sumber: twitter IsskndarAriffin
Bagi peminat alam semulajadi ini merupakan tarikan terbaru yang korang perlu cuba iaitu jejantas rimba FRIM atau lebih dikenali sebagai Forest Skywalk FRIM. Untuk mereka yang belum pernah naik tempat tinggi-tinggi macam ni, boleh lah cuba. Alah sekali seumur hidup pun apa salahnya kan.
sumber: twitter IsskndarAriffin
Waktu beroperasinya adalah 8:30 pagi hingga 4:30 petang pada hari Isnin hingga Ahad. Akan tetapi pada hari Jumaat waktu operasinya dibahagi kepada dua masa iaitu 8:30 pagi hingga 12:15 tengah hari dan 2:45 petang hingga 4:30 petang. Kemasukan terakhir di sini adalah satu jam sebelum waktu penutupan iaitu pada jam 4:30 petang.
sumber: frim.gov.my
Kemasukan di sini turut dikenakan caj seperti berikut. Bagi warga dewasa adalah RM 15 manakala warga emas cuma RM 10 sahaja. Terdapat caj tambahan bagi mereka yang ingin menaiki menara 50 meter yang baru ini iaitu RM 5 sahaja dan cuma dihadkan bagi mereka yang berumur 13 tahun ke atas sahaja.
sumber: twitter IsskndarAriffin
Jom luangkan masa anda untuk menikmati pemandangan yang cantik serta mengagumkan ini apabila anda datang di Forest Skywalk ini.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |