Penipuan Sejarah Kuala Lumpur


Penipuan Sejarah Kuala Lumpur Oleh Penjajah
Kuala Lumpur, Sebuah bandar yang maju dan membangun dengan pesat hari ini, pasti kita tertanya-tanya siapa orang terawal yang meneroka dan membangunkan Kuala Lumpur
Berapa ramai diantara kalian hari ini yang masih percaya tokoh yang memajukan kuala lumpur adalah Kapitalis Cina? Saya tahu kalau diikutkan apa yang kita semua belajar di sekolah, yang kita baca tokoh tersebut adalah Yap Ah Loy, betul bukan
Tapi sebenarnya ianya adalah penipuan sejarah! 
Tokoh sebenar yang terawal membuka meneroka dan menyumbang kepada kepesatan Kuala Lumpur pada dahulu adalah Al-Marhum Sutan Puasa dan Raja Abdullah. 
Disebabkan mereka ramai pedagang yang tertarik dan berhijrah ke kuala lumpur antaranya adalah Al-Marhum Haji Abdullah Hukum/Rukun, seorang pedagang dari Kerinchi, Sumatera.

Al-Marhum Haji Abdullah Hukum 
 Beliau yang ketika itu berusia 15 tahun telah berhijrah bersama rakan-rakannya yang lain ke Melaka sebelum tiba Kuala Lumpur dengan hanya berjalan kaki selama 3 hari 3 malam. Sepanjang perjalanan, banyak tempat dan pengalaman yang beliau tempuhi. Beliau menumpang di rumah Haji Abdul Ghani di Java Street, Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur ketika itu tidak sama seperti mana Kuala Lumpur yang kita kenal pada hari ini. Ianya hanya mempunyai 2 lorong sahaja iaitu Java Street dan Market Street, manakala Ampang Street (kini Lebuh Ampang) sebelumnya adalah tempat ceti beroperasi dan terdapat sebuah kolam ikan milik Al-Marhum Sutan Puasa (Pengasas Kuala Lumpur) 
Kalau dilihat rumah kedai ketika itu berbumbungkan atap bertam berdindingkan buluh. Semua peniaganya orang Melayu Rawa dan Mandailing yang kebanyakannya menjual kain dan makanan. Sutan Puasa dan Raja Bilah adalah antara ketua masyarakat berpengaruh ketika itu. Mereka mengutip hasil dagang daripada peniaga yang melalui Sungai Klang dan Sungai Gombak. Cukai timah ketika itu sebanyak seringgit sebahara (3 pikul)

Setapak dan Gombak dahulu adalah kawasan sawah padi milik Sutan Puasa. Beliau pernah mengambil upah membina tali air selama 3 tahun di Segambut (kini Batu Lima Gombak). Setiap orang ketika itu boleh mengerjakan sawahnya dengan kadar upahan 10 gantang padi daripada setiap 100 gantang. Justeru itu beliau disenangi penduduk tempatan

Abdullah Hukum pernah menghadap Raja Laut, iaitu Putera Raja Muhammad, kerana ingin meminta sebidang tanah untuk dijadikan kampong baru. Raja Laut memberikan surat kebenaran untuk membuka tanah di Pudu (sekarang kawasan Bukit Bintang) dan menjadi ketua penduduk di situ. Ramai orang Kerinchi mengikutnya dan tinggal di situ

Di tempat baru, Abdullah Hukum dan pengikutnya menjalankan aktiviti menanam sayur-sayuran, pisang, sirih, tebu dan sawah padi. Beliau berkhidmat sebagai ketua kampong selama 7 tahun. Dikatakan juga beliau pernah menjadi nakhoda yang mengambil upah untuk membawa beras dengan perahu dari Sungai Klang ke Kuala Lumpur dan memperoleh pendapatan lumayan sebanyak 40 ringgit sekoyan guni beras

Setelah kawasan Pudu dibuka, Abdullah Hukum mendapat surat kebenaran daripada Raja Mahmud, iaitu Putera Sultan Mahmud, untuk membuka kebun di Bukit Nanas. Di samping itu, beliau juga mendapat surat kebenaran daripada Raja Laut dan Maxwell untuk membuka Sungai Putih (kini kawasan Jalan Bangsar)

Ketika mendiami Sungai Putih, beliau membuka Bukit Candi Putra, iaitu Bukit Putera sekarang, yang menempatkan Kompleks Angkasapuri dan Kampung Kerinchi. Dengan persetujuan Penghulu dan Datuk Dagang, Abdullah Hukum dilantik secara rasmi sebagai Ketua Kampung dan Penghulu di Sungai Putih dan lantaran itu, beliau menghentikan penternakan kerbaunya disebabkan peningkatan bebanan tugas

Semasa beliau menjadi Penghulu, Abdullah Hukum cuba menyatupadukan 3 kaum utama di situ: Melayu, Cina dan India. Atas kejayaannya itu, dia menamakan jalan utama di situ sebagai Jalan Bangsa bersempena penyatuan ketiga-tiga kaum. Nama Bangsa kemudiannya ditukar kepada Bangsar

Tatkala meletusnya perang antara Selangor dan Pahang, Sultan Abdul Samad meminta Abdullah Hukum untuk membantu menentang musuh baginda. Baginda melantik Abdullah Hukum yang juga Datuk Bandar ketika itu sebagai panglima perang

Sebagai menghormati jasa dan bakti Abdullah Hukum, Sultan Abdul Samad mengurniakan sebidang tanah seluas satu perempat ekar kepadanya. Tanah itu terletak berhampiran Sungai Klang, satu kawasan strategik dari segi pertanian dan perhubungan. Di samping itu, Abdullah hukum dikurniakan kuasa untuk menyelesaikan masalah di kalangan penduduk kampung dan kawasan sekitarnya

Abdullah Hukum menjadikan kawasan itu sebagai perkampungan tetap untuk pengikutnya. Kampung itu dinamakan Kampung Haji Abdullah Hukum sempena nama beliau. Ketika Abdullah Hukum datang ke kampung itu, pada 1890-an, pekerjaan utama penduduk di situ ialah bersawah padi dan bercucuk tanam

Selepas kemangkatan Sultan Abdul Samad pada 1898, Abdullah Hukum menumpukan baktinya kepada putera baginda, Sultan Alauddin Sulaiman Shah. Abdullah Hukum pulang ke Sumatera pada 1929, selepas menjadi ketua kampung selama tujuh atau lapan tahun. Menurut cerita, beliau meninggal dunia pada usia 125 tahun

Haji Mahmud, seorang daripada enam anaknya mengambil tugas ketua kampung selepas bapanya mengundur diri. Cucunya, Kamaruddin Mahmud mewarisi pusaka kampung ini hingga sekarang, dan kesan peninggalan termasuklah sebuah rumah milik Abdullah Hukum masih ada di kampung Abdullah Hukum

Kini, Kampung Abdullah Hukum terletak di tengah bandar raya Kuala Lumpur sudah jauh berubah. Harga tanah dan rumah kediaman di situ melambung berpuluh kali ganda. Sudah tidak ada orang yang bersawah padi atau berkebun sayur di situ lagi. Sungai Klang yang menjadi terusan di Kampung Haji Abdullah Hukum sekarang bukanlah aliran sungai yang asal. Sungai ini dulunya melingkari bahagian Jalan Syed Putra yang kini menjadi tapak pusat beli-belah Mid Valley.

Latar menunjukkan sebahagian utara dari Kampung Haji Abdullah Hukum (diambil pada Ogos 2007), latar ini ditangkap dari anjung tinjau yang terletak di Stesen LRT Abdullah Hukum. Kelihatan di kanan gambar ialah kompleks membeli belah mewah The Gardens, Kuala Lumpur yang masih dalam pembinaan. Pada tahun 2008, banyak kawasan dalam kampung telah dibersihkan bagi memberi laluan kepada pembangunan pesat projek Mid Valley City.
Sutan Puasa dan Raja Abdullah adalah pengasas sebenar Kuala Lumpur bukannya Kapitalis China yang diwar-warkan oleh pihak penjajah British ataupun sejarah di buku teks sekolah, sebelum kedatangan Yap Ah Loy, pinggiran muara Sungai Gombak dan Sungai Klang telahpun didiami orang Mandailing, Rawa, Minangkabau, Bugis dan Jawa. Kuala Sungai Gombak dan Sungai Klang yang pada awalnya hanya digunakan untuk pertanian sara diri dan laluan pengangkutan, akhirnya berubah wajah apabila aktiviti perlombongan bijih timah mula dijalankan sekitar tahun 1850-an

Penemuan itu secara tidak langsung membawa lebih ramai kemasukan orang Cina dan pedagang-pedagang sehingga Kuala Lumpur kemudian menjadi ibu negeri Selangor. Atas nama pembangunan juga, orang Melayu yang merupakan penduduk asal di sekitar muara Sungai Gombak dan Sungai Klang hampir pupus.
Tujuh buah kampung iaitu Kampung Masjid, Kampung Periuk, Kampung Atas A, Kampung Atas B, Kampung Pindah, Kampung Paya dan Kampung Hujung Pasir telah disatukan membentuk kawasan penempatan orang Melayu yang dikenali sebagai Kampung Baru.

Hari ini, setelah kuala Sungai Gombak dan Sungai Klang berkembang pesat, jasa orang Melayu yang terlebih dahulu membangunkan Kuala Lumpur semakin dilupakan. 
Perlombongan bijih timah sekitar kuala lumpur ataupun selangor juga bukan Kapitalis cina yang mulakan dahulu , Tetapi adalah Raja Abdullah, beliau berasal daripada keturunan Daeng Parani, salah seorang daripada pahlawan Bugis, Daeng lima bersaudara dari Riau yang terkenal dalam sejarah Tanah Melayu pada kurun ke-18. Beliau datang ke Lukut pada tahun 1834 bersama abangnya, Raja Jumaat untuk mengusahakan perlombongan bijih timah di situ. Di bawah pentadbiran Raja Jumaat, Lukut telah menjadi sebuah pusat perdagangan yang terkenal sekitar tahun 1830-an

Sekitar tahun 1849 dan 1850, Sultan Muhammad Shah, Sultan Selangor ketiga telah menyerahkan watikah pelantikan pentadbiran Klang dan daerah sekitarnya kepada Raja Abdullah menggantikan pemerintah sebelumnya, Raja Sulaiman yang mangkat. Watikah baharu turut diberikan oleh Sultan Selangor keempat, Sultan Abdul Samad pada 1864. Kekuasaan Raja Abdullah sebagai pemerintah Klang juga dibuktikan melalui surat perjanjian yang dimeterai bersama dua orang saudagar dari Negeri-Negeri Selat, William H. Read dan Tan Kim Cheng pada tahun 1866, Selepas tujuh tahun mentadbir Klang, pada 1857, Raja Abdullah bersama-sama 87 orang buruh Cina telah meneroka lokasi bijih timah di sekitar Sungai Klang sebelum mendarat di Ampang

Bagaimanapun, sebahagian besar buruh yang dibawa meninggal dunia akibat demam malaria. Ekoran itu, Raja Abdullah terpaksa meminta bantuan abangnya di Lukut yang kemudiannya menghantar lebih 150 buruh tambahan ke Ampang. Pada tahun 1859, bijih timah berjaya dikeluarkan buat julung-julung kalinya di situ. Kuala sungai yang menjadi pertemuan antara Sungai Klang dan Sungai Gombak telah dijadikan pangkalan untuk mengangkut bijih timah

Ia kemudiannya disimpan di Gedung Raja Abdullah di Pengkalan Batu, Klang sebelum dieksport ke Barat melalui pelabuhan Singapura dan Melaka. Dikatakan pangkalan di bahagian kuala sungai yang agak berlumpur itulah membawa kepada kewujudan nama Kuala Lumpur pada hari ini. Kerancakan aktiviti perlombongan telah mengubah landskap Kuala Lumpur menjadi sebuah pekan perlombongan yang padat dengan pelbagai aktiviti dan perniagaan. Keadaan itu turut menarik masyarakat luar untuk berniaga dan memulakan kehidupan baharu di situ

Ceritakanlah kepada anak-anak, rakan-rakan kalian akan kisah ini. Janganlah nama melayu ini ditelan oleh Kapitan Yap Ah Loy seperti yang ditulis oleh penjajah yang akhirnya menjadi teks sejarah di sekolah. Ramai menyangka Yap ah Loy sebagai orang terawal dan pengasas kuala lumpur sedangkan beliau hanya seorang kapitan ketiga dari lukut perak yang dilantik dan disokong oleh Tokoh pengasas dan pembesar dari kali kalangan orang melayu untuk mengetuai perlombongan bijih timah ketika itu

*Penulisan ni cuba diringkaskan seringkas mungkin kalau panjang sangat kang korang suruh saya lukis pulak , walaupun tak cukup detail tapi sekurang-kurangnya korang tahulah kebenaran mengenai Kuala Lumpur. Apapun Korang amatilah gambar KL suatu ketika dahulu kat bawah , Nostalgia . Dulu dan kini.






































Sumber : Tengku Daeng Mawelli

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kongsikanaje.blogspot.com/2020/08/penipuan-sejarah-kuala-lumpur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Four Points By Sheraton Kuala Lumpur Chinatown Unveils Immersive Experiences For Staycationers And The Business Club

Four Points By Sheraton Kuala Lumpur Chinatown Unveils Immersive Experiences For Staycationers And The Business Club

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 343 hits
Explore Chinatown like no other during your stay in Malaysia at Four Points by Sheraton Kuala Lumpur Chinatown Be enchanted with the hustle and bustle as old meets new and historic buildings and local street vendors sit by bold new bars and...
Fatin Kitchen Tempat Makan Best Di Danau Kota Kuala Lumpur

Fatin Kitchen Tempat Makan Best Di Danau Kota Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 583 hits
Fatin Kitchen Tempat Makan Best Di Danau Kota Kuala Lumpur Assalamualaikum semua Danau Kota satu lokasi yang tak asing lagi bagi warga Kuala Lumpur di mana semua tahu kat sini ada pelbagai jenis restoran yang menawarkan pelbagai jenis menu ...
Projek Keretapi Laju Singapura Kuala Lumpur Bakal Dimulakan Semula

Projek Keretapi Laju Singapura Kuala Lumpur Bakal Dimulakan Semula

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 279 hits
KUALA LUMPUR MyHSR Corporation Sdn Bhd melancarkan dua tender untuk mendapatkan perkhidmatan perunding bagi membantu pengemukaan kawal selia kepada pihak berkuasa relevan berkaitan dengan projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur Singapura Ini se...
Vip S Child Detained During Raid On A Pub In Kuala Lumpur

Vip S Child Detained During Raid On A Pub In Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 227 hits
A child of a very important person was among the people arrested in a police raid on a pub in Taman Tun Dr Ismail in Kuala Lumpur last SundayKuala Lumpur police chief Mazlan Lazim said the raid took place around 1 20am During the raid one l...
7 Tempat Makan Terkemuka Di Kuala Lumpur Yang Dikenali Ramai

7 Tempat Makan Terkemuka Di Kuala Lumpur Yang Dikenali Ramai

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 741 hits
Kalau nak tahu di Kuala Lumpur selain Bandar Pentadbiran ianya juga popular sebagai salah satu lokasi tempat makan terbaik di Malaysia Ibarat syurga bagi Food Hunter Banyak restoren dan caf yang menyajikan hidangan yang menjadi pilihan oran...
Ini Sebab Kenapa Boy Iman Diisytihar Muflis Oleh Mahk4mah Tinggi Kuala Lumpur

Ini Sebab Kenapa Boy Iman Diisytihar Muflis Oleh Mahk4mah Tinggi Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 314 hits
PELAKON yang juga ahli perniagaan Datuk Boy Iman 40 diisytihar muflis oleh Mahk4mah Tinggi Kuala Lumpur berkuat kuasa hari ini Pengisytiharan muflis itu diputuskan mahk4mah berikutan kegagalan Boy Iman atau nama sebenarnya Noruliman A Rahma...
Forest Skywalk Frim Kuala Lumpur Destinasi Terbaru Untuk Nature Lover

Forest Skywalk Frim Kuala Lumpur Destinasi Terbaru Untuk Nature Lover

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 504 hits
sumber twitter IsskndarAriffin Bagi peminat alam semulajadi ini merupakan tarikan terbaru yang korang perlu cuba iaitu jejantas rimba FRIM atau lebih dikenali sebagai Forest Skywalk FRIM Untuk mereka yang belum pernah naik tempat tinggi tin...
Nikmati Makanan Arab Di Restoran Wadi Hadramawt Ampang Kuala Lumpur

Nikmati Makanan Arab Di Restoran Wadi Hadramawt Ampang Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 931 hits
Semenjak balik dari Umrah teringat ingat plak makan nasi arab masa di Madinah dan Mekah Rasa keaslian nasi arab di sana memang terbukti padu Jadi nak cari nasi arab yang sama rasa macam di Arab memang payah la walaupun tukang masak yang di ...
Lokasi Gathering Makan Makan Dengan Kawan Yang Paling Rare Di Kuala Lumpur

Lokasi Gathering Makan Makan Dengan Kawan Yang Paling Rare Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 839 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan rakan hebat Soalan berapa lama korang tak keluar makan atau gathering bersama dengan kawan kawan Tidak kiralah kawan zaman sekolah ker atau zaman kol...
Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia

Mahalini Dah Peluk Islam

Fiersa Besari April Chord

Repressive Laws Killing Press Freedom Say Activists

Nak Beriadah Tapi Malas Hadap Jammed Ini 5 Taman Rekreasi Terletak Di Kl Selangor Boleh Diakses Guna Lrt Amp Mrt

Kenyataan Cukai Jalan Oleh Bjak

Anniversary 4 Tahun Sebagai Ghostwriter

Tahap Empat Babitkan Keseluruhan Kulit Otot Dan Tulang Ini Gambaran Lecur Mengikut Tahap



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Sbdj Siri 197 Rahsia 4 Peti Hitam

5 Tips And Ways That Can Help You To Reduce Body Fat

Drama Dedaun Hijau Di Angin Lalu

Khasiat Dan Potensi Ikan Toman Untuk Kesihatan

Zicha Anesha Bukan Cinta Terlarang Chord

Jasman A Darawi Ketua Muhammadiyah Selatpanjang