Guna Dana Kwan Tunjuk Kerajaan Kurang Usaha Kata Ahli Ekonomi


 
Hakimie Amrie Hisamudin -April 28, 2021 Pakar berkata kerajaan boleh sahaja mengumpulkan dana RM3 bilion melalui cara lain, termasuk meminta belanjawan tambahan atau sumbangan daripada orang awam atau sektor korporat. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Langkah kerajaan menggunakan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) bagi perbelanjaan berkaitan vaksin Covid-19 bukan sahaja menimbulkan kebimbangan mengenai status kewangan awam, malah terhadap proses demokrasi di negara ini, kata ahli ekonomi.
Dalam kritikan terhadap langkah tersebut, Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak berkata, ini mencerminkan kerajaan “kurang berusaha” untuk menyelesaikan masalah kewangan.
Terdapat banyak pilihan lain untuk menanggung kos program vaksinasi, tambah beliau.
Terdahulu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, kerajaan akan mengambil RM5 bilion daripada dana tersebut bagi tujuan perolehan vaksin, dengan RM3 bilion daripadanya untuk membeli vaksin, seperti yang diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2021.
Beliau menjelaskan RM3 bilion yang disebut dalam pembentangannya November tahun lalu bukan sebahagian daripada belanjawan bernilai lebih RM300 bilion itu.
Barjoyai percaya KWAN adalah dana paling “senang” digunakan kerajaan.
“Itu dana yang paling mudah dicapai dan tidak memerlukan kelulusan Parlimen,” kata beliau kepada FMT.
“Persoalannya adalah, adakah ini bukan pelanggaran kewajipan fidusiari dan kepercayaan rakyat oleh kerajaan?”
Kata beliau, kerajaan boleh sahaja mengumpulkan dana RM3 bilion melalui cara lain, termasuk meminta belanjawan tambahan atau sumbangan daripada orang awam atau sektor korporat.
Carmelo Ferlito dari Pusat Pendidikan Pasaran berkata, kerajaan sepatutnya tidak membuat sebarang keputusan berkaitan perbelanjaan tanpa pengawasan Parlimen.
“Sebaiknya Parlimen dibenarkan bersidang dan kerajaan melaporkan secara terperinci mengenai status kewangan awam,” kata beliau kepada FMT.
Langkah menggunakan dana KWAN akan mempengaruhi keyakinan pelabur, baik tempatan mahupun asing, kata beliau.
Tambah beliau, kerajaan perlu membuat perancangan bagaimana untuk memulihkan situasi kewangan.
“Perancangan ini perlu mengandungi strategi jangka pendek dan jangka panjang,” kata beliau.
Menurut Zafrul sebelum ini, kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) mewarisi lebih RM1 trilion liabiliti dan pinjaman tanpa pembayaran balik, termasuk yang berkaitan 1MDB dan SRC International Sdn Bhd.
Ini hampir mencapai had hutang statutori kerajaan, kata beliau, dan ia antara sebab kerajaan berdepan masalah kewangan ketika menangani krisis kesihatan awam semasa.
Namun, Geoffrey Williams dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia berkata, hutang negara tidak boleh dijadikan alasan untuk menggunakan dana KWAN.
“Sangat membimbangkan apabila beliau merujuk kepada RM1 trilion hutang dan liabiliti yang sebelum ini telah dikenal pasti Pakatan Harapan.
“Had hutang kerajaan ditetapkan sendiri dan tidak bersifat mengikat.
“Sebenarnya, had hutang tersebut tidak begitu terjejas oleh RM5 bilion untuk (perolehan) vaksin. Oleh itu, ia bukan penjelasan yang meyakinkan bagi penggunaan dana KWAN,” kata beliau.
Williams juga mempersoalkan kenyataan Zafrul yang bercanggah mengenai pertumbuhan ekonomi negara.
“Saya rasa perlu dijelaskan dengan lebih lanjut kenapa beliau kini mengakui kerajaan mempunyai ruang fiskal yang sebegitu kecil.
“Menteri kewangan sendiri mengaku wujudnya krisis sedangkan sebelum ini, beliau meyakinkan kita ekonomi dalam keadaan baik dan bakal mengalami pertumbuhan yang sihat tahun ini. Ini mesej yang bercanggah,” tambah beliau.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/04/guna-dana-kwan-tunjuk-kerajaan-kurang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Perlu Permohonan Maaf Ini Kes Jenayah Kata Ahli Dewan Negara

Tidak Perlu Permohonan Maaf Ini Kes Jenayah Kata Ahli Dewan Negara

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 536 hits
Beliau turut mempersoalkan mengapa polis memberikan layanan istimewa dengan membenarkan majikan itu mengadakan sidang media ketika sedang direman Kesan rotan di badan mangsa Gambar PDRM Seorang ahli Dewan Negara menyelar tindakan majikan ya...
Kenapa Guna Dana Kwan Jika Kerajaan Buat Pinjaman Rm85 Bilion Soal Najib

Kenapa Guna Dana Kwan Jika Kerajaan Buat Pinjaman Rm85 Bilion Soal Najib

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 236 hits
April 25 2021 11 40 AMBekas perdana menteri Najib Razak berkata wujud perbezaan antara pengeluaran simpanan KWSP oleh rakyat dengan penggunaan dana KWAN oleh kerajaan PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan kenapa kera...
Tinjauan Pendapat Tunjuk Kerajaan Baharu Perlu Dipilih Kata Guan Eng

Tinjauan Pendapat Tunjuk Kerajaan Baharu Perlu Dipilih Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 136 hits
April 26 2021 Lim Guan Eng berkata Muhyiddin Yassin terus dilihat tidak selamat dari segi politik PETALING JAYA Undian bagi memilih kerajaan baharu baik oleh Parlimen mahupun rakyat adalah satu keperluan walaupun Perdana Menteri Muhyiddin Y...
Rakyat Marah Kerajaan Pn Bukan Raja Raja Melayu Kata Ahli Akademik

Rakyat Marah Kerajaan Pn Bukan Raja Raja Melayu Kata Ahli Akademik

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 279 hits
freemalaysiatoday com April 22 2021 7 30 AMPenganalisis berkata jika perintah darurat tidak lagi efektif mengawal penularan wabak Covid 19 Agong boleh memanggil mesyuarat Majlis Raja raja sama ada mahu menamatkan atau meneruskannya PETALING...
Isyarat Mengelirukan Dorong Pelabur Lari Kata Ahli Ekonomi

Isyarat Mengelirukan Dorong Pelabur Lari Kata Ahli Ekonomi

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 235 hits
May 1 2021 Gambar fail Saravanan memeriksa tempat tinggal pekerja asing PETALING JAYA Dua ahli ekonomi mendesak kerajaan mengkaji semula dasar terbaharunya mengenai pengambilan pekerja asing dan perlombongan mineral menyifatkan Putrajaya se...
Kenapa Guna Dana Kwan Ini Jawapan Dari Menteri Kewangan

Kenapa Guna Dana Kwan Ini Jawapan Dari Menteri Kewangan

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 261 hits
Dana Kumpulan Wang Amanah Negara boleh digunakan setelah 10 tahun daripada tarikh penubuhannya bagi pembiayaan pembangunan termasuk pembelian vaksin Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata setakat 31 Disember 202...
Terkini Kerajaan Pn Lulus Undang Undang Baru Boleh Guna Dana Rm16 9 Billion Berkuat Kuasa Serta Merta

Terkini Kerajaan Pn Lulus Undang Undang Baru Boleh Guna Dana Rm16 9 Billion Berkuat Kuasa Serta Merta

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 200 hits
April 22 2021Kerajaan meluluskan ordinan darurat baharu yang meminda Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988 untuk membolehkannya digunakan bagi pembelian vaksin dan perbelanjaan berkaitan berkuat kuasa serta merta Dana yang ditubuhkan pada 1...
Kenapa Guna Dana Kwan Untuk Program Imunisasi

Kenapa Guna Dana Kwan Untuk Program Imunisasi

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 372 hits
Kenapa Pakar Ekonomi Dr Muhammed Abdul Khalid dan juga Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia Prof Madya Dr Nuradli Ridz wan Shah Mohd Dali membangkitkan persoalan yang sama Ini pendapat dari Prof Madya Dr Nu...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

The Evolution Of Adult Entertainment

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms

Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe

Datuk Beraksi Di Pentas Peragaan Pada Usia 88 Tahun

Pemilik R R Didenda Rm30 000 Jual Petrol Bersubsidi Kepada Rakyat Thailand

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16