Jom Bercuti Packist Tawarkan Pakej Percutian Menarik Dan Unik
ANDA SEDANG MENCARI-CARI PAKEJ PERCUTIAN YANG PREMIUM, UNIK SERTA EKSKLUSIF TAK KIRA DI DALAM NEGARA MAHUPUN LUAR NEGARA? CUBALAH PACKIST !
Kalau korang nak tahu, Packist nih adalah agensi perlancongan dalam talian tempatan. Sekarang nie Packist telah melebarkan sayap perniagaannya dengan memperkenalkan platform Pelancongan Dalam Talian serba baharu.Pembaharuan yang dibuat oleh Packist adalah untuk memberikan para pelanggannya pengalaman percutian premium yang terbaik, unik serta eksklusif tidak kira di dalam mahupun luar negara.
Untuk pengetahuan korang jugak, Packist.com adalah laman sesawang milik Beautiful World Tours & Travel Sdn Bhd, iaitu sebuah agensi pelancongan yang memang dah lama wujud. Dah 25 tahun bertapak dan mewah dengan pengalaman dalam industri pelancongan di negara ini. Apabila ia dilancarkan buat kali pertamanya, Packist merupakan pusat sehenti yang menempatkan lebih 300 agensi pelancongan, selaku rakan kongsi atau pembekal di bawah satu bumbung. Ini sekaligus memudahkan mereka memuatnaik pakej-pakej dan berkongsikan maklumat berkaitan secara terus menerus kepada pelanggan masing-masing.
Menurut kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Packist, Jesnin Kee, mereka sangat teruja dengan hala tuju baharu Packist ini. Selepas berkecimpung dalam industri selama 25 tahun, mereka begitu gembira untuk membawa Packist ke satu peringkat yang lebih tinggi dengan memberi nafas baharu kepada satu bidang yang dahulunya agak rumit, namun kini segalanya dipermudahkan dengan kecanggihan teknologi digital. Packist menampilkan lebih daripada 300 agensi dalam senarainya dan sistem unik Packist membolehkan orang ramai mengatur percutian impian mengikut kehendak masing-masing.
PELBAGAI PAKEJ BAHARU YANG MENARIK
Selain pakej yang disuai padan, Packist turut menawarkan pelbagai pakej baharu seperti 'Wellness' (Sihat Sejahtera), 'Free & Easy' (Santai), 'Beach Holidays' (Percutian Tepi Pantai), 'Cruise' (Percutian Atas Kapal), 'Theme Parks' (Taman Tema) serta 'Couple & Honeymoon' (Bulan Madu).
Selaku agensi pelancongan yang sentiasa mengutamakan kemudahan buat para pelanggannya, Packist turut menyenaraikan perkhidmatan tambahan khas yang lain seperti Aktiviti dan Lawatan Sehari, Insurans Pelancongan, Permohonan Visa dan penyewaan WiFi Poket. Bukan itu sahaja tahu, ada lagi yang menariknya, perkhidmatan sampingan lain seperti Pengangkutan Ulang-Alik Lapangan Terbang, sewa Kereta Peribadi dengan khidmat pemandu juga disediakan oleh Packist.
Memang best sangat-sangat dengan pakej yang ditawarkan Packist. Contohnya macam pakej 'Wellness', yang turut menawarkan aktiviti seperti yoga, urut, spa, kayak dan pelbagai jenis akitivit sihat yang lain. Pakej seperti ini memang direka khas untuk para pelanggan yang nak relaks-relaks, beristirehat sepanjang percutian.
Lagi satu yang bestnya, pilihan yang ada tidak terhad. Sebaga pelanggan kita diberi kebebasan untuk memilih aktiviti khas lain mengikut kehendak kita sendiri. Dengar katanya, tak lama lagi Packist nie juga akan tawarkan perkhidmatan tempahan hotel dan penerbangan dalam talian. Wow! Cukup hebat dan tidak mustahil suatu hari nanti Packist bakal menjadi sebuah platform pelancongan yang terunggul di Malaysia.
BERITA BAIK!
Okay, korang yang memang suka bercuti atau sedang tercari-cari pakej percutian, inilah masa terbaik kerana Packlist sekarang ni sedang mengadakan jualan akhir tahun, start semalam ok, 29 Oktober sampai 7 November nieh. Antara destinasi-destinasi yang tersenarai termasuklah Thailand, Indonesia, Jepun, Korea, Indonesia serta lain-lain negara ASEAN dan di seluruh dunia.
Bersempena acara Jualan Dalam Talian Terbesar Malaysia 11.11 tu Packist juga tidak ketinggalan menawarkan pelbagai promosi dan diskaun istimewa bagi pakej percutian di seluruh Asia.Nak tahu lebih lanjut korang boleh layari www.packist.com
Jom bercuti! Dan sampai jumpa lagi.
Lurve,
Sis Anie Mohamed.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aniemohamed.blogspot.com/2018/10/jom-bercuti-packist-tawarkan-pakej.html