Nazri Kritik Zahid Kurang Sifat Kepimpinan Label Menteri Umno Pengecut



KUALA LUMPUR: UMNO kini dilihat umpama 'harimau kertas' selepas 'mengaum' di Perhimpunan Agung UMNO 2020 baru-baru ini, kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Menurut Nazri, hal itu berlaku ekoran kelemahan kepimpinan presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam memastikan semua menteri dan timbalan menteri meletak jawatan dalam Kabinet

Nazri menegaskan keengganan semua Ahli Parlimen UMNO melepaskan jawatan dalam Kabinet, memperlihatkan Zahid sebagai seorang yang "kurang sifat kepimpinan" dalam menerajui parti

"Jika beliau ada sifat kepimpinan, Ahli-ahli Parlimen UMNO yang berada dalam Kabinet tidak perlu menunggu lama untuk meletak jawatan, selesai sahaja perhimpunan agung boleh terus letak jawatan

"Tetapi perkara itu tidak berlaku dan ini menunjukkan presiden tidak ada kepemimpinan untuk mengarahkan mereka berbuat demikian

“Adakah Zahid bimbang menteri-menteri dari UMNO tidak mahu ikut arahan beliau?” katanya kepada Astro AWANI

Nazri bagaimananpun tetap melabelkan menteri-menteri dari UMNO yang enggan meletak jawatan sebagai 'pengecut'

Malah beliau juga mendakwa mereka cuba mendapatkan talian hayat daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kekal dalam Jemaah Menteri sedangkan dalam keadaan darurat, Kabinet tidak diperlukan untuk mentadbir negara

Awal hari ini, Muhyiddin mengumumkan bahawa semua menteri UMNO akan kekal dalam Jemaah Menteri setelah dia menasihati mereka untuk berbuat demikian demi kepentingan rakyat dan negara.
Mengulas lanjut mengenai kepimpinan Zahid, Nazri menegaskan, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu perlu memahami prinsip akauntabiliti moral dan “lakukan perkara yang betul”

“Beliau mungkin dipilih melalui demokrasi, tetapi ada juga akauntabiliti moral. Sekiranya kamu didakwa di mahkamah, kamu mesti melakukan apa yang terbaik bagi parti,” katanya lagi

Mengulas cadangan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin agar UMNO mengadakan pemilihan parti tahun ini bagi menyelesaikan kemelut dalaman parti itu, Nazri menjelaskan, beliau bersetuju pemilihan diadakan mengikut kalendar parti

"Maksudnya pemilihan yang sebelum ini perlu cukup tiga tahun, kita kena hormat peraturan yang telah ditetapkan

"Sekiranya pemilihan mahu dipercepatkan saya tidak setuju tetapi kalau dibuat pada November nanti, iaitu selepas genap tiga tahun, saya setuju," katanya

Astro AWANI sebelum ini melaporkan UMNO dijangka menangguhkan pemilihan parti yang dijadualkan akan diadakan tahun ini

Laporan yang memetik sumber itu memaklumkan penangguhan itu dicadangkan sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum yang dijangka diadakan selepas tamat tempoh darurat pada 1 Ogos nanti

Sumber itu menjelaskan, usul penangguhan Pemilihan UMNO 2021 telah dikemukakan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 19 Februari lalu di Janda Baik, Pahang
Menurut Perlembagaan UMNO, MKT mempunyai kuasa menangguhkan pemilihan sehingga 18 bulan dari tarikh sepatutnya diadakan pemilihan baharu

Sebelum ini beberapa pemimpin UMNO termasuk Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung UMNO menegaskan pemilihan akan diadakan pada tahun ini




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/03/nazri-kritik-zahid-kurang-sifat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Umno Tak Berani Letak Jawatan Pengecut Tak Setia Kata Nazri

Menteri Umno Tak Berani Letak Jawatan Pengecut Tak Setia Kata Nazri

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 258 hits
PETALING JAYA Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Nazri Aziz menyifatkan menteri Umno yang tidak berani meletak jawatan sebagai pengecut dan dianggap tidak setia kepada parti dan suara akar umbi Pendapat Ahli Parlimen Padang Rengas itu s...
Dakwa Menteri Umno Enggan Letak Jawatan Pengecut Kenyataan Nazri Bersifat Peribadi

Dakwa Menteri Umno Enggan Letak Jawatan Pengecut Kenyataan Nazri Bersifat Peribadi

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 233 hits
ARAU Kenyataan Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz melabelkan menteri UMNO yang enggan meletak jawatan sebagai pengecut disifatkan kenyataan peribadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim b...
Pengecut Tak Setia Nazri Bidas Menteri Umno Kerana Tak Berani Letak Jawatan

Pengecut Tak Setia Nazri Bidas Menteri Umno Kerana Tak Berani Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 364 hits
Mohamad FadliPETALING JAYA Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Nazri Aziz menyifatkan menteri Umno yang tidak berani meletak jawatan sebagai pengecut dan dianggap tidak setia kepada parti dan suara akar umbi Pendapat Ahli Parlimen Padang...
Adakah Menteri Umno Kena Buat Laporan Kepada Najib Atau Zahid

Adakah Menteri Umno Kena Buat Laporan Kepada Najib Atau Zahid

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 273 hits
Saya membaca tulisan Najib Razak bekas PM Antara tulisannya yang panjang lebarKeputusan muktamad dalam PAU ialah untuk tidak bertanding bersama PPBM Anwar dan DAP pada PRU15 dan memberi mandat kepada presiden dan MKT UMNO untuk tentukan mas...
Menteri Umno Terkejut Zahid Jadikan Bersatu Punching Bag

Menteri Umno Terkejut Zahid Jadikan Bersatu Punching Bag

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 443 hits
Menteri Kabinet dari Umno semalam menzahirkan rasa terkejut dengan serangan bertali arus presiden mereka terhadap kerajaan Perikatan Nasional kata sumber berhubung pertemuan ringkas mereka dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin petang sema...
Menteri Umno Pengecut Letak Jawatan

Menteri Umno Pengecut Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 371 hits
Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Nazri Aziz menyifatkan menteri Umno yang tidak berani meletak jawatan sebagai pengecut dan dianggap tidak setia kepada parti dan suara akar umbi Pendapat Ahli Parlimen Padang Rengas itu senada dengan a...
Nazri Cadang Mat Hasan Ambil Alih Kepimpinan Umno

Nazri Cadang Mat Hasan Ambil Alih Kepimpinan Umno

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 184 hits
Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Abdul Aziz menjadi tokoh baru Umno yang secara terbuka menggesa penyingkiran Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden Selain penentangan sejumlah pemimpin parti satu rakaman audio menunjukkan perbincangan antara...
Ketua Pemuda Pontian Gesa Zahid Undur Diri Dulu Jika Mahu Menteri Umno Letak Jawatan

Ketua Pemuda Pontian Gesa Zahid Undur Diri Dulu Jika Mahu Menteri Umno Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 367 hits
KUALA LUMPUR Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi digesa berundur dari jawatannya jika mahu menteri menteri UMNO meletak jawatan atas dasar kepentingan parti Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pontian Mohd Helmi Buang berkata Ahmad Zahid ...
Kenapa Nazri Kata Zahid Tiada Kredibiliti Untuk Pimpin Umno Bn

Kenapa Nazri Kata Zahid Tiada Kredibiliti Untuk Pimpin Umno Bn

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 226 hits
PETALING JAYA Peluang Barisan Nasional untuk memenangi pilihan raya umum seterusnya akan sangat tipis selagi Ahmad Zahid Hamidi menjadi ketua gabungan dan tonggak kepada Umno menurut seorang bekas ahli majlis kerja tertinggi Nazri Aziz yang...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui