyak berkenaan siasatan dan prosiding PAC berkenaan mobiliti udara atau dikenali sebagai 'kereta terbang'.

PAC telah memulakan prosiding pada bulan Mei dan telah pun menyediakan dan memuktamadkan laporan dan dibentangkan ke Parlimen pada minggu lepas.

Terma rujukan utama adalah untuk memastikan bahawa sama ada projek yang diumumkan ataupun yang selalu dikatakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof (Menteri MED) itu adalah sama ada projek inisiatif swasta atau inisiatif kerajaan.

Kedua, sama ada ia melibatkan mana-mana dana kerajaan dalam pembangunan projek mobiliti udara atau kereta terbang ini.

Dalam laporan PAC, kita telah merumuskan bahawa pengumuman daripada Menteri MED telah dibuat terlalu awal dan tidak terdapat koordinasi dengan kementerian serta agensi-agensi yang lain.

Apa yang penting untuk menjawab terma rujukan kita adalah bahawa projek ini bukan projek kerajaan dan ia merupakan satu inisiatif swasta.

Ini adalah penting untuk memperjelaskan kekeliruan yang ditimbulkan sebelum ini yang mana ramai rakyat beranggapan dan terkeliru bahawa ia merupakan projek kerajaan. Sememangnya tidak.

Memandangkan ia projek inisiatif swasta, ia sememangnya tidak melibatkan apa-apa dana kerajaan.

Namun demikian, PAC mendapati bahawa terdapat satu pelaburan daripada sebuah anak syarikat Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia Bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) iaitu VentureTECH Sdn Bhd (VTSB) ke dalam Aerodyne Venture Sdn Bhd (AVSB) sebanyak RM20 juta.

Daripada bukti-bukti, keterangan-keterangan dan dokumen-dokumen yang kita lampirkan dalam laporan kita, juga jelas menunjukkan bahawa RM20 juta ini adalah satu pelaburan daripada VTSB ke dalam AVSB, dan ia bukan bertujuan untuk kegunaan kereta terbang.

Itu semua ternyata dalam laporan kita. Maka, kita dari PAC juga hendak memastikan bahawa pelaburan sebanyak RM20 juta adalah juga tidak bercanggah daripada permohonan kelulusan yang telah diberikan oleh VTSB sebelum ini, iaitu bertujuan untuk pembangunan perbelanjaan modal, penyelidikan dan pembangunan serta perbelanjaan operasi AVSB.

Maka, dari segi itu, kita meminta supaya VTSB dan Jabatan Audit Negara (JAN) untuk membuat audit terhadap RM20 juta itu (untuk melihat) penggunaan RM20 juta itu adalah berdasarkan syarat-syarat yang dinyatakan iaitu pembangunan satu pusat data dan juga kegunaan perbelanjaan modal dan tidak digunakan untuk projek kereta terbang.

Dengan itu saya fikir ia merupakan penjelasan yang amat baik menerusi laporan kita. Sekiranya saya nak masuk semula kepada kenyataan MED semalam, bagi saya MED telah tersilap dari segi fakta berkenaan dengan jumlah RM20 juta ini.

MED menyatakan bahawa dana RM20 juta daripada MIGHT itu adalah untuk tujuan R&D bagi Projek Kereta Nasional Baharu (NNCP).

Untuk RM20 juta itu sememangnya kita telah dimaklumkan dan dimaklumkan oleh kerajaan sebelum ini iaitu RM20 juta untuk RnD bagi pembangunan NNCP.

Untuk RM20 juta yang kita mention, kita sebut dalam laporan kita adalah satu dana pelaburan yang berasingan.

Dana pelaburan daripada VTSB ke dalam AVSB dan kita juga telah dapat pengesahan daripada MIGHT dan VTSB bahawa jumlah yang dilaporkan adalah RM20 juta ke dalam AVSB.

Jumlah RM20 juta ini adalah berbeza dengan RM20 juta yang dimaksudkan oleh MED semalam.

Adakah kini RM40 juta, iaitu RM20 juta NNCP dan RM20 juta untuk AVSB?

Untuk NNCP, PAC tidak pernah membuat apa-apa siasatan atau prosiding terhadap itu. Saya tidak boleh komen berkenaan dengan isu itu.

Namun, bagi tujuan PAC, sememangnya kita diberitahu oleh MIGHT dan VTSB ada RM20 juta dilaburkan dalam AVSB. Tujuan pelaburan itu bukan untuk kereta terbang; tiada kaitan dengan kereta terbang.

Untuk bertindak adil terhadap AVSB, saya nak memperjelaskan di sini bahawa segala siasatan daripada PAC dalam isu ini bukannya terhadap AVSB, tetapi adalah berkenaan pengumuman demi pengumuman daripada Menteri MED berkenaan dengan kereta terbang.

Rakyat pun rasa keliru sama ada pembangunan kereta terbang ini merupakan NNCP ataupun ia sama ada projek kerajaan, itu semua kita keliru.

Ramai yang juga keliru bahawa seminggu lepas apabila Menteri MED nak buat uji pandu, sememangnya uji pandu kereta terbang itu tidak datang daripada AVSB, ia adalah sebuah syarikat lagi (dari China).

Kekeliruan itu memang ada. Saya berpendapat bahawa sememangnya, laporan PAC telah pun menjelaskan segala kekeliruan yang ada.

Bagi AVSB, sememangnya kami diberitahu bahawa ia merupakan syarikat terkenal di peringkat antarabangsa.

Tetapi kita mengambil itu sebagai fakta dan siasatan kita dan bukan terhadap AVSB tetapi menuju kepada pengumuman daripada Menteri MED.

Jadi tiada keperluan untuk memanggil AVSB sewaktu prosiding?

Itulah sebabnya kita tidak memanggil pemilik AVSB kerana fokus bukan kepada mereka dan ia tidak di bawah terma rujukan kita.

Tetapi semasa prosiding berjalan, kita telah diberitahu berkenaan pelaburan berjumlah RM20 juta ini.

Pelaburan daripada sebuah GLC kerajaan kepada mana-mana syarikat berpotensi memang tidak menjadi masalah.

Memandangkan ada kekeliruan sebegini, maka PAC mengambil satu keputusan untuk mengesyorkan supaya wang ini seperti yang dinyatakan dalam kelulusannya, harus digunakan untuk tujuan yang dinyatakan dalam kelulusan itu.

Jadi PAC tidak pasti ada peruntukan lain berjumlah RM20 juta untuk NNCP?

Bagi pihak PAC, kita tidak masuk dalam isu itu. Tetapi sekiranya daripada apa yang saya nampak, saya juga sebagai seorang ahli Parlimen, apabila saya dengar jawapan-jawapan dan laporan berita daripada Menteri MED berkenaan RM20 juta NNCP itu, bagi saya itu sememangnya satu dana yang lain - bagi saya.

Sangat jelas, dalam prosiding, dana RM20 juta yang dilaburkan oleh VTSB adalah ke dalam AVSB. Tidak ada kena mengena dengan syarikat seperti DreamEdge dan sebagainya. Kita memang tidak masuk (membincangkan) berkenaan isu itu.

Adakah MED, MIGHT dan beberapa agensi lain perlu beri penjelasan berkenaan kereta terbang, mobiliti udara dan NNCP?

Sekiranya berbincang berkenaan apa yang disyorkan oleh PAC. Kesemuanya telah pun dinyatakan di bahagian paling akhir laporan PAC iaitu kami telah kemukakan dalam enam syor berkenaan undang-undang kereta terbang, yang mana kita boleh memantapkan koordinasi antara agensi dan kementerian dan bagaimana nasihat kita supaya mana-mana pihak yang nak membuat pengumuman kena ada satu persediaan yang lebih awal.

Itu semua telah dimasukkan ke dalam syor. Apa tindakan susulan yang akan diambil oleh pihak PAC adalah, semalam saya baca kenyataan MED sememangnya telah menyatakan bahawa mereka sudah mula membuat persiapan untuk memberikan jawapan kepada PAC.

Itu merupakan satu hala tuju yang betul. Kerana dalam masa tiga bulan lagi, PAC akan memberikan notis kepada kesemua kementerian yang terbabit untuk memberikan jawapan dan maklum balas kepada PAC berkenaan syor-syor yang dikemukakan.

Dari situ, PAC akan mengemukakan dokumen-dokumen dan juga maklum balas semua itu kepada Parlimen sebagai kertas Parlimen. Jadi, itu adalah tindakan susulan yang akan dilaksanakan oleh PAC.

Syor terakhir, Jabatan Audit Negara (JAN) diarah buat audit terhadap pelaburan RM20 juta untuk tujuan asal dan bukan kereta terbang. Apa yang dimaksudkan?

Sememangnya dalam prosiding kita, kita dimaklumkan bahawa kelulusan awal untuk pelaburan RM20 juta ini adalah pada sekitar bulan Jun atau Julai. Pada ketika itu PAC baru memulakan prosiding.

Saya nak tegaskan pelaburan ini tidak ada kaitan dengan MED. Pelaburan RM20 juta daripada AVSB ini adalah di bawah MIGHT dan Jabatan Perdana Menteri. Tiada kaitan dengan MED.

Kelulusan awal untuk pelaburan daripada VTSB adalah diberikan lebih kurang pada Jun atau Julai.

Kami juga dimaklumkan bahawa pada awal bulan November, jumlah sebanyak RM20 juta itu telah pun disalurkan kepada AVSB.

Sekiranya kita membaca laporan secara keseluruhan, ada satu dokumen yang penting, iaitu pada muka surat 126, iaitu satu minit mesyuarat lembaga pengarah VTSB yang menyatakan berkenaan syarat-syarat pemberian RM20 juta ini.

Ia menyatakan berkenaan pusat pemprosesan data global di Cyberjaya, menyewa atau membeli pejabat, kos ubah suai, peralatan IT dan sebagainya, perbelanjaan modal, membeli dron dan sebagainya serta penyelidikan dan pembangunan.

Maksudnya, RM20 juta itu haruslah digunakan untuk kegunaan atau tujuan yang dinyatakan dalam minit tersebut.

Kenapa PAC hendak JAN buat siasatan adalah atas sebab supaya pelaburan RM20 juta ini tidak bercanggah dengan tujuan-tujuan seperti yang dinyatakan dalam kelulusan dalam minit mesyuarat itu.

Semalam saya baca kenyataan daripada MIGHT, sememangnya tidak bercanggah dengan pendapat PAC.

Bagaimanapun, syarikat yang terlibat adalah syarikat yang terlibat dengan kereta terbang, maka kami menyatakan pandangan dan juga pendapat serta rumusan dalam pendapat kita.

MED dinasihat buat due diligence sebelum buat pengumuman dan keputusan. Adakah ini berbalik kepada isu kekeliruan rakyat?

Ya, kita boleh nampak bahawa projek kereta terbang pertama kali disebutkan Menteri MED pada Februari hingga hari prosiding, kita boleh nampak bahawa Menteri MED sememangnya sedang mempromosikan projek kereta terbang yang dikendalikan oleh AVSB.

Daripada keterangan yang kita ada, walaupun terdapat promosi sebegitu, pihak MED tidak melaksanakan apa-apa due diligence berkenaan dengan isu-isu yang dibangkit dalam laporan kita, harta intelek, kebakaran dan sebagainya.

Walaupun kita tahu AVSB merupakan sebuah syarikat yang amat bagus dalam bidang ini, namun sekiranya Menteri MED mengambil projek ini sebagai projek 'baby' beliau, adalah perlu lebih due diligence dilaksanakan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/eksklusif-kereta-terbang-nak-tahu-rm20.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pecah Tembelang Pac Kata Kereta Terbang Sudah Di Beri Rm20 Juta Wang Rakyat Duit Kita Pergi Mana

Pecah Tembelang Pac Kata Kereta Terbang Sudah Di Beri Rm20 Juta Wang Rakyat Duit Kita Pergi Mana

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 383 hits
Tuan tuan Menteri kata tidak ada duit rakyat dibelanjakan untuk projek kereta terbang Tetapi PAC pula kata duit rakyat sebanyak RM20 Juta telah pun diberi kepada projek kereta terbang PAC said Redzuan did not perform any due diligence on Ae...
Pac Gesa Audit Dana Awam Disalur Ke Firma Kereta Terbang

Pac Gesa Audit Dana Awam Disalur Ke Firma Kereta Terbang

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 285 hits
Jawatankuasa Kira kira Wang Negara menggesa agar pihak berkuasa menjalankan audit terhadap pelaburan dana awam sebanyak RM20 juta yang dilaburkan ke syarikat Aerodyne Ventures Sdn Bhd sebuah firma swasta yang dikaitkan dengan projek kereta ...
Menteri Kereta Terbang Dikecam Gara Gara Gambar Ini

Menteri Kereta Terbang Dikecam Gara Gara Gambar Ini

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 417 hits
Foto FacebookBagaimana rakyat hendak ikut dan patuh pada peraturan dan undang undang jika mereka yang bertanggungjawab menggubal undang undang sendiri tidak ikut dan patuh pada peraturan yang ditetapkan Jelas tertera poster Dilarang merokok...
Aircar Ini Barulah Kereta Terbang Yang Sebenar Bukannya Drone Gergasi

Aircar Ini Barulah Kereta Terbang Yang Sebenar Bukannya Drone Gergasi

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 522 hits
Berbaki beberapa hari sahaja lagi memasuki tahun 2020 mungkin ada diantara anda yang masih mengharapkan kereta terbang bakal menjadi realiti seperti yang dihebohkan hampir dua dekad lalu Menerusi pameran di Ekspo Import Eksport Kebangsaan C...
Kenderaan Dipercayai Mirip Kereta Terbang Berjaya Dirakam Di Ruang Udara

Kenderaan Dipercayai Mirip Kereta Terbang Berjaya Dirakam Di Ruang Udara

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 269 hits
Sejak kebelakangan ini berita mengenai kereta terbang sibuk diperkatakan oleh mana mana media tempatan mahupun masyarakat Malaysia Mana tidaknya ianya lanjutan pengumuman dari Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof yang ...
Redzuan Birokrasi Ketat Penghalang Kemajuan Industri Kereta Terbang

Redzuan Birokrasi Ketat Penghalang Kemajuan Industri Kereta Terbang

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 270 hits
MALAYSIAKINI Menteri Pembangunan Usahawan Redzuan Yusof berkata peraturan dan birokrasi yang ketat menjadi penghalang kemajuan pembangunan industri mobiliti udara atau kereta terbang Redzuan berkata walaupun peraturan diperlukan birokrasi y...
Redzuan Kecewa Proses Birokrasi Halang Pandu Uji Kereta Terbang

Redzuan Kecewa Proses Birokrasi Halang Pandu Uji Kereta Terbang

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 274 hits
Menteri Pembangunan Usahawan Redzuan Yusof kecewa dengan proses birokrasi mengatakan ia merosakkan rancangannya untuk memandu uji kereta terbang Bercakap kepada FMT beliau berkata amat mengecewakan apabila pembangunan ekosistem untuk inovas...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

How Did Afif Know Of Alleged Rm100m Payment For Pjd Link Asks Pj Mp

Memikirkan The Unknown

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman

Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara



Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik

Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan


Effective Market Research On A Budget

Lirik Lagu Sulit Betrand Putra Onsu

Buah Tin 10 Khasiat Kepada Kesihatan Lelaki Wanita

Waktu Solat Aidil Adha Bila Waktu Sesuai Untuk Bertakbir

Himpunan Resepi Ayam Masak Black Pepper Yang Simple Dan Sedap

Easter Egg Mayat Ant Man Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru Deadpool Wolverine