Gabungan Baru Mesti Bertujuan Lawan Pemimpin Kleptokrat


malaysiakini.com
Diterbitkan Hari ini 9:05 am

Timbalan Presiden Penaja Pejuang Marzuki Yahya berkata, satu gabungan baru perlu ditubuhkan untuk melawan pemimpin-pemimpin kleptokrat, berbanding kerjasama yang hanya bermatlamatkan kuasa politik

Marzuki berkata, kecelaruan politik telah membawa kepada isyarat mengelirukan, termasuk kesanggupan DAP untuk bekerjasama dengan Umno, yang menurutnya "dipimpin oleh kleptokrat".

Katanya, sebelum itu Perikatan Nasional (PN) telah menjatuhkan kerajaan PH atas alasan DAP mengawal pergerakan dan keputusan yang dibuat pemimpin Melayu dalam PH.

Mereka juga mahu menghalang Presiden PKR Anwar Ibrahim daripada menjadi perdana menteri tanpa melalui proses yang betul, katanya lagi.

"Jika Anwar mempunyai sokongan majoriti, dia perlu diterima sebagai perdana menteri. Jika PN tidak mahu menerimanya, maka mereka perlu bukti di Parlimen bahawa dia tidak mendapat sokongan majoriti.

"Itulah asas yang sepatutnya kita lalui. Sebaliknya, Muhyiddin Yassin dan PN memilih untuk menjadi perdana menteri dan menubuh kerajaan dengan tipu helah," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Satu lagi kecelaruan, menurut Marzuki, adalah keputusan Anwar untuk tidak meminta undi belah bahagi untuk peringkat dasar Belanjawan 2021, walaupun setelah mendakwa Muhyiddin sudah hilang sokongan majoriti.
Katanya, kecelaruan yang berlaku, termasuk dengan penyingkiran menteri besar daripada Bersatu oleh Umno, adalah disebabkan kuasa.

"Berlatarbelakangkan kesemua ini, kami merasa sudah sampai masa kita berusaha membawa rakyat keluar dari kecelaruan akibat daripada gabungan dan perikatan antara parti-parti yang wujud semata-mata untuk mendapat kuasa, tetapi berselindung di belakang slogan agama, bangsa dan tanah air.

"Kita perlu menubuhkan gabungan baru yang berpegang kepada perjuangan iaitu untuk menyekat kleptokrat dan sekutu-sekutu baru mereka yang bersedia melakukan rasuah untuk berkuasa," katanya lagi.

Katanya lagi, kini orang ramai dapat melihat betapa kes-kes rasuah digugurkan.

Pada 7 Dis, bekas Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) dalam kes rasuah bernilai RM1 juta.

Beberapa bulan sebelumnya, pada Jun, dakwaan rasuah bekas Ketua Menteri Sabah Musa Aman turut digugurkan dan dia kemudian memulakan langkah menyingkirkan pentadbiran Warisan di negeri itu.

Pada Mei, anak tiri bekas Perdana Menteri Najib Razak, Riza Shahriz Abdul Aziz turut dilepas tanpa dibebaskan dalam kes pengubahan wang haram melibatkan dana 1MBD berjumlah AS$248 juta.

Marzuki berkata, gabungan baru itu tidak terhad kepada parti politik sahaja, tetapi harus turut merangkumi ahli Parlimen dan Adun yang tidak boleh menerima amalan itu.

"Inilah usaha yang mahu kita perjuangkan dan kita yakin, setiap pemimpin politik yang berpegang kepada prinsip akan bersama menghalang kleptokrat-kleptokrat dari menerajui negara dan juga pemimpin politik yang mengamal rasuah," katanya lagi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/12/gabungan-baru-mesti-bertujuan-lawan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Mesti Tunjuk Teladan Baik

Pemimpin Mesti Tunjuk Teladan Baik

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 196 hits
Di sebalik serang menyerang sama sendiri itu Pemuda AMANAH Nasional mengambil pendirian agar semua ahli Parlimen pembangkang bekerjasama bersatu dan mengenepikan sebarang sentimen yang boleh menyebabkan perpecahan Ketuanya Shazni Munir Mohd...
Parti Majoriti Mesti Pimpin Gabungan Perdana Kata Umno

Parti Majoriti Mesti Pimpin Gabungan Perdana Kata Umno

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 224 hits
Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin berkata jika keadaan yang wujud tidak melahirkan sebuah gabungan politik perdana maka jawatan perdana menteri mesti dipegang secara bergilir PETALING JAYA Seorang pemimpin tertinggi Umno berkata seki...
Fakta Baru Ternyata 4 Laskar Fpi Lawan Polisi Dengan Tangan Kosong

Fakta Baru Ternyata 4 Laskar Fpi Lawan Polisi Dengan Tangan Kosong

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 303 hits
Polisi menembak mati 4 Laskar FPI di dalam mobil petugas karena melawan dan hendak merebut senjata api milik anggota Polda Metro Jaya Fakta itu terkuak dari proses rekonstruksi kasus tewasnya enam Laskar FPI Rekonstruksi digelar pada Senin ...
Buktikan Majoriti Di Parlimen Baru Kupas Baik Buruk Belanjawan Kata Pemimpin Pkr Kepada Muhyiddin

Buktikan Majoriti Di Parlimen Baru Kupas Baik Buruk Belanjawan Kata Pemimpin Pkr Kepada Muhyiddin

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 246 hits
November 29 2020 Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim mendesak Muhyiddin Yassin membuktikan keabsahannya sebagai Perdana Menteri untuk menamatkan pertikaian mengenai tahap sokongan beliau di Dewan Rakyat PETALING JAYA Muhyiddin Yassin ha...
Pemimpin Jangan Jadi Seperti Beruk Yang Lawan Dengan Kilat Mb Kedah

Pemimpin Jangan Jadi Seperti Beruk Yang Lawan Dengan Kilat Mb Kedah

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 354 hits
ALOR SETAR Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan tindakan serta sikap beberapa pemimpin MIC dan DAP termasuk Penasihat DAP Lim Kit Siang yang mendesaknya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar susulan kenyataan berkaitan ...
Opposition Should Reject Unfair Budget Win Or Lose Baru Bian

Opposition Should Reject Unfair Budget Win Or Lose Baru Bian

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 167 hits
Selangau MP Baru Bian said the opposition should move against Budget 2021 regardless of the outcome He said this is because the budget is not fair and the opposition s grouses have been ignored by the government The rationale for objecting ...
Opposition Mps Were Confused Over Budget Vote Says Baru

Opposition Mps Were Confused Over Budget Vote Says Baru

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 290 hits
Selangau MP Baru Bain said confusion among the opposition members led to the voice vote that saw the 2021 budget approved at the policy stage yesterday The Parti Sarawak Bersatu MP believed to be one of the 13 to have stood up for a bloc vo...
Goreng Nipis Nipis Baru Sedap Ini Petua Buat Bakwan Rangup Untuk Minum Petang

Goreng Nipis Nipis Baru Sedap Ini Petua Buat Bakwan Rangup Untuk Minum Petang

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 326 hits
Sedapnya kalau dapat makan Bakwan panas panas Cicah pula dengan sos memang tak toleh kiri kanan Selain disajikan ketika sarapan Bakwan ni juga boleh dinikmati tatkala minum petang Nak cuba masak hari ni Saudari Siti Khajar ada kongsikan res...
Ahli Parlimen Pembangkang Keliru Dengan Undi Belanjawan Kata Baru

Ahli Parlimen Pembangkang Keliru Dengan Undi Belanjawan Kata Baru

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 239 hits
KUCHING Ahli Parlimen Selangau Baru Bian berkata kekeliruan dalam kalangan ahli Parlimen pembangkang menyebabkan Belanjawan 2021 diluluskan di peringkat dasar semalam Ahli Parlimen dari Parti Sarawak Bersatu itu yang dipercayai seorang dari...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos