Pas Tolak Umno Kerana Ada Pemimpinnya Gelenyar Tak Sedar Diri Hadi Awang




 Presiden Pas, Abdul Hadi Awang menganggap kerjasama yang dijalin PAS dengan Umno-BN ibarat “durian mentah” yang boleh menyebabkan seseorang mengalami perut kembung jika dimakan.
Menjelaskan alasan mengapa PAS memilih Perikatan Nasional (PN) berbanding menjalin kerjasama dengan BN, Abdul Hadi berkata partinya tidak dapat menerima Umno yang “keruh”.
“Kita (PAS) tak bersama dengan BN kerana ada keruh…. keruhnya masih ada penerima rasuah. Lepas tu rakus pula nak perintah lagi. (
“(Padahal) kita baru tolong bantu jatuhkan PH (Pakatan Harapan),” katanya ketika meyampaikan kuliah mingguan di Marang, Terengganu hari ini.
Abdul Hadi berkata demikian sebagai penjelasan kepada pendirian PAS memilih untuk mengukuhkan PN – yang ditunjangi parti itu dan Bersatu – berbanding Muafakat Nasional (MN) bersama Umno.
Semalam Abdul Hadi juga menerangkan PAS akan berunding mengenai pembahagian kerusi dalam kalangan komponen PN – bermakna pertembungan mereka dengan Umno-BN tidak dielakkan.
PAS sebelum ini berkali-kali menegaskan mahu mempertahankan ‘agenda perpaduan ummah’ dengan mendamaikan BN dan PN yang bertelagah.
Mengulas lanjut berhubung keputusan PAS semalam, Abdul Hadi hari ini berkata walaupun tindakan itu merupakan jalan sukar tetapi ia adalah yang terbaik buat mereka.
Katanya buat masa ini PAS mahu menjernihkan gabungan mereka bersama PN yang sepakat untuk menolak “pemberi serta penerima rasuah”.
Ahli parlimen Marang itu juga mengakui untuk mencapai kemenangan mudah, Umno-BN adalah pilihan yang lebih baik buat PAS kerana gabungan tersebut memang memiliki ramai penyokong.
“Tapi kita tak (boleh) gopoh. Macam buah durian – jangan dikait cepat sangat, kalau tak masak nanti kembung perut.
“Biar masak betul-betul dulu. Saya tahu ada orang PAS yang tak tahan dah, dah terliur nak makan durian.
“Durian mentah lagi… kena sabar dulu biar masak molek dulu,” katanya dalam kuliah yang turut disiarkan secara langsung di Facebook.
Dalam kuliahnya itu, Abdul Hadi turut membangkitkan isu royalti minyak di negeri pimpinan PAS serta dakwaan isu air melibatkan Kelantan, selain mendakwa BN gagal melaksanakan tanggungjawab sepatutnya dalam Islam meskipun pernah mentadbir negara lebih lima dekad.
Mengenai isu Kelantan, Abdul Hadi meminta rakyat negeri itu bersabar dan mereka sudah melakukannya selama ini walaupun “didera” selama puluhan tahun olen BN.
“Di dalam Umno ni masih ada yang gelenyar (gatal) lagi yang tak sedar. Ni masalahnya (bila ada) kekeruhan.
“Bukan kita nak bermusuh (dengan Umno-BN), tak bermusuh… tapi kerana ada ‘keruh’ ni kita tangguh dulu.
“Jadi kita ambil pendekatan jernihkan keadaan. Banyak orang pujuk saya (dari pangkat) setinggi-tinggi dan serendah-rendah mari (datang) pujuk saya (minta) gabunglah dengan BN,” katanya.
Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/639548






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/pas-tolak-umno-kerana-ada-pemimpinnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hadi Pas Choosing Between Umno And Bersatu Will Cause Imperfect Politics

Hadi Pas Choosing Between Umno And Bersatu Will Cause Imperfect Politics

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 162 hits
PAS president Abdul Hadi Awang has alluded that the party prefers to stick to its stance of facing the 15th general election together with Umno and Bersatu The Marang MP pointed out that an ummah unity limited to PAS with Umno or PAS with B...
Muhyiddin Umno Tolak Pas Berita Baik Buat Pn

Muhyiddin Umno Tolak Pas Berita Baik Buat Pn

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 146 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Keputusan Umno enggan meneruskan kerjasama dengan PAS disifatkan berita baik bagi Perikatan Nasional sekali gus menjadikan gabungan itu lebih kukuh untuk menang lebih banyak kerusi kata Muhyiddin Yassin Pengerusi ...
Umno Tak Cari Pas Tapi Pas Yang Cari Umno Kata Khaled Balas Kepada Hadi

Umno Tak Cari Pas Tapi Pas Yang Cari Umno Kata Khaled Balas Kepada Hadi

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 106 hits
agendaily com15 10 2022Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengaku partinya enggan bekerjasama bukan kerana Bersatu tidak mementingkan ummah dan bangsa Melayu tetapi kerana kewujudan parti baharu itu untuk menggantikan UMNO ...
Punca Pas Pilih Pn Dalam Umno Masih Ada Yang Gelenyar

Punca Pas Pilih Pn Dalam Umno Masih Ada Yang Gelenyar

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 133 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 14 2022 12 32 PMAbdul Hadi Awang menganggap kerjasama yang dijalin PAS dengan Umno BN ibarat durian mentah yang boleh menyebabkan seseorang mengalami perut kembung jika dimakan Menjelaskan alasan mengapa PAS ...
Keputusan Tolak Pas Sebelum Dan Selepas Pru15 Pendirian Terbaik Umno Bn

Keputusan Tolak Pas Sebelum Dan Selepas Pru15 Pendirian Terbaik Umno Bn

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 148 hits
UMNO akhirnya membuat keputusan yang dikira muktamad dalam hubungannya dengan Pas iaitu tiada kerjasama sebelum dan juga selepas PRU15 Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi berkata gabungan itu tidak akan mengadakan sebara...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Berebut Kasih

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Reaching Out



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Makanan Perlis Paling Popular

Tafsir Mimpi Gajah

Panduan Produk Kesihatan

Grab Nanyang Siang Pau 27 04 2024

Selamat Hari Gawai Maksud Dan Contoh Ucapan

Piala Thomas 2024 Senarai Pemain Malaysia Jadual Live