Kenyataan Umno Tidak Akan Berlaku Pertembungan Antara Bn Dan Pn Itu Sudah Baik Kata Pas



Keputusan Umno untuk menggunakan logo BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang dilihat tidak akan menjadi masalah kepada PAS meskipun kedua-dua parti menjadi rakan setara rasmi dalam Muafakat Nasional.

Naib presidennya, Mohd Amar Abdullah, berkata apa yang penting pada PAS ialah tidak berlaku pertembungan semasa mereka di mana-mana kerusi dan mereka tetap saling menyokong.

Pada masa sama timbalan menteri besar Kelantan itu mengakui PAS mengharapkan sesuatu yang lebih lagi, iaitu Umno menyertai mereka dalam Perikatan Nasional (PN).

Pun begitu kata Mohd Amar, PAS berpendapat terpulang kepada Umno untuk membuat keputusan.

"Dari segi struktur politik, Umno memang tidak menyertai PN. Bagi saya kenyataan (guna lambang BN) itu tiada ada masalah kerana yang penting adalah sokongan.

"Namun jika Umno bersama (dengan PN), ia lebih baik dan kemas. Namun kenyataan Umno yang mengatakan tidak akan berlaku pertembungan antara BN dan PN, ia sudah baik," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat exco kerajaan Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, hari ini.

Adun Panchor itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob sebelum ini yang mengatakan parti itu akan menggunakan lambang BN pada PRU ke-15 susulan keputusan mereka tidak menyertai PN.

Kata Ismail Sabri, persetujuan sudah dicapai agar tiada pertembungan di antara BN dan PN dalam PRU akan datang.

Kerusi DUN belum bincang

Bagaimanapun Mohd Amar tidak menyatakan sama ada PAS - selaku anggota PN - akan bertanding menggunakan lambang gabungan itu atau menyertai Umno dengan menggunakan lambang mereka sendiri.

Untuk rekod menjelang pilihan raya negeri Sabah baru-baru ini Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyatakan parti itu terbuka untuk bertanding menggunakan apa-apa lambang yang dipersetujui bersama.

“PAS tiada masalah guna simbol BN. PAS boleh guna simbol BN di Sabah.

"Kalau keputusan menggunakan simbol (parti) masing-masing, guna simbol masing-masing, kerana saya difahamkan ada parti di Sabah yang nak buat simbolnya sendiri.

"Terpulang... kita tak ada masalah," katanya.

Bagaimanapun akhirnya tiada calon PAS diturunkan bertanding di Sabah.

Mohd Amar berkata, apa yang penting ketika ini ialah pengagihan kerusi diselesaikan dengan baik.

Katanya rundingan pengagihan kerusi di peringkat parlimen kini masih dalam pertimbangan di peringkat jawatankuasa pusat parti terbabit.

"Sekarang dari segi agihan kerusi belum selesai 100 peratus, yang penting sekarang ini ialah selesaikan pembahagian kerusi di peringkat parlimen supaya tidak bertembung.

"Kerusi di peringkat negeri juga diuruskan oleh pusat. Saya difahamkan, perbincangan kini baru di peringkat kerusi parlimen. Kerusi diperingkat negeri belum dibincangkan lagi," katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/12/kenyataan-umno-tidak-akan-berlaku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masih Ada Ruang Kompromi Krisis Politik Perak Antara Pn Dan Umno Kata Penganalisis

Masih Ada Ruang Kompromi Krisis Politik Perak Antara Pn Dan Umno Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 280 hits
Masih ada ruang kompromi krisis politik Perak antara PN dan Umno kata penganalisis Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan
Kerjasama Umno Pas Belum Cukup Untuk Kuasai Kerajaan Kata Penganalisis

Kerjasama Umno Pas Belum Cukup Untuk Kuasai Kerajaan Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 288 hits
Ketika Umno menunjukkan keyakinan mereka mampu menguasai semula kerajaan hanya dengan kerjasama PAS penganalisis politik masih berhati hati dengan andaian tersebut Sesetengahnya percaya Umno masih perlukan bantuan parti lain untuk mencapai ...
Hubungan Pas Umno Tidak Renggang Kata Tuan Ibrahim

Hubungan Pas Umno Tidak Renggang Kata Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 322 hits
Hubungan PAS Umno tidak renggang kata Tuan Ibrahim Dikemas kini 6 minit yang lalu Diterbitkan pada 22 Nov 2020 3 54PM
Ini Hasil Kerja Umno Bersatu Akan Perkukuh Kerjasama Dengan Pas Kata Hamzah

Ini Hasil Kerja Umno Bersatu Akan Perkukuh Kerjasama Dengan Pas Kata Hamzah

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 468 hits
Bersatu akan memperkukuhkan kerjasama dengan PAS melalui Perikatan Nasional susulan penyingkiran Ahmad Faizal Azumu sebagai menteri besar Perak Setiausaha Agungnya Hamzah Zainuddin berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Pimpi...
Pas Tidak Akan Tinggal Ppbm Umno Perlu Hormat Kata Shahril Hamdan

Pas Tidak Akan Tinggal Ppbm Umno Perlu Hormat Kata Shahril Hamdan

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 284 hits
Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan berkata parti itu tidak perlu membuang masa bercakap soal masa depan dengan PAS tanpa terikat dengan PPBM Dalam catatan di Facebook selepas wawancara dengan Ketua Pemuda PAS Khairil Nizam Khiruddin Shahr...
Pas Talam Dua Muka Ppbm Masih Mahu Hapuskan Umno

Pas Talam Dua Muka Ppbm Masih Mahu Hapuskan Umno

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 311 hits
YBhg Dato Kamal Amir Kamal Hijaz penganalisa politik bekas editor Karangkraf mengulas kenyataan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah agar UMNO menarik diri dari Kerajaan Perikatan Nasional Adakah PAS yang telah me...
Pas Claims Dap Amanah Taking Advantage Of Umno S Small Majority In Perak

Pas Claims Dap Amanah Taking Advantage Of Umno S Small Majority In Perak

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 394 hits
Pas vice president Datuk Mohd Amar Nik Abdullah NSTP File PixKOTA BARU Pas believes DAP and Parti Amanah Negara are out to take advantage of Umno s slim majority in Perak by showing interest in becoming part of the new state government Pas ...
Pas Tidak Bersama Umno Di Perak Mn Pecah

Pas Tidak Bersama Umno Di Perak Mn Pecah

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 340 hits
MALAYSIA DATELINEPas telah membuat ketetapan untuk tidak menyertai usaha pembentukan kerajaan negeri Perak yang baharu Dalam kenyataan Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan berkata keputusan tidak menyertai kerajaan baharu itu selara...
Tetamu Complain Majlis Akikah Anak Nabila Razali Sempit Amp Khemah Kecil Netizen Sound Kau Kebulur Nak Datang Apehal

Negara Ini Akan Lebih Aman Jika Mereka Ini Tidak Lagi Dalam Politik Negara

Traffic Reported Smooth On Major Highways

Pemberhentian Pekerja Petronas Disebabkan Cabaran Global Bukan Isu Petros Fadillah

Yung Kai Sunkis 88rising Take Me Where The Sunlight Glows Chord

Menjelang Muktamar Pas Geng Ustaz Nak Langgar Geng Publika Dalam Pas

Sammy Simorangkir Daripada Menyiksa Diri Chord

Jenazah Lima Sekeluarga Nahas Di Jerantut Selamat Dikebumikan Dalam Satu Liang Awal Pagi Tadi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


D N 65 S Chi N L C Ch I X S Hi U Qu Nh T T I Da88

L Tr T L G Kh M Ph C Ch Ch I T I Nh C I Da88

Siapa Akan Ganti Rafizi Dan Nik Nazmi

Pagi Raya Pertama Aidiladha Di Tempat Kerja

Why Terpene Purity Is The Unsung Hero In Premium Cannabis Products

Duit Bulanan Bantu Selesai Hutang Amp Modal Berniaga Diberikan Kepada Keluarga Wanita Itu Sejak Tahun 2018 Maiwp