Kereta Terbang Atau Drone Menteri Terus Diasak Gamatkan Dewan Rakyat




Isu mengenai kereta terbang terus menjadi persoalan dan terus dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pembangkang hari ini dengan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof terus diasak mengenai perkara berkenaan.
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mententeramkan suasana dalam Dewan setelah tercetus perdebatan antara menteri terbabit dengan beberapa ahli parlimen pembangkang yang terus mengasak Datuk Seri Mohd Rezuan mengenai kereta terbang.
Terdahulu sebelum itu, Ahli Parlimen Jempol Datuk Salim Sharif membangkitkan persoalan mengenai kereta terbang sebelum beliau bertanyakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan.
“Saya masih ternanti-nanti kereta terbang esok yang akan terbang atau pun ‘drone’. Saya menasihati menteri pakai paracut dibimbangi apa-apa berlaku,” katanya.
Mohd Rezuan Yusof kemudiannya cuba menjawab persoalan mengenai perkara yang dibangkitkan.
“Tadi nampaknya ada soalan sampingan… saya bertanggungajwab untuk memberi sedikit ilmu. Semalam disebutkan oleh Pasir Salak..,” katanya yang terus disampuk oleh beberapa oleh ahli parlimen pembangkang termasuk Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan juga Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Tajuddin yang bangun mencelah berkata, “Dronelah… menteri pengangkutan kata dronelah,” katanya.
Kemudiannya disambut pula oleh Dr Shamsul Anuar, “saya ingat buat sesi khaslah buat penerangan mengenai kereta terbang ini. Tidak payah dalam nilah. Malu orang dengar kat luar,” ujarnya.
Mohd Rezuan meneruskan hujahnya dengan membangkitkan mengenai dasar Keusahawanan Nasional.
“Yang pentingnya kita baca Dasar Keusahawanan Nasional, antara teras strategik kita adalah untuk membangunkan industri penerbangan, aeroangkasa dan mobiliti udara. “Call whatever you like (panggil apa saja kamu suka) … dron ke, kereta terbang ke, aerocar… its all about air mobiliti (mobiliti udara),” tambahnya.
Dr Shamsul Anuar terus mencelah dengan mengatakan isu yang timbul adalah tidak jelas.
“Isunya YB menteri sekejap kata ini… sekejap kata itu. Tidak betul… itu isunya… lagi banyak YB cakap… lagi satu Malaysia gelak. Tidak payah cakap… kerja menteri pengangkutan YB buat. Bercakap soal usahawan lagi baguslah YB… dunia boleh tahulah…,” katanya.
Perbahasan yang berterusan kemudiannya ditenangkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dan meminta semua Ahli Parlimen hadir ke sesi uji pandu dron esok bagi mendapatkan penjelasan sebenar.
“Ini sesi soal jawab, takpalah… menteri dah jemput semua pergi untuk melihat. Dron ke apa ke… esok pergilah,” katanya.
Isnin lalu, Mohd Redzuan pada sidang Dewan Rakyat mengesahkan beliau akan menghadiri sesi uji pandu ‘kereta terbang’ yang dijadualkan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Khamis ini.
Malah, beliau turut memanjangkan jemputan kepada Ahli Parlimen untuk menyaksikan sesi uji pandu berkenaan.- UMNO Online




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/11/20/kereta-terbang-atau-drone-menteri-terus-diasak-gamatkan-dewan-rakyat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kereta Terbang Malaysia Sembang Atau Realiti

Kereta Terbang Malaysia Sembang Atau Realiti

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 582 hits
Tahukah anda penciptaan kereta terbang bukan satu perkara baharu Terdahulu adik beradik Wright telah mencipta kapal terbang dan berjaya mendaratkannya di dataran Kitty Hawk New York pada 1903 Kini negara maju seperti Jerman Rusia dan China ...
Menteri Kereta Terbang Dikecam Gara Gara Gambar Ini

Menteri Kereta Terbang Dikecam Gara Gara Gambar Ini

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 470 hits
Foto FacebookBagaimana rakyat hendak ikut dan patuh pada peraturan dan undang undang jika mereka yang bertanggungjawab menggubal undang undang sendiri tidak ikut dan patuh pada peraturan yang ditetapkan Jelas tertera poster Dilarang merokok...
Aircar Ini Barulah Kereta Terbang Yang Sebenar Bukannya Drone Gergasi

Aircar Ini Barulah Kereta Terbang Yang Sebenar Bukannya Drone Gergasi

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 599 hits
Berbaki beberapa hari sahaja lagi memasuki tahun 2020 mungkin ada diantara anda yang masih mengharapkan kereta terbang bakal menjadi realiti seperti yang dihebohkan hampir dua dekad lalu Menerusi pameran di Ekspo Import Eksport Kebangsaan C...
Kereta Terbang Menteri Kena Sindir

Kereta Terbang Menteri Kena Sindir

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 288 hits
Mohd Husni Mohd Noormhusni hmetro com myMOHD Redzuan FOTO arkib NSTPISU kereta terbang terus jadi bahan sindiran oleh Ahli Parlimen pembangkang di sidang Dewan Rakyat pagi ini Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof yang ...
Dron Vs Kereta Terbang Wayang Kerajaan Ph Atau Untuk Kroni

Dron Vs Kereta Terbang Wayang Kerajaan Ph Atau Untuk Kroni

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 418 hits
1 Sekarang kita tahu bahwa kereta terbang yang dibangga banggakan oleh kerajaan PH DAP hanyalah dron 2 Dron itu 100 buatan negara asing syarikat China Beijing Yi Hang Creation Science Technology Co namanya EHang 216 3 Struktur dron itu tida...
039 Saya Tak Ingat Apa Terus Pandu Kereta 039

039 Saya Tak Ingat Apa Terus Pandu Kereta 039

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 316 hits
SAYA tak ingat apa lepas kena tikam terus lari dan pandu kereta ke hospital kata guru yang ditikam suaminya dalam kejadian di Putrajaya semalam Mangsa berkata dia tidak tahu dari mana datangnya kekuatan untuk terus memandu ke hospital bagi ...
Lepas Kena Tikam Terus Lari Pandu Kereta Ke Hospital Guru Dedah Cerita Sebenar Kejadian Kes Ditikam Suami

Lepas Kena Tikam Terus Lari Pandu Kereta Ke Hospital Guru Dedah Cerita Sebenar Kejadian Kes Ditikam Suami

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 793 hits
Guru wanita yang sarat mengandung ditikam suaminya semalam tampil menjelaskan bahawa dia tidak begitu mengingati apa yang berlaku Mangsa yang berusia 35 tahun itu berkata dia tidak tahu dari mana datangnya kekuatan untuk dia terus memandu k...
Malaysian Embassy In Bangkok Sealed After Myanmar Quakes

Melaka Has Been Attracting Visitors For More Than Half A Millennia

Business With Limited Resources

Buasir Otak Tv Roblox Tob Tobi Tob Tob Tobi Tob Obby Live

Trouble At Kl Tower Fahmi Fadzil Government And Lim Seong Hai Capital Subsidiary Sued For Rm1 Billion

Blogspot Migrate Ke Wordpress

Minister Be Civil When Posting On 3r Issues

Lawatan Presiden Cina Kominis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Feast O Tuan Chord

Ukays Azan Scan Keena Mentor Rina Eva Feat Aesar Mustafa Citarasa Kita Chord

Us S Pro Israel Stance Attracting More Critics Says Scholar

Hari Raya Bagi Saya Seorang Oku

Sentiment Of Malays Being Treated As Second Class Citizen Abounds In Mat Belon Dbkl Pre Raya Scuffle

Hati Yang Kering Dan Karat Apa Sebabnya