Nikmati Cuti Sekolah Yang Menjimatkan Tetapi Enjoy


Percutian Semasa Cuti Sekolah Pertengahan Penggal 2 2019 | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Agak terlambat untuk kongsi tapi sebagai catatan atas talian Sha untuk keluarga kecil Sha, Sha nak juga simpan kenangan di blog kesayangan Sha ini. Cuti Pertengahan Penggal 2 baru-baru ini selama 1 minggu termasuk Cuti Hari Raya Korban Sha tidak mengambil cuti kerana tahun ini giliran Sha berhari raya di Perak dan cuti rehat Sha pun tak banyak. Tapi itu tidak menjadi alasan untuk Sha dan suami tidak meraikan anak-anak walaupun kami hanya bercuti di hari minggu. Setakat ini mampu bawa anak-anak jalan dalam negara sahaja itupun belum pusing satu Malaysia lagi..ahahahaa.. Orang kata nak bercuti kena ada banyak duit, ribu-ribu tapi sebenarnya terpulang pada bajet dan perancangan kita macam Sha hanya buat dan janji dengan anak-anak yang mana mampu. Sebabnya bila berjanji kalau tak dapat penuhi memang tak bestlah kan jadi ukurlah poket sendiri.

Nikmati Cuti Sekolah Jimat Dan Gembira
Sabtu [ 17 Ogos 2019 ]
Sha dan keluarga bergerak dari rumah pada jam 7.30 pagi. Kami merancang untuk bersarapan ke Ikea Batu Kawan, Pulau Pinang memandang kami belum berkesempatan singgah ke Ikea yang baru dibuka ini. Lebih kurang jam 9.45 pagi kami sampai di Ikea Batu Kawan, kiranya agak lambat kami bersarapan pada pagi itu. Di Ikea Batu Kawan kami hanya ambil nasi lemak, bubur nasi, sup cendawan dan meatball, kami kongsi makan apa yang ada.

 Ikea Batu Kawan, Penang.

 Percutian jimat sekitar Penang Dan Perak.Selesai makan Sha dan suami hantar anak-anak ke Smaland iaitu taman permainan yang ada di Ikea. Tapi sayangnya Adik Nur tak dapat menyertai Abang Zaryth kerana belum cukup tinggi iaitu minimum 100 cm manakala maksimum 130cm. Jadi kami tinggalkan Abang Zaryth sahaja di Smaland, di sini korang jangan risau untuk tinggalkan anak-anak InsyaAllah dengan tahap keselamatan yang ada anak korang selamat dalam jagaan kakitangan Smaland kerana hanya siapa yang daftar menghantar anak sahaja boleh mengambil anak. Walaubagaimanapun hanya 1 jam sahaja dibenarkan meninggalkan anak di Smaland, cukup 1 jam kakitangan akan buat panggilan pada penjaga


Agak bertenang window shopping di Ikea kalau salah seorang anak tak ada..ahahhahaha..kalau tidak asyik bergaduh je Abang Zaryth dan Adik Nur. Kali ini tidak lama kami pusing tapi kalau dah ke sini memang mustahillah tak beli apa-apa walau sekadar beli tuala sahaja. Jumlah hangus di Ikea untuk barang yang tak dirancang adalah RM 93.00 tak termasuk makan sarapan

Selepas ambil Abang Zaryth di Smaland, kami alas perut terlebih dahulu dengan ais krim, karipap Ikea kegemaran suami juga roti sosej. Sha cuma banyak minum kopi sahaja dengan roti sosej, suami suka sangat karipap Ikea sebab dalamnya ada telur.


Selesai sahaja urusan di Ikea Batu Kawan, kami memulakan perjalanan ke TeddyVille Museum Penang. Dalam pukul 2.30 petang kami sampai ke muzium ini, disambut oleh kakitangan muzium. Pada fikiran Sha muzium teddy ini hanya mempamerkan koleksi anak patung teddy terbaru yang comel-comel tetapi rupanya koleksi anak patung teddy dari pelbagai negara dengan pelbagai harga. Banyak juga perkataan "ooooooooooooo" keluar daripada mulut Sha sepanjang melewati muzium Teddy ini. Paling best dapat dengar kembali sejarah Penang melalui karekter patung teddy.

TeddyVille Museum Penang.

Setelah lebih kurang 1 jam setengah kami berada di TeddyVille Museum, kami bergerak ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah untuk melawat anak saudara sebelah suami yang mengalami kemalangan jalanraya dan seterusnya berehat dan bermalam di rumah kakak ipar Sha di Pokok Sena Kedah

Ahad [ 18 Ogos 2019 ]

Tunai Janji Bawa Anak Ke Zoo Taiping Dari Pokok Sena Sha bersarapan terlebih dahulu di Art Roti Canai, sebuah kedai makan kesukaan suami Sha setiap kali datang ke rumah kakak ipar. Lebih kurang jam 12.00 tengahari barulah kami bergerak ke lokasi yang Sha janjikan pada Abang Zaryth iaitu Zoo Taiping, Perak yang mana lokasinya hanya dalam perjalanan balik ke rumah kami. Lebih kurang jam 3.00 petang kami sampai di Zoo Taiping tetapi cuaca agak tidak mengizinkan kerana langit agak gelap.

Zoo Taiping Perak
Selepas parkir kereta kami terus ke kaunter tiket dan beratur untuk menaiki kenderaan yang disediakan mengelilingi zoo. Siap mengelilingi zoo kami diturunkan dan berpeluang berjalan-jalan sekitar zoo dengan berjalan kaki. Malangnya kami hanya sempat ke kandang gajah dan tidak sempat melihat dekat bada dan seladang kerana hujan lebat mulai turun

Hujan reda kami meneruskan perjalanan mencari makanan di sekitar Taiping. Jadi kami memilih untuk makan di Pusat Penjaja Taiping yang terletak di hadapan Novotel dan Taiping Mall. Agak ramai yang review makan di sini, jadi kami pilih untuk makan petang di sini dengan menu Kuew Teow Goreng, Nasi Ayam dan Yong Tau Fu.

Pusat Penjaja Taiping , Perak.

Dengan hujan yang tidak henti-henti kami memulakan perjalanan pulang ke rumah. Lebih kurang jam 7.30 petang kami sampai di Batu Gajah, Perak. Alhamdulillah akhirnya Sha dapat menunaikan janji pada anak-anak dan menghabiskan sisa-sisa cuti sekolah mereka dengan gembira.

Selesai cuti sekolah kali ini Abang Zaryth pun mulalah bertanya nanti nak pergi mana lagi. Budak sorang memang suka jalan kecuali jalan ke pasar !!.. ahahhahaa.... rajin tolong ibu masak di dapur tapi ke pasar jangan harap, bosan katanya. Oklah setakat ini sahaja coretan percutian ringkas kali ini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shalimaryusof.com/2019/08/nikmati-cuti-sekolah-yang-menjimatkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Nak Cuti Sekolah Ini 10 Idea Hantaran Korang Boleh Guna Di Hari Bahagia

Dah Nak Cuti Sekolah Ini 10 Idea Hantaran Korang Boleh Guna Di Hari Bahagia

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 962 hits
Sudah menjadi adat bagi orang orang Melayu perkara yang berkaitan hantaran mestilah mahukan barang yang mahal agar nampak cantik dan mewah Orang kata sekali seumur hidup kan Jadi ramai bakal pengantin yang terpaksa ada bajet tinggi untuk me...
5 Idea Menarik Aktiviti Bersama Anak Sempena Cuti Sekolah

5 Idea Menarik Aktiviti Bersama Anak Sempena Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 720 hits
hi there 5 idea menarik aktiviti bersama anak sempena cuti sekolah Cuti sekolah dah nak dekat ni Anda yang ada anak anak bercuti sudah ada rancangan mahu buat apa sempena cuti sekolah ini Di sini Mrs Pip senaraikan 5 idea menarik aktiviti b...
Program Cuti Sekolah Kem Tahfiz 1 Hingga 15 Disember 2019

Program Cuti Sekolah Kem Tahfiz 1 Hingga 15 Disember 2019

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 3289 hits
Program Cuti Sekolah Kem Pra Tahfiz dari 1 hingga 15 Disember 2019 Cuti sekolah tak lama lagi akan tiba Mesti para ibu bapa sedang mencari Program Cuti Sekolah untuk dihadiri oleh The post appeared first on
Kalendar Tahun Baru 2020 Berserta Cuti Umum Dan Cuti Sekolah

Kalendar Tahun Baru 2020 Berserta Cuti Umum Dan Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 3009 hits
Assalamualaikum Hi Semua Sedar tak sedar masa terus berlalu Tahun 2019 hampir meninggalkan kita menggantikan tahun 2020 yang bakal menjelang tiba Teringat dulu dulu kala masa budak budak Asal 2020 je mesti akan keluar pasal kereta terbang d...
Mana Sekolah Jenis Kebangsaan Melayu

Mana Sekolah Jenis Kebangsaan Melayu

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 385 hits
Peguam fail usul cabar kedudukan sekolah vernakularSeorang peguam hari ini memfailkan notis usul untuk mencabar kewujudan sekolah vernakular yang menurutnya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Plaintif Mohd Khairul Azam Abdul Aziz ...
Sunwayforgood Deepavali Cheer Mengukir Senyuman Untuk 900 Kanak Kanak Sekolah Di Perak

Sunwayforgood Deepavali Cheer Mengukir Senyuman Untuk 900 Kanak Kanak Sekolah Di Perak

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 470 hits
Bagus betul Sunway Group ini bilamana baru baru ini mereka ada melancarkan satu program CSR yang dipanggil SunwayForGood Deepavali Cheer Program ini yang memfokuskan kepada aktiviti kebajikan serta membawa 900 kanak kanak yang bersekolah di...
23 Buah Sekolah Di Perak Tutup Akibat Jerebu

23 Buah Sekolah Di Perak Tutup Akibat Jerebu

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 390 hits
23 BUAH SEKOLAH DI PERAK TUTUP AKIBAT JEREBU Assalamualaikum semua Ada readers dari Perak ke ni Okay sebenarnya dari tengah hari tadi mummy dah nampak status sepupu mummy dari Manjung Perak Beliau mengatakan bahawa jerebu di Perak amat teru...
Mcdonald S Memperuntukkan Rm 3juta Dalam Program Kembali Ke Sekolah 2019

Mcdonald S Memperuntukkan Rm 3juta Dalam Program Kembali Ke Sekolah 2019

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 584 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Pernah lihat tak tabung di atas kaunter McDonald s Tabung tu biasanya orang isi dengan syiling sahaja Tabung itu sebenarnya sangat banyak membantu ramai orang terutama golongan berpendapatan rendah dan mi...
214 Buah Sekolah Di Selangor Tutup Akibat Jerebu

214 Buah Sekolah Di Selangor Tutup Akibat Jerebu

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 426 hits
214 BUAH SEKOLAH DI SELANGOR TUTUP AKIBAT JEREBU pagi ni mummy dinkejutkan dengan bacaan IPU yang agak tinggi di Shah Alam iaitu lebih 200 bacaan ya Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia Jika IPU bacaan melebihi 200 sekolah akan tutup Tu...
Johor Apa Yang Menarik Di Iskandar Puteri

Business Marketing For Success

Ayam Madu Sira Masak Guna Resipi Ni Memang Sangat Sedap

Andika Putera Biodata Usahawan Kacak Geng Old Money

Ikan Siakap Masak Berlada

Biarkan Aku Menangis

Apa Itu Old Money Memahami Konsep Old Money Dan Keistimewaannya Yang Unik

Lirik Lagu Nombor 1 Sleeq


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Breakfast Hari Ini

Lirik Lagu Sejarah Dato Sri Siti Nurhaliza

Latheefa Koya Tak Nak Masuk Umno Ker

Wings Mayang Sulit Chord

Siti Nurhaliza Sejarah Chord

Fakta Tentang Susu Kucing Dan Jenama Susu Untuk Dicuba