Negara Lain Pun Guna Dana Rizab Tangani Covid 19 Tengku Zafrul


Oleh Afiq Mohd. Shah
PELBAGAI negara lain turut menggunakan dana daripada rizab atau tabung amanah untuk menguruskan krisis ekoran penularan pandemik COVID-19.
Menurut Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Ireland menggunakan sebanyak AS$1.8 bilion (RM7.38 bilion) daripada dana National Surplus (Exceptional Contingencies) Reserve Fund.
Pada masa sama, beliau berkata, Norway menggunakan sebanyak AS$37 bilion (RM151.64 bilion) daripada Government Pension Fund Global untuk menangani COVID-19.
Tengku Zafrul malah memaklumkan negara jiran iaitu Singapura turut menggunakan rizab dalaman bernilai hampir AS$40 bilion (RM163.94 bilion)
“Sebagai perbandingan, penggunaan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) oleh Malaysia adalah sekitar AS$1.2 bilion (RM4.95 bilion),” katanya dalam Laporan LAKSANA Ke-51 hari ini.
Baca artikel berkaitan: Beli vaksin guna dana KWAN: Tengku Zafrul jawab tohmahan
Pada 21 April lalu, kerajaan telah meluluskan pindaan ke atas Akta 339 yang membolehkan dana daripada KWAN digunakan bagi tujuan pemerolehan vaksin dan apa-apa perbelanjaan berhubung vaksin, melalui pewartaan Ordinan Darurat (Kumpulan Wang Amanah Negara) (Pindaan) 2021.
Mengulas lanjut, Tengku Zafrul memaklumkan pindaan undang-undang ke atas Akta KWAN 1988 melalui Ordinan Darurat baru-baru ini membolehkan dana itu digunakan hanya untuk perolehan vaksin dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung vaksin bagi apa-apa wabak penyakit berjangkit.
Menurutnya, anggaran RM5 bilion bagi perolehan vaksin hanyalah menggunakan jumlah pulangan pelaburan yang dijana tetapi jumlah pokok RM10.4 bilion masih kekal dan tidak digunakan.
Kata Tengku Zafrul, vaksinasi adalah kunci utama kepada pemulihan ekonomi dan tiada lagi langkah terbaik untuk melindungi rakyat kecuali dengan memastikan imunisasi kelompok melalui vaksinasi.
“Objektif KWAN apabila ditubuhkan 33 tahun dahulu adalah untuk melindungi ‘generasi masa depan’. Siapa lagi ‘generasi masa depan’ itu jika bukan kita, di saat mengharungi cabaran COVID-19 yang mungkin paling getir dan serius dalam sejarah Malaysia?
“RM42 juta daripada dana KWAN pernah digunakan sebelum ini pada tahun 1998 untuk pembangunan Projek Paya Indah Wetlands. Jika ia boleh digunakan untuk projek pembangunan Paya Indah Wetlands, bukankah keperluan untuk menggunakannya bagi program vaksinasi yang dapat menjamin masa depan generasi akan datang lebih mendesak?,” jelas beliau.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/negara-lain-pun-guna-dana-rizab-tangani.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belajar Dari Lonjakan Kasus Covid 19 Di Negara Lain Wagub Dki Ingatkan Warga Waspada

Belajar Dari Lonjakan Kasus Covid 19 Di Negara Lain Wagub Dki Ingatkan Warga Waspada

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 313 hits
Wakil Gubernur DKI Jakarta Ahmad Riza Patria meminta warganya belajar dari pengalaman negara yang kembali mengalami lonjakan signifikan kasus positif Covid 19 Dia mengingatkan masyarakat tidak boleh euforia dengan tren penurunan kasus
Tidak Perlu Permohonan Maaf Ini Kes Jenayah Kata Ahli Dewan Negara

Tidak Perlu Permohonan Maaf Ini Kes Jenayah Kata Ahli Dewan Negara

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 781 hits
Beliau turut mempersoalkan mengapa polis memberikan layanan istimewa dengan membenarkan majikan itu mengadakan sidang media ketika sedang direman Kesan rotan di badan mangsa Gambar PDRM Seorang ahli Dewan Negara menyelar tindakan majikan ya...
Guna Dana Kwan Tunjuk Kerajaan Kurang Usaha Kata Ahli Ekonomi

Guna Dana Kwan Tunjuk Kerajaan Kurang Usaha Kata Ahli Ekonomi

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 550 hits
April 28 2021 Pakar berkata kerajaan boleh sahaja mengumpulkan dana RM3 bilion melalui cara lain termasuk meminta belanjawan tambahan atau sumbangan daripada orang awam atau sektor korporat PETALING JAYA Langkah kerajaan menggunakan dana Ku...
Edisi Khas Mingguan 019 Pn Gagal Urus Kewangan Negara Kehabisan Dana

Edisi Khas Mingguan 019 Pn Gagal Urus Kewangan Negara Kehabisan Dana

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 232 hits
MENARIK DALAM EDISI KHAS 0191 SCHEME OF THING PUAD TUNTUT JANJI SPRM 2 KERAJAAN PN KEHABISAN DANA DAN TERDESAK 3 MUHYIDDIN DIMINTA CERMIN DIRI DAN KABINET
Kumpulan Wang Amanah Negara Pula Hendak Di Jarah Atas Alasan Covid 19

Kumpulan Wang Amanah Negara Pula Hendak Di Jarah Atas Alasan Covid 19

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 1029 hits
Dengan menggunakan Perkara 150 Perlembagaan Malaysia pada 31 Mac 2021 junta Mahiaddin Md Yassin telah meluluskan satu ordinan baharu yang memberikan kuasa kepada Perdana Menteri Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk menggunakan dana kerajaa...
Awani Ringkas Adakan Juga Pemilihan Jun Ini Guna Ejen Pengangkutan Hantar Ke Negara Jiran

Awani Ringkas Adakan Juga Pemilihan Jun Ini Guna Ejen Pengangkutan Hantar Ke Negara Jiran

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 448 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini S...
Kenapa Guna Dana Kwan Ini Jawapan Dari Menteri Kewangan

Kenapa Guna Dana Kwan Ini Jawapan Dari Menteri Kewangan

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 387 hits
Dana Kumpulan Wang Amanah Negara boleh digunakan setelah 10 tahun daripada tarikh penubuhannya bagi pembiayaan pembangunan termasuk pembelian vaksin Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata setakat 31 Disember 202...
Ayam Perap Mayo Sedap Mudah Resipi Ringkas Menjilat Jari

Aset Selamat Masih Bersinar Emas Naik Tengah Ketidakpastian Politik

Local Pharma Players Pivot Toward High Value Exports To Protect Margins

Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device

Lebih Dari Sekadar Kesedihan Memahami Pelbagai Bentuk Gangguan Mental

Seeking Clarity On Co Teaching Model

Tips Berkesan Menjaga Hubungan Jarak Jauh

Jadual Acara Berpasukan Sukan Sea 2025 Thailand Bola Sepak Lelaki Bola Sepak Wanita Bola Jaring Dan Bola Tampar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Supermoon 5 November 2025 9 19 Malam

Cuktech Perkenal Keperluan Pengecasan Pintar Untuk Setiap Peranti Moden

Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih