Maksud Jamak Syarat Solat Jamak Had Hari Yang Dibenarkan Solat Jamak Qasar


Dalam Islam terdapat rukhsah (keringanan) yang diberikan dalam menjalankan beberapa ibadah, termasuk solat. 
Rukhsah solat ini bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada individu yang menepati syarat tertentu agar dapat menjalankan ibadah dengan lebih mudah. Ia juga menunjukkan kepentingan solat yang wajib dilakukan walau dalam situasi apa pun. 
BACA JUGA: Niat Jamak Takhir (Dengan Qasar & Tanpa Qasar) – Panduan Menunaikannya
Maksud Jamak Maksud jamak ialah dihimpunkan. Solat Jamak bermaksud menghimpunkan atau mengumpulkan dua solat dalam satu waktu. 
Solat boleh dijamakkan hanyalah Zohor-Asar dan juga Maghrib-Isyak dan ditunaikan sama ada dalam waktu yang pertama atau yang kedua.
Solat jamak terbahagi kepada dua iaitu jamak taqdim dan jamak takhir.
Jamak Taqdim  Jamak Taqdim ialah solat yang dihimpunkan, ditunaikan pada waktu solat yang pertama. 
Solat Zuhur ditunaikan sekali dengan solat Asar, pada waktu Zohor.  Solat Maghrib ditunaikan sekali dengan solat Isyak, pada waktu Maghrib. Jamak Takhir Jamak Taqdim ialah solat yang dihimpunkan, ditunaikan pada waktu solat yang kedua.
Solat Zuhur ditunaikan sekali dengan solat Asar, pada waktu Asar. Solat Maghrib ditunaikan sekali dengan solat Isyak, pada waktu Isyak. Hadis Berkaitan  Menurut Mazhab Syafie, keringanan yang membolehkan seseorang menjamakkan (menghimpunkan) solatnya itu ada dua iaitu ketika bermusafir dan ketika hujan. 
Sebahagian ulama fiqh termasuklah sebahagian ulama Mazhab Syafie mereka berpandangan bahawa ada sebab lain lagi yang membolehkan seseorang jamak solat kerana banjir jika memang ada masyaqqah (darurat).
Antaranya adalah ketika tidak ada hujan dan tidak bermusafir, ini berdasarkan kepada hadis:
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ جَمَعَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ وَالْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ بِالْمَدِينَةِ فِي غَيْرِ خَوْفٍ وَلاَ مَطَرٍ ‏.‏ فِي حَدِيثِ وَكِيعٍ قَالَ قُلْتُ لاِبْنِ عَبَّاسٍ لِمَ فَعَلَ ذَلِكَ قَالَ كَىْ لاَ يُحْرِجَ أُمَّتَهُ ‏.‏
Maksudnya:
“Daripada Ibni Abbas R.anhuma katanya: Rasulullah SAW menjamakkan solat Zuhur dan Asar, Maghrib dan Isya’ di Madinah bukan kerana takut dan tidak pula kerana hujan.
Lalu ada orang bertanya kepada Abdullah bin Abbas: Apakah yang Baginda SAW inginkan dengan hal tersebut? Abdullah bin Abbas menjawab: Baginda SAW ingin supaya dia tidak membebankan seorang pun dari umatnya.”
(HR Muslim, hadis sahih)
Syarat Solat Jamak Jamak Taqdim Kedua-dua solat dilakukan mengikut urutan. Berniat menjamakkan solat yang kedua dengan yang pertama sebelum selesai solat yang pertama.  Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua. (Tidak boleh diselangi oleh pekerjaan atau perbuatan lain) Masih dalam musafir sehingga memulakan solat yang kedua.  Jamak Takhir Berniat untuk menjamakkan solat yang pertama pada waktu solat yang kedua ketika masuk waktu solat pertama.  Berkekalan musafirnya sehingga selesai kedua-dua solat. Tertib di antara kedua-dua solat tidak disyaratkan malah boleh dimulakan dengan mana-mana antara dua solat tersebut.  Had Hari yang Dibenarkan Solat Jamak Qasar – Mufti WP Kredit Imej: Jejak Tarbiah Tempoh yang dibolehkan untuk menunaikan solat jamak dan qasar bagi musafir ialah 3 hari 3 malam, tidak termasuk hari pergi dan balik. 
Adapun ketika masih dalam perjalanan, tiada had yang ditetapkan dan dibolehkan jamak dan qasar sehingga sampai ke destinasi musafir. 
Jika dia berniat untuk menetap di sesuatu tempat melebihi 4 hari atau lebih, maka ia tidak boleh menunaikan solat jamak dan qasar ketika sampai di tempat itu. Hal ini kerana, dia sudah dikira bermukim. 
Jarak (KM) Dibenarkan Untuk Solat Jamak & Qasar  Jarak yang dibenarkan untuk menunaikan solat Jamak & Qasar ialah 2 marhalah. 
Merujuk kepada laman sesawang Mufti WP, maksud ukuran 2 marhalah itu ialah:
Jauh perjalanan sekira-kira dua hari perjalanan atau dua malam atau sehari dan semalam perjalanan unta yang membawa barang-barang dagangan ( barat-barat dagangan yangberat di atasnya). (Rujukan Kitab Matlak Al-Badrain hlmn 92) Perjalanan selama dua hari (dua siang) atau dua malam atau sehari semalam dengan unta yang membawa barang dagangan yang berat. (Rujukan Idaman Penuntut 1/90) Perjalanan dua hari atau dua malam atau sehari semalam jika menunggang unta (Rujukan Zain ATH-Tholib 1/209) Manakala jika dirujuk pada Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat halaman 999, marhalah bermaksud ukuran jarak yang lebih kurang 28 batu atau 45.06 km.
Adapun dua marhalah mengikut ukuran zaman sekarang adalah: antara 85 km – 90 km atau bersamaan 56 batu.
Secara amnya, Ukuran 1 marhalah = 2 barid = 24 mil hasyimi (8 farsakh). 1 mil = 1000 depa . Satu depa = empat hasta. Satu hasta = 46.656 cm. Ini bermakna satu depa = 186.624 cm (46.656 x 4). Maka 1 mil = 6000 ribu hasta bersamaan 186.624 cm (1866.24 meter atau 1.866 km) atau 24 jari melintang. 
Oleh itu, satu marhalah = 24 mil = 44789.76 meter atau bersamaan 44.790 km. 
Maka dua marhalah = 89580 meter (lebih kurang 89 atau 90 km).
Balik Ke Kampung, Bolehkah Solat Jamak Qasar? Perkiraan Hari Dalam Hukum Solat Musafir Sumber:
AL-KAFI # 1181: MAKSUD DUA MARHALAH DI DALAM JAMAK DAN QASAR – MuftI WP

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/syarat-solat-jamak/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=syarat-solat-jamak

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Solat Jamak Dan Qasar Untuk Perantauan Balik Raya Dan Dalam Kereta Sangkut Jem

Cara Solat Jamak Dan Qasar Untuk Perantauan Balik Raya Dan Dalam Kereta Sangkut Jem

papar berkaitan - pada 5/4/2024 - jumlah : 255 hits
Cara Solat Jamak dan Qasar Untuk Perantauan Balik Raya dan Dalam Kereta Sangkut Jem Musim raya semakin hampir dan ramai yang mula pulang ke kampung halaman maisng masing Bagi memudahkan urusan kami kongsikan cara solat jamak dan qasar untuk...
Waktu Solat Raya Aidilfitri Panduan Solat Hari Raya Aidilfitri Di Rumah

Waktu Solat Raya Aidilfitri Panduan Solat Hari Raya Aidilfitri Di Rumah

papar berkaitan - pada 9/4/2024 - jumlah : 297 hits
Salah satu sunnah dalam meraikan Hari Raya ialah dengan menunaikan solat Hari Raya Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Sa id al Khudri R A beliau berkata Maksudnya Kebiasaannya Rasulullah SAW pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladh...
Berdebat Dengan Anak Sulung Pilih Nama Aisyah Hijanah Kongsi Nama Anak Ketiga Di Hari Ke 7 Kelahiran

Berdebat Dengan Anak Sulung Pilih Nama Aisyah Hijanah Kongsi Nama Anak Ketiga Di Hari Ke 7 Kelahiran

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 127 hits
Bagi mengambil keberkatan dan sunnah di hari ketujuh kelahiran pempengaruh Aishah Hijanah berkongsi pilihan nama buat anak ketiganya yang baru dilahirkan pada 27 Mac yang lalu Menerusi Instagramnya Aisyah berkongsi nama indah pilihannya dan...
Kelantan 9 April Cuti Hari Buat Ketupat

Kelantan 9 April Cuti Hari Buat Ketupat

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 246 hits
Malaysiakini nbsp Kerajaan Kelantan mengumumkan cuti peristiwa pada 9 April depan Menteri besarnya Mohd Nassuruddin Daud berkata cuti pada hari buat ketupat itu bagi memberi laluan kepada persiapan menyambut hari raya Aidilfitiri dan mengur...
Travel Seamlessly With Airasia This Hari Raya

Travel Seamlessly With Airasia This Hari Raya

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 240 hits
As Hari Raya Aidilfitri approaches and the balik kampung exodus begins AirAsia would like to remind all guests travelling during the festive period especially from 5 to 15 April 2024 to adhere to the following travel advisory for a smoother...
Hari Raya Aidilfitri Sebagai Jati Diri Orang Melayu

Hari Raya Aidilfitri Sebagai Jati Diri Orang Melayu

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 277 hits
Zin MahmudMinggu depan umat Islam di negara ini menyambut Hari Raya Aidilfitri Secara perlembagaan negara identiti orang Melayu terletak pada anutan agama Islam penggunaan bahasa Melayu dan mengamalkan adat budaya Melayu Dalam adat budaya i...
Touch N Go Group Reinforces Its Commitment To The Lembah Pantai Community In Conjunction With Hari Raya

Touch N Go Group Reinforces Its Commitment To The Lembah Pantai Community In Conjunction With Hari Raya

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 350 hits
Touch n Go Group reinforced its commitment to the Lembah Pantai community this Ramadan by providing support for those in need for their Hari Raya preparations The Group contributed RM30 000 in the form of shopping vouchers to 80 needy indiv...
Amira Syahira Hari Raya Ya Ya Ya Chord

Amira Syahira Hari Raya Ya Ya Ya Chord

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 222 hits
C C G G C C C C F F C G G C Hai cik abang G esok dah raya Jangan lupa datang C kerumah Mari mari A Dm mari kesini E Am berjumpa dengan bakal mertua A C Hai cik abang jangan tak G datang G Nak kenalkan pada C semua C Am Lari lari jangan Dm n...
The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand

Woiii Isle Tak Mau Konsert Ni

Gleneagles Follow Up

Saya Larikan Diri Lee Minho Dedah Pernah Terima Tawaran Jadi Idola Di Sm Entertainment

Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun


echo '';
Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria


Penentangan Terhadap Islam

Lanbena Eye Mask Membantu Hilangkan Gelap Bawah Mata

Jjcm Kuala Kangsar Yang Singkat Tapi Menyeronokkan

Peperanan Perpustakaan Pusat Sumber Sekolah Dalam Membina Bangsa Berkualiti

Nahas Pesawat Korea Selatan Semua Maut Kecuali Dua Mangsa

Revolutionizing Mobile Connectivity With Affordable Mobile Prepaid Plans