Mana Sekolah Jenis Kebangsaan Melayu


Peguam fail usul cabar kedudukan sekolah vernakular
Seorang peguam hari ini memfailkan notis usul untuk mencabar kewujudan sekolah vernakular yang menurutnya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Plaintif Mohd Khairul Azam Abdul Aziz memfailkan permohonan menerusi firma guaman Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.

Notis usul itu menamakan Menteri Pendidikan Malaysia sebagai defendan pertama dan kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua.

Shaharudin Ali yang mewakili plaintif berkata Parlimen tiada kuasa untuk mewartakan Seksyen 17 dan Seksyen 28 Akta Pendidikan 1996 yang berkaitan dengan sekolah jenis kebangsaan.

Beliau berkata keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 Julai 1982 dalam kes penubuhan Universiti Merdeka sebagai asas kepada permohonannya.

“Keputusan mahkamah itu mengatakan hal-hal bersangkutan dengan pelajaran dan pendidikan bagi maksud rasmi maka jelas Perkara 152 hendaklah digunakan.

“Kalau sekolah rendah jenis Melayu tidak wujud, bagaimana sekolah rendah jenis Cina dan Tamil boleh wujud. Jadi itu persoalan undang-undang yang kita akan cuba hujahkan di mahkamah kelak,” katanya.

Menurut Shaharudin, Parlimen tiada kuasa untuk membolehkan menteri pendidikan dalam soal penubuhan Sekolah Rendah Jenis Cina (SKJC) dan Sekolah Rendah Jenis Tamil (SKJT).

Katanya lagi, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menunjukkan menteri pendidikan tiada kuasa untuk berbuat demikian.

"Permohonan ini ialah untuk mendapatkan perintah Mahkamah Persekutuan, sama ada Parlimen ada kuasa untuk membuat Seksyen 28 dan Seksyen 17 Akta Pendidikan 1996,” katanya sewaktu ditemui pemberita di Putrajaya.

Akta Pendidikan 1996 diluluskan pada tahun itu untuk meminda Ordinan Pendidikan 1957 dan Akta Pendidikan 1961.

Seksyen 17(1) menyatakan bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini.

Seksyen 17(2) pula menyatakan jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi pendidikan adalah selain daripada bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib di institusi pendidikan itu.

Seksyen 28 pula berkenaan penubuhan dan penyenggaraan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan. Ia menyatakan, "tertakluk kepada peruntukan akta ini, menteri boleh menubuhkan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan dan hendaklah menyenggarakan sekolah-sekolah itu.

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan pula berkenaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan merupakan tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang dalam Parlimen.

Seterusnya, Perkara 152 (1)(a) menyatakan tiada siapa yang boleh dilarang menggunakan (selain bagi maksud rasmi) atau daripada mengajar atau belajar bahasa lain. Perkara 152(1) (b) pula berkata kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri boleh meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam persekutuan.

'Bukan kerana perkauman'
Sementara itu, Khairul Azam menolak tanggapan tindakannya memfailkan notis usul itu atas dasar perkauman.

“Ini bukan isu perkauman tetapi isu undang-undang dan perlembagaan.

“Kita failkan secara perundangan di mahkamah. Kita failkan juga di mahkamah tertinggi negara, di Mahkamah Persekutuan di bawah perkara 4(4) Perlembagan Persekutuan,” katanya.

Katanya lagi, beliau membuat permohonan itu susulan pengumuman Belanjawan 2020 yang memperuntukkan RM127 kepada sekolah vernakular.

"Selaku rakyat yang membayar cukai, kita berhak untuk pastikan kerajaan membelanjakan duit rakyat ke institusi yang dibenarkan perlembagaan dan undang-undang.

“Kalau insitusi ini tidak sah di sisi undang-undang, maka duit rakyat tidak sewajarnya disalurkan kepada institusi berkenaan,” katanya. - www.malaysiakini.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2019/10/mana-sekolah-jenis-kebangsaan-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mana Keadilan Untuk Sekolah Rendah Jenis Tamil Tapah

Mana Keadilan Untuk Sekolah Rendah Jenis Tamil Tapah

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 269 hits
Berita Dan Laporan Hal Ehwal Politik Semasa Dalam Malaysia Layari www umno online my Ikuti Facebook Twitter Instagram Telegram UMNO Online
Dap Ugut Dr Mahathir Mana Pergi Suara Pemimpin Melayu Bersatu

Dap Ugut Dr Mahathir Mana Pergi Suara Pemimpin Melayu Bersatu

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 522 hits
Setelah berterusan mengkritik Dr Mahathir hari ini AJK Pusat DAP merangkap Setiausaha DAP Ronnie Liu mula memberi amaran untuk menendang keluar Bersatu dari Pakatan Harapan Dengan tajuk Mahathir Harimau Kertas yang memperlekehkan Dr Mahathi...
4 Karyawan Melayu Islam S 039 Pura Tubuh Sekolah Antarabangsa Di Kemboja

4 Karyawan Melayu Islam S 039 Pura Tubuh Sekolah Antarabangsa Di Kemboja

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 257 hits
SINGAPURA Dengan pendidikan sekolah rendah yang diwajibkan di Singapura murid murid berusia tujuh hingga 12 tahun di sini berupaya menimba ilmu dalam sekitaran yang canggih selamat dan bertaraf dunia Namun tidak semua kanak kanak di luar ne...
Sekolah Kebangsaan Dilayan Secara Tidak Adil Kata Ismail Sabri

Sekolah Kebangsaan Dilayan Secara Tidak Adil Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 242 hits
PARLIMEN l Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Ismail Sabri Yaakob menuduh kerajaan Pakatan Harapan tidak memberi layanan yang adil kepada sekolah kebangsaan dalam Belanjawan 2020 Membandingkan peruntukan RM300 juta kepada 9 000 sekolah kebangsa...
Dap Junjung Kedudukan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan

Dap Junjung Kedudukan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 448 hits
Pada 25 Okt 2019nTentu ada yang tertanya tanya mengapa DAP yang sering dimomokkan dengan pelbagai tohmahan oleh pihak lawan masih mahu mendekati orang Melayu serta budayanya malah menganjurkan majlis bagi menghargai sumbangan mereka Bagi pe...
Ph Menurun Cuba Pujuk Melayu Mana Dapat Peruntukan 2020

Ph Menurun Cuba Pujuk Melayu Mana Dapat Peruntukan 2020

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 385 hits
Oleh Fazleen SafinaBelanjawan 2020 Populariti menurun PH cuba pujuk Melayu Dari mana PH dapat duit nak tunai peruntukan Belanjawan 2020 BANGI 12 Safar 1441H Jumaat Kerajaan Pakatan Harapan cuba memujuk majoriti rakyat Malaysia terutamanya b...
Falsafah Pendidikan Kebangsaan Selepas 30 Tahun Masihkah Relevan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Selepas 30 Tahun Masihkah Relevan

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 252 hits
Peluang hari nih bertemu dengan salah seorang bijak pandai yang merangka Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita iaitu Prof Ulung Datuk Dr Osman bin Bakar FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke ar...
Boleh Cakap Tentang Melayu Islam Tapi Tanpa Akhlak Takkan Berjaya

Boleh Cakap Tentang Melayu Islam Tapi Tanpa Akhlak Takkan Berjaya

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 424 hits
Diterbitkan Hari ini 4 35 petangNaratif pembinaan negara baru bagi Malaysia perlu menumpukan kepada asas asa ekonomi dan bukannya retorik kaum atau agama kata Presiden PKR Anwar Ibrahim Anwar berkata negara secara keseluruhannya perlu memfo...
Perkongsian Plc Di Seminar Kebangsaan Profesionalisme Keguruan 2019

Perkongsian Plc Di Seminar Kebangsaan Profesionalisme Keguruan 2019

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 367 hits
Jutaan terima kasih buat Bahagian Profesionalisme Guru BPG atas kepercayaan untuk anak muda nih berkongsi sedikit pengalaman dan amalan dalam meningkatkan kualiti guru melalui PLC Perkongsian PLC di Seminar Kebangsaan Profesionalisme Keguru...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi