Gabungan Besar Hanya Akan Jadikan Umno Parti Melayu Nombor Dua


 
Bulan lalu, Setiausaha Agung BN, Annuar Musa melontarkan idea perlunya diwujudkan “grand coalition” yang melibatkan parti-parti yang menolak Pakatan Harapan atau PH.
Katanya, sudah terlalu lama politik negara ini berlegar di sekeliling dua atau tiga personaliti bagi mempertahan atau menentang individu tertentu.
“Cukup-cukuplah. Malah penyatuan ummah tidak harus terbatas setakat UMNO, PAS dan Bersatu semata-mata.
“Saya ingin menganjurkan pembentukan suatu “grand coalition”yang melibatkan sekurang-kurangnya 12 atau 13 parti politik yang sealiran,” katanya lagi.
Annuar seterusnya mencadangkan muafakat besar itu melibatkan BN, PN, MN, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang disifatkannya telah menunjukkan kerjasama berkesan dalam kerangka pembentukan kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui Muhyiddin Yassin.
Semalam pula, rakan baik Annuar, Hamzah Zainuddin tampil mencadangkan pembentukan sebuah gabungan besar melibatkan PN, BN dan GPS bagi menghadapi PRU15 akan datang.
Hamzah yang juga Setiausaha Agung Bersatu berkata, pemeteraian piagam antara PN, BN dan GPS itu akan memastikan kelangsungan kerjasama antara ketiga-tiga pihak dan dapat meningkatkan keyakinan rakyat.
“Dengan termeterainya piagam ini, rakyat akan lebih yakin bahawa gagasan tersebut mempunyai kestabilan politik yang kukuh serta keupayaan untuk terus mentadbir negara melalui dasar-dasar bagi memajukan ekonomi, membangunkan negara dan membela rakyat di masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan.
Jika diperhatikan, kenyataan Hamzah semalam adalah sambungan terhadap lontaran idea yang dibuat Annuar sebelumnya.
Mereka berdua seolah-olah sedang sambut-menyambut bagi menjadikan idea gabungan besar itu menjadi kenyataan.
Selain mereka berdua berkawan baik, Annuar dan Hamzah juga sama-sama memegang jawatan Setiausaha Agung iaitu BN dan PN serta kedua-duanya dikenali sebagai penyokong kuat Muhyiddin.
Apa sebenarnya “grand coalition” atau gabungan besar itu?
Sebenarnya, idea itu tidak lain adalah bertujuan untuk menjadikan Bersatu melalui PN terus memimpin kerajaan selepas PRU15 akan datang dengan Muhyiddin dikekalkan lagi sebagai Perdana Menteri.
Dengan idea “grand coalition” itu datang daripada Annuar dan Hamzah, sudah tentulah tujuan besarnya untuk meletakkan Muhyiddin sebagai pemimpin utama gabungan tersebut.
Dengan Muhyiddin diletakkan sebagai kepalanya, bermakna Bersatu akan menjadi parti utama atau peneraju gabungan besar itu.
Apabila Bersatu menjadi parti utama atau penerajunya, bererti juga UMNO hanya akan menjadi kedua saja.
Melaluinya, maka Bersatu akan menuntut jumlah kerusi paling banyak untuk ditandingi, meletakkan UMNO di tempat kedua dan Pas di tempat ketiga.
Tetapi, oleh kerana Bersatu hanya ada ahli sekitar 200 ribu, jentera pilihanraya untuk menghadapi PRU15 akan digabungkan bersama dengan UMNO yang ada keahlian 3.4 juta dan Pas dengan keahlian 1 juta.
Dengan kata lain, gabungan besar itu selain untuk meletakkan Bersatu sebagai peneraju dengan kerusi paling banyak untuk ditandingi dan UMNO di kedudukan kedua serta Muhyiddin dapat terus dikekalkan, ia juga meletakkan Bersatu berupaya menumpang kekuatan jentera dan akar umbi UMNO serta Pas untuk menghadapi PRU15 datang.
Namun, di mana kedudukan UMNO akhirnya?
Selama lebih 60 tahun UMNO menjadi parti Melayu dominan dan peneraju kepada BN dan negara, tidakkah sesuatu yang memalukan apabila ia hendak dijadikan parti nombor dua di belakang Bersatu?
Lantaran itu, “bodoh” sangatlah UMNO kalau ia setuju bersama dalam gabungan besar yang ideanya tidak sukar ditelah adalah hasil pemikiran bersama Annuar dan Hamzah bagi kepentingan masa depan mereka dan juga Muhyiddin semata-mata. 
(Shahbudindotcom 12/12/2020)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/12/gabungan-besar-hanya-akan-jadikan-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Ialah Parti Dominan Melayu Misi Kuasai Kembali Kerajaan Dengan Kerjasama Parti Pas

Umno Ialah Parti Dominan Melayu Misi Kuasai Kembali Kerajaan Dengan Kerjasama Parti Pas

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 293 hits
KUALA LUMPUR Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan UMNO adalah parti Melayu yang dominan semenjak merdeka malah bukan sahaja dominan sebagai parti Melayu tetapi juga parti dominan dalam Barisan Nasional Namun tegasn...
Saifuddin Gabungan Parti Melayu Di Bentuk Tidak Timbul Isu Parti Mana Lebih Dominan

Saifuddin Gabungan Parti Melayu Di Bentuk Tidak Timbul Isu Parti Mana Lebih Dominan

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 277 hits
KUANTAN Tidak timbul isu parti mana yang lebih dominan sekiranya gabungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia PAS dan UMNO dibentuk bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 nanti kata Setiausaha BERSATU Pahang Datuk Saifuddin Abdullah Menteri Kom...
Parti Majoriti Mesti Pimpin Gabungan Perdana Kata Umno

Parti Majoriti Mesti Pimpin Gabungan Perdana Kata Umno

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 228 hits
Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin berkata jika keadaan yang wujud tidak melahirkan sebuah gabungan politik perdana maka jawatan perdana menteri mesti dipegang secara bergilir PETALING JAYA Seorang pemimpin tertinggi Umno berkata seki...
Membesarkan Ph Lebih Penting Daripada Gabungan Besar Parti Kecil Mesti Terima Kepimpinan Anwar

Membesarkan Ph Lebih Penting Daripada Gabungan Besar Parti Kecil Mesti Terima Kepimpinan Anwar

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 259 hits
Melontarkan idea pembentukan gabungan besar pembangkang pada hakikatnya bukanlah suatu kesalahan malah cukup baik dalam usaha PH mengejar cita cita untuk menjadi kerajaan semula Ini kerana politik ialah permainan nombor dan bagi tujuan itu ...
Keadilan Hanya Setuju Kerjasama Politik Bukannya Gabungan Besar Yang Baru Saifuddin Nasution Sua Keadilan

Keadilan Hanya Setuju Kerjasama Politik Bukannya Gabungan Besar Yang Baru Saifuddin Nasution Sua Keadilan

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 252 hits
Lega rasanya apabila akhirnya SUA Keadilan menyatakan Keadilan hanya setuju adakan persefahaman atau kerjasama politik sahaja dengan mana2 parti politik selain dari tiga parti di dalam PH sekarang Maksudnya Keadilan menolak diadakan Grand C...
Lakaran Oneplus 9 Pro Tertiris Hadir Dengan Dua Kamera Sensor Besar Dan Mungkin Dua Kamera Gimik

Lakaran Oneplus 9 Pro Tertiris Hadir Dengan Dua Kamera Sensor Besar Dan Mungkin Dua Kamera Gimik

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 262 hits
OnePlus 9 adalah peranti mercu terbaru dari OnePlus yang akan dilancarkan pada bulan Mac 2021 OnePlus dikhabarkan akan hadir dengan tiga peranti dalam siri ini iaitu OnePlus 9 OnePlus 9 Pro dan juga OnePlus 9E Rekaan peranti ini sudah pun t...
Dap Berjiwa Besar Bukan Anti Melayu Sokong

Dap Berjiwa Besar Bukan Anti Melayu Sokong

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 270 hits
FAZLI RADZIDengan jumlah 16 kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu kedua tertinggi di Perak DAP negeri memutuskan untuk menjalin kerjasama dengan Umno Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming berkata langkah tersebut bagi membentuk kerajaan berbilang k...
Undi Percaya Hanya Jawatan Mb Kerajaan Pn Perak Mesti Dikekalkan Umno

Undi Percaya Hanya Jawatan Mb Kerajaan Pn Perak Mesti Dikekalkan Umno

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 265 hits
160 total views 160 views today KUALA LUMPUR 4 Dis UMNO berpendirian bahawa kerajaan Perikatan Nasional di Perak mesti dikekalkan kerana undi percaya yang dikemukakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri hanya melibatkan jawatan Menteri B...
Hilangkan Masalah Sinki Tersumbat Dengan Dua Bahan Ini Modal Hanya Rm6 40

Hilangkan Masalah Sinki Tersumbat Dengan Dua Bahan Ini Modal Hanya Rm6 40

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 284 hits
Tak seronok jadinya bila tengah basuh pinggan dan sinki tiba tiba tersumbat Terus potong mood Perkara ini pastinya terjadi kerana lebihan makanan yang terkumpul hingga menyebabkan saluran paip tersumbat Untuk elak masalah ini daripada berla...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya