Projek Keretapi Laju Singapura Kuala Lumpur Bakal Dimulakan Semula




KUALA LUMPUR : MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) melancarkan dua tender untuk mendapatkan perkhidmatan perunding bagi membantu pengemukaan kawal selia kepada pihak berkuasa relevan berkaitan dengan projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR KL-SG). 


Ini selaras dengan langkah kerajaan Malaysia untuk menyambung semula perbincangan mengenai projek itu, seperti yang diumumkan pada Mei lalu.

Tender tersebut adalah bagi pelantikan Perunding Tanah Bahagian 4 (S.4) serta Perunding Penilaian Impak Alam Sekitar, Sosial dan Warisan bagi projek HSR KL-SG.


“Hasil rumusan daripada kedua-dua perunding itu akan membentuk sebahagian daripada proses kawal selia seperti yang ditetapkan oleh Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).

“Buku kecil Pelan Pengambilalihan Tanah S.4 (Akta 486) serta Penilaian Impak Alam sekitar akan dipamerkan kepada orang ramai semasa proses Pemeriksaan Awam bagi Skim Kereta Api yang dirancang awal tahun depan,” menurut syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini (26 Ogos).


Ketua Pegawai Eksekutif MyHSR Corp, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, berkata syarikat itu menggalakkan firma tempatan dengan pengalaman relevan untuk menyertai tender tersebut bagi menyumbang kepakaran mereka dan membantu aktiviti pengambilalihan tanah serta penilaian alam sekitar, sosial dan warisan. 


“Aktiviti ini merupakan komponen pendahuluan yang kritikal bagi projek itu dan mempunyai impak ketara kepada keseluruhan penyediaan projek HSR KL-SG,” ujar beliau.


“Pewartaan S.4 kelebaran koridor 500 meter itu akan memudahkan kerja tambahan bagi projek tersebut seperti penyiasatan tanah dan pemetaan utilitiyang akan membolehkan penyempurnaan lebih lanjut penjajaran HSR sebelum pengambilalihan tanah. 

“Sementara itu, penilaian alam sekitar, sosial dan warisan yang dirancang, akan mengenal pasti potensi reseptor sensitif sepanjang koridor projek dan langkah-langkah mitigasi akan dicadangkan bagi meminimumkan impak alam sekitar, sosial dan warisan,” katanya lanjut.


MyHSR Corp, yang merupakan syarikat milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan), diperbadankan pada 2015 di bawah penyeliaan Unit Perancangan Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri. 

Laluan HSR itu dijangka mengurangkan masa perjalanan antara Singapura dengan Kuala Lumpur kepada sekitar 90 minit menggunakan kereta api berbanding khidmat kereta api sedia ada yang mengambil masa 11 jam sekarang.  


Bagi maklumat lanjut, syarikat yang berminat boleh melayari laman web MyHSR Corp di http://www.myhsr.com.my/tenders/kl-sg-hsr-project.


Sumber : BERNAMA





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penaminang.com/2020/08/projek-keretapi-laju-singapura-kuala.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Airbnb Launches Airbnb Plus In Kuala Lumpur

Airbnb Launches Airbnb Plus In Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 272 hits
Airbnb Launches Airbnb Plus in Kuala Lumpur Kuala Lumpur is the Airbnb s third city in Southeast Asia to launch a new selection of beautiful homes of the highest quality Airbnb the world s leading community driven travel platform today welc...
Vip S Child Detained During Raid On A Pub In Kuala Lumpur

Vip S Child Detained During Raid On A Pub In Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 223 hits
A child of a very important person was among the people arrested in a police raid on a pub in Taman Tun Dr Ismail in Kuala Lumpur last SundayKuala Lumpur police chief Mazlan Lazim said the raid took place around 1 20am During the raid one l...
Four Points By Sheraton Kuala Lumpur Chinatown Unveils Immersive Experiences For Staycationers And The Business Club

Four Points By Sheraton Kuala Lumpur Chinatown Unveils Immersive Experiences For Staycationers And The Business Club

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 340 hits
Explore Chinatown like no other during your stay in Malaysia at Four Points by Sheraton Kuala Lumpur Chinatown Be enchanted with the hustle and bustle as old meets new and historic buildings and local street vendors sit by bold new bars and...
Penipuan Sejarah Kuala Lumpur

Penipuan Sejarah Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 750 hits
Penipuan Sejarah Kuala Lumpur Oleh PenjajahKuala Lumpur Sebuah bandar yang maju dan membangun dengan pesat hari ini pasti kita tertanya tanya siapa orang terawal yang meneroka dan membangunkan Kuala Lumpur Berapa ramai diantara kalian hari ...
7 Tempat Makan Terkemuka Di Kuala Lumpur Yang Dikenali Ramai

7 Tempat Makan Terkemuka Di Kuala Lumpur Yang Dikenali Ramai

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 735 hits
Kalau nak tahu di Kuala Lumpur selain Bandar Pentadbiran ianya juga popular sebagai salah satu lokasi tempat makan terbaik di Malaysia Ibarat syurga bagi Food Hunter Banyak restoren dan caf yang menyajikan hidangan yang menjadi pilihan oran...
Khas Buat Peminat Ayam Korea Restoran Makanan Korea Sekitar Kuala Lumpur

Khas Buat Peminat Ayam Korea Restoran Makanan Korea Sekitar Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 561 hits
Khas Buat Peminat Ayam Korea Restoran Makanan Korea Sekitar Kuala Lumpur Masa pertama kali makan makanan Korea terkejut juga dengan level kepedasannya haha Tapi pedas pun masih diterima tekak la Antara banyak banyak makanan Korea macam tteo...
Umno Sabah Mahu Autonomi Dari Kuala Lumpur

Umno Sabah Mahu Autonomi Dari Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 250 hits
Kenyataan Media 1 Autonomi UMNO Sabah telah dinanti nantikan oleh ahli UMNO Sabah dan rakyat Sabah secara amnya sejak sekian lama 2 Sentimen rakyat Sabah keseluruhannya mahukan parti parti politik di Sabah ditentukan hala tujunya oleh orang...
Rm41 Juta Kos Cctv Baharu Di Kuala Lumpur

Rm41 Juta Kos Cctv Baharu Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 224 hits
RM41 juta kos CCTV baharu di Kuala LumpurOleh August 18 2020Kos perolehan kamera litar tertutup baharu di Kuala Lumpur sebanyak 2 909 unit adalah RM41 616 720 setahun Kos tersebut termasuk sewaan untuk 6 tahun naik taraf kamera naik taraf p...
5 Port Tiptop Untuk Instaworthy Di Sekitar Kuala Lumpur

5 Port Tiptop Untuk Instaworthy Di Sekitar Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 467 hits
Kuala Lumpur banyak dengan tempat yang unik dan kadangkala tak terungkap berapa banyak tempat yang ada untuk kita kunjungi Untuk anda yang suka bergambar mari kita lihat tempat tempat yang sesuai untuk anda menambahkan koleksi gambar untuk ...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Utilizing Crowdfunding For Business

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


The Cultural Impact Of Online Casino Gaming On Filipino Society

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Polis Tahan Pemandu Peribadi Kerana Melakukan Khianat Dan Memukul

Pn Talks Of Gov T Change After Kkb Azmin Holds Back On Revelations Against Ph

We Are Not Subject Of Macc Investigation Say Two Of Mahathir S Sons

Apam Lenggang Rangup Manis Berlemak