Pakej Percutian 4 Hari 3 Malam Ke Phuket Thailand Dengan Kos Yang Jimat


Pulau Phuket merupakan salah satu destinasi tumpuan pelancong yang cukup terkenal dimata dunia.
 
Pulau Phuket ini terletak di Lautan Andaman, dan ia merupakan pulau terbesar yang terdapat di negara Thailand. Phuket dikelilingi oleh banyak lagi pulau-pulau lain, dan antara yang popular adalah Krabi, Pulau Phi Phi dan beberapa pulau yang lain.
 
Peminat filem hollywood pasti pernah dengar tentang James Bond Island, yang merujuk kepada salah satu pulau yang dijadikan tempat penggambaran bagi salah satu filem James Bond, iaitu The Man with the Golden Gun yang disiarkan pada tahun 1974.

Kemudian pada tahun 1997, pulau ini sekali lagi muncul di layar perak menerusi filem James Bond berjudul Tomorrow Never Dies. Pada hari ini, jika kita melancong ke Phuket, bila sebut tentang Pulau James Bond, maknanya kita akan dibawa ke Phang Nga Bay, iaitu salah satu tempat tumpuan pelancong disini.
 
Bagaimana cara nak ke Phuket? Terdapat dua cara untuk kita pe Phuket. Pertama, adalah menerusi jalan darat. Kita boleh memandu sendiri dari Kuala Lumpur melalui Padang Besar. Dari situ kita masuk ke Hatyai, menuju ke Krabi dan seterusnya ke Phuket.
 
Masa perjalanan mengambil masa lebih kurang 14 jam (atau lebih) bergantung kepada keadaan trafik dan berapa lama anda singgah di sesuatu tempat.
 
Cara kedua, dan cara yang lebih jimat masa adalah menggunakan pengangkutan udara. Ada beberapa syarikat penerbangan yang anda boleh pilih untuk pergi bercuti ke Phuket, antaranya Air Asia, MAS Airlines, Scoot Airlines, dan Malindo Air.
 
Antara dua cara ini, saya lebih syorkan anda menggunakan kapal terbang, sebabnya ia lebih jimat masa, dan lebih selamat. Maklumlah, kalau memandu sehingga berbelas-belas jam ini, badan akan jadi letih dan bimbang nanti, kita tak dapat nak nikmati percutian di Phuket nanti.

Pakej percutian ke Phuket, Thailand Bila nak pergi bercuti ke Phuket, sudah tentu kita nak dapatkan tawaran pakej percutian yang terbaik, betul tak?
 
Rancang percutian anda dengan sebaiknya. Kalau silap perancangan, anda mungkin terpaksa bayar lebih mahal bagi menampung kos keseluruhan perjalanan anda. Kali ini, saya nak tunjukkan salah satu cara bagaimana anda boleh dapatkan pakej percutian yang menjimatkan untuk ke Phuket.
 
Saya akan gunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak Traveloka.

Bagi mereka yang tak pernah lagi sampai ke Phuket, bolehlah cuba gunakan khidmat yang disediakan oleh pihak Traveloka ini. Saya pasti, ia akan memudahkan anda untuk merancang percutian anda nanti.
 
Saya akan tunjukkan satu per satu, bagaimana cara untuk gunakan laman web ini. Saya akan buat booking untuk dua orang ke Phuket bagi penerbangan dua hala, dari Kuala Lumpur ke Phuket pada tarikh 2 Januari 2019 dan balik pada 5 Januari 2019. Alang-alang nak pergi bercuti, kita duduk di Phuket at least 3 malam ya.
 
Masukkan tarikh dan juga destinasi yang bakal dituju.

Seterusnya kita tekan butang Search Flight + Hotel.
 
Kita boleh buat tempahan tiket penerbangan dan juga tempat penginapan secara berasingan. Misalnya, untuk tiket penerbangan, kita boleh terus buat tempahan di laman web syarikat penerbangan yang kita pilih manakala untuk tempat penginapan, kita boleh terus ke laman web yang berkaitan.
 
Tapi kali ini, saya akan gunakan Traveloka bagi menjimatkan masa dan jimatkan duit. Bila booking tiket flight dan hotel secara pakej, jumlah yang perlu dibayar akan jadi lebih jimat. Kalau tak percaya, anda boleh buat sendiri perbandingan harga kemudian.
 
Ini adalah hasil daripada carian yang saya dapat setelah menggunakan laman web Traveloka.

Ada beberapa pilihan hotel yang saya boleh pilih. Ada hotel 4 bintang, 3 bintang dan sebagainya. Pilihan harga juga berbeza mengikut bintang hotel tersebut.
 
Dekat atas ni ada Tri Trang Beach Resort by Diva Management (RM843.05) dan juga Novotel Phuket Kamala Beach (RM1,763.82). Selain pilih hotel berdasarkan harga yang paling jimat, kita juga boleh lihat dulu mana satu yang mempunyai review yang baik dari pengunjung sebelum ini.
 
Kalau masih belum jumpa, teruskan scroll ke bawah.

Kita ada lagi pilihan seperti Pullman Phuket Panwa Beach Resort (RM2,041.89) dan juga The ASHLEE Plaza Patong Hotel & Spa (RM1,249.84).
 
Teruskan lagi scroll down sampai dapat jumpa tawaran yang kena dengan citarasa dan bajet.

Sebenarnya senarai pilihan yang ada memang agak panjang. Saya rasa, dalam banyak-banyak tu, saya berkenan dengan Hawaii Patong (RM760.18).

Sekarang ini, kita dah dapat bilik yang kita berkenan. Sebelum nak teruskan dengan pembayaran, ada beberapa perkara yang saya kira kita patut perhatikan.
 
Lihat pada bahagian yang saya tandakan dengan kotak berwarna merah tu. “Change Flight” dan juga “Change Room”.
 
Secara default, sistem tempahan Traveloka ini tawarkan saya untuk ambil penerbangan pada jam 8.10 malam (20:10) dari Kuala Lumpur ke Phuket. Saya ni pula sebenarnya lebih suka kalau dapat naik penerbangan waktu pagi.
 
Bila naik penerbangan waktu pagi, boleh sampai lebih awal dan saya akan ada lebih banyak masa untuk jalan-jalan di sekitar Phuket nanti. Apa yang saya perlu buat ialah klik pada change flight untuk ubah masa penerbangan.
 
Untuk pengetahuan anda, kita bukan sahaja boleh ubah masa penerbangan, malahan kita juga ada pilihan untuk ubah syarikat penerbangan. Kita boleh travel ikut masa yang kita suka!

Carilah mana-mana syarikat penerbangan yang dapat memenuhi masa dan juga kos untuk perjalanan anda nanti. Oleh kerana saya suka penerbangan pada awal pagi, jadi saya pilih penerbangan dengan Air Asia pada jam 7:05 pagi.
 
Ini setelah saya tukar waktu penerbangan.

Untuk penerbangan waktu balik, saya tak buat sebarang penukaran sebabnya waktu tersebut memang sesuai dengan saya. Untuk penukaran waktu penerbangan ini, ada kebarangkalian anda akan dikenakan bayaran tambahan, itupun kalau terdapat perbezaan harga tiket antara tiket yang dicadangkan oleh pihak Traveloka dengan tiket yang masih available yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan.
 
Lihat contoh dibawah.

Memandangkan tiada perbezaan harga tiket, maka amaun yang ditunjukkan ialah +RM0.00
Maknanya? Tiada sebarang caj tambahan dikenakan. Tapi kalau anda tukar airline lain, ia mungkin menunjukkan satu jumlah disitu.
 
Selesai bab tiket penerbangan untuk ke Phuket Island. Apa langkah seterusnya?

Sebelum teruskan kepada pembayaran untuk memuktamadkan tempahan ini, saya syorkan anda baca dulu tentang bilik yang anda tempah.
 
Dalam contoh ini, bilik yang saya pilih adalah di Hawaii Patong. Bilik yang ditawarkan ada 3 jenis semua sekali.

(1) Executive Twin
Ada dua katil single. Sesuai ambik bilik jenis ini kalau travel dengan kawan.
 
(2) Executive Double
Ada satu katil jenis double. Sesuai untuk mereka yang nak honeymoon.
 
(3) Family Suite
Selesa untuk tiga orang pengunjung. Kalau nak ambil bilik jenis ini perlu tambah RM1.79 untuk setiap orang.
 
Sudah tentu saya akan pilih bilik yang dari jenis Executive Double tu.

Sekarang ni bilik dah jadi 1 x Executive Double.
 
Tiket penerbangan dah ok dan dah ikut masa yang saya nak. Bilik pun dah ikut jenis yang saya perlukan. Barulah boleh teruskan ke step pembayaran.
 
Berapa jumlah keseluruhan yang perlu dibayar untuk tiket penerbangan dan bilik hotel untuk bercuti ke Phuket Thailand? Saya ada tunjukkan tadi, jumlah yang perlu dibayar.
 
Tapi saya rasa mungkin ramai yang tak perasan, jadi saya tunjukkan sekali lagi.

Jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM1,514.21 sahaja.
Jika anda buat tempahan secara berasingan, anda perlu bayar RM1,583.18
Dekat sini ada penjimatan sebanyak RM68.97
 
Setelah anda confirm dengan semua maklumat penerbangan, bolehlah teruskan dengan pembayaran. Anda kena isikan maklumat perhubungan untuk dapatkan e-vouchers dari Traveloka.

Selepas tu masukkan juga maklumat individu yang bakal pergi bercuti.

Pastikan maklumat yang diisikan adalah TEPAT dan sama seperti dalam passport anda.
 
Jom bercuti ke Phuket Thailand bersama Traveloka! Jika anda berminat untuk mendapatkan Phuket Tour Packages seperti yang saya ceritakan dalam posting ini, bolehlah buat tempahan di laman web Traveloka.
 
Sekarang ini, kita boleh cari tempat penginapan beserta tiket penerbangan menggunakan laman web Traveloka. Gunakanlah laman web ini untuk dapatkan tawaran terbaik dengan harga yang paling jimat.
 
Dengan adanya fungsi combo ini, iaitu tiket penerbangan dengan bilik hotel, kita tak perlu lagi nak buat tempahan secara berasingan apabila nak pergi bercuti.
 
Jom bercuti ke Phuket!
 
 
The post Pakej percutian 4 hari 3 malam ke Phuket Thailand dengan kos yang jimat appeared first on Xplorasi Destinasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://xplorasidestinasi.com/pakej-percutian-ke-phuket-thailand/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Contoh Itinerary Percutian Langkawi Tiga Hari Dua Malam

Contoh Itinerary Percutian Langkawi Tiga Hari Dua Malam

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 1100 hits
Itinerary Langkawi Tiga Hari Dua Malam Langkawi adalah antara kegemaran pelancong tempatan dan luar negara apabila ditanya mana trip kali ini untuk bercuti Lagendanya seumpana masih tetap utuh menjamput pelancong untuk merasai sendiri berpi...
Rancang Percutian Ke Phuket Dengan Mudah Dengan Pakej Flight Dan Hotel Daripada Traveloka

Rancang Percutian Ke Phuket Dengan Mudah Dengan Pakej Flight Dan Hotel Daripada Traveloka

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 545 hits
Phuket terkenal di serata dunia sebagai tempat pelancongan yang sangat cantik serta menarik untuk dikunjungi Phuket mempunyai pantai yang cantik pulau pulau yang menarik makanan yang pelbagai jenis serta pelbagai lagi tempat menarik yang bo...
Jokowi Perintahkan Pencarian Lion Air Jt 610 Dilakukan Malam Hari Gunakan Lampu

Jokowi Perintahkan Pencarian Lion Air Jt 610 Dilakukan Malam Hari Gunakan Lampu

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 269 hits
Presiden Joko Widodo memerintahkan seluruh tim SAR gabungan untuk terus melakukan pencarian pesawat Lion Air JT 610 yang jatuh di Perairan Karawang Jawa Barat Sebab sampai saat ini korban dan badan pesawat nahas tersebut belum ditemukan
Terkuak Inilah Alasan Mengapa Garam Haram Diperjualbelikan Di Malam Hari

Terkuak Inilah Alasan Mengapa Garam Haram Diperjualbelikan Di Malam Hari

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 432 hits
Indonesia memang tak pernah jauh dari yang namanya mitos Entah masuk akal atau tidak banyak orang yang mempercayainya Salah satunya adalah tidak boleh menjual ataupun membeli garam pada malam hari Apa kalian pernah mendengar mitos ini Mungk...
Percutian Di Latvia Kos Sara Hidup Seperti Berada Di Malaysia

Percutian Di Latvia Kos Sara Hidup Seperti Berada Di Malaysia

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 375 hits
Republic of Latvia adalah sebuah negara Baltik utara eropah yang berjiran dengan Estonia Lithuania Russia dan Belarus Sebelum merdeka pada 1990 tidak ramai berkunjung ke negara Baltik kerana mereka dibawah regim USSR River Daugava cruise ha...
Jom Bercuti Packist Tawarkan Pakej Percutian Menarik Dan Unik

Jom Bercuti Packist Tawarkan Pakej Percutian Menarik Dan Unik

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 471 hits
ANDA SEDANG MENCARI CARI PAKEJ PERCUTIAN YANG PREMIUM UNIK SERTA EKSKLUSIF TAK KIRA DI DALAM NEGARA MAHUPUN LUAR NEGARA CUBALAH PACKIST Kalau korang nak tahu Packist nih adalah agensi perlancongan dalam talian tempatan Sekarang nie Packist ...
Kelantan Sedia Kaji Perintah Berkurung Remaja Di Malam Hari

Kelantan Sedia Kaji Perintah Berkurung Remaja Di Malam Hari

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 339 hits
Diterbitkan 1 Nov 2018 12 25 tengah hari Bagi mengatasi gejala sosial di Kelantan kerajaan negeri bersedia mengkaji pelaksanaan perintah berkurung pada waktu malam melibatkan golongan remaja Exco Kebajikan Pembangunan Keluarga dan Wa nita n...
Panduan Backpacker Ke Baduy Dalam 2 Hari 1 Malam Cukup Modal Tiga Ratus Ribu Aja Bisa

Panduan Backpacker Ke Baduy Dalam 2 Hari 1 Malam Cukup Modal Tiga Ratus Ribu Aja Bisa

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 333 hits
Hipwee Travel akan memberikan liputan khusus destinasi wisata populer di Indonesia Kami menamainya Reportase Jelajah Wisata Tiap bulannya kami akan mengupas satu destinasi yang sering jadi impian para traveler Tak cuma destinasinya saja kam...
Pakej Percutian Ke Lombok Dengan Traveloka Pakej Kombo Flight Hotel Sangat Menarik Dan Menguntungkan

Pakej Percutian Ke Lombok Dengan Traveloka Pakej Kombo Flight Hotel Sangat Menarik Dan Menguntungkan

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 490 hits
Seri Wangi dah lama tak makan angin jauh jauh nampaknya Seri Wangi nak berjalan jauh pulak tengok negeri orang bersama cik abang tersayang Honeymoon kata orang Haaaa jangan nak muntah pulak Uoll rasa kat mana yang best nak bercuti dengan ya...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game