Parti Majoriti Mesti Pimpin Gabungan Perdana Kata Umno


 
Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin berkata, jika keadaan yang wujud tidak melahirkan sebuah gabungan politik perdana maka jawatan perdana menteri mesti dipegang secara bergilir.PETALING JAYA: Seorang pemimpin tertinggi Umno berkata, sekiranya sebuah gagasan perdana melibatkan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) ditubuhkan maka parti majoriti mestilah memimpin.
Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin berkata, sekiranya keadaan itu tidak berlaku, maka beliau menyarankan supaya jawatan perdana menteri dipegang secara bergilir.
Dalam pada itu, beliau mempersoalkan bilangan gabungan politik diperlukan ketika ditanya mengenai cadangan Setiausaha Agung PPBM Hamzah Zainudin supaya PN, BN dan GPS bersatu di bawah satu gagasan perdana untuk memastikan kemenangan pada pilihan raya umum ke-15.
“Nak berapa banyak lagi gabungan? Wujud gabungan untuk sedut kekuatan parti orang lain,” katanya kepada FMT.
Terdahulu hari ini Hamzah mencadangkan PN, BN dan GPS bersatu di bawah satu gagasan perdana bagi memastikan ia memperoleh kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.
Hamzah berkata, gagasan itu perlu menggubal ‘piagam persefahaman politik’ bagi menyakinkan rakyat bahawa ia menawarkan kestabilan politik yang kukuh serta keupayaan mentadbir negara melalui dasar yang berkesan.
Seorang pemimpin Umno setuju dengan cadangan penubuhan gagasan perdana antara PN, BN dan GPS untuk memastikan Pakatan Harapan (PH) kalah pada pilihan raya umum ke-15.
Dalam pada itu Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz bersetuju dengan penubuhan sebuah gagasan politik besar melibatkan PN, BN dan GPS.
Ia katanya, ini susulan kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini dan kelemahannya dalam mentadbir negara.
“Hanya BN, GPS dan PN boleh jamin kerajaan yang saksama sebab sebahagian besar pemimpinnya berpengalaman dalam mentadbir kerajaan.
“Kita sokong kuat cadangan yang dibuat. Saya fikir ini cadangan baik.
“Mungkin juga bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebelum ini kerana melihat kerajaan PH terlalu buruk,” katanya kepada FMT.
Nazri yakin selagi Umno dan PAS berada dalam gabungan perdana itu, ia boleh meraih kemenangan dengan majoriti besar dalam PRU15.
Beliau berkata, masalah dalaman parti-parti gabungan itu hendaklah diselesaikan secara baik.
“Majoriti besar itu boleh dapat. Dalam 130 ke 135 kerusi di Parlimen boleh menang.
“Paling penting ialah menubuhkan kerajaan terlebih dahulu,” katanya.
Setiausaha Agung BN, Annuar Musa secara ringkas berkata, BN sedia berbincang mengenai cadangan penubuhan gagasan perdana itu. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/12/parti-majoriti-mesti-pimpin-gabungan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mus

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akar Umbi Umno Pasti Tolak Cadangan Gabungan Perdana Kata Nur Jazlan

Akar Umbi Umno Pasti Tolak Cadangan Gabungan Perdana Kata Nur Jazlan

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 245 hits
Akar umbi UMNO pasti tolak cadangan gabungan perdana kata Nur Jazlan December 11 2020 Nur Jazlan Mohamed berkata prinsip demokrasi berparlimen adalah majoriti menentukan nasib minoriti bukan sebaliknya PETALING JAYA Timbalan Ketua UMNO Joho...
Gabungan Besar Hanya Akan Jadikan Umno Parti Melayu Nombor Dua

Gabungan Besar Hanya Akan Jadikan Umno Parti Melayu Nombor Dua

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 250 hits
Bulan lalu Setiausaha Agung BN Annuar Musa melontarkan idea perlunya diwujudkan grand coalition yang melibatkan parti parti yang menolak Pakatan Harapan atau PH Katanya sudah terlalu lama politik negara ini berlegar di sekeliling dua atau t...
Kemelut Politik Perak Umno Mesti Bincang Dengan Ph Kata Khalid

Kemelut Politik Perak Umno Mesti Bincang Dengan Ph Kata Khalid

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 235 hits
Sebenarnya cara untuk menjamin kestabilan hanya satu Umno kena berbincang dengan PH Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad berpendapat Umno di Perak perlu berbincang dengan Pakatan Harapan bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri itu M...
Kenyataan Umno Tidak Akan Berlaku Pertembungan Antara Bn Dan Pn Itu Sudah Baik Kata Pas

Kenyataan Umno Tidak Akan Berlaku Pertembungan Antara Bn Dan Pn Itu Sudah Baik Kata Pas

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 275 hits
Keputusan Umno untuk menggunakan logo BN pada pilihan raya umum akan datang dilihat tidak akan menjadi masalah kepada PAS meskipun kedua dua parti menjadi rakan setara rasmi dalam Muafakat Nasional Naib presidennya Mohd Amar Abdullah berkat...
Anwar Dah Kalah Kata Ahli Mt Umno

Anwar Dah Kalah Kata Ahli Mt Umno

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 529 hits
Pemimpin Pakatan Harapan memulakan strategi 27 0 merujuk kepada kesediaan untuk mencabar belanjawan semua kementerian dengan menggunakan undi belah bahagi walaupun ini bermakna mereka akan kalah kesemuanya more Ini dilakukan selepas kegagal...
Sebelum Segala Galanya Terlambat Umno Mesti Bertindak Keluar Dari Pn Sekarang

Sebelum Segala Galanya Terlambat Umno Mesti Bertindak Keluar Dari Pn Sekarang

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 320 hits
Kalau hendak dihitung dengan jari pengkhianatan PPBM ke atas UMNO tak cukup jari tangan dan kaki untuk menghitungnya Bermula dari kejatuhan Barisan Nasional dalam PRU 14 usaha untuk menguburkan UMNO telah dilakukan oleh Dr Mahathir yang ket...
Pas Tidak Akan Tinggal Ppbm Umno Perlu Hormat Kata Shahril Hamdan

Pas Tidak Akan Tinggal Ppbm Umno Perlu Hormat Kata Shahril Hamdan

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 238 hits
Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan berkata parti itu tidak perlu membuang masa bercakap soal masa depan dengan PAS tanpa terikat dengan PPBM Dalam catatan di Facebook selepas wawancara dengan Ketua Pemuda PAS Khairil Nizam Khiruddin Shahr...
Gabungan Baru Mesti Bertujuan Lawan Pemimpin Kleptokrat

Gabungan Baru Mesti Bertujuan Lawan Pemimpin Kleptokrat

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 222 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 9 05 amTimbalan Presiden Penaja Pejuang Marzuki Yahya berkata satu gabungan baru perlu ditubuhkan untuk melawan pemimpin pemimpin kleptokrat berbanding kerjasama yang hanya bermatlamatkan kuasa politik M...
Kerjasama Umno Pas Belum Cukup Untuk Kuasai Kerajaan Kata Penganalisis

Kerjasama Umno Pas Belum Cukup Untuk Kuasai Kerajaan Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 255 hits
Ketika Umno menunjukkan keyakinan mereka mampu menguasai semula kerajaan hanya dengan kerjasama PAS penganalisis politik masih berhati hati dengan andaian tersebut Sesetengahnya percaya Umno masih perlukan bantuan parti lain untuk mencapai ...
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Christmas From The Manger To The Margins

Walimatul Urus Majlis Bertaut Kaseh Uzair Izzati

Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Road To Upkk 2024

Gloomy Tanjung Tembeling

Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration