Orang Melayu Dan Islam Masih Terancam


Published on December 2, 2018 in Nasional by webadmin

KUALA LUMPUR –  Ancaman terhadap kedudukan orang Melayu dan Islam tetap tidak berubah walaupun pentadbiran kerajaan hari ini bertukar tangan daripada BN kepada PH.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Dr Ibrahim Ali berkata, situasi hari ini semakin parah di bawah pentadbiran PH kerana parti itu mengamalkan dasar keterbukaan kepada semua pihak.

Menurut beliau, berbeza seperti zaman pentadbiran BN, Ibrahim,berkata ancaman yang wujud ketika itu lebih menjurus kepada kelemahan pelaksanaan, ketirisan, dan rasuah.

“Kini di bawah kerajaan baharu dengan slogan Malaysia Baharu, kita berdepan dengan cabaran lebih kritikal dan mencemaskan kerana dasar keterbukaan kerajaan telah membawa kesan dan implikasi negatif kepada umat Islam khususnya.

“Di bawah kerajaan lama sebelum ini, ancaman terhadap orang Melayu, agama Islam dan Perlembagaan negara sememangnya wujud.

“Tetapi dulu lebih kepada kelemahan pelaksanaan, ketirisan, rasuah, serta disebabkan mahu menjaga hati dan mencari undi kerana MCA gagal menambat hati orang Cina akibat permainan politik cauvinis DAP,” kata Ibrahim, ketika menyampaikan ucapan dasar sempena perhimpunan agung tahunan (AGM) Perkasa ke-9, di Hotel Regency, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ibrahim turut mempertahankan MCA apabila mengatakan parti komponen BN yang mewakili kaum Cina itu berbeza berbanding DAP.

“Inilah timbulnya persepsi MCA sama dengan DAP tetapi bagi saya DAP tetap berbeza dengan MCA, kerana toleransi yang ditunjukkan melalui pakatan pelbagai kaum sejak merdeka ternyata membawa keharmonian. Ia bermula apabila meledak pada 2008 selepas MCA kalah teruk kepada DAP, sebelum itu tidak ada masalah, bila kalah kalut nak cari undi orang Cina,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan PH hari ini mencanangkan dasar kesamarataan dan mengubah dasar dan institusi negara.

“Ia amat berbeza dengan keadaan sekarang, di bawah kerajaan baharu, yang kononnya atas kehendak reformasi rakyat, mereka mahu merubah dasar-dasar nasional, institusi penting negara, malah mencanangkan dasar kesamarataan.

“Walhal penolakan rakyat terhadap kerajaan lama, terhadap BN adalah atas isu kos sara hidup yang menghimpit kehidupan rakyat,” kata Ibrahim lagi.

Tambahnya, sekiranya kerajaan bermasalah, tukar sahaja pemimpin dan kerajaan dan bukan merombak dasar nasional, terutamanya membabitkan kepentingan orang Melayu dan Islam.

“Kalau ketua dalam sesebuah organisasi bermasalah, rakyat patut menumbangkan pemimpin tersebut bukan menjahanamkan dasar dan institusi yang sudah sebati dan diterima rakyat sejak merdeka.

“Tetapi yang berlaku sekarang kelambu dibakar menyebabkan ‘nyamuk’ berkeliaran dan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Rakyat mengharapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari, siapa sangka?”ujar beliau.

Bekas ahli Parlimen Pasir Mas itu menjelaskan bentuk-bentuk ancaman yang terpaksa dihadapi orang Melayu dan Islam di negara ini misalnya peristiwa melempar kepala babi dalam masjid, mempersoalkan laungan azan, menghina Raja-raja Melayu dan mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu termasuk juga mempertikai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Mengulas berkaitan anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang kini sedang bertarung nyawa itu cedera dibelasah dalam serangan kekecohan di Kuil Maha Mariamman USJ25, Seafield, Subang Jaya.

Ibrahim berkata, sekiranya cedera itu namanya Ah Chong atau Muniandy tentunya runtuh langit di Malaysia ini.

“Hal demikian saya cadang tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk siasat kes ini. Melayu jangan hanya sekadar mengeluh tidak jadi apa-apa,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ibrahim mengesyorkan kerajaan untuk mewujudkan akta baharu yang dinamakan Akta Menghina Islam dan Raja-raja Melayu (Amira).

“Penghinaan yang biadab terhadap agama Islam, kedaulatan Raja-raja Melayu dan cabaran mengganggu gugat Fasal 153 asas Perlembagaan Persekutuan perlu ditangani segera kerana kita lihat perbuatan ini semakin menjadi-jadi selepas Akta Hasutan (ISA) dimansuhkan.

Source: SH Nasional

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/12/orang-melayu-dan-islam-masih-terancam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hampir 78 Melayu Islam Akan Terancam Oleh Pengaruh Bukan Islam

Hampir 78 Melayu Islam Akan Terancam Oleh Pengaruh Bukan Islam

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 353 hits
pemimpin dahulu dan sekarang memang tak berdaya nak tegur bukan islam yang menghina melayu dan islam mereka takut undi bukan islam memboikot merekaAkibatnya melayu dan Islam menjadi mangsa dihina dan dicemuh oleh orang bukan Islam Lebih dah...
Umat Melayu Islam Beransur Lemah Titah Sultan Nazrin

Umat Melayu Islam Beransur Lemah Titah Sultan Nazrin

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 383 hits
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dalam titahnya mengklasifikasikan bangsa Melayu pada ketika ini semakin lemah lantaran empat punca utama yang mendominasi kehidupan seharian pemimpin dan rakyat Foto Bernama MELAKA Timbalan Yang Di Pertuan Ag...
Dengarkan Tun M Pun Tahu Fakta Ini Moga Melayu Islam Tidak Lupa

Dengarkan Tun M Pun Tahu Fakta Ini Moga Melayu Islam Tidak Lupa

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 321 hits
Melayu terpaksa melepaskan banyak hak Melayu demi kemerdekaan Melayu Islam tolak syarat kemerdekaan awal kerana ia terlalu berat sebelah antarnaya dipaksa terima sejuta kaum pendatang sebagai rakyat Tanah Melayu Raja Raja Melayu juga tidak ...
Seruan Bangkitlah Melayu Demi Mempertahankan Islam

Seruan Bangkitlah Melayu Demi Mempertahankan Islam

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 390 hits
Berjuang atas nama bangsa dengan kebaikan yang dituntut oleh Islam tidak menjadi kesalahan Apa yang salah ialah apabila berjuang atas nama bangsa sehingga menindas dan memusuhi bangsa lain Sepanjang Melayu berjuang untuk Melayu bangsa lain ...
Kenapa Melayu Islam Perlu Lawan Komen Dengan Red Bean Army Dap

Kenapa Melayu Islam Perlu Lawan Komen Dengan Red Bean Army Dap

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 413 hits
1 Pemilihan Majlis Peguam 2019 2020 yang berlaku semalam menunjukkan secara jelas kebangkitan golongan konservatif Tetapi ramai yang silap faham dan berfikir bahawa ia berlaku kerana pengundi pengundi yang memilih golongan libtards sebelum ...
Orang Melayu Nafsu Nafsi Menjadi Islam Dilihat Lemah Dan Pecah

Orang Melayu Nafsu Nafsi Menjadi Islam Dilihat Lemah Dan Pecah

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 565 hits
Orang Melayu kategori penyamun membuatkan bangsa Melayu dipandang hina dan lemah Membina semula jati diri membina semula maruah ugama yang dianut bangsa Melayu sudah menjadi jihad dan wajib Tanpa Islam tanpa nilai Islam orang Melayu mungkin...
Trash Taxi Tales Real Stories Of How Fast Junk Removal Changes Lives

Nuzul Quran Sejarah Hikmah Dan Amalan Yang Digalakkan

Game On Elevate Your Gameplay Across Mobile And Pc

Yb Wong Kah Woh Timbalan Menteri Pendidikan Hadir Program Jaulah Ram

Can I Hatch Out A Shark And Grow It On Practical Fishkeeping

Mi Goreng Mamak Basah Dan Pedas Guna Teknik Ini Baru Menjadi

Even If Politician Saravanan Beats A Retreat Preacher Zamri Vinoth Must Still Face The Music

Hukum Penukaran Uang Baru Menjelang Lebaran Apakah Ada Unsur Riba


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Umno Man Rubbishes Claim 14 Mps Will Pull Support For Government

Teori Nuar Musa Bayangi Ayer Kuning

13 Arrested For Rioting After Video Shows Hundreds Of Foreigners Blocking Road

Bagaimana Menulis Contain Atau Kandungan Pemasaran Yang Baik Di Media Sosial

Drama Demam Viral

Ramadan Adalah Madrasah Untuk Setahun