Pantai Cantik Di Tempurung Seaside Lodge Kuala Penyu


hi semua, road trip tidak sengaja membawa kami ke pantai cantik dan instagrammable di Tempurung Seaside Lodge terletak di Kuala Penyu, sebuah dareah kecil pedalaman bawah Sabah, 130km dari Kota Kinabalu. Buat kamu yang tidak pernah menjejaki ke sini, Kuala Penyu merupakan daerah yang mempunyai 50km jajaran pantai putih dan cantik. Dan salah satu pantai cantik yang dijaga kebersihannya terletak sana di pisuk pisuk belakang kampung dikenali sebagai Tempurung Seaside Lodge.

Mula-mula kami sampai ke sini, kami teragak-agak mau masuk bertanya kerana di fikiran kami, mungkin saja tempat ni khas untuk mereka yang menginap di sini. Berjaya memujuk mr.Husband untuk minta dia tanyakan di bahagian receptionist kalau kalau orang luar boleh masuk ke sini, alhamdulillah sesiapa pun boleh akses ke sini , hanya perlu bayar entrance fee sahaja. Malu bertanya, memang rugi sangat. Hewhewhew.

Bayaran Masuk Yang Affordable Ke Pantai Tempurung Seaside Lodge, Kuala Penyu
Untuk yang tidak biasa di Kuala Penyu, Tempurung Seaside Lodge mungkin sukar dicari tapi hey Kuala Penyu ni tidaklah sebesar mana, kamu waze saja lokasi ini , confirm jumpa. Dan once jumpa ni tempat, buat yang kebaruan datang mesti fikir ini ialah private area, padahal sesiapa pun boleh masuk ke Tempurung Seaside Lodge, dengan bayaran masuk dikenakan RM5.00 bagi setiap dewasa, manakala RM3.00 bagi kanak-kanak.


Selepas membuat bayaran masuk berjumlah RM16.00 (percuma untuk Nami), kami diberikan minuman tin setiap sorang. Kiranya bukan rugi pun bayar masuk, dapat percuma soft drinks. Boleh pilih soft drinks yang ada di kafe berdekatan kaunter pembayaran. Kami pilih minuman tin cincau.
Dan kalau yang tidak sempat membawa makanan sendiri, boleh sahaja memesan menu di kafe dan mereka akan menghantar pesanan tersebut kepada anda yang berada di sekitar pantai. Wah, sampai macam tu sekali servis mereka. 
So tak perlu susah payah nak tunggu makanan siap di masak, anda dah boleh bermain di pantai. Makanan anda akan dihidangkan kemudian. Sangat awesome.
Kami kebetulan dah beli makanan siap siap di Tamu Membakut pagi tu. Biasanya kalau kami merancang untuk roadtrip, mrs pip akan siapkan bento box atau beli sahaja makanan di luar. Pagi tu sempat beli sedikit kuih muih , nasi lemak, mi goreng, minuman kotak, dan buah limau di tamu. Haha, bila dah masuk tamu, macam-macam barang nak beli, tak menang tangan nak angkat semua barang yang dibeli tu. Anak-anak pula menunggu di dalam kereta bersama mr.Husband.
Lagi cepat beli barang tanpa anak-anak kecil. Lagi-lagi sekarang ni Covid19 masih dalam pemerhatian, jadi memang agak terhad untuk anak-anak dibawa ke tempat awam melainkan ada sebab yang terpaksa.

Sungguh, Pantainya Cantik di Tempurung Seaside Lodge Kuala Penyu!

Fuh, cantiknya pantai di Tempurung Seaside Lodge kan. Satu sampah pun tidak kelihatan sewaktu kami berada di situ. Pasirnya memutih, dan kebetulan air laut low tight, memang sesuai untuk anak anak bermandi manda.
Rasa sangat nyaman dan tenang berada di sini. Kawasan pantai pula tidak crowded, hanya kami sekeluarga dan sebuah keluarga yang datang dari Penampang menginap 2 hari di Tempurung Seaside Lodge bersama anak-anak mereka.

Sudah lama anak-anak terperap di rumah sejak arahan PKP dan sudah banyak kali mereka bertanya bila boleh mandi di pantai. Anak-anak sangat suka mandi pantai, dan jiwa mereka sangat mudah dibeli dengan hanya membawa mereka close to nature. 
Anak-anak lagi gembira untuk berjalan-jalan ke kawasan yang dekat dengan alam berbanding berada di mall, mungkin kerana sudah terbiasa sejak kecil di bawa ke kawasan sebegini. Mereka lebih selesa berada di tempat terbuka di mana mereka boleh berlari ke sana ke mari tanpa perlu risau terlanggar orang dan rasa tidak terkongkong. 

Sebelum anak-anak dibenarkan untuk mandi laut, kami makan-makan dulu untuk isi perut. Kemudian kami biarkan anak-anak bermain pasir dan meng-explore kawasan sekeliling. Puas bermain pasir, masa untuk mandi laut

Hanya Iman, Amin dan daddy yang mandi bersama. Manakala mrs pip hanya jadi pemerhati dari jauh bersama Nami

Rasa sangat tergoda untuk mandi bersama mereka, tapi apakan daya tiada sesiapa yang boleh diharap untuk menjaga barangan peribadi. Maybe nextime kita mandi laut ya Nami. Tunggu kita import pohpoh and kungkung bawa bersama, hehe


Kawasan Pantai Tempurung Seaside Lodge Yang Bersih, Selesa Dan Instagrammable
Satu lagi yang aku suka di Tempurung Seaside Lodge selain pantainya yang cantik bersih, ialah tandasnya yang bersih dan selesa untuk digunakan. Lepas mandi laut, boleh sahaja terus ke bersihkan badan ke paip air yang tersedia, sebelum mandi ke dalam bilik mandi / tandas yang ada

Gambar di atas adalah salah satu gambar yang aku suka. Komposisinya sempurna di mata aku. Di hujung depan sana terbentang luas lautan yang membiru. Rindu bila nampak gambar ini. Semoga ada rezeki lagi untuk kami ke sini


Dan pantai Tempurung Seaside Lodge juga sangat instagrammable. Kalau kamu yang suka ambil gambar untuk IG, memang banyak angle menarik yang kamu boleh gunapakai di sini. Dan gambar di atas merupakan salah satu gambar kami sekeluarga yang paling mrs pip suka. 
Kurang perfect dari segi cahaya, tapi sempurna buat kami sekeluarga. Kami menggunakan tripod dan bluetooth button untuk mengambil gambar yang dihubungkan ke smartphone. Mudah macam ni, tak perlu bantuan orang lain untuk ambil gambar. Just tekan bluetooth button sebanyakmana yang kita suka sehingga kita happy dengan gambar yang diinginkan


Kalau kamu mahu menginap di sini, the triangle house tu merupakan salah satu bilik yang kamu boleh pilih. Kelihatan menarik dilihat dari bawah pantaikan. Ada rezeki, lain kali menginap di triangle house sebegini


Anak-anaklah yang paling happy dapat datang ke sini. Iman sedikit gayat berada di atas platform yang tingginya sekitar 10 kaki atau mungkin lebih. Amin pula teruja naik ke tempat yang tinggi

Mereka berbeza sangat. Iman memang sejak kecil kami sedar dia takut tempat yang tinggi. Dia naik ke atas platform ni sekadar untuk bergambar kemudian terus turun. Nampak mukanya sedikit cuak. Manakala Amin siap boleh main lompat lompat lagi atas platform ni

What a beautiful sky above us
 
Haha, sibuklah Amin mau main buaian sekali dengan mommy. Kita busy bergambar , dia pun busy enterframe mommy. Tapi kita layankan sajalah perangai anak-anak. Once dah besar nanti, mungkin peluang bergambar sebegini pasti sukar, atau mungkin mereka sudah tidak mahu bergambar bersama kita. ekeke

Lihat pasir pantai yang sangat cantik dan bersih. Suka sangat dengan pantai Tempurung Seaside Lodge ni. Nasib baik rumah jauh sikit sebelah daerah, kalau tak silap haribulan every month bawa anak-anak datang ke sini

Kenapalah baru tahu ada tempat yang cantik seperti ini di Kuala Penyu? Rugi sangat kalau korang yang datang bercuti ke Kuala Penyu tak singgah ke Tempurung Seaside Lodge , nextime mark tau tempat ni untuk korang jalan-jalan singgah cuci mata dan happykan jiwa


Salah satu gambar Nami yang berjaya di captured. Amboi Nami, pandai kau menguluk mommy! Lidah tu bukan main kau jelirkan. Muka pun happy mengejek si mommy. Piat nanti tu mulut, nakal betul si Nami ni tau


Ada ATV kalau korang nak sewa. Harga tutup mata sajalah. Kalau ndak silap 30 minit RM80.00 ... macam tu lah harganya (ingat-ingat lupa dah). Ekeke. Kami tumpang bergambar jak ni. Suka betul Nami lepak atas ATV ni sama daddy. Balik balik dia panjat naik ATV ni bah. Bukan rendah, kalau jatuh boleh tahan juga ni sakit

Jadi, terpaksalah layan karenah si Nami naik ATV. Risau betul kalau dibiarkan dia panjat sorang sorang nanti gugu kami bilang. 

Kamu Yang Kaki Gambar Pasti Sukakan Tempurung Seaside Lodge Kuala Penyu
Ada banyak gambar yang di ambil. Rugi kalau dah datang tak ambil gambar. View pun semua menarik. Jadi wajiblah bergambar di pantai Tempurung Seaside Lodge yang cantik ini. Kebetulan I is kaki suka bergambar, jaid kita paksa anak anak jadi model untuk penuhkan memori phone si mommy. 
Biar phone penuh dengan gambar anak-anak, mommy happy dan suka. Boleh tengok gambar berulang kali. Kadang-kadang bila anak-anak pergi sekolah, pandai rindu si mommy tunggu anak-anak balik rumah. hehe. Biasalah, jiwa mak mak memang macam ni kan

Jadi, puas hati anak-anak dapat mandi laut, main pasir, lari sana sini, makan makan. Penat. Tapi Gembira. Lepas tu kami bersiap untuk balik rumah, kebetulan cuaca yang cantik tadi kelihatan seperti akan hujan lebat

Tepat tekaan kami, sebaik sahaja kami keluar dari pekan Kuala Penyu, hujan pun turun membasahi tanah. Dan memandulah mrs pip dengan extra careful membawa para penumpang yang semuanya keletihan dan ketiduran di dalam kereta

Beginilah kami kalau road trip, akan bertukar tukar memandu kereta bersama mr.Husband. Bak kata mr.Husband ke telinga mrs pip , "Lesen tu jangan disimpan buat perhiasan di dalam dompet. Sesekali silalah jadi driver juga, bukan asyik jadi co-pilot kaki tidur". 
Deep betul kata-kata mr.Husband tu bah. Macam tau-tau saja wife dia semakin malas mau memandu kereta kerana terasa lebih selesa menumpang sahaja, ekeke

sehingga jumpa lagi wahai pantai cantik Tempurung Seaside Lodge. Lain kali kami datang angkut ahli keluarga yang lain pula. The more the merrier gitu kan

cheers


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mrspip.com/2020/08/pantai-cantik-bersih-tempurung-seaside-lodge-kuala-penyu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/eyYzxh+(MrsPipDotCom)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Four Points By Sheraton Kuala Lumpur Chinatown Unveils Immersive Experiences For Staycationers And The Business Club

Four Points By Sheraton Kuala Lumpur Chinatown Unveils Immersive Experiences For Staycationers And The Business Club

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 384 hits
Explore Chinatown like no other during your stay in Malaysia at Four Points by Sheraton Kuala Lumpur Chinatown Be enchanted with the hustle and bustle as old meets new and historic buildings and local street vendors sit by bold new bars and...
Penipuan Sejarah Kuala Lumpur

Penipuan Sejarah Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 869 hits
Penipuan Sejarah Kuala Lumpur Oleh PenjajahKuala Lumpur Sebuah bandar yang maju dan membangun dengan pesat hari ini pasti kita tertanya tanya siapa orang terawal yang meneroka dan membangunkan Kuala Lumpur Berapa ramai diantara kalian hari ...
Fatin Kitchen Tempat Makan Best Di Danau Kota Kuala Lumpur

Fatin Kitchen Tempat Makan Best Di Danau Kota Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 634 hits
Fatin Kitchen Tempat Makan Best Di Danau Kota Kuala Lumpur Assalamualaikum semua Danau Kota satu lokasi yang tak asing lagi bagi warga Kuala Lumpur di mana semua tahu kat sini ada pelbagai jenis restoran yang menawarkan pelbagai jenis menu ...
Projek Keretapi Laju Singapura Kuala Lumpur Bakal Dimulakan Semula

Projek Keretapi Laju Singapura Kuala Lumpur Bakal Dimulakan Semula

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 317 hits
KUALA LUMPUR MyHSR Corporation Sdn Bhd melancarkan dua tender untuk mendapatkan perkhidmatan perunding bagi membantu pengemukaan kawal selia kepada pihak berkuasa relevan berkaitan dengan projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur Singapura Ini se...
Vip S Child Detained During Raid On A Pub In Kuala Lumpur

Vip S Child Detained During Raid On A Pub In Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 265 hits
A child of a very important person was among the people arrested in a police raid on a pub in Taman Tun Dr Ismail in Kuala Lumpur last SundayKuala Lumpur police chief Mazlan Lazim said the raid took place around 1 20am During the raid one l...
Tonjol Kehebatan Kota Kuala Kedah

Tonjol Kehebatan Kota Kuala Kedah

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 288 hits
PERANG Kedah Siam yang bermula pada 12 November 1821 berikutan serangan mengejut angkatan Raja Ligor terhadap Kota Kuala Kedah menggunakan taktik muslihat menyaksikan perang berpanjangan dua kerajaan yang berlanjutan selama 21 tahun Dikenal...
Tamat Pkpd Bersasar Tembok Penghadang Di Kuala Sanglang Sudah Dibuka

Tamat Pkpd Bersasar Tembok Penghadang Di Kuala Sanglang Sudah Dibuka

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 235 hits
Sebelum ini kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul Perlis telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakkan Diperketat ekoran daripada penularan pendemik Covid 19 di sana tempoh hari Susulan daripada itu kawasan tersebut telah di pagar ...
Ini Sebab Kenapa Boy Iman Diisytihar Muflis Oleh Mahk4mah Tinggi Kuala Lumpur

Ini Sebab Kenapa Boy Iman Diisytihar Muflis Oleh Mahk4mah Tinggi Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 354 hits
PELAKON yang juga ahli perniagaan Datuk Boy Iman 40 diisytihar muflis oleh Mahk4mah Tinggi Kuala Lumpur berkuat kuasa hari ini Pengisytiharan muflis itu diputuskan mahk4mah berikutan kegagalan Boy Iman atau nama sebenarnya Noruliman A Rahma...
Forest Skywalk Frim Kuala Lumpur Destinasi Terbaru Untuk Nature Lover

Forest Skywalk Frim Kuala Lumpur Destinasi Terbaru Untuk Nature Lover

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 558 hits
sumber twitter IsskndarAriffin Bagi peminat alam semulajadi ini merupakan tarikan terbaru yang korang perlu cuba iaitu jejantas rimba FRIM atau lebih dikenali sebagai Forest Skywalk FRIM Untuk mereka yang belum pernah naik tempat tinggi tin...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas