Punca Pas Pilih Pn Dalam Umno Masih Ada Yang Gelenyar


malaysiakini.com
Diterbitkan: Oct 14, 2022 12:32 PM
Abdul Hadi Awang menganggap kerjasama yang dijalin PAS dengan Umno-BN ibarat "durian mentah" yang boleh menyebabkan seseorang mengalami perut kembung jika dimakan

Menjelaskan alasan mengapa PAS memilih Perikatan Nasional (PN) berbanding menjalin kerjasama dengan BN, Abdul Hadi berkata partinya tidak dapat menerima Umno yang "keruh".

“Kita (PAS) tak bersama dengan BN kerana ada keruh.... keruhnya masih ada penerima rasuah. Lepas tu rakus pula nak perintah lagi. (Padahal) kita baru tolong bantu jatuhkan PH (Pakatan Harapan),” katanya ketika meyampaikan kuliah mingguan di Marang, Terengganu hari ini.

Abdul Hadi berkata demikian sebagai penjelasan kepada pendirian PAS memilih untuk mengukuhkan PN - yang ditunjangi parti itu dan Bersatu - berbanding Muafakat Nasional (MN) bersama Umno.

Semalam Abdul Hadi juga menerangkan PAS akan berunding mengenai pembahagian kerusi dalam kalangan komponen PN - bermakna pertembungan mereka dengan Umno-BN tidak dielakkan.

PAS sebelum ini berkali-kali menegaskan mahu mempertahankan 'agenda perpaduan ummah’ dengan mendamaikan BN dan PN yang bertelagah.

Mengulas lanjut berhubung keputusan PAS semalam, Abdul Hadi hari ini berkata walaupun tindakan itu merupakan jalan sukar tetapi ia adalah yang terbaik buat mereka.

Ada yang dah terliur

Katanya buat masa ini PAS mahu menjernihkan gabungan mereka bersama PN yang sepakat untuk menolak "pemberi serta penerima rasuah".

Ahli parlimen Marang itu juga mengakui untuk mencapai kemenangan mudah, Umno-BN adalah pilihan yang lebih baik buat PAS kerana gabungan tersebut memang memiliki ramai penyokong.

"Tapi kita tak (boleh) gopoh. Macam buah durian - jangan dikait cepat sangat, kalau tak masak nanti kembung perut.

"Biar masak betul-betul dulu. Saya tahu ada orang PAS yang tak tahan dah, dah terliur nak makan durian.

“Durian mentah lagi… kena sabar dulu biar masak molek dulu,” katanya dalam kuliah yang turut disiarkan secara langsung di Facebook.

Dalam kuliahnya itu, Abdul Hadi turut membangkitkan isu royalti minyak di negeri pimpinan PAS serta dakwaan isu air melibatkan Kelantan, selain mendakwa BN gagal melaksanakan tanggungjawab sepatutnya dalam Islam meskipun pernah mentadbir negara lebih lima dekad.

Mengenai isu Kelantan, Abdul Hadi meminta rakyat negeri itu bersabar dan mereka sudah melakukannya selama ini walaupun "didera" selama puluhan tahun olen BN.

“Di dalam Umno ni masih ada yang gelenyar (gatal) lagi yang tak sedar. Ni masalahnya (bila ada) kekeruhan.

"Bukan kita nak bermusuh (dengan Umno-BN), tak bermusuh... tapi kerana ada 'keruh' ni kita tangguh dulu.

“Jadi kita ambil pendekatan jernihkan keadaan. Banyak orang pujuk saya (dari pangkat) setinggi-tinggi dan serendah-rendah mari (datang) pujuk saya (minta) gabunglah dengan BN,” katanya.
Sementara itu, dia yang dilantik sebagai duta khas bertaraf menteri turut memberi sebab mengapa PAS menolak bekerjasama dengan PH.

Antaranya Abdul Hadi mendakwa PH menyokong aktiviti LGBT, mempunyai puak komunis dan mengkhianat orang Islam.

“Dalam dia ada DAP, ada parti orang Melayu, puak tolak Islam, puak LGBT, puak komunis, puak khianat, puak pemberi dan penerima rasuah. Kufur dalam dia… puak komunis pun ada, yang tolak raja pun ada,” dakwanya.

Tambah Abdul Hadi, PH amat lantang menentang amalan rasuah terutamanya yang melibatkan Umno tetapi bersikap berdiam diri apabila berlakunya kemungkaran.

“Pemberi rasuah, tukang terima rasuah ada belaka.

"Dia cakap pasal menentang rasuah tapi dia dapat sumbangan (daripada) orang beri rasuah, LGBT dia tak lawan, kemungkaran dia tak lawan, dia duduk senyap saja,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/punca-pas-pilih-pn-dalam-umno-masih-ada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Takut Tak Punya Jntera Muhyiddin Masih Harap Bersama Pas Pas Pula Rela Melutut Dikaki Umno

Takut Tak Punya Jntera Muhyiddin Masih Harap Bersama Pas Pas Pula Rela Melutut Dikaki Umno

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 156 hits
Muhyiddin yakin PAS kekal dalam PNPengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin PAS akan kekal bersama gabungan itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 15 akan datang Selepas bermesyuarat selama lima jam di ibu pejabat gabun...
Ruang Kerjasama Umno Pas Masih Ada Annuar

Ruang Kerjasama Umno Pas Masih Ada Annuar

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 155 hits
malaysiakini comKetua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa berkata masih ada ruang untuk kerjasama politik antara parti itu dengan PAS bagi menghadapi Pilihanraya Umum Ke 15 Beliau berkata pucuk pimpinan kedua dua parti itu perlulah me...
Pas Ada Pelan Kedua Dengan Umno Bersatu Pula Yakin Pas Pilih Pn

Pas Ada Pelan Kedua Dengan Umno Bersatu Pula Yakin Pas Pilih Pn

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 177 hits
Kalau dua kumpulan umat Islam bertelagah maka kamu damaikan mereka Pas ada pelan kedua dengan Umno Bersatu pula yakin Pas pilih PNDANIAL HAKIMTimbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu tidak sesekali undur untu...
Pas Tolak Umno Kerana Ada Pemimpinnya Gelenyar Tak Sedar Diri Hadi Awang

Pas Tolak Umno Kerana Ada Pemimpinnya Gelenyar Tak Sedar Diri Hadi Awang

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 157 hits
Presiden Pas Abdul Hadi Awang menganggap kerjasama yang dijalin PAS dengan Umno BN ibarat durian mentah yang boleh menyebabkan seseorang mengalami perut kembung jika dimakan Menjelaskan alasan mengapa PAS memilih Perikatan Nasional berbandi...
Pilih Kami Atau Pn Umno Beri Kata Dua Kepada Pas

Pilih Kami Atau Pn Umno Beri Kata Dua Kepada Pas

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 174 hits
freemalaysiatoday com October 4 2022 4 50 PMAhmad Zahid Hamidi berkata Umno masih terbuka untuk bekerjasama dengan PAS dengan syarat parti itu memutuskan hubungan dengan PN KUALA LUMPUR Umno memberi kata dua kepada PAS sama ada memilih mere...
Zahid Tak Puas Hati Pas Tuduh Bn Umno Masih Dicemari Rasuah

Zahid Tak Puas Hati Pas Tuduh Bn Umno Masih Dicemari Rasuah

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 200 hits
agendaily com16 10 2022Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kecewa kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional terlibat rasuah UMNO kecewa dengan kenyataan PAS tentang bagaimana parti ...
Umno Pulau Pinang Masih Harapkan Pas

Umno Pulau Pinang Masih Harapkan Pas

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 166 hits
agendaily com15 10 2022UMNO Pulau Pinang mahu mengelak pertembungan dengan calon PAS pada PRU 15 UMNO Pulau Pinang masih mengharapkan kerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 meskipun pimpinan k...
Umno Sedia Lawan Pas Di 27 Parlimen Kritikal Kata Khaled

Umno Sedia Lawan Pas Di 27 Parlimen Kritikal Kata Khaled

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 176 hits
freemalaysiatoday com October 11 2022 7 07 AMNaib Presiden Umno Khaled Nordin berkata PAS gagal memenuhi tiga tuntutan dikemukakan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bagi menjalin kerjasama kerjasama politik dengan memutuskan hubungan bersama...
Saka Bapak Kau

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Resepi Nasi Daging Utara Air Asam Kerisik

Kenapa Ibu Bapa Patut Hantar Anak Anak Ke Tadika Lebih Awal

Kadar Kesuburan Negara Menurun Kkwpk Sedia Bantuan Galak Anak

Movie Jangan Pandang Belakang 2

Samarinda Lara Kasih

Daging Goreng Belengas