Zahid Mungkin Tpm Pilihan Dsai



ANWAR Ibrahim berkemungkinan besar menamakan Ahmad Zahid Hamidi sebagai salah seorang daripada dua timbalan perdana menteri bagi membentuk kerajaan yang stabil, kata sumber parti.
Presiden Umno yang berdepan kemelut itu adalah pilihan kontroversi dan menjadi sasaran utama musuh politik, pengundi malah ahli partinya sendiri pada kempen pilihan raya 19 November lalu dan hampir tidak mengekalkan kubu kuatnya di Bagan Datuk apabila menang dengan majoriti hanya 348 undi.
Di sebalik pergolakan dalaman itu, Zahid yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) mencatat sejarah paling buruk dalam pilihan raya umum apabila BN hanya menang 30 kerusi Parlimen, menjadi penentu pembentukan kerajaan baharu dengan menyokong Pakatan Harapan (PH) diketuai Anwar.
PH menang 82 kerusi berbanding Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin yang memperoleh 73 kerusi.
“Realitinya Zahid membantu Anwar untuk menjadi PM dan ia perlu diperakui. Beliau juga satu-satunya individu yang boleh membantu mengekalkan 30 kerusi BN,” kata satu sumber rapat mengenai pembentukan Kabinet Anwar.
“Apa yang kita mahu lihat, beri Anwar kebebasan untuk memilih timbalan dan Kabinetnya. Jika ia tidak berfungsi, buang saja mereka,” katanya.
Seorang lagi timbalan dikatakan dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerana Anwar berkata, beliau akan menamakan dua bagi jawatan itu yang merupakan konvensyen politik dan bukannya mengikut peruntukan perlembagaan. Kabinet baharu mungkin dinamakan seawal hari ini tetapi The Malaysian Insight difahamkan perdana menteri mempunyai masa hingga hujung minggu ini untuk mengemukakan senarai kepada Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah.
Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 Khamis lalu selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan Parlimen tergantung tanpa ada gabungan yang meraih majoriti mudah. Baginda menamakan Anwar sehari selepas menjemput beliau dan Muhyiddin untuk membentuk kerajaan perpaduan. Muhyiddin bagaimanapun menolaknya.
“Setiap gabungan atau blok yang menyertai Anwar membuat permintaan mereka tetapi beliau menjelaskan ia satu Kabinet kecil jadi beliau perlu memastikan mereka yang dipilih dapat mengekalkan penyokong mereka.
“Hanya Zahid bagi BN. Tiada siapa boleh melaksanakan tugas itu,” kata seorang sekutu Anwar.
Zahid sendiri adalah sekutu Anwar sejak zaman awalnya dalam Umno. Beliau ditahan hampir dua bulan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kini dimansuhkan sehari selepas Anwar ditangkap atas tuduhan menyalahgunakan kuasa dan liwat pada September 1998.
Pengkritik marah minggu ini mengenai spekulasi Zahid boleh menjadi timbalan perdana menteri, menyatakan beliau masih mempunyai 47 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram walaupun dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah September lalu.
Anwar berkata beliau akan mempertimbangkan setiap pandangan dalam menamakan Kabinetnya tetapi tidak menolak sebarang nama daripada 147 ahli Parlimen lain dalam kerajaannya.
Selain Zahid, calon lain BN bagi jawatan itu adalah ahli Parlimen Rembau dan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hassan walaupun sebelum ini beliau berkata, BN harus berkecuali dan kekal sebagai pembangkang dalam persaingan untuk membentuk kerajaan.
Sumber BN berkata Anwar mempunyai pilihan tetapi sebaliknya boleh berlaku jika BN menyokong PN untuk membentuk kerajaan.
“Kami berdebat mengenai Zahid minggu ini. Bayangkan jika Perikatan berkuasa, kami akan mempersoalkan sama ada Hadi Awang patut menjadi timbalan perdana menteri. Bayangkan ia dahulu,” katanya merujuk kepada presiden PAS Abdul Hadi Awang yang mana partinya adalah parti Melayu terbesar memenangi kerusi pada PRU15 dengan 43 daripada 222 kerusi Dewan Rakyat.
“Dibandingkan dengan Hadi, Zahid lebih baik. Dan beliau pernah menjadi TPM sebelum ini,” tambahnya - The Malaysian Insight

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/11/zahid-mungkin-tpm-pilihan-dsai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Tentukan Calon Tpm Bn Kata Saravanan

Zahid Tentukan Calon Tpm Bn Kata Saravanan

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 333 hits
freemalaysiatoday com November 25 2022 4 45 PMTimbalan Presiden MIC M Saravanan berkata Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi akan membuat keputusan mengenai calon timbalan perdana menteri daripada gabungan itu PETALING JAYA Pengerusi Barisan Nas...
Tpm Anwar Lebih Mengenali Hatibudi Zahid

Tpm Anwar Lebih Mengenali Hatibudi Zahid

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 240 hits
SUSUPAN MALAM Zahid dan Anwar sudahlama bersahabat INSYA ALLAH esok penantian umum untuk melihat dan seterusnya menilai kabinet pertama Anwar Ibrahim akan berakhir Maklumat terbaru yang diterima senarai kabinet sudah pun dimuktamadkan hanya...
Saravanan Zahid Tentukan Siapa Tpm Bn

Saravanan Zahid Tentukan Siapa Tpm Bn

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 122 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Pengerusi Barisan Nasional Ahmad Zahid Hamidi akan menentukan siapa calon timbalan perdana menteri daripada gabungan itu dalam kerajaan perpaduan Timbalan Presiden MIC M Saravanan berkata walaupun isu berhubung ja...
Calon Tpm Zahid Layak Ikut Hierarki Parti Kata Ahli Mkt Umno

Calon Tpm Zahid Layak Ikut Hierarki Parti Kata Ahli Mkt Umno

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 201 hits
freemalaysiatoday com November 26 2022 12 30 PMPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dicadang dilantik menjadi timbalan perdana menteri dalam pimpinan kerajaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Razlan Rafii PETA...
Pengumuman Kabinet Anwar Menteri Kewangan Zahid Dan Fadillah Tpm

Pengumuman Kabinet Anwar Menteri Kewangan Zahid Dan Fadillah Tpm

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 505 hits
malaysiakini comDiterbitkan Dec 2 2022 8 26 PMPerdana Menteri Anwar Ibrahim sebentar tadi mengumumkan barisan senarai anggota kabinetnya Dalam sidang media yang disiarkan secara langsung Anwar mengumumkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi da...
Twitter Whatsapp Dibanjiri Kemarahan Selepas Anwar Namakan Zahid Sebagai Tpm

Twitter Whatsapp Dibanjiri Kemarahan Selepas Anwar Namakan Zahid Sebagai Tpm

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 188 hits
Ramai pengguna platform media memetik slogan kempen pemimpin Pakatan Harapan yang menyamakan undi untuk mana mana calon Barisan Nasional dengan undi untuk Zahid MalaysiaNowPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi melambaikan tangan ketika keluar da...
Terkini Zahid Hamidi Sandang Jawatan Tpm Ramai Rakyat Tidak Berpuas Hati

Terkini Zahid Hamidi Sandang Jawatan Tpm Ramai Rakyat Tidak Berpuas Hati

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 321 hits
TERKINI ZAHID HAMIDI SANDANG JAWATAN TPM RAMAI RAKYAT TIDAK BERPUAS HATI Panas hari ini apabila pengumuman kabinet yang akan mentadbir negara Malaysia menerusi pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi Tular di media...
Zahid Hamidi Jadi Tpm Netizen Minta Altimet Buat Lagu Baru Tak Sabar Ni

Zahid Hamidi Jadi Tpm Netizen Minta Altimet Buat Lagu Baru Tak Sabar Ni

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 317 hits
Hari ini ramai dikejutkan dengan pengumuman dari Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai senarai kabinet Kerajaan Perpaduan apabila Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilantik secara rasmi sebagai Timbalan Perdana Menteri I...
Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Pak Lah To Be Laid To Rest In Warriors Mausoleum

Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi

Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Sharing The Road With Trucks A Safety Guide For Drivers

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nerdywave Tees For Geeks Gamers The Slightly Supernatural

Designing With Heart Eurisko S Ui Ux Touch Transforms Lebanon

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Jualan Mega Gatti Sports Rawang Barangan Sukan Berkualiti Dengan Diskaun Hebat

Lelaki Ditetak Di Pusat Beli Belah

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah