Keputusan Tolak Pas Sebelum Dan Selepas Pru15 Pendirian Terbaik Umno Bn


 
UMNO akhirnya membuat keputusan yang dikira muktamad dalam hubungannya dengan Pas iaitu tiada kerjasama sebelum dan juga selepas PRU15.
Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi berkata, gabungan itu tidak akan mengadakan sebarang rundingan dengan parti ‘lebai’, untuk apa jua bentuk kerjasama selepas PRU15 akan datang nanti.
Katanya, parti berkenaan adalah sebuah parti yang tiada pendirian tetap.
“Kita jangan pedulikan pak lebai bersama kita (BN) atau tidak, pak lebai petang cakap lain, malam cakap lain,” katanya dalam suatu program di Kedah semalam.
Ahmad Zahid seterusnya berkata, BN mahu kawan yang setia dan istiqamah, selain yang sedia bersama dalam keadaan susah dan senang.
“Jangan runding lepas pilihan raya, kita bukan riak, sombong, takut atau pengecut.
“Rakyat sudah sedar dan akan beri kepercayaan semula kepada BN.
“Ketika itu apabila kita berjaya bentuk kerajaan, baru ada orang terhegeh-hegeh hendak jumpa kita, kita akan cakap cukup sampai di sini dan semua sudah terlambat,” tegasnya lagi.
Berdasarkan rentetan kelakuan tiada pendirian dan berbolak-balik yang ditunjukkan Pas dalam hubungannya dengan UMNO sejak 2018 lalu, keputusan BN seperti yang diumumkan Zahid Hamidi itu adalah paling wajar dan sangat tepat.
Sebelum ini, UMNO telah memutuskan untuk bertanding solo, walaupun di saat-saat akhir kemudiannya Hadi Awang telah mencari Ahmad Zahid dan mereka bertemu di kediamannya di Kajang untuk merundingkan kemungkinan untuk bekerjasama.
Berikutan Ahmad Zahid memberi tiga syarat untuk bekerjasama iaitu Pas mesti memutuskan hubungan dengan Bersatu, keluar daripada PN dengan segera dan membuat pengumuman rasmi pendirian terbaru itu, Hadi lantas menyerang UMNO sebagai parti yang keruh dan seumpama durian mentah.
Tidak lama sebelum ini, ketika tengah seronok bersama PN dan Mahiaddin Md Yasin pun ketika itu memegang jawatan Perdana Menteri, Hadi juga pernah melabelkan UMNO sebagai “itik patah kaki”.
Begitu pun, sementara Pas kekal lebih condong untuk kekal bersama Bersatu dan PN, parti itu tidak putus-putus mengumumkan pendirian ingin berbaik serta bekerjasama dengan UMNO ata nama perpaduan ummah kononnya.
Tetapi, Pas tidak sanggup membuat ketetapan salah satu antara UMNO dan Bersatu sebagai pilihan lantaran ingin berkubang dalam dua kolam dalam satu masa bagi menjamin kelangsungan dapat berseronok dengan jawatan serta habuan dunia sebagaimana yang dinikmati sekarang ini.
Dengan pendirian BN sekarang ini iaitu tidak bekerjasama sebelum dan juga selepas pilihan raya dengan Pas, nampaknya makin gelaplah masa depan parti itu.
Berdasarkan situati semasa, hanya dua parti paling berkemungkinan menjadi kerajaan selepas PRU15 nanti – BN atau pun PH.
Dengan PH, bukan saja Pas sudah menyatakan pendirian menolak gabungan itu, bahkan PH pun tidak teringin untuk bersama dengan mereka.
Maknanya sekarang ini, baik BN atau PH yang bakal memenangi pilihan raya, Pas sudah tiada tempat lagi untuk dibawa bersama dalam pentadbiran kerajaan, termasuk untuk diberi jawatan duta makan gaji buta.
Daripada satu segi, apa yang ditegaskan oleh Ahmad Zahid itu adalah pendirian terbaik oleh BN dalam mengajar Pas erti kesetiaan dan bersetiakawan.
Selagi begitu perangai Pas, eloklah parti itu diketepikan oleh sesiapa saja yang menjadi kerajaan.
Biarkan mereka kembali ke pentas ceramah, memaki hamun semua orang dan kemudian menadah tin milo untuk meminta sumbangan. – ShahbudinHusin 20/10/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/keputusan-tolak-pas-sebelum-dan-selepas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru15 Mungkin Menjadi Seperti Pru14 Di Mana Umno Bn Mendahului Sebelum Pru Tetapi Tidak Selepas Pru

Pru15 Mungkin Menjadi Seperti Pru14 Di Mana Umno Bn Mendahului Sebelum Pru Tetapi Tidak Selepas Pru

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 499 hits
Lim Kit Siang Pilihan Raya Umum ke 15 pada 19 November 2022 mungkin menjadi seperti Pilihan Raya Umum ke 14 pada 9 Mei 2018 di mana UMNO Barisan Nasional mendahului sebelum pilihan raya namun tidak selepas keputusan diumumkan Semasa PRU14 s...
Kerjasama Umno Pas Terjawab Selepas Pru15

Kerjasama Umno Pas Terjawab Selepas Pru15

papar berkaitan - pada 16/10/2022 - jumlah : 179 hits
Kerjasama UMNO Pas terjawab selepas PRU15 BERITA SEMASA 16 OKTOBER 2022 Harapan melihat UMNO dan Pas bekerjasama semula hanya akan dilihat selepas selesai Pilihanraya Umum ke 15 selepas Pas membuat keputusan bergerak bersama Perikatan Nasio...
Selepas Kenal Hati Budi Umno Baru Pas Buat Keputusan Kekal Dalam Pn

Selepas Kenal Hati Budi Umno Baru Pas Buat Keputusan Kekal Dalam Pn

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 159 hits
agendailt com19 10 2022Ketua Pemuda Perikatan Nasional yang juga Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari Pertemuan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dengan dua pemimpin tertinggi UMNO ...
Keputusan Pas Suntik Semangat Pn Hadapi Pru15 Muhyiddin

Keputusan Pas Suntik Semangat Pn Hadapi Pru15 Muhyiddin

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 196 hits
Saya amat menghargai keputusan Jawatankuasa PAS Pusat untuk memperkukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional dalam menghadapi PRU 15 Keputusan ini memberikan suntikan semangat kepada Perikatan Nasional untuk bergerak dengan lebih tersusun ...
Pru15 Ph Sukar Menang Sekiranya Pas Umno Bersatu Bergabung

Pru15 Ph Sukar Menang Sekiranya Pas Umno Bersatu Bergabung

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 190 hits
Penganalisis Politik Prof Dr Ahmad Marthada Mohamad berkata sekiranya penggabungan itu dapat direalisasikan agak sukar untuk PH menang terutamanya di kawasan yang mana ketiga tiga parti itu bergabung menentang PH SUBSCRIBE now Astro Awani h...
Pas Tolak Umno Kerana Ada Pemimpinnya Gelenyar Tak Sedar Diri Hadi Awang

Pas Tolak Umno Kerana Ada Pemimpinnya Gelenyar Tak Sedar Diri Hadi Awang

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 165 hits
Presiden Pas Abdul Hadi Awang menganggap kerjasama yang dijalin PAS dengan Umno BN ibarat durian mentah yang boleh menyebabkan seseorang mengalami perut kembung jika dimakan Menjelaskan alasan mengapa PAS memilih Perikatan Nasional berbandi...
Umno Atau Bersatu Dilema Pas Pada Pru15

Umno Atau Bersatu Dilema Pas Pada Pru15

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 179 hits
Kerjasama dengan salah satu antara dua parti itu memberikan kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri kepada PAS Ketika momentum saingan semakin meningkat menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 dalam tempoh dua bulan akan datang perhatian kini...
Keputusan Pas Bersama Pn Sudah Dijangka Umno

Keputusan Pas Bersama Pn Sudah Dijangka Umno

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 163 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 13 2022 6 45 PMPresiden Umno Zahid Hamidi berkata mereka sudah menjangkakan PAS akan terus bersama Perikatan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang Dengan keputusan itu Umno bersama BN akan terus berger...
Pru15 Boleh Diadakan Sebelum Pertengahan November Kata Umno

Pru15 Boleh Diadakan Sebelum Pertengahan November Kata Umno

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 212 hits
PRU15 boleh diadakan sebelum pertengahan November kata Umno Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 11 Oct 2022 12 04A
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia

Update Youtube 2025 Semua Video Dengan Judul Thumbnail Clickbait Dihapus