Rancang Percutian Ke Phuket Dengan Mudah Dengan Pakej Flight Dan Hotel Daripada Traveloka
Phuket terkenal di serata dunia sebagai tempat pelancongan yang sangat cantik serta menarik untuk dikunjungi. Phuket mempunyai pantai yang cantik, pulau - pulau yang menarik, makanan yang pelbagai jenis serta pelbagai lagi tempat menarik yang boleh mengisi jadual percutian korang nanti. Pertama kali Gee menjejakkan kaki ke Phuket pada tahun 2007 dulu, Gee memang jatuh cinta bila melihat pulau - pulau di Phuket yang sangat cantik serta dikelilingi air laut yang jernih berwarna biru kehijauan.
Bila dah terasa rindu, terfikir juga macam best ni kalau repeat dengan keluarga pula. Anak - anak Gee memang suka main pantai. Lagipun Phuket antara destinasi luar negara yang dikira murah sebabnya lokasi Phuket yang berhampiran dengan Malaysia. Cuti sekolah dah nak dekat! Boleh juga risik - risik harga dulu sebabnya Gee ni travel untuk 6 orang. So, soal budget mesti nak kena diutamakan. Kalau lagi banyak boleh jimat, pasti ada lagi banyak duit untuk shopping di sana nanti. Haha!
Gee pun mulakan proses mencari dan menyelidik di Traveloka. Kenapa Traveloka? Untuk pengetahuan korang, Traveloka ni sangat friendly user! Yang paling best dan korang mesti grab adalah Traveloka sentiasa mengadakan promosi coupon diskaun di mana korang akan dapat lebih murah dengan potongan diskaun yang diberikan. Bila mulakan proses pencarian, baru Gee tahu rupa - rupanya dengan Traveloka kita boleh tempah tiket flight sekaligus dengan penginapan hotel!
Pakej Kombo Flight + Hotel Hanya di Traveloka
Dengan Traveloka kini korang bukan sahaja boleh menempah hotel pada harga yang murah malah korang juga boleh menempah tiket flight beserta hotel bagi tempoh percutian korang nanti. Ini pasti lagi memudahkan kita sebabnya boleh selesaikan 2 hal yang utama sekaligus. Tambahan pula, terdapat pelbagai pilihan hotel yang boleh dipilih berdasarkan kesesuaian budget dan boleh terus melihat semua info hotel yang bakal dipilih itu nanti. Pakej kombo flight dan hotel ini korang boleh lihat di laman web Traveloka dan juga aplikasi android yang di download di apps store.
Semuanya sangat mudah untuk Gee nak tempah flight dan hotel bila nak bercuti ke Phuket nanti. Bila ada pakej kombo flight dan hotel ni, masa pun dapat dijimatkan sebabnya boleh terus tempah dan bayar sekaligus untuk flight dan penginapan kami. Gee hanya perlu masukkan tarikh bertolak ke Phuket, tarikh untuk penginapan serta bilangan yang akan pergi nanti. Kemudian dalam sekelip mata Gee boleh pilih nak hotel dan penerbangan yang mengikut kesesuaian budget.
Untuk percutian Gee bersama keluarga ke Phuket, urusan tempahan flight dan hotel menjadi lebih mudah dengan adanya pakej kombo ni. Phuket Tour Packages membolehkan Gee memilih hotel dan penerbangan dalam masa yang sama. Sangat mudah bukan?
Wah! Ada banyak pilihan hotel dan penerbangan yang boleh kita pilih. Salah satu pilihan yang menarik adalah seperti gambar di atas. Gee suka Traveloka sebabnya dengan Traveloka tiada harga tersembunyi. Harga yang dinyatakan adalah harga yang kita perlu bayar tanpa perlu menambah kos atau caj yang lain.
Kenapa Perlu Tempah Pakej Kombo Flight dan Hotel Dari Traveloka?
Pasti ada yang bertanya kenapa kena grab pakej kombo istimewa flight dan hotel Traveloka ni? Untuk percutian Gee ke Phuket bersama keluarga, Gee dapat menempah flight dan penginapan di Phuket berdasarkan apa yang Gee inginkan samada inginkan bilik yang luas, tambahan sarapan pagi, pilihan hotel yang mempunyai kolam renang, hotel yang berdekatan dengan bandar dan sebagainya. Jom Gee kongsikan kenapa korang perlu tempah pakej kombo ini berbanding tempah secara berasingan.
1. Lebih Menjimatkan Kos Untuk Melancong
Pakej kombo flight dan hotel boleh menjimatkan kos untuk melancong. Harga yang ditawarkan untuk pakej kombo adalah lebih murah dan menjimatkan. Ini kerana korang boleh ubah dan pilih hotel yang mengikut budget korang dan harga tiket penerbangan yang paling murah antara pilihan yang ada.
2. Boleh Memilih Pelbagai Rangkaian Hotel
Korang boleh pilih penerbangan dari pelbagai jenis rangkaian beserta hotel yang pelbagai jenis pilihan hotel yang korang mahukan. Malah, dengan pakej kombo flight dan hotel Traveloka ini, korang boleh memilih penerbangan yang lebih murah.
3. Memilih Cara Bayaran Sendiri
Hanya dengan Traveloka korang boleh memilih cara bayaran yang korang suka. Korang boleh memilih cara pembayaran secara tunai atau tanpa tunai. Korang pun boleh grab peluang bercuti dengan 0% pelan ansuran.
Nikmati Pelbagai Promosi Penjimatan Berganda di Traveloka
Traveloka ada banyak promosi penjimatan berganda untuk belian tiket penerbangan samada dalam negara mahupun ke luar negara. Bukan itu sahaja, Traveloka juga membuat tawaran diskaun bagi tempahan hotel di seluruh dunia. Pilihan penerbangan dan hotel pula korang boleh pilih mengikut budget serta tarikh yang diinginkan.
Tempah Pakej Kombo Flight dan Hotel Sekarang!
Dengan menempah percutian bersama Traveloka bukan sahaja cepat malah semuanya menjadi mudah tambahan pula harga yang ditawarkan juga murah. Korang dah ada tarikh pilihan? Cepat - cepat tempah penerbangan beserta penginapan di hotel idaman korang di https://www.traveloka.com/en-my/packages .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sisgee.com/2018/11/rancang-percutian-ke-phuket-dengan.html