Fatin Kitchen Tempat Makan Best Di Danau Kota Kuala Lumpur
Fatin Kitchen : Tempat Makan Best Di Danau Kota, Kuala Lumpur | Assalamualaikum semua.. Danau Kota, satu lokasi yang tak asing lagi bagi warga Kuala Lumpur di mana semua tahu kat sini ada pelbagai jenis restoran yang menawarkan pelbagai jenis menu. Boleh dikatakan "Syurga Makanan" la. Sis pun selalu lepak kat Danau Kota ni sebab ada ramai kawan-kawan yang duduk berhampiran kawasan ni. Jadi mudah la nak roger-roger kan.
Nak dijadikan kisah, baru-baru ni sis nak celebrate birthday kawan sis. Jadi kami pun decide la nak cari tempat makan best di Danau Kota untuk buat Majlis Hari Jadi secara kecil-kecilan je. Cari punya cari, sis tertarik dengan satu restoran ni iaitu Fatin Kitchen. Kat sini mereka ada menawarkan pakej untuk Birthday Party tau. Ha, nak tau sebab apa sis pilih Fatin Kitchen ni? Yang pertama of course la sebab menu dia kan dan yang kedua sebab environment restoran ni. Nak tau lebih lanjut, baca kat bawah ni :
Menu Masakan Bertaraf 5 Bintang
Kalau cerita bab menu pulak memang buat sis tertarik. Mana taknya, nampak je restoran kan tapi menu masakan bertaraf 5 bintang tau. Mereka menawarkan menu tempatan dan western, siap ada menu rare lagi seperti Nasi Lemak Rendang Rusa, Kambing Bakar Mongolia, Nasi Lemak Ayam Kalasan dan banyak lagi. Jangan tak tau ye, menu ni semua dimasak oleh bekas chef hotel bertaraf 5 Bintang. Perghh, patut la menu dia semua sedap dan terbaik di Danau Kota. Opps, lupa nak bagitau. Bab harga kat sini memang murah dan berpatutan. Nampak makanan dihidangkan bertaraf 5 bintang tapi harga jauh lebih murah. Memang berbaloi-baloi tau.
Suasana Restoran Yang Selesa
Serius sis berkenan la dengan restoran Fatin Kitchen ni. Dah la menu best, restoran dia pun selesa dengan dekorasi yang menarik, suasana yang santai, bersih dan moden. Macam sis cakap tadi, restoran ni ada menawarkan pakej Birthday Party sebab mereka ada Hall yang sesuai untuk mengadakan majlis ringkas. Tu sebab sis pilih Fatin Kitchen ni. Jadi boleh la kami celebrate dalam suasana yang lebih privacy tanpa mengganggu pelanggan yang lain kan.
So, kalau sesiapa nak buat majlis ringkas seperti Annual Dinner, Majlis Seminar, Majlis sambutan hari jadi, Gathering rakan sekolah/pejabat, makan-makan bersama family atau Candle Light Dinner bersama kesayangan memang sesuai la. Oh ya, hall di Fatin Kitchen ni tertutup dan mempunyai air-cond tau. Kiranya kalau korang nak datang melaram dengan pakaian yang glam da vasss pun tak pe. InshaAllah, makeup korang takkan cair sebab hall ni sejuk je. hehe..
Bila tengok menu dan suasana restoran ni, boleh la sis masukkan dalam list "port lepak" sis. Mana lagi nak cari restoran makan terbaik macam ni. Serius weii fefeling macam makan kat hotel 5 bintang gitu. Sangat-sangat selesa. Nak ajak kengkawan lepak kat sini pun takde la segan kan. Lagipun sis tengok restoran ni menjadi tumpuan anak muda lepak sambil makan malah banyak juga family yang datang makan kat sini. Jangan khuatir, bab SOP kat sini memang sentiasa dititikberatkan. Jadi tak perlu risau ye..
So, guyss. Kalau korang mencari-cari tempat lepak sekitar Kuala Lumpur yang best, boleh la pilih Fatin Kitchen sebagai lokasi untuk korang makan. Bukan senang tau nak dapat restoran yang menghidangkan menu bertaraf 5 bintang tau. Hanya di Fatin Kitchen sahaja. Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi dan waktu operasi boleh rujuk di bawah. Lokasi Fatin Kitchen :
No 77G & 79G
Blok D Platinum Walk
53300 Danau Kota,Setapak KL ( Bersebelahan Hayaki)
~Dibuka Setiap Hari (Isnin - Ahad)~
~Masa: 12.00 tengah hari - 12.00 malam~
Tel tempahan : 0162244487
Facebook : fatinkitchenofficial
Instagram : @fatinkitchenhq
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.dikbee.com/2020/08/fatin-kitchen-tempat-makan-best-danau-kota.html