Kumpulan Wang Amanah Negara Pula Hendak Di Jarah Atas Alasan Covid 19



Dengan menggunakan Perkara 150 (Fasal 2B) Perlembagaan Malaysia (Proklamasi Darurat), pada 31 Mac 2021, 'junta' Mahiaddin Md Yassin telah meluluskan satu ordinan baharu yang memberikan kuasa kepada Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk menggunakan dana kerajaan persekutuan serta dana kerajaan negeri tanpa mendapat kelulusan dari Parlimen atau Dewan Undangan Negeri

Baca di sini :
1) http://www.jpapencen.gov.my/CAT289562/Published/perkara150-Ma.Html
2) https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/03/802177/ordinan-baharu-beri-kuasa-pm-mb-dan-km-guna-dana-tanpa-kelulusan
Apa kesannya kepada rakyat dan negara bila ordinan baharu ini diluluskan

Regim Mahiaddin bebas menjarah kantung negara seberapa banyak yang mereka mahu tanpa perlu dipertanggungjawabkan di dalam Parlimen sepanjang tempoh darurat dan sekiranya ada berlaku salah guna kuasa di bawah ordinan baharu ini berlaku, ianya tidak boleh di bawa ke mahkamah

Kerana mengikut Perkara 150 (Fasal 8B) Perlembagaan Malaysia (Proklamasi Darurat) dengan jelas menyatakan :
Tiada mahkamah boleh mempunyai bidang kuasa untuk melayan atau memutuskan apa-apa permohonan, soal atau prosiding, dalam apa-apa jua bentuk, atas apa-apa alasan, mengenai kesahan
(i) sesuatu Proklamasi di bawah Fasal (1) atau sesuatu perisytiharan yang dibuat dalam Proklamasi itu yang bermaksud seperti yang dinyatakan dalam Fasal (1);
(ii) kuat kuasa berterusan Proklamasi itu;
(iii) mana-mana ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B); atau
(iv) penerusan kuat kuasa mana-mana ordinan itu

Baca di sini :
Rujuk Fasal 8(B)

Berapa banyak duit negara ada ketika regim Mahiaddin ambil alih kuasa


Ketika menjadi Perdana Menteri Interim pada Februari 2020 sebelum regim Mahiaddin ambil alih kuasa, Dr Mahathir akui, simpanan Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM2 trilion

Baca di sini :
https://www.theedgemarkets.com/article/dr-m-malaysia-can-tap-rm2-trillion-savings-further-stimulate-economy

Dan apabila regim Mahiaddin ambil alih kuasa pemerintahan negara, Mahiaddin telah mengumumkan pakej rangsangan ekonomi sebanyak RM250 bilion, iaitu cuma 0.125% dari jumlah simpanan Kerajaan Persekutuan

Tanpa mendapatkan kelulusan Parlimen terlebih dahulu kerana Mahiaddin telah menangguhkan sidang Parlimen dengan menggunakan alasan Covid-19, regim Mahiaddin telah membelanjakan dana RM250 bilion

Baca di sini :
https://malaysiadateline.com/penggunaan-wang-negara-dan-rakyat-perlu-kelulusan-parlimen/

Dan seperti yang admin nyatakan pada permulaan tulisan ini, sekali lagi regim Mahiaddin mendapat kuasa mutlak menggunakan dana negara tanpa mendapat kelulusan Parlimen dengan menggunakan alasan darurat sewaktu pandemik Covid-19

Tidak cukup dengan itu, setelah mendapat 'blank cheque' untuk membelanjakan dana persekutuan, regim Mahiaddin kini dilihat menjadi semakin rakus

Dengan menggunakan Proklamasi Darurat, kita dikejutkan apabila Mahiaddin mengumumkan satu lagi ordinan baharu darurat yang membolehkan regim Mahiaddin membelanjakan simpanan yang ada dalam Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) dengan alasan untuk membeli vaksin Covid-19

Baca di sini :
1) http://www.federalgazette.agc.gov.my/outputp/pua_20210421_PUA186.pdf?fbclid=IwAR3XgUa8G11yNJfudbkzJaKCRkWVMOir1nrSfSVj-ZKx0JDzNT58OKH9WDU

2) https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/04/809314/kerajaan-boleh-guna-dana-kwan-beli-vaksin

Persoalannya sekarang, kenapa perlu menggunakan tabungan di dalam KWAN untuk membeli vaksin Covid-19


Bukankah Parlimen sudah meluluskan dana sebanyak RM3 bilion untuk regim Mahiaddin gunakan bagi tujuan membeli vaksin

Malah dilapurkan, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul, telah mengesahkan kenyataan Menteri Sains, Teknologi dan Inivasi, Khairy Jamaluddin, bahawa dana yang diperlukan untuk mencapai tahap 82.8% vaksinasi keseluruhan rakyat Malaysia cuma memerlukan RM2.05 bilion

Baca di sini :
1) https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157840971425952

2) https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-beli-vaksin-berjumlah-rm205-bilion-kurang-dari-anggaran-awal-khairy-268170?fbclid=IwAR22qweVOuf5Pb10YzBi5ehwvV4InHvXhuJ0R7oaeTgWhpsvrhHpL01pYgU


Sudahlah selepas Parlimen meluluskan dana RM3 bilion untuk tujuan pembelian vaksin Covid-19, Mahiaddin secara tiba-tiba menaikkan angka RM3 bilion kepada RM5 bilion selepas darurat diisytiharkan

Kini atas alasan yang sama, Mahiaddin mahu jarah KWAN pula atas alasan yang sama!!

Apa itu KWAN dan apakah KWAN ditubuhkan

Kumpulan Wang Amanah Negara atau KWAN ialah satu kumpulan wang amanah yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988 untuk mengumpulkan hasil komoditi negara yang dijangka susut satu hari nanti, seperti petroleum

Syarikat atau orang perseorangan juga boleh mneyumbang kepada KWAN, namun sehingga kini, penyumbang utama KWAN adalah Petronas Berhad

KWAN diurus dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia

Tujuan KWAN ditubuhkan adalah untuk memastikan generasi akan datang dapat menikmati hasil bumi Malaysia, walau pun ketika itu hasil bumi tersebut sudah tiada

Menjarah dana KWAN tidak pernah dilakukan oleh pentadbiran kerajaan yang memerintah sebelum ini

Sehingga akhir tahun 2017, dana terkumpul KWAN adalah sebanyak RM17 bilion

Baca di sini :
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157842522450952

Persoalan sekarang : 
- Apakah selepas menaikkan perbelanjaan untuk vaksin Covid-19 dari RM3 bilion kepada RM5 bilion masih tidak mencukupi sehingga regim Mahiaddin mahu menjarah dana KWAN

- Apakah regim Mahiaddin telah habis menggunakan rezab Kerajaan Persekutuan sebanyak RM2 trilion sehingga mereka mahu menjarah dana KWAN, kalau dana sebanyak itu sudah habis digunakan, rakyat mahu tahu ke mana dan bagaimana ianya digunakan kerana ianya adalah duit rakyat

- Sepanjang tahun 2021 sahaja (dalam jangkamasa 4 bulan), kerajaan telah menambah hutang sebanyak RM75 bilion (tidak termasuk hutang yang dibuat sepanjang tahun 2020), dan dengan pakej rangsangan ekonomi RM250 bilion, apakah masih tidak mencukupi untuk menangani Covid-19 yang dilihat semakin hari semakin buruk!!

Baca di sini :
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157841271830952

- Mahiaddin mengumumkan, regim beliau telah membelanjakan lebih dari RM662 bilion (RM340 bilion untuk pakej rangsangan dan RM322 bilion untuk belanjawan) untuk membantu kehidupan rakyat yang terkesan akibat Covid-19. 
Persoalannya, kalau benar dana sebesar itu sudah dibelanjakan untuk rakyat dan negara yang terkesan akibat Covid-19, apakah regim Muhyiddin telah menggunakan lebihan sebanyak RM339.5 bilion dari RM322.5 bilion Bajet 2021 yang telah diluluskan Parlimen, sebelum atau selepas ordinan baharu Akta Perbekalan dipinda bagi membolehkan regim Mahiaddin menggunakan dana negara tanpa kelulusan Parlimen dipinda pada 31 Mac 2021

Baca di sini :
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/03/31/putrajaya-boleh-guna-dana-persekutuan-tanpa-perlu-kelulusan/

Kalau sebelum ordinan baharu Akta Perbekalan dipinda, ianya bertentangan dengan perlembagaan yang mengkehendaki setiap wang negara yang dibelanjakan mesti mendapat kelulusan Parlimen terlebih dahulu seperti yang dikehendaki dalam Perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 dan Perenggan 2(2)(b) Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946.
Baca di sini :
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157798404240952

Dan kalau ianya dibelanjakan selepas ordinan baharu Akta Perbekalan dipinda pada 31 Mac 2021, apakah hanya dalam tempoh tidak sampai sebulan kerajaan sudah membelanjakan sebanyak RM339.5 bilion!!!

Ironiknya, selepas beratus bilion dibelanjakan oleh regim Mahiaddin, kehidupan rakyat semakin susah, ekonomi negara semakin tenat dan Covid-19 semakin tidak terkawal!!!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2021/04/kumpulan-wang-amanah-negara-kwan-pula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Dah Tak Banyak Wang Banyak Belanja Untuk Bantu Rakyat Terkesan Dengan Covid 19 Muhyiddin

Kerajaan Dah Tak Banyak Wang Banyak Belanja Untuk Bantu Rakyat Terkesan Dengan Covid 19 Muhyiddin

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 204 hits
The ReporterPerdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan kerajaan pada masa ini sudah tidak mempunyai banyak wang kerana pada Belanjawan 2021 sebanyak RM600 bilion dan beberapa pakej rangsangan telah digunakan untuk membantu rakyat ...
Kenapa Perlu Jarah Dana Amanah Untuk Vaksin Soal Najib

Kenapa Perlu Jarah Dana Amanah Untuk Vaksin Soal Najib

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 164 hits
April 21 2021 Najib Razak berkata ketika beliau menjadi perdana menteri Kumpulan Wang Amanah Nasional berkembang hampir empat kali ganda menjadi lebih RM16 bilion PETALING JAYA Najib Razak mempertikaikan perlunya dana tambahan untuk membeli...
Negara Tiada Wang Adalah Pengakuan Mahiaddin Tentang Kegagalannya Sendiri

Negara Tiada Wang Adalah Pengakuan Mahiaddin Tentang Kegagalannya Sendiri

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 170 hits
Akhirnya Mahiaddin Md Yasin mengakui kerajaan PN pimpinanya tidak ada banyak wang lagi untuk berbelanja Katanya kerajaan telah membelanjakan banyak wang iaitu sebanyak RM600 bilion untuk Belanjawan 2021 dan beberapa pakej rangsangan yang te...
Pasangan Mata Wang Eur Usd Bertindak Balas Di Atas Sokongan Pertama Cenderung Untuk Meneruskan Pertumbuhan Harga

Pasangan Mata Wang Eur Usd Bertindak Balas Di Atas Sokongan Pertama Cenderung Untuk Meneruskan Pertumbuhan Harga

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 242 hits
Pasangan mata wang EUR USD bertindak balas di atas sokongan pertama yang selari dengan Penarikan Semula Fibonacci 61 8 Lanjutan Fibonacci 100 dan sokongan penarikan semula mendatar Pasangan mata wang EUR USD ini cenderung untuk membuat kena...
Negara Lain Pun Guna Dana Rizab Tangani Covid 19 Tengku Zafrul

Negara Lain Pun Guna Dana Rizab Tangani Covid 19 Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 260 hits
Oleh PELBAGAI negara lain turut menggunakan dana daripada rizab atau tabung amanah untuk menguruskan krisis ekoran penularan pandemik COVID 19 Menurut Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz Ireland menggunakan sebanyak ...
Sanotize Hasil Penyembur Bunuh Virus Covid 19 Sehingga 99 99 Dalam Saluran Udara Bahagian Atas Hidung

Sanotize Hasil Penyembur Bunuh Virus Covid 19 Sehingga 99 99 Dalam Saluran Udara Bahagian Atas Hidung

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 174 hits
Semburan hidung didakwa terbukti membunuh 99 99 peratus virus COVID 19 menurut satu laporan penyelidikan di Kanada Semburan itu dikatakan dapat mencegah penularan coronavirus dengan berkesan dan memendekkan tempoh jangkitan Bagi mereka yang...
Pesilat Negara Positif Covid 19 Pulang Latihan Dari Asia Tengah

Pesilat Negara Positif Covid 19 Pulang Latihan Dari Asia Tengah

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 230 hits
Pesaka berkata pesilat berkenaan mungkin dijangkiti dalam perjalanan pulang dari Kyrgyzstan Foto oleh Hari AnggaraKUALA LUMPUR 11 April Seorang daripada 38 pesilat dan pegawai Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia yang balik dari lawatan ke
Tidak Perlu Permohonan Maaf Ini Kes Jenayah Kata Ahli Dewan Negara

Tidak Perlu Permohonan Maaf Ini Kes Jenayah Kata Ahli Dewan Negara

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 536 hits
Beliau turut mempersoalkan mengapa polis memberikan layanan istimewa dengan membenarkan majikan itu mengadakan sidang media ketika sedang direman Kesan rotan di badan mangsa Gambar PDRM Seorang ahli Dewan Negara menyelar tindakan majikan ya...
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Utilizing Crowdfunding For Business



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami

Berebut Kasih