Ni Hint Nak Lantik Zahid Jadi Tpm Ka Datuk Seri



Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah, menjawab gesaan supaya ahli Parlimen yang berdepan tuduhan rasuah diketepikan dalam pembentukan Kabinet baru.
Ketika ditanya mengenai kemungkinan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dilantik, Anwar berkata beliau akan mengambil pandangan semua pihak sebelum memutuskan mengenainya.
"Pandangan semua, kita ambil kira.
“Ia dalam perbincangan tetapi seperti mana yang kita tahu dari segi undang-undang hanya setelah ada hukuman (didapati bersalah)," katanya dipetik Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Harapan (PH) di ibu pejabat PKR hari ini.
Kenyataan itu dibuat ketika spekulasi mengatakan Zahid berkemungkinan besar akan dilantik sebagai timbalan perdana menteri dalam Kabinet baru, mencetuskan amaran daripada gabungan reformasi pilihan raya Bersih.
“Bersih menolak dengan tegas sebarang pelantikan wakil rakyat yang sedang menjalani pendakwaan jenayah ke sebarang jawatan Kabinet kerana hal yang demikian akan menjejaskan integriti kerajaan pimpinan Anwar dan mencemarkan reputasi negara kita,” kata Bersih, di samping turut berkata pemimpin PH seperti Lim Guan Eng dan Syed Saddiq Abdul Rahman tidak seharusnya dilantik menganggotai Kabinet baru.
Zahid yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) mewakili kesemua 30 ahli Parlimen gabungan itu untuk menyatakan sokongan kepada Anwar sebagai perdana menteri minggu lalu.
Beliau masih berdepan menghadapi 47 pertuduhan berkaitan jenayah pecah amanah melibatkan Yayasan Akalbudi.
Selain kes tersebut, beliau juga sebelum ini berdepan 40 pertuduhan berhubung kes rasuah sistem visa luar negara (VLN) namun dibebaskan.
Pendakwaan masih dalam proses rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.
Kluster mahkamah merujuk kepada sekumpulan ahli Parlimen Umno yang diketuai bekas perdana menteri yang kini menjalani hukuman penjara Najib Razak dan Zahid, di mana mereka berdepan ratusan pertuduhan jenayah.
PH menjadikan usaha memerangi rasuah sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya umum yang berlangsung baru-baru ini, dan pemimpinnya turut berulang kali berikrar ia tidak akan bekerjasama dengan kumpulan itu dalam kerajaan baru yang akan dibentuk ~ MalaysiaNow

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/11/ni-hint-nak-lantik-zahid-jadi-tpm-ka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
A Kadir Jasin Anwar Ambil Langkah Harakiri Jika Lantik Zahid Jadi Tpm

A Kadir Jasin Anwar Ambil Langkah Harakiri Jika Lantik Zahid Jadi Tpm

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 200 hits
Yasmin RamlanPerdana Menteri Anwar Ibrahim dianggap mengambil langkah harakiri jika akhirnya dia memilih Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri atau memberikan sebarang jawatan dalam kerajaan kepada Presiden Umno berkenaan Toko...
Hak Peribadi Masing Masing Nak Pertikai Saya Lantik Zahid Pm

Hak Peribadi Masing Masing Nak Pertikai Saya Lantik Zahid Pm

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 130 hits
bharian com myOleh Disember 5 2022 3 52pmPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra Turut had...
Twitter Whatsapp Dibanjiri Kemarahan Selepas Anwar Namakan Zahid Sebagai Tpm

Twitter Whatsapp Dibanjiri Kemarahan Selepas Anwar Namakan Zahid Sebagai Tpm

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 195 hits
Ramai pengguna platform media memetik slogan kempen pemimpin Pakatan Harapan yang menyamakan undi untuk mana mana calon Barisan Nasional dengan undi untuk Zahid MalaysiaNowPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi melambaikan tangan ketika keluar da...
Terkini Kerajaan Setuju Potong Gaji Menteri Sebanyak 20 Datuk Seri Anwar Ibrahim

Terkini Kerajaan Setuju Potong Gaji Menteri Sebanyak 20 Datuk Seri Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 229 hits
Terkini Kerajaan Setuju Potong Gaji Menteri Sebanyak 20 Datuk Seri Anwar Ibrahim Makluman terbaru diterima dari Petaling jaya Jemaah Menteri telah bersetuju untuk memotong gaji bulanan mereka sebanyak 20 kata PM Anwar Ibrahim Melalui sidang...
Lantik Zahid Reformasi Terbesar Dilakukan Anwar Sindir Pemuda

Lantik Zahid Reformasi Terbesar Dilakukan Anwar Sindir Pemuda

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 321 hits
agendaily com4 12 2022Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Afnan Hamimi Taib Azamudden Laungan reformasi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyokongnya tatkala dipecat daripada kerusi Timbalan Perdana Menteri dan UMNO pada 1998 menoktah ap...
Cadangan Kabinet Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim 2022

Cadangan Kabinet Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim 2022

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 339 hits
Cadangan Penstrukturan Semula Dan Penamaan Calon Calon Menteri Melibatkan Kementerian Kementerian Dan Portfolio Portfolio Di Jabatan Perdana Menteri A Cadangan Penstrukturan Semula Portfolio Perdana Menteri Timbalan Perdana Menteri Timbalan...
Zahid Mungkin Tpm Pilihan Dsai

Zahid Mungkin Tpm Pilihan Dsai

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 185 hits
ANWAR Ibrahim berkemungkinan besar menamakan Ahmad Zahid Hamidi sebagai salah seorang daripada dua timbalan perdana menteri bagi membentuk kerajaan yang stabil kata sumber parti Presiden Umno yang berdepan kemelut itu adalah pilihan kontrov...
Bank Islam Shuts Down Old App Pushes Bimb Mobile As The Future Of Banking

Nintendo Switch 2 Malaysia Harga Rasmi Spesifikasi Tarikh Pelancaran 2025

Doa Hari Arafah

10 Doa Mustajab Untuk Anak Senjata Terhebat Ibu Ayah Di Hari Arafah

Panduan Tiket Flight Dari Kuala Lumpur Ke Kuala Terengganu Dengan Harga Terbaik

Festive Traffic Crawl To East Coast Begins Ahead Of Aidiladha

Amalan Yang Disyorkan Pada Hari Arafah Puasa

Landlord Locks House With Tenant S Car Belongings Over Unpaid Rent Is This Legal In Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sekarang Ramai Orang Kejar Nak Jadi Content Creator Perlu Ke Sambung Belajar

Guardian Hairppiness Segala Galanya Tentang Rambut

Lelaki 50 50 Choi

Kelebihan Dan Faedah Kereta Elektrik Berbanding Kereta Konvensional

Lirik Lagu Bulan Bawa Aku Pulang Maudy Ayunda

Selebriti Terkenal Didakwa Terlibat Kes Amang Seksual Rakan Baik Sissy Imann